Sunday, 14 December 2014

Selamat Tinggal 2014

Agenda tahun 2014
Hola :)
Sekejap ke setahun berlalu. Check balik list tahun 2014, rupanya masih ada few things yang unaccomplished. List pon dah teruk dok dalam handbag kena usung ke sana ke mari. Tapi rasa happy jugak sebab banyak major things selesai especially PTPTN. 

Jadi untuk tahun 2015 nanti dah ada beberapa agenda terperam dalam otak. Since teringin nak buat business kecik2 jadi ada few things nak kena beli & sediakan utk jana side income. Plus masa terluang tahun depan pun rasanya banyak jugak sebab commitment pada seseorang dah berkurang. Hope everything run smoothly as I planned

Selamat Menyambut Hari Krismas,Selamat Bercuti & Selamat Tahun Baru 2015. Jom pakat ramai-ramai pi Pesta Pulau Pinang. 

Thanks for reading :)

Monday, 1 December 2014

Selamat Bersara Boss!

Tema majlis perpisahan
Hola :)

Semalam 30-11-2014, hari ulang tahun kelahiran arwah abah yang ke-83. Al-Fatihah.
Semalam juga hari terakhir Pn Pengetua SMA Hidayah Islamiah di dalam perkhidmatan awam. Secara peribadi, beliau merupakan seorang Boss yang sangat sporting, tegas, berilmu dan dedikasi. Beliau memimpin dengan penuh sifat keibuan tetapi tegas dan sangat details dalam aspek protokol. Banyak perkara yang diajarkan dan ilmu yang dikongsikan untuk manfaat kami.

Venue
Simbolik Pn. Pengetua sedang menandatangani Buku Pelawat SMAHI

Punch kad buat kali terakhirnya 

Sumbangan hadiah daripada staff sokongan

Cebisan kenangan :)

Buat Ustazah Awaitif binti Abdullah, selamat menempuhi fasa baru di dalam kehidupan dan semoga diberikan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Thanks for reading :)

Sunday, 30 November 2014

Anakandaku Muhammad Habiel

Muhammad Habiel
Jauh mana kamu berlari
Lama mana kamu pergi
Jangan pernah kamu bersedih
Doa mama akan selalu mengiringi hari-harimu
Semoga Yang Maha Esa memberikan kemudahan buatmu, 
Semoga Yang Maha Kuasa mengurniakan kegembiraan dalam hidupmu, 
Semoga Yang Maha Pengasih memberikan kamu ketenangan.
Laluilah hari-harimu dengan gembira.
Bertabahlah wahai anakku kerana tiada yang indah di dunia ini...


Jaundice
With Azwar Zharif

3 years old
With Kakak Hannah, your fave cousin sister.
5 years old's birthday

Pre School Baiduri/2014

Hari-hari terakhir di sini :)

Wednesday, 26 November 2014

Merawat Jerawat

Selamat pagi duniaaa

Hola, 
Kat atas tu wajah mendamaikan :) Okay, back to my story. I faced an acne problems since a decade ago. Dan selama tu jugak dok try mcm2 treatment to demolish my acne & scar but unsuccessful :( Then one beautiful day I met my greatest discovery on how to treat my acne prone skin. So, vamos los amigos aprendemos a cuidar de su cara (credit to Mr. Google).


Cetaphil Oily Skin Cleanser

Produk pencuci muka ni mmg recommended by pharmacist. Harganya juga agak mahal berbanding brand lain tapi effect dia mmg superb!  Muka super oily sticky akan beransur-ansur normal. Hari ke-2 guna dah rasa betapa muka sy bernafas dgn bahagia. No sticky & oily effect walau dah 4jam dok bertapa memasak kat dapor. After 2weeks jerawat muka rasa serata. Jerawat naik jugak tapi malu2. Ada la sebijik 2bijik jer. Until today I still consume this product. Pernah juga tukar brand lain sbb nak jimat cost tapi tak boleh lawan brand ni. Finally I found my right facial wash. I admit that muka berjerawat mmg sesuai guna facial wash berbentuk cecair dan bukan jenis sabun sbb dulu guna jenis sabun buku buat kulit jadi kering & mengeruhkan keadaan kulit wajah. 

Eskinol Pimple Fighting Facial Deep Cleanser & Pil Tidur Tidact

Yes, you are right. Yg dalam botol ni sebenarnya mmg pencuci muka. But after modified by Ir. Zinnirah, its became a toner :) Sebab muka sy jenis acne prone skin so saya guna Eskinol Pimple Fighting Facial Deep Cleanser to fight this stubborn pimples. Produk ni saya beli melalui Zie Madini Store & mmg susah nak dpt produk ni di semenanjung sbb ia made in Philipine. Arahan penggunaannya ialah campur 2 biji pil Tidact ke dalam botol ni pastu shake well then apply to your face. Nak tap tap kat muka boleh, nak guna kapas muka pon boleh. Hasilnya... refreshing. Rasa mcm pakai toner tawas. And campuran ni kena habiskan within 3 months


Oxy Face Moisturizer
Because Malaysia is a hot & wet climate country, so cZ guna ini sbg moisturizer. Memang dia water base product and tak oily langsung. Even lepas 78 jam ke 100 jam ke dok bawah mentari dgn 100uv ray pon still wajah bernafas tanpa sunburn effect. Nampak sgt menipu kan ? Tapi mmg serius Oxy moisturizer ni dia mmg melembab kulit dan menjaga kulit sekaligus sbb dia ada kandungan aloevera. Org yg acne prone skin mmg kena guna water base moisturizer. Jadi produk ni antara yg sesuai dan harga pon murah. 



Annisue Multivitamin Treatment Cream

This is my black magic cream. Fungsi dia utk repair skin kita saya yg rosak sbb parut jerawat & merawat jerawat yg sedang naik. It kills the acne and repairing my skin tone as well. Kalau rasa esok saya nak nampak flawless and cerah sikit macam gadis K-Pop tu, so malamnya saya apply ler krim ni. Dia bagi kesan pencerahan pd wajah tapi bukan memutihkan okay. Dia mcm kembalikan warna kulit asal kita la. Kalau yg kusam, gloomy, dark area, scar spot, blemish semua dia kasi repair balik. Esok bangun pagi & cuci muka pastu nampak la kesan pencerahan yg nyata. The best thing is dia takde oily effect after usage. Sesuai utk semua jenis kulit dan ia dtg dlm 2 size; 25g & 50g. Boleh tahan 3 ke 4 bulan dan harga berpatutan. 


Shiseido Black Mask

Caution : Apply masa happy sebab masa nak tarik nanti kita akan menangis. Mask ni mmg super glue. Gam gajah ke gam UHU pon kalah. Dia ni jugak bagi kesan pencerahan kat wajah. Maybe sbb dia absorbed habis whitehead blackhead kat wajah ni so kulit jadi brighter sikit. Mask juga penting utk org yg bermuka open-pores sbb sebum2 selalu clogged kat situ. Jadi kerja cik Mask lah utk cuci clogged pores ni. Mmg sedih & pedih la masa nk rentap mask ni. Tapi hasilnya mmg berbaloi. 


Selain produk luaran, saya juga ambil supplement utk support deep renewal. Apapun produk yg kita guna, pemakanan haruslah dijaga. Fokus pada minum air putih yg banyak utk membuang toxin dlm badan. Jerawat juga terhasil kerana kandungan toxin yg tinggi selain faktor keturunan, pemakanan, persekitaran berdebu, penggunaan kosmetik & hormon. 

Selamat mencuba & thanks for reading :)

#PrayForMH370

Thursday, 13 November 2014

Cerita Sebuah Mimpi


"Mak mimpi arwah tok Kiah & tok Tet balik. Rumah kita buat kenduri. Kak Ina sibuk buat kenduri. Mak salam dengan tok hang. Dua hari lepas mak mimpi arwah abah. Dia kira duit di anjung rumah. Sapa nak mati ? Mak nak mati dah apa..."

Perbualan ringkas dengan mak pagi tadi. Buat aku jadi sayu, sedih & stress.
Mati hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui.
Semoga mak diberikan umur yang panjang.
Semoga Dia memberikan kami kemudahan, ketenangan menempuhi dugaan hidup kami.

Thanks for reading :)
#PrayForMH370
#PrayForMH17

Tuesday, 1 April 2014

Emak kami !


Hola :)
Hari ini dan hari-hari seterusnya nak senyum pon rasa kelat. Semalam mak kami disahkan menghidapi penyakit darah tinggi. Darah tinggi penyakit yg sinonim dgn masyarakat skrg. Bila berusia sikit kalau tak dpt darah tinggi/ kencing manis mmg tak hot. Buleh ke mcm tu? 
**angkat bahu**. 
Sedih. Yup, I'm very sad for her. I know she's upset too and might be pressured with the doc's statement. 

"Mak makan nasi sikit jer."
"Sejak abah takde kita jarang makan sayur."
"Mak buat gulai tak boh santan pon hari ni."

That was among the things she said to me when I reached home yesterday :(
Hari ni masa nak datang kerja, mak masih mcm pagi2 biasa. Bangun & siapkan sarapan untuk kami semua. Ia rutin harian mak sejak 40 tahun lalu. Tapi masih boleh nampak kat wajah mak, yg mak tak dpt terima hakikat bahawa kini dan selamanya mak harus bergantung pada sebiji or berbijih-bijih ubat setiap hari for the rest of her life.

Cucunda yang super buas

Mak kami seorang superman, batman, the avenger, incredible hulk, the thor dll dlm versi wanita. Dia mengharungi kehidupan yg aku sorang je tau rahsia dia. Pada aku jer dia cite semua kisah suka duka zaman remajanya. Mak seorang yg tabah dan kuat. Aku mungkin memiliki genetik mak yg ni sbb aku seorang yg sabar :P **blushing**
Tapi dek kerana kejutan selepas disahkan menghidap darah tinggi, air muka mak mula berubah. Memang ia bukan penyakit yg pelik sbb dah ramai yg terkena tapi bagi mak ia tetap something yg rare.
 Mak sibuk bekerja yg mengerah kudrat dari pagi sampai malam. 
Mak jarang makan dan kekadang terskip masa makan sbb lambakan kerja.
Mak kurang berehat bagai queen sbb memang tak dan nak berbuat demikian. Baru nak letak bontot dah ada benda lain mai melintas di depan mata.
Exercise. Setiap hari mak exercise lebih hebat dari kami semua.
Itulah kadang sukar kita nak menduga sesuatu yg di luar kemampuan kita.
Mungkin sudah takdir.
Mungkin ia faktor keturunan.
Mungkin faktor globalisasi, trend semasa or ???
Aku harap mak kekal sihat walau sudah terkena darah tinggi.
Aku harap mak tetap mampu ke surau untuk sembahyang terawih tahun ini.
Semoga Allah memelihara mak selamanya. Amin.
Kami sayangkan mak. Don't get pressure :)


Thanks for reading :)
#PrayForMH370

Penyelia Asrama Part IV : Tapisan Keselamatan


Hola :)
Exam passed excellento and induksi pon lulus dgn bergaya. So skrg masa utk pengesahan ke dalam jawatan dan urusan taraf berpencen. Dalam dok submit borang2 utk tujuan tersebut, kenalah buat tapisan keselamatan dulu. Tapisan keselamatan ni dah jadi kewajipan bagi semua penjawat awam. Masa mula2 nak lapor diri kena buat akuan bersumpah bahawa  :
  1. saya bukan penagih
  2. saya tidak pernah dihukum oleh mahkamah
  3. saya tidak pernah disabit kesalahan oleh mahkamah
  4. saya tidak pernah mencuri/ ditahan reman oleh polis
pastu buat urine test sebagai bukti. Dah masuk kerja kena lagi buat tapisan keselamatan sebagai kesahan bagi pengakuan kita yang dulu tu. Tapisan keselamatan boleh buat sendiri secara on9 kat laman web ini melalui manual guide yang depa provide nih. 


First thing first wajib daftar dulu. Pastu dia keluar page mcm kat atas ni and  please fill in the blank. Don't forget to click <Daftar>. 


Lepas dia akan naik seperti yg dibold merah tu dan buka emel korang untuk semak ID and password as provided. Then log in sekali lagi guna ID dan password yang diberi. 


Selamat datang pemohon :)


Korang kena klik pada <PERMOHONAN BARU> dan <JENIS LANTIKAN>. Saya dilantik oleh SPP jadi saya pilih as red bolded


Korang akan jumpa page ini dan please fill in the blank once again. Godek ler gambar passport korang ye :)


Masa isi bende alah ni, cZ terklik <SIMPAN>. So untuk retrieve balik kena buat mcm bertanda merah di atas. Korang kena igt ler tarikh masa first time log in tadi. 


Then korang klik pada <DISIMPAN> untuk isi semula data2 korang yang tak dan nak isi tadi. Continue fill in the blank sampai takde bende nak isi dah.


Lastly buat pengakuan dan submit application korang. 


Tahniah! Permohonan anda berjaya dihantar =) Tunggu jelah keputusan and check from time to time. Bape lame nak tunggu? Empat ke lima bulan bergantung kepada maklumat yang anda berikan. Kalau rasa password yg depa bagi tu mmg tak boleh igt, korang boleh tukar password sendiri by click at <PROFIL> , <KEMASKINI KATA LALUAN>. Password ni penting sbb ramai tak dpt check result sbb hilang ingatan kat password

Thanks for reading :)
#PrayForMH370

Tuesday, 25 March 2014

#RememberingMH370


"Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga".
Lautan luas bagaikan hamparan kehidupan. Mengejar daratan ibarat menyerahkan diri untuk mati. Tapi siapa rela dirinya untuk dibuai ombak? Jauh pandangan ini memandang sekeliling. Kosong dan sejuk. Yang ada hanya harapan. Semoga mereka berjaya terdampar di daratan biar diri sakit perit terbuai ombak.
Dear lonely ocean, please take care of them. They're deserve to be loved.

Al - Fatihah T___T


"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Surah an-Nisaa' ayat 78)

Doa kami tak kan pernah putus. Ingatan kami akan selalu mengiringi pemergianmu. Pilu, sendu. Semuanya harus bermula semula. Di mana harus kami memulakannya Ya Allah? Telah kami serahkan segalanya buat-Mu. Agar diKau menjaga mereka, memelihara mereka dengan rahmat daripadaMu. 
Tempatkanlah mereka bersama-sama dengan orang-orang yang Engkau kasihi dan lapangkanlah kehidupan mereka di sana sebagaimana luasnya lautan yang telah menjadi pusara mereka.
Al-Fatihah.

#PrayForMH370

Monday, 24 March 2014

Tawaran Biasiswa


Assalamualaikum dan sekalung tahniah kepada semua pelajar SPM dan STPM 2013. Alhamdulillah korang semua dah berjaya menempuhi satu ujian yang maha dahsyat di Malaysia ni and don't cry a lot kalau result korang tak gempak sangat. Its just your final countdown but its not you destiny yet. It just a new beginning of your life. Plan it wisely and to those yang suam2 kuku tu don't give up, there are lots of chances out there to treasure. Good luck :)

Okay, since everybody is talking about entering university and pressured by university courses yang korang sendiri pun tak familiar, don't forget to think about the financial aids. Bagi yg kayak gilerr mesti korang tak pikir dah bab ni sebab korang ada education insurance or PaMa loans. Tapi bg yg tak nak PTPTN kat sini cZ nak bagi few links utk support korang punya study nanti. 

Scholarship For STPM / A Levels / Matriculation, Diploma holders
Yayasan Bursa Malaysia (Finance,Law,Math, Actuary Sc.,Eco & IT courses)
Yayasan Tunku Abdul Rahman (study within IPTA/IPTS in Malaysia only)

Scholarship For SPM leavers only
MMC (Suruhanjaya Multimedia Malaysia) (Engineering to Law courses)
Maybank (All courses)
Yayasan Kuok  (must study in Singapore)
Yayasan Pelajaran MARA (3+2 programmes, Engineering courses, Japan)
Yayasan Kuok (Politeknik di Malaysia)


Scholarship For SPM/STPM/A Levels/Asasi/Matriculation/Post-Graduates
IJM (Architecture, Engineering to Land Admin&Dev courses)
Suruhanjaya Securiti (SC) Malaysia (Finance, Eco, Banking courses)
Dana Pendidikan Karangkraf (For study in IPTS only)
JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Scholarship For Post-Graduates only 
Khazanah Nasional (Study in Oxford University only)

Dah nama pon biasiswa atau tajaan belajar, jadi secara ottomen automatik korang terikat untuk berkhidmat dgn penaja ni selama mana dorang suka ikut perjanjian. Kalau nak breach the contract buleh jugak tapi korang kena bayar balik lah kat penaja tu. Korang ada duit ? Kalau takde duit nak bayar balik better korang berbaktilah pada penaja anda. 

Closing date is just around the corner and its repeated. Maksud cZ (its repeated) kat sini ialah tahun depan dua tahun depan 10 tahun depan pon penaja2 kat atas ni tetap akan berusaha to provide fund untuk bantu orang meskin yg kurang berkemampuan tapi superb excellent untuk further study. What you have to do is alert to the scholarship notice and selalu2 la buka website dorang nih. Mana tau masa SPM superb dungu tapi masa degree dapat first class honours so buleh apply scholarship utk post graduate programme.

Actually banyak lagi tempat/ badan yang bagi biasiswa dan dana kewangan untuk pendidikan macam BousteadTelekom MalaysiaTenaga Nasional BerhadMARA, biasiswa universiti, biasiswa kerajaan negeri, badan berkanun (pejabat zakat,Baitulmal, MADA), syarikat GLC, MNC, hospital dll lagi. Selamat berusaha dan choose wisely. Pray to Allah semoga berjaya dapat biasiswa, berjaya dalam pelajaran & pandai2 lah bawa diri di universiti nanti ye. Hope sikit sebanyak entry ni membantu korang semua untuk elak dari berhutang dengan PTPTN :P

I wish you all the best and good luck in your future undertaking. 
Thanks for reading :)
#PrayForMH370

Sunday, 16 March 2014

Ke Kellie's Castle


Hola readers,


Yesterday, we went to Bandar Seri Iskandar to attend a wedding invitation from my mother side. We took route exit Simpang Pulai as stated on the wedding card and this is one day trip. Masa tgk kad kenduri seriously terpampang Kellie's Castle tapi hati takde perasaan pon untuk plan nak ke sana sbb hati dok perasan nak cari udang galah :) After keluar dari plaza toll and belok ke kiri <ikot jalan Kellie's Castle> (kalau belok ke kanan ke Cameroon Highland) dan berkenderaan selama 15 minit maka ternampaklah si Kellie's Castle kat sebelah kiri kami. Terus my bro cakap 

 "Balik sat gi aku nak singgah sini. Lepas ni bukan kita nak mai dah kot sini". 


Serius, seumur hidup dok asking myself Kellie's Castle ni kat Perak tapi area mana. Teringinnya nak pi sana and finally we're there :) Setiap pengunjung kena bayar tiket masuk ke Kellie's Castle base on umur. Adult (RM5), children (RM3) & warga emas (RM4). Bagi yg nak rasa kehadiran Mr. Kellie boleh amik night tour. Pakej untuk 40 orang and kalau nak datang sorang2 pon boleh nanti dorang kumpulkan reramai.  Harga lupa pulak nak tanya :P Kalau nak bergambar pengantin pon boleh. Harga tiket entrance start from RM40.



Kellie's Castle ni nama asalnya Kellie's Home or Kellie's Nolly sempena kediaman rasmi saudagar Scotland iaitu Mr. Kellie Smith. Dia mai Malaya time tu utk invest in ladang getah & lombong bijih. Masa dia mai Malaya umur dia baru 20 tahun. Lepas few years dia dok Malaya dia balik negeri dia dan kawen dgn Anna (dulu filem Anna and the King buat penggambaran kat sini). Both of them kemudian stay kat sini. Mr. Kellie & Anna ada sepasang anak. Mr. Kellie Smith bina rumah ni berdasarkan seni bina India dgn menggunakan sepenuhnya bahan binaan dan pekerja yg di import khas dari India. Sebab tu kat area kawasan Kellie's Castle ni ramai penduduk berbangsa India. Tujuan dia bina rumah ni kurang pasti. Ada yg kata hadiah utk bini dia, Anna dan ada yg kata utk anak lelaki dia. 

Kellie's Castle jadi terkenal di Malaya bukan sbb senibina or cerita mitos hantu tapi FYI Kellie's Castle ialah bangunan pertama yg menggunakan lif di Malaya. Lif ni terletak di tingkat 4 dan berhubung dgn terowong bawah tanah. Hebatkan ?  Ops lupa. Kellie's Castle ada 4 tingkat di atas bumi, setingkat di dalam tanah dan sahihnya memiliki 2 terowong rahsia yg satunya boleh menembusi sebuah kuil Hindu berdekatan. Malangnya ekoran wabak penyakit influenza (maybe ketika tu H1N1 tak familiar) semua pekerja mati dan pembinaan rumah ni hanya siap sebahagian saja. Mr. Kellie mmg sedih dgn perkara ni sbb dah byk duit dia dilaburkan utk pembinaan rumah ni. Mr. Kellie kemudiannya mati di Portugal semasa dia buat lawatan kat sana kerana sakit pneumonia dan bini dia, Anna jual semua aset dan ladang kepada Syarikat Harrisons. Kemudiannya depa balik ke Scotland. Secara mitosnya ada 4 terowong bawah tanah di Kellie's Castle yg mana satu terowong tersebut menempatkan kenderaan milik beliau. Cerita seram juga sering menggambarkan Mr. Kellie sering kelihatan di balkoni rumahnya dan kawasan sekitar rumahnya. 



My bro dgn background Kellie's Castle.

Mr. Kellie Smith & my son


Jambatan ke Kellie's Castle.
Kat area jambatan ni dikatakan terdapat satu terowong bawah tanah yg digunakan pd zaman dulu untuk menghubungkan rumah ni dgn jalan raya. Terowong ni dikatakan dibina di bawah dasar sungai. 



Antara penerangan yang terdapat di dalam Kellie's Castle. Memang sgt membantu especially to the students yg nak buat kerja kursus or kajian. 


Ruang tamu di Kellie's Castle. 
Nampak mcm hall kat rumah kita kan ? Semua barangan di dalam ni sumbangan anak perempuan Mr. Kellie & Anna.

Rooftop of Kellie's Castle.
Location at 2nd floor and kat sini tempat Mr. Kellie buat parti utk kawan2 orang putih dia. Masa dulu takde club jadi rumah dia ialah pusat hiburan dorang.
Kat tingkat dua juga ada court tenis dan sebuah bilik tetamu. Tiap2 bilik ada tangga sendiri untuk turun ke bawah. 



Pandangan dari tingkat 4 Kellie's Castle.
Ni part rumah yg tak sempat siap sbb pekerja mati. Kawasan ni luasnya sampai ke pintu gerbang yg korang nampak kat belakang tu. Luas giler kan ?

My bro & mak.

Anak cucu mak :)

To those yg plan nak dtg sini boleh melalui exit Simpang Pulai and amik jalan sebelah kiri dan kemudiannya belok ke kanan. Korang selalu ke Cameroon Highland kan ? So apa kata singgah kat sini kejap. Memang best even ia sebuah old mansion dan binaan serta kawasan sekitarnya sangat terpelihara. Kayu lantai & tile zaman dulu kala tu masih jelas nyata asli.

Thanks for reading :)
#PrayForMH370