Skip to main content

Posts

The Story Continues

Bertam Water Park

Assalamualaikum readers ! Musim panas di utara Malaysia telah tiba pada pertengahan Februari sampai Mac dan panas-panas memang yang syoknya kalau dapat main ayaq 🤤. Kebetulan masih dalam minggu akhir cuti sekolah maka aku dan anak aku ke Bertam Water Park. Actually , anak aku dah pernah ke sini dengan bapa dia dan memang dia ada request untuk ke sini lagi sebab banyak mainan yang dia tak dapat main masa 1st time ke sini. Jadi ayuh kita layan aktiviti di sini.  Pertama sekali bila nak ke taman tema air, wajib ada waterproof phone case . Tujuannya untuk kita rakam moment indah kita dalam air dan mengelakkan telefon kita rosak semasa penggunaan di dalam air. Oleh kerana ini merupakan aktiviti tidak dirancang, maka waterproof phone case kedai Mr DIY menjadi pilihan kami.  Model waterproof phone case yang kami beli ialah jenis ziplock gulung dan button lock . Harga patern ni ialah RM11.00-RM16.00 Dalam taman tema ada jual tapi aku risau jika ia kurang function bila dah masuk air nanti.

Latest posts

Taman Negara Pulau Pinang (Penang National Park)

Rawatan Jerawat Di Hospital Kerajaan #6 (Post Isotretinoin)