Thursday, 30 May 2013

Berpantang or Confinement

Hola mommy to be :-)
Sekarang ni musim cuti sekolah a.k.a musim orang kawen. Dah jadi trend org Melayu wajib bt kenduri kawen masa cuti sekolah dan la ni dah tak kira cuti hjg minggu pon on :P
Dalam ramai2, cZ yg paling advance sekali sbb ada anak ms kwn2 masih dok pilih calon suami or isteri. Productive lah katakan. Dan once again cZ jd bhn rujukan kengkawan yg dlm proses kelahiran.

Oleh kerana malas nak ulang ulang dan ulang info yg sama pd org yg berbeza so here my petua semasa berpantang bagi kelahiran normal. Kalau lahir melalui C-Sect, you all amik tau sudahlah. Kang tak pasal terbarai pulak perot.

1. Berpantang Makan.

Selain bulan Ramadhan al-Mubarak, masa bpantang ialah masa yg sangat praktikal dan paling sesuai utk kembalikan shape badan ke bentuk asal or bentuk yg lbh baik. Dalam istilah Melayu - DIET. Bukan ke diet tu merujuk pd pemakanan ? Confuse.
Unbelieveable bila ada org lebih cantik dan body shape dorang lbh bgs lbh ada anak.
Okay back to my experience, actually it's very hard for me to recall my past 5 years experience tp demi kwn2 tercinta cZ sanggup perah otak paksa saraf2 neuron cari balik memori tue :P
Masa bpantang dulu cZ hanya makan nasi 2 senduk sehari or sesenduk utk lunch dan sesenduk utk dinner. Lunch hour dan dinner time lbh awl dr biasa. Before 1 p.m. mesti lunch and before 7 p.m. dh siap dinner.
Kejam sgt bg ibu-ibu yg breast feeding tp ikot suka you all lah. Jangan paksa diri. Sepanjang bpantang cZ byk minum Milo or NesLo dan roti or kek. Sbb nk dpt balik tenaga dan nutrien. Minum Milo kan badan boleh jd sehat dan kuat :)
Bg yg C-Sect, jgn minum Milo. Nnt belahan di perot you all blh terburai. Nasihat ni dibawakan oleh doc Hosp. Sultanah Aminah, JB dan Mak Aunty. cZ percaya jg dgn perkara ni sbb masa my sis bsalin C-Sect dan dia minum Milo, mmg tburai perot dia smpai kena pelekat semula. Kasihan. You all minum Horlick je okey. Ingat tue Ho-Ho-Horlick!
Nasi tadi cZ mkn bersama lada hitam yg ditumbuk dan ikan/telur/ayam goreng. To those yg alergy pandai2 lah jaga jenis lauk pauk yg diambil. Alhamdulillah cZ bsalin ptg, malamnya mkn telor goreng tkd prob. Kdg mak cZ msk daging lada dan berjaya makan dan digestion pon okey.
1st week, sayur2-an & buah2-an yg konon sgt baik utk diet seharian mmg tak sentuh. Benda2 ni jenis sejuk jd tak elok utk bdn kita yg dlm proses recovery. Tp mn blh mkn tk ikot diet sehat kan ? Mcm mn makanan nk digest kan ? So I ambik tamar or kurma sbg ganti. Takot juga tp sbb ia pilihan Nabi S.A.W. jd berselawat dan telan. InshaAllah kita dipelihara oleh-Nya.
Dlm tempoh bpantang cZ byk amik light foods je sbb ms sarat mengandung berat badan 70kg. Kenaikan hampir 30kg dr berat bdn asal so I have to work out to get back my ideal weight. Pastu baju2 lama pon dok terpampang kemas di almari. Sangat syg okey dan tak lalu nak maintain saiz "L" sepanjang hayat so saya harus berkorban T_________T.
To those yg breast feeding, segala jenis mee, maggie, bihun, koey teow, laksa, spagetti dll kena avoid lebih lama. cZ dulu bpantang laksa selama 2 tahun. Yg lain2 tak igt plak tp mmg berbulan la juga sbb tak baik utk si-ibu dan baby-nya.
Macam tulah serba-sedikit bab pemakanan. Actually ada lg tapi dh tak igt sgt. Apa pon you all kena tgk pd metabolisme diri msg2. Kalau jenis mkn je apa pon okey so teruskan. Harus diingat ye you all kena menyusu anak msg2. Kang pantang ketat sgt susu bkurangan pulak. Lagi satu, baby sensitif dan sng kena kembong perot. Jadi ibu-ibu sekalian kena la jg pemakanan kalau tak sanggup tgk anak merana. Utk elak anak kembong perot, bg baby minum Grape Water (botol kaca dgn lambang budak pegang ular). InshaAllah berkesan dan bg dlm sukatan yg sikit je.
p/s : Masa mak cZ bersalinkan kami dulu, abah cZ akan carikan kayu halban dan rebus bt air. Ia bgs utk pemulihan dalaman dan tenaga. Kesahihannya taktau plak. Tp mmg mak akui dia minum air ni dan maintain kuat bekerja sampai skrg.

2. Aktiviti-aktiviti Berpantang.

Actually taktau nk kategorikan apa so bolehlah title ni.
Dalam tempoh bpantang, byk aktiviti yg harus diubah or dibataskan. Kalau bgs buang terus. Hari ke 101 baru start semula. cZ bpantang selama 100 hari konon perasan ada mix Chinese. Chinese kan bpantang 100 hari :P
Aktiviti pertama ialah MANDI. cZ rs bab ni ramai yg ambil mudah lgpon kalau mandi pastu pakai ubat2 segala hilang wangi :P.
Salah okey. cZ amal mandi air panas dgn daun2. Jenis daun taktau plak  T______T   tp kalau yg bsalin sendiri korang mandi je air panas pon okey. Itu dah memadai. Mandi pagi before 10 a.m. dan malam before 6 p.m. cZ seawal 7 a.m. dan selewat 5 p.m. mmg dh siap. Sbb ms bpantang, anak cZ prolonged jaundice so nurse akan dtg mengejut tak igt ms dan paksa kita ke nearest hospital. So mmg bsedia selalu.Timing ni cZ bg sbb pengalaman tgk kwn. Pukol 11 pagi msh lg tk mandi2. Kalau tk mandi ms tu masa bila nk pakai and makan ubat dan nasi dan anak lg. So get your schedule OK. Bab mandi ni penting macam makan juga sbb kesegaran diri penting. Tambahan utk elak dr tkena demam or kancing gigi sms bpantang. Bahaya ok.
Selain tu kena maintain makan & pakai segala supplement bpantang. Sekarang dh modern mcm2 jenis produk bsalin di pasaran. Walau tak suka harus makan & sapu di badan. Sbb cZ dah alami kesan2 pengabaian ini. Lps setahun dpt baby, cZ selalu sakit kepala smpai vomit. Kata org sbb tak pakai param ms bpantang. It's true due to sepanjang bpantang selalu rushing ke hospital jd mmg param pakai amat jrg sekali. Malu beb nak tempek benda di dahi pastu pusing 1 hospital. You all jgn malu & ignore je pandangan org. Yang penting you all sehat. Tak salah kalau continue habiskan supplement tu sume even dah lps 44 hari sbb kesihatan ni utk sepanjang hayat.
Pergerakan juga harus dibataskan. Jangan main redah je jalan merata mentang2 you all bsalin normal sng bgerak. Bentan nanti okey. Pengalaman cZ tentang naik turun tangga. Rumah cZ rumah kampung 2 tingkat. Entah kenapa teringin plak nak naik atas rumah ms bpantang dan lps 3 hari dok perasan perit di tmpat jahitan. Pastu nurse cakap jahitan dah terputus dan harus dijahit semula. Oh NO! Azab sgt kot nak jahit balik jadi the best solution is pergi ke farmasi beli sejenis cream utk mencantumkan isi. Nama cream tu tak igt tp so far mmg ramai kwn2 yg berjaya. Maklumlah wanita yg lahir tahun Lembu mmg aktif2 belaka dan semua benda nak bt sendiri. Kepada suami2 sekalian, you all kena mention pd peg. farmasi yg isteri you all dlm pantang okey. Nanti dorang bg cream jenis lain dah jd lain pulak. Jadi, jgn byk bgerak kalau bgerak pon behave yourself jgn main redah je.

Inilah serba sedikit pengalaman cZ ms bpantang. This is sgt basic sbb tak ingat dan tak boleh igt dah. Hanya blh guide bg yg betoi2 zero dlm hal bpantang ni. Tahniah kerana dah jadi ibu dan bapa. Hargailah baby you all tu dan igt "anak ialah anugerah Allah S.W.T". InshaAllah, apa jua obstacles yg datang mesti berjaya dilalui.

Thanks for reading :-)

Wednesday, 22 May 2013

Penyelia Asrama Part II : Tugas Penyelia

Motto Penyelia Asrama SMAHI
 
Hola bakal-bakal Penyelia Asrama sekalian :)
Today nak sambung entry lepas dan utk menepis segala kekeliruan masyarakat tentang Penyelia Asrama.
 
I noticed ramai giler yg confuse antara Penyelia Asrama dan Warden Asrama.
Penyelia Asrama bukan Warden Asrama okey ! Once again bukan warden asrama.
Acapkali orang2 bertanya kat diriku "Hang berulang alik ke setiap hari ke dok rumah warden?"
"Berulang". Jawapan seringkas itu akan disusuli dgn "Ooo... Kiranya hang keja office hour jelah".
"Yup!".
Ingatkan soalan dah hbs rupanya depa dok fikir lagi.
"Keja hang macam mana ha? Senang lah kalau tak jaga student."

 
Masa mula2 duduk di atas kerusi di pejabat ini, kak penyelia yg senior di sekolah ni bagi cZ 3buah buku utk study. Dan dia bagitau lagi bahawa
 
"Keja ni senang je. Sukat, timbang & makan."
 
Inilah motto dan guide line yg ditauliahkan oleh kak penyelia senior di sekolah ini.
Disamping itu, kami juga btanggungjawab menyelia pekerja2 lain seperti guard sekolah, makcik & pakcik cleaner & makcik dewan makan (harus diselia setiap hari).
 
1. Wajib sukat, timbang & rasa.
Semua bahan mentah/ kering yg diterima oleh pembekal haruslah disukat kuantiti dan dinilai kualitinya.
Wajib mematuhi spesifikasi yg telah ditetapkan di dlm dokumen tender.
Kalau ikan, daging or ayam busuk, tak segar, saiz tak ikot standard so haruslah di-reject.
Makanan yg hendak dimasak mesti cukup gram dan kilo-nya mengikut bilangan pelajar dan ukuran timbangan yg telah ditetapkan di dalam menu.
Jangan menguntungkan pengusaha dewan makan. Bukan korang yg kaya.
Makanan yg siap dimasak kena nilai dengan merasa (makan) supaya kes2 keracunan makanan tidak berlaku.
Semasa dorang masak pon kena tengok. Mana tau dorang letak mandrem dlm masakan. Haram tu okey.
Buah2-an mesti segar, ikot saiz standard, tak berulat, matang (masak elok dan boleh dimakan) dan dibasuh sebelum dihidangkan.
1 laporan bulanan akan dikeluarkan oleh pihak sekolah kpd JPN ttg kontraktor bekalan memasak.
 
2. Menyelia pekerja.
No.1 haruslah menyelia pekerja dewan makan (DM). Semua pekerja dewan makan mestilah mendapat suntikan imunisasi Tifoid. Injection ini blh diperolehi di mana2 klinik kerajaan dan dikenakan sedikit bayaran & gambar sebab KKM akan berikan dorang 1 kad yg sah lakunya selama 3 tahun. Tamat tempoh harus renew dgn menerima suntikan baru.
Pekerja dewan makan juga tidak boleh memakai perhiasan seperti cincin (haram), gelang tangan dll. Nanti berlian cincin jatuh dlm kuah kari. Ha tak psl je dpt galian tambahan.
Mereka juga wajib menutup kepala. Tutup aurat tu wajib so lebih baik pakai tudung je.
Plus, kena juga menyelia makcik guards dan makcik cleaner. Sebab dorang ni yg akan jaga keselamatan students semasa dorang tinggal di dlm asrama dan dorang bertanggungjawab jaga kebersihan asrama.
 
3. Kebersihan dewan makan
Yang ni wajib dipantau setiap hari.
Makanan basah (ayam, daging, ais krim) tidak boleh dicampur dgn makanan kering (susu, teh, kreakers, ubi kentang).
Makanan basah (ayam, daging, ikan) tidak boleh diletakkan bersama2 bahan basah lain (ais krim, sayur). Sebab bakteria akan terserap semasa penyimpanan. Boleh kena denda oleh KKM jika pemeriksaan mendapati perkara ini berlaku.
Sebelum dan selepas menghidang, tempat hidang, peralatan, tempat makan dan kawasan persekitaran haruslah bersih disapu dan dimop.
Pihak KKM juga akan dtg melawat premis secara berkala.
 
4. Tugas pentadbiran
Wajib meng-order makanan pelajar 48jam sebelum hidangan. Maksudnya di sini ialah kena isi Borang Pesanan Jadual 8 (Format 8) dan di-sign oleh penyelia, PK dan pengurus DM sebagai akuan kita order makanan utk bilangan students tersebut. Jika DM tak sedia makanan mengikut order so bolehlah bersoal-siasat dan mengeluarkan surat denda (jarang berlaku sbb masih blh kautim).
Penyelia juga kena jaga hal kewangan (bayar kontrak DM, terima byran yuran mkn pelajar, byran utk kontrak2 lain utk kemajuan asrama) dan hal-hal pentadbiran lain.
Stok & inventori, pekeliling, surat-menyurat, aset harta modal dll juga kena amik tau dan do it.
Kes2 kerosakan di asrama pon kena amik tau juga. Sampai kdg rasa mcm plumber pon ade. Menyesal sekejap sbb tak study betoi2 bab ketukangan ms di sekolah dulu :(
 
Sesungguhnya tiada langsung hal-hal menjaga & mengasuh bebudak dalam entry ini. Sebab mmg tak related dgn tugasan pon. Melainkan penyelia merangkap warden. Tapi rasanya tak mungkin sanggup sbb bebudak asrama sekarang ni mcm hampeh.
Senang je kan keje ni ? Kalau bagus lagi boleh duduk seharian di DM dan tgk je depa masak apa. Kami pnh bt dan last2 kak DM tu ckp "Kak tak reti orang tgk kak bt keja. Nanti dah siap masak kak tepon, Penyelia mai rasa k."
Kesian kat kak tu. Jahat sungguh kami !
Paling terok pon kes air takde time jam sudah 05.00 petang. Memang angin lah juga bila ini berlaku. Tapi kena settle-kan juga ye. Ini termasuk dlm skop tugasan plumber :) 
 
 

 
Thanks for reading :)

Tuesday, 21 May 2013

Pesta Bola Jaring

 
KMY vs Pendang
 
Hola, Selamat Pagi Selasa :)
Pelan-pelan masa berlalu, Jun is around the corner. Mei bakal berlalu pergi dengan sejuta kenangan.
Gambar nombor di atas menceritakan aktiviti yang berlangsung pada pertengahan Mei lepas iaitu Pesta Bola Jaring Piala Timb. Pengarah Pelajaran Negeri Kedah D.A.
Pesta Bola Jaring ni hanya khusus dikhaskan untuk anggota kumpulan sokongan (AKS) sj. Tujuannya utk mencungkil bakat2 baru dan muda bagi menyertai kejohanan sukan bola jaring di peringkat kebangsaan.
Kejohanan ini telah berlangsung di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA :)
pada 14/05/2013 - 16/05/2013 dan Pej. Pelajaran Daerah (PPD) Kubang Pasu telah diangkat sbg penganjur kejohanan.
Latihan pusat dibuat di Sek. Men. Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR) pada 11/05/2013 - 13/05/2013.
Yang paling best, muka tak kena sunburn langsung sbb latihan di dalam kompleks berbumbung. Kredit to SMK TATAR.
 
Sejujurnya tujuan utama cZ sertai acara ini sebab B-O-R-I-N-G.
Takde aktiviti sepanjang bermaustatin di sekolah ini, jadi bila ada yg invite so ape lagi join jelah. Tambahan pulak, I noticed that jam di tgn sudah ketat. It means that my weight is gaining sharply T______T
Mission to lose 4kilos is accomplished. Tapi semasa kejohanan berlangsung jelah :P
 
Frankly agak terkejut dan over excited bilamana Kak Pinah selaku Pengurus Pasukan kami announce that kejohanan akan berlangsung di UUM, hati ini rasa syukur.
Finally setelah lima tahun tak jejak kaki, kini dpt beraksi di sana.
Serius rasa gedik sgt masa tu. Rasa mcm takmau berlatih nak terus je lawan dan yang tak sabau nak tido di UUM. Gelojoh bukan ?
 
 
Terima kasih kpd Pusat Sukan UUM di atas kerjasama baik sepanjang kejohanan.
Sesungguhnya buleh dikira dengan jari berapa kali je kaki ini melangkah ke sini sms jadi student. Bila dtg sini terkenang saat indah sambut Merdeka 2007 di sini dan kejohanan sukan Fakulti IntAff.
Tapi semasa kejohanan Bola Jaring ini berlangsung. cZ hanya beraksi sebagai score-boarder (tukang angkat mata score).
Terdapat 8 PPD yang sertai kejohanan ini ; Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Langkawi, Kuala Muda Yan, Kulim Bandar Baharu, Padang Terap dan Baling Sik.
Ada juga syarat wajib yg harus dipatuhi iaitu wajib meletakkan 4 orang pemain veteran (berumur 35thn ke atas) dan 6 orang pemain senior (34thn ke bwh).
Kedengaran agak giler sikit bila 35thn dah diikrar sbg veteran. Tp mmg kalu tgk muka pon masih muka suci anak dara wey.
Jadi karena itu, ada 6 orang AKS yg rejected sbb kuota tersebut dan terjadilah kami sbg sebahagian urusetia.
 
 
Keterujaan menjadi-jadi bilamana check-in je di pusat sukan kami trs dpt kunci bilik.
DPP Bank Muamalat is 0hsem :)
dan cZ duduk di bilik Ayu. Siapa Ayu ???
 
 
Bilik 162 Blok AP3 DPP Bank Muamalat.
Segerombolan 8 PPD diberikan bilik di portion ini tp ada PPD yg dekat2 dorang berulang-alik je. cZ pon dok dgn Kak Ju (PT SMK Permatang Bonglai).
 
 
 
 
Inilah tuan Bilik 162 :)
Namanya Ayu dan boyfriend-nya Nuar @ Anuar hehehhe
Suweeet jer tapi terdetik dibenakku adakah mereka masih bersama ?
Jika mereka melihat entri ini pastinya menggamit kenangan.
 
 
Once upon a time from 2006 until 2008, di sinilah saya beradu.
Bilik 234 dan Bilik 434 Blok Ap4 DPP Bank Muamalat.
Kiranya sirih pulang ke gagang lah trip kali ni.
Terima kasih Tuhan kerana membukakan pintu hati utk sertai kejohanan ini.
Dapat juga mengukit kenangan :)
 
 
 
Gambar bilik lama hanya sempat snap dr bawah jer..
Melihatkan keadaan dari luaran pon sudah ku ketahui pemilik baru bilik-bilik ini sama je ngan tuan2 nya yg lama.
 
Seronok juga sesekali kembali ke tempat kita jatuh kan?
Perkara pertama yg cZ buat masa jejak kaki ke UUM ialah berjalan kaki dr
Pusat Sukan - DPP Muamalat - Pusat Sukan
Kak Ju yg sebilik ngn cZ siap pesan lps ni naik keta kak. Bagi yg tak penah tgl sini mmg perkara berjalan kaki itu sesuatu yg seksa utk dilakukan :)
Banyak juga perubahan yg dpt dilihat dan harus di-jealousy oleh ex-UUM-an sedunia.
Ha tudia sampai sedunia. Tapi serius i'm jealous !
 
 
Jeles no. 1 : Cermin muka superb besar gaban
(sila abaikan pembiasan disebalik cermin tersebut)
Masa study dolu2 kena bw cermin sendiri superb kecik pastu gantung di cupboard or study wall. Nak toreh celak mata pon tak bape clear. Ni mak aih nak buat facial treatment pon sonang.
Tetiba teringat kat facial spa yg ada di AP4. Wujud lagi ke? Lupa nk jengok that day.
Menyesal T____T
 
 
Jeles no. 2 : Mini Gym di setiap DPP
Benda alah ni cZ discover masa first step di Pusat Sukan UUM lagi tp biasa la pusat sukan so haruslah memiliki gym kan.
Tapi bila check in je di Muamalat tetiba tgk ini mmg rasa nak pitam jeles. Poyo je jeles buleh pengsan. Tapi inilah kenyataannya.
cZ rasa semua ex-UUM-an pasti jeles.
 

 
 
Kafe Pak Ndak !
Dahulunya lah kafee DPP Muamalat pemiliknya bernama Pak Ndak.
La ni dikenali sbg Melati Urban Cafe & Bistro :)
Seriously interior design-nya dah habis berubah tp susun atur kiosk dan kedai2 kecik disekeliling maintain sama.
Tapi bila dah lawa & cantik2 cenggini, pelanggan pulak berkurangan.
Reason : TV dah tiada.
Dolu di sinilah kami dok berebut siaran TV dgn bebudak YAB tp kini agak lengang.
Tak pyh berebut meja.
Ini antara perubahan ketara yg kelihatan.
 
 
Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
Melihatkan dari saiznya skrg ni maybe lebih dikenali sbg Hospital Universiti kot.
Pic ni snap scr tkejut dr dlm keta ms on the way nak cari sarapan. Mmg tkejut tgk tp ms last sem di UUM, PKU sdg dinaiktaraf so inilah hasilnya.
Ingat ms sem 1 di sinilah bt medical check-up. Rasanya kalau masuk dalam sana la ni kompom sesat kot :P
 
 
Golf's House
(sekali lagi snap dr dlm keta)
Rumah ni letaknya bertentangan dgn bengkel bas area DPP Muamalat juga dan dulunya rumah ni kosong dan berpagar.
Kalau lalu pegi Pusat Ko-K wajib toleh kot2 ada hantu di sebalik tingkap rumah ni.
La ni depa dah transform ia menjadi Rumah Golf.
cZ tak lalu di padang golf so taktau la kompleks golf jadi apa. Sekali lagi menyesal T______T
 
 
 
Alumni Junction Cafe.
Tempat makan terbaru yg letaknya berhadapan DKG 1 dan di atas bukit yg dulunya dikenali sbg sekolah bebudak master degree.
Cantik giler hiasannya dan ada pelbagai jenis makanan.
Tempat ni I discover since pagi2 susah nak cari tmpt breakfast di DPP so kami pegi area dewan kuliah.
Sekali terpandang cahaya lampu menyinari kawasan ini dan terus tukar ke gear 2 dan mendaki bukit ini dan terus park keta dan beli nasi goreng.
 
 
Wajib singgah sebelum balik.
Varsity Mall, UUM.
Takde perubahan di mall kecuali CIMB dah diambil alih oleh BIMB.
 
 
T-shirt utk si dia yg well behave semasa ditinggalkan.
Love you sayang :)
 
 
T-shirt for me & car stickers for Tengku Qalif :)
 
 
 
DPP Proton.
Dahulunya saya pernah menghuni di sini.
 
 
DPP Proton lagi. Pandangan dr selekoh tajam.
Blok A kot ni. Blok bebudak lelaki.
Nampak mcm kuarters Polis je kan :D
 
 
Here, where professionals are born !
Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa (COLGIS).
Rindunya zaman belajar.
Dulu, kompleks (kompleks ke?) or bangunan ini milik Fakulti Kewangan dan Perbankan. Tapi la ni dah guna sistem kolej so COLGIS amik alih bangunan ini.
Indahnya zaman2 itew :)
 
 
Pagar berpalang.
Benda baru yg sudah implemented di UUM.
Cara nak buka palang ini dgn membuka tetingkap kenderaan anda dan swipe kad matrik anda (mcm swipe kad Touch & Go) dan secara automatik pagar diangkat.
Temanya di sini, mana2 kenderaan yg unregistered musti stuck dan sila byr saman di U.K. sbb bawa masuk kenderaan tanpa kebenaran :P
 
 
DKG 6
UUM kini telah memiliki sebuah kolej baru yg bernama ...
cZ sendiri taktau tp yg pasti ada 3 fakulti di sini iaitu :
Fakulti Pengurusan Logistik, Fakulti Pengajian Teknologi Media & Fakuti Kuantitatif.
cZ igt lagi dulu orang selalu tipu kata fakulti baru ini ialah fakulti doktor - medic.
 
 
Selamat Tinggal UUM.
Semoga berjumpa lagi.
 


 
Barisan hadiah yang disediakan untuk kejohanan ini.
Ada juga hadiah wang tunai bg kejohanan ini dan johan jatuh kepada PPD KMY.
 
Before that, i got an announcement.
Kami semua dapat free trip ke Cameroon Highland.
Yippiiiii horaayy.
Syukur, tak rugi join mmg berbaloi lah walaupun PPD Kubang Pasu kalah :)
 
 
Muka tuan tanah yg gelojoh tak sabar nak check-in di Bilik 162 :P
 
 
Thanks for reading.

Wednesday, 8 May 2013

Penyelia Asrama Part I : Permohonan, Temuduga & Lapor Diri

Penyelia Asrama Part I : Permohonan, Temuduga & Lapor Diri

 
 
Hello semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutama sidang graduan yang masih menganggur ;-)
Hari ini bersamaan 8 Mei 2013, Rabu dan jam menunjukkan 20minit telah melepasi 11pagi. cZ percaya ramai di luar sana tengah sibuk isi borang SPA8i since semalam tgk di FB ada kekosongan jawatan PDRM.
Teruskan usaha ye. Usaha Tangga Kejayaan & Jangan Putus Asa :)
 
Bulan Mei 2013 genaplah lima (5) bulan aku menjadi barisan pelaksana Dasar Transformasi di bawah pimpinan Najib Razak bagi penggal ke-2.
Rasa bertuah jugalah sbb sempat merasai nafas terakhir pimpinan Najib Razak sebelum parlimen Malaysia dibubarkan & akan terus bersama-sama Najib Razak mentransformasikan Malaysia terutamanya di dalam bidang pendidikan.
Di sini, cZ nak share satu (1) jawatan yang dipandang enteng oleh lepasan SPM terutama graduan.
 
cZ percaya ramai dikalangan lepasan SPM ialah penghuni asrama. Kalau tak pon korang dok asrama masa matrikulasi or persediaan ke luar negara or semasa tertonggeng2 buat asignment di universiti.
cZ sempat dok asrama yang azab sekali di dunia selama 2 tahun dan dok asrama penuh selama 3 tahun di universiti.
So today, kita citer ttg jawatan Penyelia Asrama Kementerian Pelajaran Malaysia.
cZ highlight-kan KPM sbb byk badan / agensi kerajaan yang lain ada jawatan Penyelia Asrama.
Oleh kerana cZ lantikan di bawah pentadbiran KPM so cZ kongsi pengalaman cZ sahaja.
 
 
*****************************************************
 
Permohonan
 
 
Suatu ketika dulu masa kazen-ku keje sebagai kerani sekolah, masa tu cZ kat neversti lagi. Otak ni dok pikir jugak lah, kerani sekolah ni dorang apply macam mana?
Penah tak korang terfikir spt mana di kotak pemikiranku?
Tak pernah bukan. Sebab korang sume bajet lepas SPM masuk neversti pastu keluar neversti jadi pegawai.
Bwekk :P
Auta segala. Ramai giler graduan macam aku keje takat anggota kumpulan sokongan saja.
 
Back to my story.
Kazen-ku dgn rendah hati minta cZ utk apply kerja di sekolah since cZ aktif giler apply kerja kerajaan. Bajet nak jadi pegawai lah katakan :)
cZ pon try la mohon di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
 
Actually utk yang bercadang nak jadi kerani/ Anggota Kumpulan Sokongan (AKS), cikgu or pensyarah. Korang dinasihatkan selalulah melayari laman web ini.
Masa apply utk AKS (sebab application utk lecturer melalui JobsMalaysia dan nak apply cikgu kena amik KPLI or DPLI/ degree pendidikan) kita buleh pilih sehingga 3 jawatan.
 
Before cZ menyandang jawatan sekarang ni, cZ pernah pergi interview utk Pembantu Tadbir (PT) P/O. Tapi GAGAL! Sbb nak jadi PT P/O lebih rigid dan memerlukan sijil komputer dan kemahiran yang pelbagai.
So, korang jangan pandang rendah pada kak kerani sekolah yang hanya kita kenang masa nak berhenti sekolah sbb nak sijil berhenti sekolah cepat2 dgn harapan cepat buleh apply keje or masuk neversti.
 
Okey done!
 
Pilihlah jawatan yang bersesuaian dgn kelulusan.
 
Reminder :-
 
1. Jangan megah ada degree in accounting sbb ms korang apply utk PT Kewangan (Q) misalnya , dorang (panel penemuduga SPP) tak pandang semua tu.
Unless you all ada Sijil Perdagangan/ Sijil Perakaunan dr Politeknik Malaysia, you all layak utk dpt gred gaji yg lbh baik.
If you all dgn berlagaknya tayang degree, tangga gaji still based on SPM result.
Moral of the story, jgn belagak dgn bebudak sijil Politeknik bila korang ada degree sbb sijil dorang lbh laku di pasaran dari degree korang.
 
2. Bersedia utk gaji permulaan RM 900 +++
Ini realiti di mana2 jawatan kerajaan kot. Sbb dh apply gred N-17 so of course la gaji utk kelayakan SPM.
Mana ada org nak pikir psl hutang PTPTN korang yg puluhan ribu tu utk kerajaan bagi gaji pegawai tapi buat kerja typist.
Tak nafi hampir 80% kawan2 se-batch pengambilan dgn cZ ialah graduan dan bergaji permulaan sebanyak ini.
Ada yang mohon kenaikkan masa lapor diri tapi prosedur utama Penyelia Asrama KPM Gred N-17 ialah kelulusan tertinggi yang diikhtiraf ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
 
Permohonan tuan-tuan dan puan-puan dlm SPP akan bertahan selama setahun (sm mcm apply SPA8i) dan SPP akan panggil utk sesi temuduga jika terdapat kekosongan tempat.
 
Alhamdulillah, masa utk temuduga tu tak lebih dari enam bulan dr tarikh you all memohon. Ini pengalaman cZ sendiri.
Dan yang mengkagumkan, masa cZ interview jawatan yang gagal tadi; nama cZ adalah di dalam calon simpanan untuk di temuduga bagi jawatan yang disandang sekarang.
Frankly, selepas 3tahun / 1,095 hari /26 280 jam cZ diletakkan di bangku simpanan. Finally SPP called me for an interview for this post and I'm succeed.
Bangga kan ?
 
Moral of my story is don't give up. Be confidence that rezeki di tangan Illahi dan bukan di tangan Pengarah Pendidikan Negeri or Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka hanyalah medium sahaja  :)
 
 
Temuduga
 
Like I told ya previously, SPP sebagai badan yang melantik AKS, Cikgu & Pensyarah Politeknik akan menghantar surat ke peti pos rumah anda semua mengikut kekosongan jawatan.
 
Macam jawatan gred N-17, SPP mengkehendaki you all to fill up satu kertas mengandungi tiga ke empat muka surat yang butirannya lebih kepada pengenalan diri, latar belakang pendidikan, rujukan, penyakit dan perkhidmatan terdahulu/ pengalaman kerja.
Dan diakhiri dengan menurunkan tandatangan beserta tarikh.
 
Bersama-sama borang tersebut, SPP attach juga senarai rujukan dokumen.
Which is you all wajib memenuhi dan menyediakan kesemua dokumen yang dikehendaki dan membawanya semasa sesi temuduga.
Kegagalan mematuhi arahan ini, you all hanya dapat bergaya dengan kasut Vincci & beg tangan baru yang korang beli semata-mata utk attend temuduga ni.
 
Seriously, SPP akan meletakkan seorang staff utk menyemak segala keperluan dokumen dan kedudukan sijil2 korang dalam clear folder yang korang susun cantik2 tu.
Ada markah tau untuk sijil2 yang you all attach jika ia memenuhi kehendak temuduga jawatan.
 
Apa jua sijil especially sijil konvo degree yang maha hebat cop mohornya akan slumber dikeluarkan dari clear folder you all sbb ia tak sesuai utk jawatan ini.
Pendek kata depa takmau tengok langsung or you will be rejected automatically.
Pengalaman cZ yang dah 2x interview under SPP memang beginilah caranya. Tak berubah. Dan rasa lebih secure sbb ada org semak dulu dan advice kita.
Pengalaman ni babe.
At least kita tau keperluan sebenar utk interview sesuatu post dan belajar mematuhi arahan.
Dah namanya pon gred kecik so tunjuk sijil yang kecik2 dulu sudahlah. Esok2 dah ada rezeki baru kita pakat lawan tayang degree ye :D
 
You are so lucky jika you all
  1. dahulunya di sekolah you all seorang pengawas sekolah/ asrama/ pusat sumber
  2. ada sijil komputer
  3. ada sijil perdagangan/ kewangan dari Politeknik Malaysia
Korang akan dapat markah juga untuk perkara di atas.
So bayangkan-lah dah berapa banyak markah free yang korang dah kumpul.
 
Besides that, you all wajib tau skop tugasan jawatan korang apply.
Panel akan tanya perkara ini. Kan dah bocor soalan utama.
Panel biasanya terdiri daripada seorang hingga tiga orang.
Dan biasanya orang dr SPP/ kementerian dan dorang takde maknanya nak layan lawyer burok you all.
 
Wajib juga ambil tau tentang dasar2 Malaysia terutama Dasar Wawasan 2020.
2x aku pegi interview dan 2x soalan ini keluar.
Sekali lagi soalan bocor bukan ?
 
Pastu you all kena biasakan diri dgn aspek KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis) sbb banyak soalan cepu lemas macam
  1. Apakah peranan yang akan anda mainkan jika dilantik sebagai Penyelia Asrama ?
  2. Bagaimana anda akan menangani masalah pelajar di asrama ?
  3. Apakah strategi anda untuk menjayakan Asrama 5 Bintang?
  4. Apakah program yang bakal dibangunkan untuk mengisi masa pelajar asrama dan aktiviti lain yang boleh menjana ekonomi asrama ?
Dan yang paling penting;
 
Keyakinan,
 
Jangan Menipu Fakta,
 
Penyertaan Aktif dan
 
tidak takut mengatakan -
"Maaf Tuan, Saya Tidak Tahu/ Kurang Pasti. Saya Rasa Kawan Se-Interview Mungkin Mempunyai Pandangan Yang Lebih Baik Berhubung Perkara Ini".
 
Tips Cz bagi ni mmg penting terutama bila you all ditemuduga secara bersidang/ berkumpulan.
Mmg panel akan ajukan soalan yang sama secara adil kepada semua peserta tapi ada ketika panel akan lepaskan soalan dan lihat keaktifan kita menyambut soalan tersebut.
Kalau you all yang jenis passive passengerYou all just seat, hear & go home open another URL then apply for another vacancy.
 
Sumpah panel akan either ignore kehadiran you all dalam sidang (pendek kata takkan tanya soalan pd you all lagi) or akan ambush you all kaw kaw bagi keluar ketoi berlian yang tersekat di impuls idea you all.
Dan jika mmg you all bangang sgt sampai taktau apa itu Dasar Wawasan 2020, silalah ikot ayat cinta yang disediakan.
Panel tak marah aih cuma terkilan sbb anda dipanggil temuduga.
Dalam hati depa, mesti terdetik; "sesia je tunggu nak ditemuduga dr pagi sampai petang siap ambil UnPaid Leave lagi dengan kelam kabut smlm pegi Jusco Perda semata2 nak beli kasut Vincci tapi Dasar Wawasan 2020 pon ko bengap".
 
Kertas kuning milik korang pastinya tercatit :
 
GAGAL. GAGAL TEMUDUGA. DITOLAK DARI JAWATAN.
 
 
Lapor Diri
 
Selepas sebulan or dua bulan selepas sesi temuduga berlangsung. Keputusan temuduga bulehlah korang semak di laman web SPP macam ms mula2 korang apply dulu pastu klik pada side info di sebelah kanan korang dan tengoklah hasilnya sama dak macam INI.
Tahniah la jika berjaya.
Jika gagal, its okey dear. At least you've been short listed and experience in government interview (inilah ayat yang suatu ketika dulu aku guna bila asyik gagal je interbiu gomen).
Cuba lagi okey. InshaAllah berjaya macam saya. Hehehehe
 
Pengalaman aku, proses lapor diri akan berlaku (skemanya ayat) dalam tempoh sebulan selepas keputusan interview keluar.
What I mean here is if you all dah bekerja sbg executive di syarikat konglomerat di KL nun dan berjaya dlm interview ini. Better you all call SPP dan tny soal lapor diri dan penempatan.
I'm afraid you all tak dan habiskan notis resignation korang.
Yeye je keje di syarikat konglomerat nak apply jawatan taraf SPM. Contohnya-lah kan. Mana tau.
 
Batch Penyelia Asrama yg seangkatan dgn cZ semuanya melapor diri di KPM, Putrajaya.
Masa lapor diri baru tau tempat posting.
The best part here is you all bebas utk pilih nak keje di mana/ negeri mana or kalau nk specific letak nama sekolah & alamat sekali pon buleh.
Syok kan?
Aku rasa KPM je bg kelonggaran ini dan yg paling best 90% dari pemohonan penempatan ini berjaya.
Yang gagal pon krn mmg takde kekosongan tempat di kawasan tersebut or kes2 khas spt you all superb excellence + active + adorable so SPP letak you all di negeri lain or di KPM itself or di Jabatan Pendidikan Negeri or myb lebih beruntung dpt bekerja sekolah kluster/ berasrama penuh.
Untung oooo :)
 
Alhamdulillah, cZ ditempatkan di sebuah sekolah agama di Parlimen Jerlun.
Nun jauhnya hampir 50km dr rumah tangga-ku. Tp at least cZ maintain sejak tadika, sekolah menengah, sekolah rendah, neversti dan kini kerja di negeri Kedah juga.
Happy sangat. Syukur!
 
Tapi masa batch kami lapor diri, ramai juga takde sekolah utk ditempatkan sbb jawatan Penyelia Asrama ni sangat unique.
Which is setiap tahun peruntukannya berubah biarpun banyak staff yang bersara or banyak sekolah asrama dibangunkan.
Tapi kuantiti penyelia yang dilantik bukanlah bergantung kpd kuantiti persaraan or bilangan asrama yang dibangunkan. Ia mengikut jumlah pelajar asrama/asrama itu sendiri.
 
Maksudnya di sini, jika tahun 2013 ada 10 org bersara dan bilangan penghuni asrama dikurangkan sebanyak 10%, so myb hny 3 orang penyelia baru yg akan dilantik.
Ini kerana nisbah penyelia asrama berbanding pelajar ialah 2orang penyelia bagi 150 +++ orang penghuni.
Jika banyak asrama dgn kapasiti penghuni kurang 150 orang, so penyelia yg ditempatkan hanya seorang (giler penat jaga asrama sorang diri, mujur sekolah-ku penyelia 2 orang).
Jika sebelum ini penyelia di asrama tersebut ialah 2 orang, yang sorang lagi akan di-transfer ke sekolah lain :(
Jadi penghuni asrama sangat penting bagi penyelia asrama.
Bukan hanya untuk memastikan jawatan ini tidak mati tetapi memastikan kedudukan penyelia  samada kekal di sesebuah sekolah/ asrama desa, sekolah harian, sekolah asrama penuh or di pejabat JPN.
 
Berbalik kpd geng yang tak dapat sekolah tadi.
Dorang telah ditawarkan berkhidmat di sekolah kat Sabah nun Negeri di Bawah Bayu.
Ada yang pergi dan ada yang menangis.
Bagi yang menangis dorang telah ditawarkan untuk ke jawatan lain yang sangat kritikal diperlukan pada masa itu iaitu Pembantu Makmal Sekolah (Lab Assistant).
Seriously, jangan risau sbb SPP takkan membuang anda or menidakkan kejayaan anda dalam temuduga Penyelia Asrama sebelum ini.
Bahkan ada yang dapat tempat pon minta tukar ke jawatan Lab Assistant sbb dulu gagal dlm interview tersebut. Now ada offer dia nak try dan bagi tempat penyelia di sekolah tersebut kpd kawan yg mmg betoi2 taknak tukar jawatan.
Some more, jawatan Lab Assistant lebih masyuk sbb elaun dia lebih tinggi.
 
 
**********************************************************
 
Kami semua sesungguhnya merasa bersyukur sbb berjaya.
Diharapkan kpd lepasan SPM dan graduan yang menganggur try to apply this job.
Tak salah okey kalau turun pangkat.
Honestly, 80% Penyelia Asrama KPM yang se-batch dgn cZ ialah graduan dan mmg kalau pergi exam ke meeting ke rata2 ialah rakan graduan.
Sekarang zaman orang cari kerja dan bukan kerja cari orang.
Pelan-pelan usaha okey dan teruskan berusaha.
Jangan putus asa.
 
 
Good Luck !
Thanks for reading :)