Tuesday, 25 March 2014

#RememberingMH370


"Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga".
Lautan luas bagaikan hamparan kehidupan. Mengejar daratan ibarat menyerahkan diri untuk mati. Tapi siapa rela dirinya untuk dibuai ombak? Jauh pandangan ini memandang sekeliling. Kosong dan sejuk. Yang ada hanya harapan. Semoga mereka berjaya terdampar di daratan biar diri sakit perit terbuai ombak.
Dear lonely ocean, please take care of them. They're deserve to be loved.

Al - Fatihah T___T


"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Surah an-Nisaa' ayat 78)

Doa kami tak kan pernah putus. Ingatan kami akan selalu mengiringi pemergianmu. Pilu, sendu. Semuanya harus bermula semula. Di mana harus kami memulakannya Ya Allah? Telah kami serahkan segalanya buat-Mu. Agar diKau menjaga mereka, memelihara mereka dengan rahmat daripadaMu. 
Tempatkanlah mereka bersama-sama dengan orang-orang yang Engkau kasihi dan lapangkanlah kehidupan mereka di sana sebagaimana luasnya lautan yang telah menjadi pusara mereka.
Al-Fatihah.

#PrayForMH370

Monday, 24 March 2014

Tawaran Biasiswa


Assalamualaikum dan sekalung tahniah kepada semua pelajar SPM dan STPM 2013. Alhamdulillah korang semua dah berjaya menempuhi satu ujian yang maha dahsyat di Malaysia ni and don't cry a lot kalau result korang tak gempak sangat. Its just your final countdown but its not you destiny yet. It just a new beginning of your life. Plan it wisely and to those yang suam2 kuku tu don't give up, there are lots of chances out there to treasure. Good luck :)

Okay, since everybody is talking about entering university and pressured by university courses yang korang sendiri pun tak familiar, don't forget to think about the financial aids. Bagi yg kayak gilerr mesti korang tak pikir dah bab ni sebab korang ada education insurance or PaMa loans. Tapi bg yg tak nak PTPTN kat sini cZ nak bagi few links utk support korang punya study nanti. 

Scholarship For STPM / A Levels / Matriculation, Diploma holders
Yayasan Bursa Malaysia (Finance,Law,Math, Actuary Sc.,Eco & IT courses)
Yayasan Tunku Abdul Rahman (study within IPTA/IPTS in Malaysia only)

Scholarship For SPM leavers only
MMC (Suruhanjaya Multimedia Malaysia) (Engineering to Law courses)
Maybank (All courses)
Yayasan Kuok  (must study in Singapore)
Yayasan Pelajaran MARA (3+2 programmes, Engineering courses, Japan)
Yayasan Kuok (Politeknik di Malaysia)


Scholarship For SPM/STPM/A Levels/Asasi/Matriculation/Post-Graduates
IJM (Architecture, Engineering to Land Admin&Dev courses)
Suruhanjaya Securiti (SC) Malaysia (Finance, Eco, Banking courses)
Dana Pendidikan Karangkraf (For study in IPTS only)
JPA (Program Ijazah Dalam Negara)

Scholarship For Post-Graduates only 
Khazanah Nasional (Study in Oxford University only)

Dah nama pon biasiswa atau tajaan belajar, jadi secara ottomen automatik korang terikat untuk berkhidmat dgn penaja ni selama mana dorang suka ikut perjanjian. Kalau nak breach the contract buleh jugak tapi korang kena bayar balik lah kat penaja tu. Korang ada duit ? Kalau takde duit nak bayar balik better korang berbaktilah pada penaja anda. 

Closing date is just around the corner and its repeated. Maksud cZ (its repeated) kat sini ialah tahun depan dua tahun depan 10 tahun depan pon penaja2 kat atas ni tetap akan berusaha to provide fund untuk bantu orang meskin yg kurang berkemampuan tapi superb excellent untuk further study. What you have to do is alert to the scholarship notice and selalu2 la buka website dorang nih. Mana tau masa SPM superb dungu tapi masa degree dapat first class honours so buleh apply scholarship utk post graduate programme.

Actually banyak lagi tempat/ badan yang bagi biasiswa dan dana kewangan untuk pendidikan macam BousteadTelekom MalaysiaTenaga Nasional BerhadMARA, biasiswa universiti, biasiswa kerajaan negeri, badan berkanun (pejabat zakat,Baitulmal, MADA), syarikat GLC, MNC, hospital dll lagi. Selamat berusaha dan choose wisely. Pray to Allah semoga berjaya dapat biasiswa, berjaya dalam pelajaran & pandai2 lah bawa diri di universiti nanti ye. Hope sikit sebanyak entry ni membantu korang semua untuk elak dari berhutang dengan PTPTN :P

I wish you all the best and good luck in your future undertaking. 
Thanks for reading :)
#PrayForMH370

Sunday, 16 March 2014

Ke Kellie's Castle


Hola readers,


Yesterday, we went to Bandar Seri Iskandar to attend a wedding invitation from my mother side. We took route exit Simpang Pulai as stated on the wedding card and this is one day trip. Masa tgk kad kenduri seriously terpampang Kellie's Castle tapi hati takde perasaan pon untuk plan nak ke sana sbb hati dok perasan nak cari udang galah :) After keluar dari plaza toll and belok ke kiri <ikot jalan Kellie's Castle> (kalau belok ke kanan ke Cameroon Highland) dan berkenderaan selama 15 minit maka ternampaklah si Kellie's Castle kat sebelah kiri kami. Terus my bro cakap 

 "Balik sat gi aku nak singgah sini. Lepas ni bukan kita nak mai dah kot sini". 


Serius, seumur hidup dok asking myself Kellie's Castle ni kat Perak tapi area mana. Teringinnya nak pi sana and finally we're there :) Setiap pengunjung kena bayar tiket masuk ke Kellie's Castle base on umur. Adult (RM5), children (RM3) & warga emas (RM4). Bagi yg nak rasa kehadiran Mr. Kellie boleh amik night tour. Pakej untuk 40 orang and kalau nak datang sorang2 pon boleh nanti dorang kumpulkan reramai.  Harga lupa pulak nak tanya :P Kalau nak bergambar pengantin pon boleh. Harga tiket entrance start from RM40.



Kellie's Castle ni nama asalnya Kellie's Home or Kellie's Nolly sempena kediaman rasmi saudagar Scotland iaitu Mr. Kellie Smith. Dia mai Malaya time tu utk invest in ladang getah & lombong bijih. Masa dia mai Malaya umur dia baru 20 tahun. Lepas few years dia dok Malaya dia balik negeri dia dan kawen dgn Anna (dulu filem Anna and the King buat penggambaran kat sini). Both of them kemudian stay kat sini. Mr. Kellie & Anna ada sepasang anak. Mr. Kellie Smith bina rumah ni berdasarkan seni bina India dgn menggunakan sepenuhnya bahan binaan dan pekerja yg di import khas dari India. Sebab tu kat area kawasan Kellie's Castle ni ramai penduduk berbangsa India. Tujuan dia bina rumah ni kurang pasti. Ada yg kata hadiah utk bini dia, Anna dan ada yg kata utk anak lelaki dia. 

Kellie's Castle jadi terkenal di Malaya bukan sbb senibina or cerita mitos hantu tapi FYI Kellie's Castle ialah bangunan pertama yg menggunakan lif di Malaya. Lif ni terletak di tingkat 4 dan berhubung dgn terowong bawah tanah. Hebatkan ?  Ops lupa. Kellie's Castle ada 4 tingkat di atas bumi, setingkat di dalam tanah dan sahihnya memiliki 2 terowong rahsia yg satunya boleh menembusi sebuah kuil Hindu berdekatan. Malangnya ekoran wabak penyakit influenza (maybe ketika tu H1N1 tak familiar) semua pekerja mati dan pembinaan rumah ni hanya siap sebahagian saja. Mr. Kellie mmg sedih dgn perkara ni sbb dah byk duit dia dilaburkan utk pembinaan rumah ni. Mr. Kellie kemudiannya mati di Portugal semasa dia buat lawatan kat sana kerana sakit pneumonia dan bini dia, Anna jual semua aset dan ladang kepada Syarikat Harrisons. Kemudiannya depa balik ke Scotland. Secara mitosnya ada 4 terowong bawah tanah di Kellie's Castle yg mana satu terowong tersebut menempatkan kenderaan milik beliau. Cerita seram juga sering menggambarkan Mr. Kellie sering kelihatan di balkoni rumahnya dan kawasan sekitar rumahnya. 



My bro dgn background Kellie's Castle.

Mr. Kellie Smith & my son


Jambatan ke Kellie's Castle.
Kat area jambatan ni dikatakan terdapat satu terowong bawah tanah yg digunakan pd zaman dulu untuk menghubungkan rumah ni dgn jalan raya. Terowong ni dikatakan dibina di bawah dasar sungai. 



Antara penerangan yang terdapat di dalam Kellie's Castle. Memang sgt membantu especially to the students yg nak buat kerja kursus or kajian. 


Ruang tamu di Kellie's Castle. 
Nampak mcm hall kat rumah kita kan ? Semua barangan di dalam ni sumbangan anak perempuan Mr. Kellie & Anna.

Rooftop of Kellie's Castle.
Location at 2nd floor and kat sini tempat Mr. Kellie buat parti utk kawan2 orang putih dia. Masa dulu takde club jadi rumah dia ialah pusat hiburan dorang.
Kat tingkat dua juga ada court tenis dan sebuah bilik tetamu. Tiap2 bilik ada tangga sendiri untuk turun ke bawah. 



Pandangan dari tingkat 4 Kellie's Castle.
Ni part rumah yg tak sempat siap sbb pekerja mati. Kawasan ni luasnya sampai ke pintu gerbang yg korang nampak kat belakang tu. Luas giler kan ?

My bro & mak.

Anak cucu mak :)

To those yg plan nak dtg sini boleh melalui exit Simpang Pulai and amik jalan sebelah kiri dan kemudiannya belok ke kanan. Korang selalu ke Cameroon Highland kan ? So apa kata singgah kat sini kejap. Memang best even ia sebuah old mansion dan binaan serta kawasan sekitarnya sangat terpelihara. Kayu lantai & tile zaman dulu kala tu masih jelas nyata asli.

Thanks for reading :)
#PrayForMH370

Sunday, 9 March 2014

Pray For MH370


"Ya Allah, andai ia berada di lautan Engkau timbulkanlah dan andai ia ada di langit engkau turunkanlan. Amin"

08.03.14
Sebuah pesawat MAS MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China hilang selepas dua jam perjalanan. Pesawat meninggalkan KLIA jam 12.41 pagi dan dijangka mendarat di lapangan terbang di Beijing jam 06.05 pagi hari yang sama namun tidak berbuat demikian. Ia membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Hingga kini seluruh dunia berkabung dan mengharapkan berita positif daripada tragedi ini.


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar, jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika 
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda,
Tak jelas mata ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu
Anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

#PrayForMH370