Selamat Bersara Boss!

Tema majlis perpisahan
Hola :)

Semalam 30-11-2014, hari ulang tahun kelahiran arwah abah yang ke-83. Al-Fatihah.
Semalam juga hari terakhir Pn Pengetua SMA Hidayah Islamiah di dalam perkhidmatan awam. Secara peribadi, beliau merupakan seorang Boss yang sangat sporting, tegas, berilmu dan dedikasi. Beliau memimpin dengan penuh sifat keibuan tetapi tegas dan sangat details dalam aspek protokol. Banyak perkara yang diajarkan dan ilmu yang dikongsikan untuk manfaat kami.

Venue
Simbolik Pn. Pengetua sedang menandatangani Buku Pelawat SMAHI

Punch kad buat kali terakhirnya 

Sumbangan hadiah daripada staff sokongan

Cebisan kenangan :)

Buat Ustazah Awaitif binti Abdullah, selamat menempuhi fasa baru di dalam kehidupan dan semoga diberikan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts