Tuesday, 31 December 2013

The Beauty & The Beast of 2013


My son, my nephews & my grandchildren.

Hola readers :)
Tomorrow is a new day in a new year of 2014.
Cepat benar masa berlalu dan sepanjang 2013, boleh dikatakan banyak kejayaan dikecapi oleh kami. Banyak jugak event-event besar yang berlaku & sangat terkesan dihatiku ini.
Jom kita baca antara kejadian yang telah berlaku sepanjang 2013 untuk ingatan.

***************************

Jan 2013 : Daftar Muhammad Habiel ke tadika Islam - PASTI.

Feb 2013 : Lahad Datu, Sabah was invaded.
           9 anggota keselamatan terkorban. Al-fatihah dan semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama org2 yg beriman.

27 Feb 2013 : Exam kompetensi JPA. Alhamdulillah lulus. 

31 Mac 2013 : Got a new nephew, Aisar Zharif.

14 Apr 2013 : Exam PTD dan lulus selepas percubaan ke-8. Impressive !

5 Mei 2013 : Pilihan Raya Umum ke-13. 
             The best thing is I snapped a picture with Kuza :)

Mei 2013 : David Beckham umum bersara dari arena bola sepak. 
           Tak sangka dah lama dia bermain bola since my first time seeing him played in 1997 for MU.

1 Jul 2013 : Gaji naik setangga. Alhamdulillah rezeki saya :)

Julai 2013 : Kate Middleton delivered a baby boy. Happy for them.

21 Ogos 2013 : Bas jatuh gaung di Genting Highland. 
               37 orang terkorban :(
               Al-fatihah dan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

28 Ogos 2013 : Exam Jawatan. Alhamdulillah lulus.

5 Sept 2013 : I bought my own car, name Tengku Qalif.

17 Sept 2013 : Induksi PTM. Alhamdulillah lulus jugak :)

Okt 2013 : Muhammad Habiel's graduated from kindergarten >_<

4 Nov 2013 : PRK Dun Sg Limau. 
             Takziah buat keluarga Ustaz Azizan b. Abd Razak.

30 Nov 2013 : Paul Walker died in a car crash on my father's birthday T______T. Rest In Peace my love.

5 Dis 2013 : Nelson Mandela was gone forever. 
             You are the father of anti-apartheid and the whole world is proud of your courage.

10 Dis 2013 : My 1st anniversary as Penyelia Asrama. 

30 Dis 2013 : Michael Schumacher koma selepas terjatuh semasa bermain ski.We're hoping that you're will be fine and wake up soon.

**************************

Bila buat review macam ni baru nampak yang sepanjang tahun 2013, cZ dah duduki 4 examination dan alhamdulillah lulus kesemuanya. 
After that dapat kenaikan gaji lagi walau belum cukup setahun bekerja.
Lagi-lagi dapat anak buah lelaki, Habiel berjaya dalam tahun pertama persekolahan dan dapat memiliki sebuah kereta idaman sendiri. 
Alhamdulillah.
By the way, 2013 juga mencetuskan banyak fenomena baru di Malaysia seperti Gwiyomi, takde keje shoot video post dlm YT konon macam cantik jer macam comel jer & at the same time nak inform yang dorang dah kapel seminggu :P
Pastu fenomena semua wanita di Malaysia nak bercinta selepas kahwin sebab terpengaruh drama Teduhan Kasih, Love You Mr. Arrogant, Cinta Jannah, Setia Hujung Nyawa.
And I'm eargerly can't wait to watch world cup 2014. Viva el Espanol.



Thanks for reading :)

Monday, 30 December 2013

PreLoved #1

Hola :)
Okay, saya dengan ini nak let go beberapa koleksi peribadi untuk untuk support dana bagi projek peribadi saya.
Lagipun collection ni dah tak muat lagi since berat badan saya dah naik 5kilos.
All in good condition. Kalau ada yang berminat boleh contact saya.
Semua pembelian akan dicaj RM 6.00 utk kos penghantaran.

*****
(A)
Never worn
size : L (fit S - L)
*****


(C)
Baju Kurung Moden
material : organza satin
size : XS - S
*****

(D)
Baju Vietnam (belah tepi)
Labuh : +- 90 cm 
Manik jahit so tak kan tanggal
fit S - M
*****

(E)
Baju Kebaya Moden
size : XS (fit to M)
material : Organza satin
*****

(F)
Baju Kurung
never worn
size : L
*****

(G)
never worn
fit S - M
*****

(J)
Baju Kebaya Sulam
never worn
size : L (fit M - L)
*****

(K)
Cardigan
size : S - M
colour : Green Army
*****

(L)
Top (Ruby)
size : S - L (stretchable)
suitable to wear with long singlet
colour : Black
*****

Bagi yang berminat boleh contact saya di
012 559 2953 (fast reply)
zinnizinnirah[at]gmail.com

Thanks for your support :)

Sunday, 22 December 2013

Penjagaan Bayi



Hola semua :)
Pagi tadi terbaca post di FB sorang kawan tentang masalah kesihatan anaknya. 
Seriously sedih T__T
Pandangan peribadi saya; kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sangat fragile
Mereka terdedah dgn pelbagai jangkitan kuman samada secara langsung atau pun tak langsung. 
Saya juga pernah mengalami masalah ini ekoran anak saya merupakan pesakit prolonged jaundice dan 2 tahun pertama sangat-sangat menguji kesabaran saya.
So, today saya bukan nak ajak 'sila beli produk ini' tapi saya nak kongsi cara saya detect masalah awal anak saya. 
Hope perkongsian ini boleh jadi panduan kepada mommy-to-be out there :)

Prolonged Jaundice
Berkongsi pengalaman peribadi, kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan kekal demam kuning untuk suatu tempoh masa yang panjang. Muhammad Habiel selama 40 hari. 
Faktor utamanya kerana kombinasi darah si-ibu dan si-bapa - berdarah AB/O dan dikenali sbg AB-O prolonged jaundice. Jadi alang-alang dah amik darah utk bt HIV test, apa salah survey sekali jenis darah pasangan anda. This is important supaya nanti takde lah nak tuding jari ke arah satu sama lain.
My SIL amal minum air rebusan tebu hitam semasa mengandung utk elak anak demam kuning. Tapi since tebu agak tajam utk wanita mengandung, saya kurang yakin dgn petua ini. 
Saya amik langkah 'Katakan tidak kepada warna kuning'.
Prolonged jaundice agak merbahaya dan mendedahkan bayi kpd risiko jangkitan kuman pada otak dan gangguan pada ginjal. Stay alert dan jangan skip rawatan doktor. 

After injection.
'Good boy/ girl'. -pujian sbb baby tak nangis lepas kena cucuk.
'Puan bagi makan ubat ni kalau baby demam'. - nasihat misi lepas injection dan bagi baby syrup utk spare kat rumah kot-kot baby demam.
Pengalaman saya, baby memang akan demam lepas injection sebab antibodi masih lemah.
Saya selalu amal petua tidak mandi lepas kena injection. Tak kira le budak ke mak budak ke. Kalau kena inject memang saya takkan mandi sampai la keesokkannya. 
Sebab bila termandi mesti akan terdemam.
Second, tuam tempat dicucuk dgn air panas. Selalu guna botol susu baby tu jugak pastu lapik dgn kain dan tuam. Tujuannya supaya tak naik benjol/ bengkak kat tempat kena inject tu.
Saya selalu tgk isi baby akan jadi seketul kat tempat injection
Saya buat selepas sejam or 2 jam dicucuk.
Dan yang penting makan ubat syrup yg klinik bagi tak kira le dia demam ke tak demam. Lepas balik dari cucuk mesti saya tuam dan bagi mkn ubat.
Memang misi / doktor cakap klu tak demam tak pyh mkn tp bukankah mencegah itu lebih baik dr mengubati ? 
Sbg career women saya memang prihatin ttg kesihatan anak. Kalau anak tak sihat, saya nak kerja pun tak senang. Jadi saya amik langkah selamat dengan bagi mkn ubat siap-siap. Alhamdulillah takde la esok pagi bangun dia meragam bagai nak rak.

Makan telur.
Petua ni kakak sepupu yang turunkan. Saya advice supaya bila you all dah start makanan pejal utk baby you all, sila add-in telur dlm menu dorang. Telur goreng ke telur rebus ke telur pecah dlm bubur ke. 
This is quite important to detect your kid's early stage of medicine problems
Okay. Bagi kanak-kanak yg mungkin terdedah kpd alergik,  dorang akan tunjuk effect yg terus lps makan telur. Jadi dari situ you all dah boleh detect masalah anak korang.
Ada baby yang terkesan dgn memakan kekacang/ minyak kekacang, aiskrim dll spt bengkak di bibir mulut, rashes dan gatal kulit yang teruk.
So tak salah klu cuba-cuba bg anak you all (above 6 months years old) rasa sikit2 makanan yg we all makan utk pemantauan awal. 

Saya difahamkan suntikan bagi bayi berumur 9 bulan mengandungi telur (DNA telur ke sebatian dr telur ke saya kurang pasti). Jadi kalau you all tau masalah anak you all, maybe klinik boleh tukar suntikan menggunakan komposisi sebatian lain.

Okay cukup dulu sampai sini. Nanti kalau igt lagi kita update.
Bagi mereka yang belum bergelar mak, jangan kutuk pada kawan yg sdg ditimpa ujian. Semua ibu bapa inginkan yang terbaik utk anak mereka. Setiap perlakuan dan keputusan yang kami buat, telah kami tapis dan kaji sehabis baik demi memastikan semua pihak tidak terkesan.
Saya mohon kpd mereka itu utk tampil ke hadapan, beri cadangan, sokongan dan penerangan fakta serta solution terbaik sebab kami bukannya doktor terlatih. Sekadar bertindak mengikut naluri yang sensitif.


Thanks for reading :)

Wednesday, 11 December 2013

Temuduga PTD


11.12.13
Tarikh yang cantik,
cuaca juga baik,
dipertemukan dengan barisan insan yang baik-baik juga.


A story fresh from oven :)
cZ baru je balik dari temuduga PTD fasa ke-5. Difahamkan terdapat 7 fasa temuduga kesemuanya.
Sepatutnya ditemuduga pd jam 08.00 malam nanti, tapi sebab cZ sorang calon je yg sgt teringin nak temuduga malam hari. Jadinya pihak urusetia temuduga sebelum jam 08.00 pagi dah call minta datang untuk sesi pagi atau petang. 
Nasiblah diri ini telah menyiapkan segala kelengkapan. 
After punch card, call PK HEM dan terus shoot ke pusat temuduga. 
Kredit kepada pegawai urusetia sebab banyak membantu :)
cZ ialah calon ke 1003.

----------------------------------------------------------------------------------
Okey, mari kita mula dengan persediaan ke temuduga.
Hal ini dipandang remeh oleh calon bahkan cZ sendiri pon dokumentasi tak lengkap. 
Nasib ada kawan di pejabat dan pihak urusetia membantu. Thank you everybody.
Bagi penjawat awam, pastikan dokumentasi lengkap kerana ia memang menjejaskan mood anda jika ada yang tertinggal.

  1. Salinan surat beranak & IC
  2. Salinan sijil SPM
  3. Salinan sijil STPM/ Diploma
  4. Salinan transkrip Ijazah 
  5. Salinan tawaran biasiswa (jika ada)
  6. Resume bergambar
  7. Slip gaji terkini
  8. Ringkasan Penyataan Perkhidmatan/ Lampiran D (print melalui portal SPA)
  9. Pengesahan Ketua Jabatan/ Lampiran A (print melalui portal SPA)
  10. Penyata kelulusan harta
  11. Laporan penilaian prestasi terkini (sealed in envelop)
  12. Sijil-sijil yang asal (susun ikut turutan)
Remeh bukan ?
cZ pun beranggapan apalah sgt dokumentasi ini tapi bila ada di pusat temuduga T_____T
Nasib office mate tolong sediakan Lampiran A dan faxed ke pusat temuduga. 
Jika tidak ... kepada Allah ku berserah segalanya.
Seperkara lagi tentang skema berpakaian, kena bertanda nama. Lagi bagus kalau pakai blazer dan berkasut tutup dan bertumit.

--------------------------------------------------------------------------------------

Soalan-soalan yang ditanya ... Hah memang nervous
Seriously, nervous dari saat dapat call pagi tadi lagi sampai hilang habis semua info-info yang dah memorize all this while :(
Temuduga PTD dapat disimpulkan sama spt examination PTD. 
Unexpected.
Ada 2 orang panel.
Sorang wakil dari SPA (mewakili 70% markah kita). Pandai2lah tackle panel ni ye sbb kalau dia berkenan kat kita so peluang amat luas umpama Laut China Selatan. 
Sorang lagi wakil dari PTD/ Jabatan (mewakili 30 markah). Panel sesi cZ dari Jab. Agama Islam Perak.

  1. Perkenalkan diri (in English).Ini bukan soalan tapi arahan. Bahkan panel dah la cakap Inggeris pastu siap bagitau lagi 'please introduce yourself in English'. 
  2. Apakah keistimewaan saya supaya diserap sbg PTD ?
  3. Apa tugas PTD ?
  4. Berapa bidang PTD ? 
  5. Berapa kementerian yg ada di Malaysia selepas PRU-13 ? Soalan ni cZ jawab 'Saya minta maaf, saya tidak pasti' =___=. Serius sedih tapi dari menipu baik mengaku. Jawapannya ada 24 kementerian termasuk Menteri di JPM.
  6. Kementerian mana yang anda ingin bertugas ? Kenapa ?
  7. Kem. Pengajian Tinggi Malaysia masih wujud ke ? Ia digabung dgn apa ? Membentuk kementerian apa?
  8. Apa yg anda faham dgn konsep CTI (cepat, tepat, integriti) ? Kenapa CTI penting ?
  9. Apa itu KPI (Key Performance Indicator) ? Sebutkan nama penuh dalam BI ?
  10. What is UTC ? Full name, functions, operation hours and agencies. 
  11. What is SOP ? 
Soalan-soalan ini dari panel SPA (Pengerusi). 
Soalan-soalan dari panel PTD (Jabatan) pula macam ni >>>>>


  1. Tell me what is the differences of the Tun Dr. Mahathir and Tun Abdullah foreign policy ?
  2. Tell me what is the significant and the importance role of foreign policy to a country ?
  3. In international economy, what is the approach that had been introduced by Datuk Seri Najib ? Panel bg clue tentang MIEF dan cZ elaborate ttg Islamic Financial and Banking. Soalan ni pon agak blur sbb takde dlm skop pembacaan.
  4. Apa perbezaan persekutuan dan negeri ? Bagi contoh bidang kuasa masing2 ?
  5. Ada tak PTD di negeri2 ? Soalan ni pon tak dpt jawab dgn baik :(
  6. Jawatan tertinggi PTD di negeri ialah ... ?
Lebih kurang banyak ni jelah soalan2 yang ditanya. 
Lebih kurang pon sebab dia berkait dgn jawapan kita. Kalau kita pi jawab B utk soalan A nanti pasti ada soalan C. 
Bagi soalan BI jawapan juga harus dalam BI dan begitu sebaliknya.
So far cZ bukan reti sangat Inggeris tapi tgk panel mengangguk so fahamlah tu kot.
Apa yang penting. Jujur !
Kalau tak tau just 'minta maaf' dan cakap 'saya kurang pasti'.
Kedengaran sgt kurang ilmiah tetapi untuk mengelak soalan lain yg akan jauh memesongkan akidah kita nanti, lebih baik ambil pendekatan sederhana.
Berkata-kata benar itu memang menyakitkan !
Mereka memang berpengetahuan luas nanti kelu lidah pulak kalau menipu.
Sesi berjalan selama 20 - 30 minit bagi seorang calon. 
cZ tak sedar pon masa berlalu tau2 panel cakap 'okey, terima kasih'.
Apa pun Don't provoke and be yourself.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Lastly sesi calon bertanya soalan kepada panel.
Actually panel tak expect pon ada soalan tapi utk menunjukkan minat kita pd jwtn ni so tak salah kita bertanya.
cZ memang dah prepare 2 soalan (cZ ada baca di blog calon lain utk prepare soalan sbg tanda minat mendalam kpd jawatan ini) tapi alih-alih jadi 5 soalan pulak.
Kekosongan jawatan ini ialah 100 orang seluruh Malaysia dan mereka yang berjaya akan ditawarkan Kursus Kadet PTD selama setahun di INTAN terpilih. 
PAC tidak dimasukkan ke dalam modul tetapi kurus akan melibatkan modul2 yg sedia ada spt kepolisan, latihan bomba, askar, dll.
Elaun akan diberikan selama menjalani kursus.
Bagi yang berjaya di dalam kursus ini akan berkhidmat sbg PTD gred M 41.

Selamat Berjaya kepada semua.

Thanks for reading :)

Tuesday, 10 December 2013

Wahid Anniversario

I named it Tengku Qalif :)

Hola,
Wow it's my anniversary :)
Anniversary dgn sapo eh ?
I still remember during my very first trimester as a Penyelia Asrama, almost every single day I hope that my day passed very fast; even I hope the clock will be skipped a few hours to meet the sunset.
Memang satu pengharapan yg bodoh T____________T .
In stead of that sejam pertama di pejabat saya tertidur seharian. Memang patut tidur sebab semalaman mengharungi perjalanan yang meletihkan.
Inilah pengalaman pertama posting dan memang mengujakan tetapi minta maaflah tuan pengetua saya memang mengantuk bangat +_+

Setahun yang lalu office saya tiada kemudahan internet . =__=
Setahun yang lalu saya terpaksa memakai stoking / sarung kaki .

Memang sesuatu yang pelik bagi saya bila pejabat takde kemudahan komunikasi ini (internet connection).  Bahkan bila pertama kali cZ on skype di pejabat, semua skypers seolah-olah kekejutan dan menerjah wall bertanya kabar.
Rasa macam baru turun dari angkasa lepas sbb sume org tny kabar. Terharunya =____=
Thanks sebab masih ada yang sayang :)
Sebenarnya keadaan semasa di sini tidaklah sekejam yang cZ ceritakan. 
Pengalaman di sini sangat mendamaikan. Dikelilingi oleh muka-muka suci walau ada juga yang nakal, tapi alunan zikir yg selalu berkumandang di sekolah sangat mendamaikan.
Rasa beruntung bekerja di sini sbb bila stress tak perlu jerit macam orang giler tapi dihalwa dgn alunan zikir yang owesome :)

Kawan sekerja baik, pejabat okey, pihak atasan ibarat kakak sendiri dan semuanya baik-baik belaka. 
And frankly speaking, now I love to wear socks all day long
Sejak pakai sarung kaki ni cZ rasa kebersihan kaki dan kaki itu sendiri terpelihara dari cela hahahhaha. 
Jom kita jaga kaki dan aurat :P
Lastly, esok hari baru dan tahun baru di sini. Dan esok juga kena attend interview PTD. 
cZ anggap ia sebagai hadiah anniversary.
Semoga saya berjaya dalam semua bidang yang saya ceburi. Amin !

Thanks for reading :)