Saturday, 17 November 2012

Durian Crepe


Hello pencinta durian sekalian :)
Pastinya juadah kudapan petang korang buat masa ini ialah makanan di atas (^_^)
Seriously to those who live life in oversea far far away from Malaysia now is quite wondering what kind of "kudapan" is this ?? Don't you ??
Well to me personally when many of Malaysian are talking about Durian Crepe all this month and previous month, I am also blur & have no interest to discover since durian is not in my favourite list. 

After all, I saw one of my FB friend sell it online then only I know that the new style of "roti jala" or "ketayap" is been modified by adding a new flavour / filling - that is durian.
Tahniah kpd manusia yg sgt kreatif itu.
Dan pada hari ini tetiba teringin nak amik tau pencipta Durian Crepe yg tengah hot at this season.

Resepi Durian Crepe aku dah research & aku dapati ia lebih kurang nak buat kuih roti jala & ketayap juga cumanya intinya durian + whiping cream. Ada juga yg bt Mango Crepe , Banana Crepe tp apa pon bt masa sekarang aku masih belom terliur nak try sementelah aku belom menemuinya di Bandaraya Alor Setar ni.
T___________T
So sad, Alor Setar ni serba-serbi lambat dr tempat lain. Patot tarik balik je taraf bandaraya.
Well thats all for today.
Happy Eating Durian Crepe to all durian lovers.
Thanks for reading :-) 

Wednesday, 24 October 2012

Chef Selebriti 2

Assalamualaikum, hola!
Dear readers bakal chef semua :)
Sekarang ni demam dpt duit free & absolutely mudah. Betoi kn ?
Byk giler aktiviti or competition yg sng utk participate ; sapa tak join-rugi & tak perlu modal ; sapa keluar modal-kena tipu !


Berbalik kpd entry ini & pengalaman sendiri, sgt lah malu ttg masak-memasak.
1st time berkecimpung dlm masak2 ms zaman kecik-kecik-main-masak-masak-dengan-kawan-sekampung.
Pastu 1st serius masak ms kelas Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah tingkatan 1. Masak sandwish! Group kami semua anak dara tp sorang pon tak tau bt sandwish sampai tahap hancurkan telor rebus-walhal cikgu suruh potong telur slices.
After all, nekad belajar masak masa form 4. I still remember saat-saat periuk terbakar sbb periuk terlalu panas. That time camping kat belakang sekolah je, mujur lah my crush + jejaka2 gorgeous d sekolah p semayang Jumaat. Kalau tidak malu muka cheq. Dah la kak-kak senior sume riuh-rendah dgn kejadian tu. Malu setepek T_______T
Since that incident, asal balik cuti minggu mesti wajib masuk dapur tgk mak masak pon jadilah. Sejak dr itu, ringan juga lah kaki tangan ni memasak.
So, dgn baik hati nak support bakal-bakal chef semua, saya nak kongsi 1 resepi rahsia (pasni tak rahsia lagi) yg menjadi favourite seluruh keluargaku ...

MASAK ACHEH
Resepi ini mmg berasal dari Acheh, Indonesia. Family kiteorang dpt resepi ni sbb tinggal di Kampung Acheh, Yan, Kedah. So, to those yg suka pedas & bosan asal ikan-mesti-masak-kari; meh kita try ikan-tongkol/sore-masak-acheh.
Bahan-bahan.
  1. Minyak masak, bawang merah + bawang putih (untuk menumis)
  2. Segenggam belimbing buluh kering (bahan utama-takde so tak jadi Masak-Acheh)
  3. Ikan tongkol/sore (1 ekor or anggaran 1kg) dipotong-potong
  4. Cili padi (ikot kepedasan) anggaran 6-13 biji
  5. Bawang merah beberapa ulas / 2 ulas bawang besar
  6. Bawang putih beberapa ulas
  7. Sedikit serbuk kunyit
  8. 3 helai daun limau purut
  9. 2 kuntum bunga kantan
  10. Beberapa helai daun kesum
  11. Air (ikot suka hati)

To those yang tak pernah tau, inilah belimbing buluh kering. Kaedah mengeringkan ia amik masa berhari2 sbb kena rendam dulu, pastu keringkan then baru gaul dgn garam & masuk botol.
Langkah-langkah memasak Masak-Acheh
  1. Kisar bahan-bahan #2, #4, #5 dan #6 bersama sedikit air.
  2. Tumis bawang merah & bawang putih hingga berbau wangi. Wangi ke bau bawang ?
  3. Masukkan bahab-bahan yang dikisar ke dalam tumisan tadi. Biar ia masak/ menggelegak seketika. Agak2 dah pecah minyak or haruman teserlah, masukkan air dlm 200ml.
    (anggaran air bergantung kpd tahap kepekatan kuah yg uols inginkan. Kalau suka pekat masuk air dlm 2 gelas, kalau suka cair masuk la 4 gelas)
  4. Masukkan daun limau purut & daun kesum. Kacau-kacau.
  5. Masukkan sedikit serbuk kunyit dalam kuah tadi.
    (tujuan utk nampak kaler kuning je. Kalau tak masukkan serbuk kunyit pon boleh aje dong)
  6. Masukkan ikan dan biarkan kuah mendidih.
  7. Bersama-sama itu masukkan bunga kantan dan sedikit garam.
    (better rasa dulu la masin ke tak sbb belimbing kering mmg dah masin)
  8. So selesailah memasak Masak-Acheh.
  9. Kalau nak nmpak menarik, boleh potong seulas bawang besar-potong dadu/4 dan masukkan dlm kuah yg tgh mendidih tadi & perahkan sedikit limau kasturi. Umph!
  10. Hidangkan bersama nasi putih or nasi dagang pon sedap.

Cengginilah hasilnya masakan korang itu nanti. Resepi mampu bertahan beberapa hari & makin pekat kuah dia makin sedap ia utk d makan.


Selamat mencuba!

Sunday, 21 October 2012

Sarapan Pagi ialah Ubat Kurus Terbaek !

Assalamualaikum, Selamat pagi Ahad yang mbosankan T_____T

Sgt sedeh bila hari Ahad mai keje tapi abang jg parking d mall sebelah ni lagi busy dari aku yg dr pagi smpai petang asyik dok buka website yg sama checking emel yg kompom tak masuk sbb opis lain offline :(

Ia satu kerja penipuan yg sgt susah giler nk bt especially bila keyboard anda berbunyi kuat giler gaya menaip mcm ada segunung claim kena submit walhal meja empty - semut pon tak lalu lalang even sekotak Big Apple Donuts & Coffee ada d atas meja :P

Today nak share ttg ke-obses-an manusia especially wanita - perempuan but nowadays lelaki yg maskulin pon pay a big concern about this matter - K.U.R.U.S. 

Syukur alhamdulillah, aku mmg dilahirkan small size & size "S" forever :)
Dan akibat kekurusan aku yg mmg sgt ni hingga timbul masalah plak sbb byk pihak anggap aku school girl & polis pon confuse bila selalu aku kena aniaya - di saman tanpa menyemak aku memiliki lesen memandu yg sah. That's why aku sgt benci abg / bapak polis.

Seriously, sapa tak nak kurus - nampak cantik (cantik ke kurus mcm skeleton?), easy to wear anything, & nak-nak bila reunion kwn2 tak knl yang anda ialahlah dahulunya Juara Makan - Heavy Weight Asrama 5tahun berturut2... so sweet bukan ?

Ada 10juta manusia yg ajak aku beli produk kurus dorang. Sampai wall FB aku dh mcm pusat pelangsingan badan + emel3 sarat barat dgn spam produk + text appeal messages.
Owh kengkawan saya sudah under weight !
Aku ada sorang best friend yg dulunya ms sekolah superb slim-top ranking awek pujaan lelaki gorgeous. 
Then masuk alam pekerjaan + keje kerajaan terus superb fatty sbb keje gomen ni goyang kaki, makan tido makan tido je. 

So solution : ubat kurus
Result : kidney infection after makan few boxes ubat kurus
Now : super duper gemuk dgn lemak trans yg ssh nk demolish :(


Tips yg paling berguna & telah aku amalkan sejak kecik lagi ialah 

SARAPAN PAGI SETIAP HARI !

Big thanks kat mak aku yg tak penah jemu bgn awal2 pukol 3pagi pon besa bangun semata-mata nk bt sarapan. Dan seingat aku, aku tak pnh bjalan keluar dr umah or bilik hostel tanpa sarapan pagi.

Hasilnya; berat badan aku maintain 42kg - 46kg (underwight) dari zaman sekolah sampai zaman anak nak masuk 2 orang.  Boombastik kan? & sgt awes0me :)

Apakah kepentingan sarapan pagi?

Sangat kasihan bg mereka yg tak concern ttg breakfast tp sgt heavy utk brunch (breakfast & lunch). Pukol 10pagi dgn nasi lauk, kuih kuih, air kopi, fresh oren +++ .
Kunun klu makan pukol 10 pagi dgn heavy-nya nnt lunch tk mkn so blh slim; bwek :P
Owh manusia sekalian alam, sedarlah bahawa 2 keping roti kosong (kalau dah malas sgt) & secawan Teh/ Kopi/ Milo sudah memadai utk anda KEEP SLIM , seyes !!!

To those yg masih biol lets me explain to you.
Sarapan pagi sgt penting sbb kita nak mulakan hari baru - memerlukan tenaga nak-nak keje mcm askar, panjat tangga pejabat kalah daki Gunung Jerai, dgn start new week dgn setimbun kertas smpai tutup pandangan kita ke staff berdepan.
Hellooo... "Nesvita" pon dh keluarkan cereal milk utk bantu career women yg tak sempat bgn awal prepare breakfast utk family.
Itu pon uols out there tak paham lg kepentingan breakfast. Aku pon tak paham uols ni.

Dan the most important point here is, DINNER!. 
I believe bila kita plan diet (diet di sini means ikat perot utk kurus bkn jaga makan utk kesihatan), most of us wajib skip dinner & supper. Kalau makan pon salad or hot Milo dgn roti kering 2 keping. 
Bila dh malam tak mkn so pagi haruslah dimulakan dgn sarapan pagi yg berkhasiat & mampu membekalkan tenaga sesuai dgn tugasan masing2.
 

Jangan takut utk mulakan pagi anda dgn sarapan mcm ni. Or jangan takut kena serangan jantung tiap2 pagi makan roti canai + Teh tarik. Sebab anda takkan lalu nak mkn sarapan yg sama setiap pagi. Sumpah mak aku pon jemu pagi2 goreng nasi kat kami. Kadang2 mak aku pon offday so merayaplah kami ke kedai beli sarapan sendiri.

"A simple breakfast will keeps you away from doctor" 

Itu nasihat mak aku.  Bangun pagi mesti makan, tengahari, petang, malam tak makan takpe.

Actually, kurus ke gemuk ke makan byk ke mkn sikit ke yg penting sihat. 
Kurus +  cantik tp aneroxia = tak cantik. 
Gemok + comel tp darah tinggi kencing manis = tak sweet.
Kurus + skin in bones tp fit (2.4km in 9minutes) = superb!
Gemok + big fat tp cergas & cerdas = owes0me

Tapi serius, bersarapan lah di pagi hari sebagaimana wajibnya bersahur di bulan Ramadhan. Ia mmg ssh nk bt especially bg manusia yg tak lalu tgk makanan pd jam 7 pagi. Nak juga makan after 10 a.m. But believe me, you will be rewarded soon!

So, to those yg dok kautim nk beli produk utk melangsingkan badan. Jom kita apply breakfast dlm kehidupan pagi kita selama beberapa bulan dulu. InsyaAllah musti tak buang duit dan tak menyakitkan mana2 bahagian badan korang.

Thanks for reading & enjoy your breakfast!

Wednesday, 17 October 2012

Wordless Wednesday :)


Sunday, 23 September 2012

Mad Markets :-)

Bismillahirahmanirrahim ;
Alhamdulillah syukur masih bkesempatan mhirup udara segar Bandaraya Alor Setar pagi ini since dah few days asyik hujan je. Seyes tk faham knp hujan turun tk bmusim dh nowadays???

Como esta's readers ? Hope you all sume muy bien & feliz sepanjang minggu ini. 

Today I nak share 1 program TV9 yg tbaru >>>> "MAD MARKETS"
Sound crazy rite? Mmg absolutely happening, crazy & dying to shop, to travel :P
It is hosted by our superb famous blogger miss Hanis Zalikha.
Accompany with other Asian's famous blogger & this is a travelogue program. 
So far dh masuk episode ke-2 & smalam (episode smlm ulangan je ; actually its on air on Every Wednesday 10.30 p.m. only on TV9) dorang dia ke Singapore ditemani oleh blogger cun miss Qiu Qiu yg sgt Barbie Doll.

Honestly, I love a travelogue program! Tk kesah le mengembara ke hutan ke mkn angin obersi ke, cari resepi temurun ke. As long as ia bjalan dr satu tempat ke satu tempat yg lain + ade makanan + place to shop & relaxation = awesOme :)

Sesungguhnya sy bukan seorang yg suka mengembara / bcuti, bukan jg shOpaholic tp sy suka tgk program mcm ni sbb TERBAEK ! 

Mana la tau tetiba kena pegi ke tempat2 yg tertentu at least dh exposed d TV so sng lah nnt nk explOre... Early exposure is really important spy nnt tkde la awkward :P

One kind yg I suka dgn program ni ialah host dia >_< 
She has a wonderful shopping list yg mmg dying to buy. Like the previous episode in Melaka where she bought a 'terOmpah' - pink in colour. Bagi I yg dilahirkan zaman 50-an & classic nih, mmg sesuai la beli brg2 mcm tu when U visit Melaka. Sometimes kita nk trademark tempat yg kita pegi and .... tadaaaaa nice pink 'terOmpah' is ready to be used in special event. Bukankah awesOme begitu ???

Plus she went to travel wif local people-blogger, like yesterday; Singapore Episode mmg sgt TERBAEK! sbb Qiu Qiu bw host pegi sume shopping heaven but her suggest to window shopping dulu until they arrived at the rite shopping heaven door. Mmg puas hati la kalau pegi jenjalan mcm tu. At least dpt elak tertipu & save budget because blh dpt brg yg sm kualiti & kuantiti dlm harga yg leebiiiih affordable. 
I love the Qiu Qiu shopping trademark-CHEAP-

In conclusion : I fall in love with this program !

It is very informative & guide us to place we should & shouldn't go - shop, eat & sleep. These 3 things is necessary when U are traveling especially to those who plan to travel alone or with colleague yg rata2 hingusan / gamble je redah ke tempat tsebut utk vacation. 

So this program sgt bmanfaat utk anda & utk sy jg yg plan nk ke Melaka hjg thn ini. Now dh siap2 budget which place to go & to shop :)
Pasni kompom tk awkward :P

The end & thanks for reading ;-) 

Sunday, 16 September 2012

Berdua Bersatu

Assalamualaikum, Selamat Hari Malaysia yg ke-49 :-)
Hari Malaysia disambut setiap 16hb September setiap tahun semenjak 1963 sempena kemasukan negeri Sabah & Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia (those day called Tanah Melayu). Ia macam BERDUA BERSATU la...
Suruhanjaya khas iaitu Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk utk mdptkan reaksi penduduk di both states samada mereka bersetuju or tidak bersetuju dgn cadangan penubuhan Negara Malaysia melalui penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah & Sarawak.
Justeru itu terbentuklah sebuah negara Malaysia yang merdeka pada 16-09-1963. Namun demikian, Singapura telah keluar dr negara Malaysia pd thn 1965 utk mbentuk negara sendiri - Republik Singapura.
According to my history teacher, Pn. Muniroh; selain faktor utk mberi peluang Tanah Melayu, Singapura, Sabah & Sarawak mcorak pentadbiran sendiri (negeri2 ini dahulunya ditadbir oleh Gabenor British), tujuan lain both states ni bgabung dgn Tanah Melayu utk mbentuk negara Malaysia ialah krn faktor ras kaum. Rite at that moment, Tanah Melayu dipelopori oleh kaum Cina, India serta pendatang lain. Oleh demikian, bilangan kaum Melayu & Bumiputera tdk dpt seimbangkan bil. kaum lain yg semakin mbanjiri Tanah Melayu. Jadi dgn mbawa masuk negeri Sabah & Sarawak ke dlm Persekutuan Malaysia dihrpkn keseimbangan kaum dpt diwujudkan & menolak anasir negatif.
Since 16 September is gazetted as 1 of nationals public holiday, so byk la jemputan majlis perkahwinan dilangsungkan on this day. Biasalah Malaysians ... :)

.
.
.



This is Erniy Handayani. Famously known as Erniy Zaini. She is my best buddy. We met on my 3rd sem in UUM after a tragical moment after i had been dumped from Kolej Kediaman Proton To Kolej Kediaman Bank Mualmalat.
 Reason : ANDA DIBUANG KOLEJ KERANA TIDAK HADIR SEMASA SESI PILIHANRAYA KAMPUS BERLANGSUNG :P
She is mix so that she is pretty & has a fair skin :)
She is expert in IT & a good programmer. Thanks 4 helping extracting the contain of that cell-phone memory card & teaching me to use movie maker. Sgt2 mhargai jasa baikmu itu.

.
.
.



This is Mr. Kayroll, Erniy's husband to be opss today he is officially Husband T0 Erniy ...
I believe he is a good man. Or else tk mungkin my sweety Erniy tpikat. Wah...gitu !

.
.
.



They are among thousands of Malaysians yg memilih tarikh 16 September utk diabadikan sbg tarikh bsejarah dlm lipatan memori kehidupan mereka... 
.
.
.








SELAMAT PENGANTIN BARU

.
.
.


nak jugak interprem :P


My dear Erniy Zaini ...
1. Akak ucapkan Selamat Pengantin Baru. Sorry tak dpt attend majlis U yg gilang gemilang sbb keje :(
2. Akak doakan Erniy & Mr. Kayroll bahagia d dunia & akhirat. Amin!
3. Akak doakan Erniy mjadi isteri & ibu yg solehah & mithali. Semoga nnt dpt menang award Ibu Mithali tahun 2050  :)
3. Byk2 bsabar okey !! 
4. Akak ucap trm ksh bebyk sbb support akak selama ni & this time 4 me to reply it back.
Thanks teman akak d KL Sentral that day, thanks belikan buku2 pdidikan utk Habi3l, thanks hadiahkan akak gift gedabak ms akak deliver Habi3l, thanks jaga akak ms pregnant d UUM, thank you for everything.
5. Akak hrp Erniy tk sedeh2 lg & never look back. Focus on your marriage life & utamakan husben okey. Don't play2... tak cium bau syurga nnt.
6. I Love You Erniy Handayani Zaini !!!

Sweet Dedication to Erniy, The End.

Monday, 10 September 2012

Sweden



Hola :)
Hari nie kita akn study ttg negara Sweden.
Sweden ialah negara yang berjiran dengan Norway & Findland serta dihubungi dengan Denmark oleh Jambatan Oresund yg pjg nya 8km. Fakta skema giler anak aku pon pndai nk elaborate nih :P
Bg aku personally, Sweden ini tkd la glamor or mjadi pujaan hati sgt pon berbanding negara Eropah yg lain walau ia merupakan negara ke-3 tbesar di benua Eropah. Once again fakta yg bguna dr Wikipedia, thanks !.
Ape kes la dok cite ttg negara bendera biru berbelang kuning ni???
Bg aku yg mmg tk ekonomi lgsg ni, mmg aku tktau pape la ttg Sweden. klu Switzerland tu ye$$$$$$$$$$$$$$$$$ !
F.Y.I. Sweden jg negara yg 2nd competitive d Europe + negara ke-8 mempunyai pendapatan per kapita tetinggi d dunia. WOW, hebat kn??
Tp psl pa Sweden tkd plak jd Negara G8 ??? Oh malunya jd student Int. Affairs Mgmt bende ni pon tktau. Zinnirah pls wake-up!!!
Apa yg ada di hotak ku saat ini ttg SWEDEN ialah org lelaki pakai topi bertanduk d kepala mcm dlm cite DVD yg ank aku selalu lyn tu.
THAT’S ALL !!!
Sesungguhnya aku mmg 0% ttg ni tp I dedicate this entry solely to my friend yg bakal berhijrah ke sana. 

Wish you all the best & hope you pray for me too :)

 inilah bendera rasmi Sweden. Sapa tk tgk Euro Cup mmg tk pnh la tgk bendera ni

 Yg ni la Jambatan Oresund ; among futuristic bridge d dunia sbb ada under-sea tunnel di pertengahan jambatan tu. Mcm best je kn?

 Hok ni pic bandar Stockholm yg aku google.. best gak bandar dlm air ;)

The End. 


Monday, 3 September 2012

Monday Blues :(

السلام عليكم
Hola, wish all of you guys out there a happy & joyful day today, tomorrow &  for the entire weekdays :P
Today, I am seriously trapped in
 and


hoping that today will be ended fast & without furious 


if not, i am hoping to punch this day or shout out loud to its ears so that it knows I hate it so much because MONDAY is 
M = Moody     
O =  Off & Out
N = Narrow    
D =  Dateline 
A = Angry       
Y = Yelling      

 Finally, I hope that there is a free trip to heaven on MONDAY :)


Sunday, 5 August 2012

Ramadhan & Syawal 1434H

Assalamualaikum Readers :-) 
Alhamdulillah kejap je dh masuk 3/4 tahun 2012 & kejap je dh esoknya Nuzul Quran or dlm erti kata lain within 2 weeks dh raya. 
Wah ... bgmn psiapan korang semua ?? Actually aku sgt rindu akan page PINK ini tp tahun ni tlalu byk kesedehan smpai aku rs nk STOP! 
Even sedeh tp puasa jgn ponteng ye kwn3 semua. By the way 1st Ramadhan aku agk gumbira sbb pujaan hati brada d cc :P 
Thanks ya melawat sy. Nnt raya dtg jenguk lg ek :P 
Raya tahun ni mmg psiapan kureng sikit sbb tkd mood nk raya dh cuti pon kejap. 
Kesedihan msh menyelubungi diriku :( 
Pesanan aku bt diri & semua bhati3 di jalan raya, monorel/ LRT, flight or whatever sbb semua nk bgembira. Klu drive pandang jg kiri kanan sbb dlm byk keadaan, kecuaian org lain mengakibatkan kita lebih mderita dr pbuat onar. 

Salam Ramadhan & Salam Syawal 1434H 
Semoga semua diberkati & dilinpahi rahmat. Maaf zahir & batin :-)

Friday, 25 May 2012

Dear Sir,

Dear Sir, I know that you couldn't hear me anymore. I'm sorry & I hope for your forgiveness. I know deep inside your heart you already forgave me. I already forgotten all the bad things that happened between us. You will remains my Sir & I will always respect you as my superior although you are no longer with me, us! Your experience, your thought, your ideas & your words develop me. Thank you so much for your guidance. I will be your 1st & your best secretary for the rest of your life! Rest In Peace Raveendran s/o Sundraj @ Pavani 31 May 1962 - 25 May 2012

Thursday, 15 March 2012

Selamat Tinggal T______T

Assalamualaikum ...
Such a long time didn't write in this pretty pinky wall. I miss it very much :)
I'm quite busy all this while handling my work since I'm going out from this Orange Company. So long guys. I'm gonna miss you all with all my heart T____________T
Ape kes petang2 berombak nih aku bspeaking ???

Actually since my father passed away, I'm very very very busy with my work, continue search for another work, settle all my late father's work etc ... please ignore all these nonsenses!
Well, aku rasa opis aku ni mcm dh jd trend plak ; trend staff bhenti beramai-ramai. Hahahaha mcm lawak je tp itulah kenyataannya :)

Finally, berjaya juga aku blah dr opis aku ni dgn aman damai (tp aku msh sangsi apekah aku akan aman damai or else?). Tapi so far my lovely GM accept my decision dgn baik & pasrah! Maybe dia pon malas nk offer aku dah and perhaps he is already found the right person to replace me. Perhaps! 

Honestly to say, deep down my heart I love my job. I love this company, I love the surrounding, I love all the electrical products, I love the stock take days, I love my office mates, I love the ad-hoc  programme ; my up-side-down annual dinner, everything ...
I hope soon I'll find a suitable job & place to work, insyaAllah. 
But, in many ways money is nothing. Satisfaction and appreciation is what all of us in this universe want.
Betoi kan??
Mana ade manusia di dunia ni keje mcm nk mampos semata2 utk di caci maki kn. Then keje mcm kuli batak bg idea bombastik, last2 idea di curi & orang len dpt nama. Ini tidak adil, ini tidak adil bagi ku ........
Because of this I made a decision to resign even though my heart felt in love with my job.  

Memang sedeh sesedeh sedehnya :(
Maybe this is my fate ; met a H.O.D like him. So pasrah sajalah. There was always a pro & cons. Aku tak kata semuanya yg tak baik sj. Tapi byk juga aku belajar dr yg negatif yg mn aku rs sgt bguna sbg benteng utk aku d ms depan hohohoho (ayt menyedapkan hati aku) :P
So sesi mhabiskan duit a.k.a meraikan perpisahan pon diadakan. Memang best sgt sbb kami semua lain2 dept then inilah saja ms utk kami bramah mesra. 
I wish all of us success in our future undertakings. Best of luck guys!

KAMI !!!


Kunun-kunun candid camera :)

Kekenyangan sampai masuk lewat after lunch :P


From left : SyaSya, Mira, Ziera, K.Hafni, Isma, Hajar, Anas, Ida & Me :)

Lots of fun with you all guys. Keep in touch via Skype & hope to meet again.
GOOD LUCK & SAY NO TO GOSSIP.



Thursday, 23 February 2012

ABAH

Entry kali ni aku dedicate khusus buat Allahyarham Mohd Ibrahim bin Hussain ...
Hari ini ialah hari ke-7, Abah pergi meninggalkan kami semua. Sedeh, sayu, pilu! Perasaan sukar digambarkan dengan kata2. Hanya linangan air mata bersama doa mengiringi pemergian Abah. 
Mak; sedeh tapi tk menangis! Kuatnya mak mengharungi semua ini demi kami semua. Kekuatan mak aku contohi sbb kata orang roh masih berada di rumah. SO tak elok tunjuk sedeh nnt roh tak aman. Betoi ke? Khurafat?


Pagi Khamis 16/02/2012 jam 6.00 pagi. 
Abah dimasukkan ke hospital kerana penat. Abah mmg ade healer so kami dh biasa dgn serangan semput mengejut. Jangkaan kami Abah cuma akan sedut oksigen selama 2 jam shj. Tapi doktor ckp dh kritikal. Tiub tpaksa dimasukkan ke mulut untuk pam oksigen direct ke jantung krn paru2 Abah dah rosak. Jantung Abah dah gagal bfungsi. Faktor2 kegagalan sukar dikenalpasti. Yang pasti air telah memenuhi segenap ruang di peparu Abah. Persiapan untuk membawa Abah ke HSAH dilakukan.


Tengahari Khamis 16/02/2012 jam 11.30 pagi.
Doktor panggil Mak, abg aku & aku. Doktor batalkan keputusan ke HSAH krn kondisi sgt kritikal. Minor operation will be held soon & doktor nasihatkan semua sanak-saudara dihubungi. Mak dah kol semua family members since dawn. Ini kali pertama Abah dimasukkan ke hospital. Aku bergegas ke Pokok Sena to send my son there while Mak & my brother settle kn urusan Abah.


Petang Khamis 16/02/2012 jam 2.00 petang.
Abah ditukarkan dari wad kecemasan HY ke wad biasa. Keadaan masih spt pg tadi dan darah dah mula keluar dari mulut Abah. Aku mula pk kn arwah Pak Teh yg mengalami keadaan spt ini sebelum dia meninggal. Kak Long & sepupu tdekat dah memnuhi ruang wad. Sempat tgk Abah kejap aku balik rumah siap makan tengahari & kemas2 ape yg patot. Mak dari pg tk jamah semikro air pon. 


Petang Khamis 16/02/2012 jam 5.30 petang.
Nasi lauk aku kirim utk mak tidak bsentuh langsung. Makcik2 dari K.L & Perak dh sampai. Kakak & BIL dr K.L dh penuhi ruang hospital. Jiran tetangga juga memenuhi wad. Aku stay di rumah je sbb standby kalu2 perlu apa2. 


Maghrib Khamis 16/02/2012 jam 7.30 malam
Anak Kariah Kg K10 sedekahkan yassin buat Abah. Abah sempat titis sikit bserta air zam-zam dr Mak Njang. Hanya Mak, Abg & Adik aku je yg stay di hospital. Makcik2, kakak & BIL stay d umah. Kakak aku dr Johor masih on d way. Keadaan Abah masih belum berubah. Semua sedara mara telah bertemu dgn Abah. Hanya kakak d Johor sj msh panjang pjalanan.


Pagi Jumaat 17/02/2012 jam 4.00 pagi.
Aku tak tau pukol bpe kami tido smlm. Tetiba aku tjaga trs tbangun. Tgk jam 4.00 pagi. Seakan satu ledakan bom mengejutkan kami semua. Aku kol kakak aku. Alhamdulillah dia dh slmt smpai ke HY. Sempat jumpa Abah. Aku mention kt kakak & BIL utk ke hospital cz rs tk sedap hati. Jam 4.30 pagi. Mak kol; Abah dah pergi tinggalkan kami T_____________T


Pagi Jumaat 17/02/2012 jam 8.00 pagi.
Jenazah Abah selamat di bawa balik dr HY. Bacaan yasin berkumandang memenuhi segenap sudut rumahku. Rakan taulan, sahabat handai, sanak saudara bertandang menziarahi buat kali terakhir. Mak; masih kuat, cekal & tabah!


Pagi Jumaat 17/02/2012 jam 11.00 pagi.
Jenazah Abah disemadikan di pusara. Berdekatan dgn arwah kakak & abg aku yg telah pergi dahulu dijemput Illahi. 


Malam Jumaat 17/02/2012 jam 9.00 malam.
Tahlil disempurnakan di surau; permintaan dr anak2 kariah. Aku tetap setia d rumah. Ingatan pd wasiat Abah; 
"KALAU ABAH DAH TAKDE CARI KAD PESARA ABAH. BUKA BEG YANG ABAH BAGI." 
Beg James Bond Abah aku buka & terselit fail kertas bwarna coklat tertera ...
"BILA ABAH SUDAH TIADA. BUATKAN PENCEN UNTUK ISTERI ABAH SEFIAH BINTI OTHMAN. ANAK-ANAK ABAH TOLONG URUSKAN UNTUK MAK".
Fail terlukis gambar LOVE dgn ORG TERSENYUM aku buka. Semua dokumen penting; Kad Pesara yg asal, Sijil Nikah, Salinan IC Abah telah siap tsedia. Abah telah tahu bila dia akan tinggalkan kami. Aku cuma setelkan borang + gambar mak sj. Semua ahli keluarga sayu dgn apa yg telah Abah lakukan. Abah mmg syg kn Mak!

Pemergian Abah pada hari lahir abg aku yg ke-37 sungguh meruntun jiwa. 
Sebelum Abah pergi, sempat Abah mengajarkan anak aku 3 Qul. Tak sangka itu merupakan petanda Abah akan meninggalkan kami. Abah jg sempat memaklumkan kpd Mak bahawa...
"ABAH SANGAT SAYANGKAN MAK. ABAH TAK SANGGUP NAK TINGGALKAN MAK."

Semoga Abah aman & bahagia di sana. Walau Abah dah tkde tp Mak & Adik ialah amanat yg besar utk aku. Semoga aku bjy menunaikan tanggungjawab & amanah yg telah Abah tinggalkan. 
Al-Fatihah ...