Wednesday, 24 October 2012

Chef Selebriti 2

Assalamualaikum, hola!
Dear readers bakal chef semua :)
Sekarang ni demam dpt duit free & absolutely mudah. Betoi kn ?
Byk giler aktiviti or competition yg sng utk participate ; sapa tak join-rugi & tak perlu modal ; sapa keluar modal-kena tipu !


Berbalik kpd entry ini & pengalaman sendiri, sgt lah malu ttg masak-memasak.
1st time berkecimpung dlm masak2 ms zaman kecik-kecik-main-masak-masak-dengan-kawan-sekampung.
Pastu 1st serius masak ms kelas Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah tingkatan 1. Masak sandwish! Group kami semua anak dara tp sorang pon tak tau bt sandwish sampai tahap hancurkan telor rebus-walhal cikgu suruh potong telur slices.
After all, nekad belajar masak masa form 4. I still remember saat-saat periuk terbakar sbb periuk terlalu panas. That time camping kat belakang sekolah je, mujur lah my crush + jejaka2 gorgeous d sekolah p semayang Jumaat. Kalau tidak malu muka cheq. Dah la kak-kak senior sume riuh-rendah dgn kejadian tu. Malu setepek T_______T
Since that incident, asal balik cuti minggu mesti wajib masuk dapur tgk mak masak pon jadilah. Sejak dr itu, ringan juga lah kaki tangan ni memasak.
So, dgn baik hati nak support bakal-bakal chef semua, saya nak kongsi 1 resepi rahsia (pasni tak rahsia lagi) yg menjadi favourite seluruh keluargaku ...

MASAK ACHEH
Resepi ini mmg berasal dari Acheh, Indonesia. Family kiteorang dpt resepi ni sbb tinggal di Kampung Acheh, Yan, Kedah. So, to those yg suka pedas & bosan asal ikan-mesti-masak-kari; meh kita try ikan-tongkol/sore-masak-acheh.
Bahan-bahan.
  1. Minyak masak, bawang merah + bawang putih (untuk menumis)
  2. Segenggam belimbing buluh kering (bahan utama-takde so tak jadi Masak-Acheh)
  3. Ikan tongkol/sore (1 ekor or anggaran 1kg) dipotong-potong
  4. Cili padi (ikot kepedasan) anggaran 6-13 biji
  5. Bawang merah beberapa ulas / 2 ulas bawang besar
  6. Bawang putih beberapa ulas
  7. Sedikit serbuk kunyit
  8. 3 helai daun limau purut
  9. 2 kuntum bunga kantan
  10. Beberapa helai daun kesum
  11. Air (ikot suka hati)

To those yang tak pernah tau, inilah belimbing buluh kering. Kaedah mengeringkan ia amik masa berhari2 sbb kena rendam dulu, pastu keringkan then baru gaul dgn garam & masuk botol.
Langkah-langkah memasak Masak-Acheh
  1. Kisar bahan-bahan #2, #4, #5 dan #6 bersama sedikit air.
  2. Tumis bawang merah & bawang putih hingga berbau wangi. Wangi ke bau bawang ?
  3. Masukkan bahab-bahan yang dikisar ke dalam tumisan tadi. Biar ia masak/ menggelegak seketika. Agak2 dah pecah minyak or haruman teserlah, masukkan air dlm 200ml.
    (anggaran air bergantung kpd tahap kepekatan kuah yg uols inginkan. Kalau suka pekat masuk air dlm 2 gelas, kalau suka cair masuk la 4 gelas)
  4. Masukkan daun limau purut & daun kesum. Kacau-kacau.
  5. Masukkan sedikit serbuk kunyit dalam kuah tadi.
    (tujuan utk nampak kaler kuning je. Kalau tak masukkan serbuk kunyit pon boleh aje dong)
  6. Masukkan ikan dan biarkan kuah mendidih.
  7. Bersama-sama itu masukkan bunga kantan dan sedikit garam.
    (better rasa dulu la masin ke tak sbb belimbing kering mmg dah masin)
  8. So selesailah memasak Masak-Acheh.
  9. Kalau nak nmpak menarik, boleh potong seulas bawang besar-potong dadu/4 dan masukkan dlm kuah yg tgh mendidih tadi & perahkan sedikit limau kasturi. Umph!
  10. Hidangkan bersama nasi putih or nasi dagang pon sedap.

Cengginilah hasilnya masakan korang itu nanti. Resepi mampu bertahan beberapa hari & makin pekat kuah dia makin sedap ia utk d makan.


Selamat mencuba!

Sunday, 21 October 2012

Sarapan Pagi ialah Ubat Kurus Terbaek !

Assalamualaikum, Selamat pagi Ahad yang mbosankan T_____T

Sgt sedeh bila hari Ahad mai keje tapi abang jg parking d mall sebelah ni lagi busy dari aku yg dr pagi smpai petang asyik dok buka website yg sama checking emel yg kompom tak masuk sbb opis lain offline :(

Ia satu kerja penipuan yg sgt susah giler nk bt especially bila keyboard anda berbunyi kuat giler gaya menaip mcm ada segunung claim kena submit walhal meja empty - semut pon tak lalu lalang even sekotak Big Apple Donuts & Coffee ada d atas meja :P

Today nak share ttg ke-obses-an manusia especially wanita - perempuan but nowadays lelaki yg maskulin pon pay a big concern about this matter - K.U.R.U.S. 

Syukur alhamdulillah, aku mmg dilahirkan small size & size "S" forever :)
Dan akibat kekurusan aku yg mmg sgt ni hingga timbul masalah plak sbb byk pihak anggap aku school girl & polis pon confuse bila selalu aku kena aniaya - di saman tanpa menyemak aku memiliki lesen memandu yg sah. That's why aku sgt benci abg / bapak polis.

Seriously, sapa tak nak kurus - nampak cantik (cantik ke kurus mcm skeleton?), easy to wear anything, & nak-nak bila reunion kwn2 tak knl yang anda ialahlah dahulunya Juara Makan - Heavy Weight Asrama 5tahun berturut2... so sweet bukan ?

Ada 10juta manusia yg ajak aku beli produk kurus dorang. Sampai wall FB aku dh mcm pusat pelangsingan badan + emel3 sarat barat dgn spam produk + text appeal messages.
Owh kengkawan saya sudah under weight !
Aku ada sorang best friend yg dulunya ms sekolah superb slim-top ranking awek pujaan lelaki gorgeous. 
Then masuk alam pekerjaan + keje kerajaan terus superb fatty sbb keje gomen ni goyang kaki, makan tido makan tido je. 

So solution : ubat kurus
Result : kidney infection after makan few boxes ubat kurus
Now : super duper gemuk dgn lemak trans yg ssh nk demolish :(


Tips yg paling berguna & telah aku amalkan sejak kecik lagi ialah 

SARAPAN PAGI SETIAP HARI !

Big thanks kat mak aku yg tak penah jemu bgn awal2 pukol 3pagi pon besa bangun semata-mata nk bt sarapan. Dan seingat aku, aku tak pnh bjalan keluar dr umah or bilik hostel tanpa sarapan pagi.

Hasilnya; berat badan aku maintain 42kg - 46kg (underwight) dari zaman sekolah sampai zaman anak nak masuk 2 orang.  Boombastik kan? & sgt awes0me :)

Apakah kepentingan sarapan pagi?

Sangat kasihan bg mereka yg tak concern ttg breakfast tp sgt heavy utk brunch (breakfast & lunch). Pukol 10pagi dgn nasi lauk, kuih kuih, air kopi, fresh oren +++ .
Kunun klu makan pukol 10 pagi dgn heavy-nya nnt lunch tk mkn so blh slim; bwek :P
Owh manusia sekalian alam, sedarlah bahawa 2 keping roti kosong (kalau dah malas sgt) & secawan Teh/ Kopi/ Milo sudah memadai utk anda KEEP SLIM , seyes !!!

To those yg masih biol lets me explain to you.
Sarapan pagi sgt penting sbb kita nak mulakan hari baru - memerlukan tenaga nak-nak keje mcm askar, panjat tangga pejabat kalah daki Gunung Jerai, dgn start new week dgn setimbun kertas smpai tutup pandangan kita ke staff berdepan.
Hellooo... "Nesvita" pon dh keluarkan cereal milk utk bantu career women yg tak sempat bgn awal prepare breakfast utk family.
Itu pon uols out there tak paham lg kepentingan breakfast. Aku pon tak paham uols ni.

Dan the most important point here is, DINNER!. 
I believe bila kita plan diet (diet di sini means ikat perot utk kurus bkn jaga makan utk kesihatan), most of us wajib skip dinner & supper. Kalau makan pon salad or hot Milo dgn roti kering 2 keping. 
Bila dh malam tak mkn so pagi haruslah dimulakan dgn sarapan pagi yg berkhasiat & mampu membekalkan tenaga sesuai dgn tugasan masing2.
 

Jangan takut utk mulakan pagi anda dgn sarapan mcm ni. Or jangan takut kena serangan jantung tiap2 pagi makan roti canai + Teh tarik. Sebab anda takkan lalu nak mkn sarapan yg sama setiap pagi. Sumpah mak aku pon jemu pagi2 goreng nasi kat kami. Kadang2 mak aku pon offday so merayaplah kami ke kedai beli sarapan sendiri.

"A simple breakfast will keeps you away from doctor" 

Itu nasihat mak aku.  Bangun pagi mesti makan, tengahari, petang, malam tak makan takpe.

Actually, kurus ke gemuk ke makan byk ke mkn sikit ke yg penting sihat. 
Kurus +  cantik tp aneroxia = tak cantik. 
Gemok + comel tp darah tinggi kencing manis = tak sweet.
Kurus + skin in bones tp fit (2.4km in 9minutes) = superb!
Gemok + big fat tp cergas & cerdas = owes0me

Tapi serius, bersarapan lah di pagi hari sebagaimana wajibnya bersahur di bulan Ramadhan. Ia mmg ssh nk bt especially bg manusia yg tak lalu tgk makanan pd jam 7 pagi. Nak juga makan after 10 a.m. But believe me, you will be rewarded soon!

So, to those yg dok kautim nk beli produk utk melangsingkan badan. Jom kita apply breakfast dlm kehidupan pagi kita selama beberapa bulan dulu. InsyaAllah musti tak buang duit dan tak menyakitkan mana2 bahagian badan korang.

Thanks for reading & enjoy your breakfast!

Wednesday, 17 October 2012

Wordless Wednesday :)