Tuesday, 28 February 2017

#MoveOn

Credit to BLUSH
Alhamdulillah,
Melepaskan memang melegakan. 
Pada mulanya hati rasa in between. Nak lepas tapi sayang. Tak lepas tapi sakit.
Terima kasih adik manja. Rasa terawang2an pulak lepas talk with you on the phone yesterday evening. Tapi I kena stick with my decision. 

To be honest, I rasa lega. Rasa lapang. Rasa tak teringin nak stalk you anymore. Rasa happy. Yesss rasa happy. 

Arwah abah I penah cakap "apa yang lepas tu kenang sebagai kenangan. Jangan diikot sebagai harapan".

Ya, adik manja akan jadi kenangan cinta 💔 yg paling #deep dlm history. Semoga bila kita terserempak (ini bencana bila jatuh cinta pada sepupu sendiri. Korang I akan rasa seksa je bila ada family reunion ke family gathering) soon, I mampu senyum kat adik manja macam dulu2. 

So long. The end.

Monday, 27 February 2017

Expectation

Credit to BLUSH
Its a good time to move on. Expectation is no wrong. Its mean that I/we had put an effort on something (of course we expect for a good news or victory right?). But sometimes thing won't work accordingly as what we plan it should be. So, just keep doing good and live a better life. 

Love, CZ.

Sunday, 26 February 2017

How To Move On Effectively?

Credit to justbeatz.tumblr.com

Friday, 24 February 2017

Siti Zubaidah binti Shaari

Credit to Power of Positivity

Assalamualaikum readers :)

Hari ini CZ nak dedikasikan entry untuk #bff CZ iaitu Cik Bed. Famously known as Adda. Sejak ber-blogging nih, CZ memang akan pilih sorang personaliti yang akrab dgn CZ untuk CZ dedikasikan dirinya di page sendu ini. Kawan2 yg tak terpilih jgn rasa sedih (kot la ada kawan2 yg terbaca entry ni). In shaa Allah one fine day, mungkin nama anda terpahat di sini. Chewah! Ayat tak ingat. 

Honestly to say, CZ tak dapat recall macam mana permulaan perkenalan kami. Hari pertama di Kolej Proton, UUM, CZ berkenal an dgn Bena, Faizah, sorang budak Sabah (sorry cannot recall her name), Dayang (masuk UUM masa minggu orientasi je sbb parent dia usaha bawa dia masuk Unimas sbb dia org Sarawak). CZ dan Bena satu course dan the day before class bermula. Kitorang dah travel satu UUM tgk class kat mana. Maklumlah masa orientasi tak sempat nak tawaf. Just kenal2 gitu je sbb nak setelkan task masa orientasi. 

Berbalik pada Si Bedah (CZ suka panggil dia Bedah), CZ kenal dia rapat lepas kami byk kelas bersama. Then kami pulak berjiran (baru sedar berjiran dengan course mate lepas dah harung 2 minggu di UUM). Lepas tu kami diberi peluang jadi room mate masa sem 2 sbb kami masing2 ber-room mate dgn kakak senior masa sem 1. Jadi bila senior dah grad dapatlah kami bersama sebilik. Thanks Kolej Proton UUM. Walaupun sempat jd room mate 1 sem saja (masa sem 3 CZ kena campak ke Kolej Bank Muamalat UUM) tapi Bedah antara sahabat yg setia. 

Kenapa CZ panggil dia sahabat setia?
Bedah selalu ada saat CZ memerlukan dia. Walau kami tak bersama utk jangka masa yg lama. Tapi Bedah sorang kawan yg sgt baik. Tak dinafikan mungkin takdir Illahi tak pernah bagi kami peluang bersama dlm tempoh yg panjang. Jadi room mate pon dlm +/- 5 bulan. Bila kami dah sama2 keja, Bedah kawen dan tinggal di luar negara lama. Kami hanya berhubung melalui media sosial. Even sampai sekarang pon. Kami juga tak pernah bertemu selepas tamat pengajian di UUM. Tapi Bedah tak pernah lupa saat pahit manis suka duka selama kami bersama. 

Deep within my heart, CZ bersyukur dikurniakan sahabat setia seperti Bedah. Bukan nak cakap kawan yg lain tak baik. Tak okey. Semua kawan2 baik. Tapi CZ dan MH terhutang budi pada Bedah. Fasa pertama selepas penceraian sungguh perit dan sakit buat CZ dan MH. Luckily Bedah banyak membantu dari segi emosi, fizikal dan material. CZ banyak berkongsi suka duka dgn Bedah dan dia seorang yg sangat matang, berfikiran jauh ke depan, penasihat yg baik walau secara fizikal orangnya genit! 

Hari ini, sudah hampir 12 tahun CZ kenal Bedah. Seiring masa berlalu, manusia berubah dan CZ tumpang gembira dengan perkembangan positif Bedah. Soon, Bedah mungkin akan meninggalkan Malaysia mengikut suaminya ke negara asing. CZ akan kehilangan seseorang yg pandai memberi kata2 nasihat. Perpisahan ini mungkin untuk beberapa bulan, tahun ... Tapi CZ dan Bedah harap Allah S.W.T akan pelihara kasih sayang ini. Kami pon taktau bila akan dipertemukan kembali. Andai kami tidak dapat bertemu di dunia, semoga Allah pertemukan kami di sana.

Terima kasih Yang Maha Esa kerana mengurniakan seorang sahabat yg baik. 

Terima Kasih Adda kerana menerima aku dan anakku seadanya kami. 

Semoga Allah S.W.T. merahmati dirimu dan seisi keluargamu walau di mana jua dikau berada. 

I love you Siti Zubaidah binti Sha'ari.

Wednesday, 22 February 2017

Bila nak kawen ?


Ada sorang teman pernah cakap pada saya,

"kawen bukan untuk aku puaskan tekak orang tapi tekak aku sendiri."

#deep bukan?
Tapi memang betoi apa yg dicakapkan. Dunia hari ini menampakkan kita terpaksa berperang untuk memuaskan hati dan kemahuan org lain berbanding kehendak sendiri. 

Pada satu masa kita akan suka pada seseorang. Mungkin berbalas. Mungkin bertepuk sebelah tangan. Mungkin dihalang keluarga. Mungkin tak sedarjat. Tapi ingatlah kata2 di atas. 

Bila dah kawen, bukan mak bukan jiran bukan kawan yg akan kemas rumah. Lap lantai. Basuh baju. Kemas dapur. Hantar anak ke nurseri. Tapi kita dan pasangan kita yang akan bergilir or kita sensorang yg akan buat semua tu. Bersyukurlah andai ada insan luar yg sudi membantu. 

Jadi, pikirlah tekak sendiri. Kalau cinta ditolak or tak disambut anggaplah diri kita tak sesuai dengan tekak di sana. Sedangkan makanan lagi orang memilih inikan pula teman sebantal. 

Monday, 20 February 2017

Kahwin dan Kejarlah Bahagiamu

I really really hope that one fine day. There are a knight, driving his car, meet up with my mom and asking for my hand. Then he bring me to our home. Eternally forever. We are happy with kids.

Sampai satu masa kita harus lepaskan semua tanggungjawab. Tinggalkan pada yang sepatutnya. Berlarilah kepada yang benar dan kejarlah impianmu yang telah engkau rencanakan. Sesungguhnya engkau berhak memperolehi kebahagiaan itu setelah engkau berusaha dan berkorban. 

Tips Menabung #1

Menabung memang susah. Perlukan kekuatan utk bermula. Kesabaran utk menuai hasil. Istiqamah agar tabungan kekal hingga capai sasaran. Good luck!
Assalamualaikum readers.
Dewasa ini (sastera sgt bahasaku), kita terbeban dari aspek kewangan. Perbelanjaan menjadi semakin besar. Cabaran berdepan jatuh naik pasaran saham/ kewangan global. GST. Tarikan pelancongan ala backpackers. Yuran-yuran anak. Insurans. Bla bla bla bla

Tapi... Masih ada rakan dari kalangan middle-class atau low-class income yang berjaya survive. Means that dorang dpt buat semua atau hampir semua yg dinyatakan di atas tanpa rungutan.

How? Di sini kita rungkaikan pelan tabungan tahun 2017. Moga bermanfaat :)

Pelan tabungan mingguan.
Buat senarai minggu yang ada dlm tahun 2017 dan cuba menabung dgn mengikut bilangan minggu tersebut. Permulaan mmg senang sbb nilai kecil. Tapi di hujung2 tu kalau tak mampu blh minta spouse share.

Tabung Parti!
Ramai gelar ia begini sebab penabung hanya pilih not yg berkaler je utk menabung. Contohnya not Biru, Hijau, Merah, Oren, Ungu.
Mula sasaran yg kecil pon okay asalkan ikot kemampuan dan ia berterusan. 

Okay tak? Boleh kan? Ke mana perginya hasil tabungan ini? To me personally, ada hasil tabungan ni ke saya top up duit untuk mengerjakan haji. Ada saya guna untuk road tax and insurance kereta. Ada untuk keperluan persekolahan anak tahun berikutnya. Ada untuk end year holiday (tabung mingguan). Jadi takde la masalah bila kita sesak taktau nak korek duit kat mana.

Last year, saya mula dgn Tabung Parti Hijau dan berhasil kumpul RM 1600. Bergantung kepada tahap perbelanjaan anda. Kalau tak belanja langsung, susah jugak nak dapat not hijau.

Good luck and thanks for reading :)

Sunday, 19 February 2017

Appreciation


Dear ❤MN❤

I appreciate you entered my life. Everybody keep on talking about your kindness. Your mom told me that you're a good son she ever had. The easiest son to handle since toddler. I do admitted that you are a good, kind & generous person I ever known. I did lots of mistake to your life and probably left lots of scar too. I wish that this guilty feeling run away some day. Its hurt me alot recently and thank you. Thank you for reading and hope you forgive me.

❤ CZ

Friday, 17 February 2017

February 17th, 2017

Jumaat • 17 Februari

Hari ini. Tarikh ini. 5 tahun lepas abah pergi menghadap Illahi. Tanpa pesan. Tanpa sempat minta maaf. Hilang segala kekuatan. Hilang semua semangat.
Semoga arwah abah ditempatkan bersama dgn org yg beriman dan rohnya dicucuri rahmat.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
 أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.آمين

Thursday, 16 February 2017

Tips To Move On #4

❤❤❤

Tuesday, 14 February 2017

14th February 2017

All along
❤MN❤

Monday, 13 February 2017

Tips To Move On


Minta dengan Allah. Allah akan beri dengan cinta.

Friday, 10 February 2017

Andai - Kaer

I ❤ U
MN

Tidak pernah ku sesali
Merindui begini
Masih jelas sehingga kini
Walau tak lagi di sisi
Aku mahu dikau tahu
Ketulusan cintamu
Satu keindahan rasa dikalbu
Tersimpan dalam hayatku
Namun hatiku redha ketentuan Yang Esa
Jodoh bukan milik kita untuk melayari cinta
Andai ada waktu
Andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu
Untuk dia dan aku
Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
Melihat kau membawa hati ini bersamanya
Bahagialah kau cinta
Kasih sampai ke syurga
Walau diriku bukanlah pilihan
Kau tetap di jiwaku
Namun hatiku redha ketentuan Yang Esa
Jodoh bukan milik kita untuk melayari cinta
Oh tuhan
Kuatkanlah hatiku ini
Untuk meniti hari-hari tanpanya di sisi
Berikan petunjuk Mu

Wednesday, 8 February 2017

Tips To Move On #3