Ke Kellie's Castle


Hola readers,


Yesterday, we went to Bandar Seri Iskandar to attend a wedding invitation from my mother side. We took route exit Simpang Pulai as stated on the wedding card and this is one day trip. Masa tgk kad kenduri seriously terpampang Kellie's Castle tapi hati takde perasaan pon untuk plan nak ke sana sbb hati dok perasan nak cari udang galah :) After keluar dari plaza toll and belok ke kiri <ikot jalan Kellie's Castle> (kalau belok ke kanan ke Cameroon Highland) dan berkenderaan selama 15 minit maka ternampaklah si Kellie's Castle kat sebelah kiri kami. Terus my bro cakap 

 "Balik sat gi aku nak singgah sini. Lepas ni bukan kita nak mai dah kot sini". 


Serius, seumur hidup dok asking myself Kellie's Castle ni kat Perak tapi area mana. Teringinnya nak pi sana and finally we're there :) Setiap pengunjung kena bayar tiket masuk ke Kellie's Castle base on umur. Adult (RM5), children (RM3) & warga emas (RM4). Bagi yg nak rasa kehadiran Mr. Kellie boleh amik night tour. Pakej untuk 40 orang and kalau nak datang sorang2 pon boleh nanti dorang kumpulkan reramai.  Harga lupa pulak nak tanya :P Kalau nak bergambar pengantin pon boleh. Harga tiket entrance start from RM40.



Kellie's Castle ni nama asalnya Kellie's Home or Kellie's Nolly sempena kediaman rasmi saudagar Scotland iaitu Mr. Kellie Smith. Dia mai Malaya time tu utk invest in ladang getah & lombong bijih. Masa dia mai Malaya umur dia baru 20 tahun. Lepas few years dia dok Malaya dia balik negeri dia dan kawen dgn Anna (dulu filem Anna and the King buat penggambaran kat sini). Both of them kemudian stay kat sini. Mr. Kellie & Anna ada sepasang anak. Mr. Kellie Smith bina rumah ni berdasarkan seni bina India dgn menggunakan sepenuhnya bahan binaan dan pekerja yg di import khas dari India. Sebab tu kat area kawasan Kellie's Castle ni ramai penduduk berbangsa India. Tujuan dia bina rumah ni kurang pasti. Ada yg kata hadiah utk bini dia, Anna dan ada yg kata utk anak lelaki dia. 

Kellie's Castle jadi terkenal di Malaya bukan sbb senibina or cerita mitos hantu tapi FYI Kellie's Castle ialah bangunan pertama yg menggunakan lif di Malaya. Lif ni terletak di tingkat 4 dan berhubung dgn terowong bawah tanah. Hebatkan ?  Ops lupa. Kellie's Castle ada 4 tingkat di atas bumi, setingkat di dalam tanah dan sahihnya memiliki 2 terowong rahsia yg satunya boleh menembusi sebuah kuil Hindu berdekatan. Malangnya ekoran wabak penyakit influenza (maybe ketika tu H1N1 tak familiar) semua pekerja mati dan pembinaan rumah ni hanya siap sebahagian saja. Mr. Kellie mmg sedih dgn perkara ni sbb dah byk duit dia dilaburkan utk pembinaan rumah ni. Mr. Kellie kemudiannya mati di Portugal semasa dia buat lawatan kat sana kerana sakit pneumonia dan bini dia, Anna jual semua aset dan ladang kepada Syarikat Harrisons. Kemudiannya depa balik ke Scotland. Secara mitosnya ada 4 terowong bawah tanah di Kellie's Castle yg mana satu terowong tersebut menempatkan kenderaan milik beliau. Cerita seram juga sering menggambarkan Mr. Kellie sering kelihatan di balkoni rumahnya dan kawasan sekitar rumahnya. 



My bro dgn background Kellie's Castle.

Mr. Kellie Smith & my son


Jambatan ke Kellie's Castle.
Kat area jambatan ni dikatakan terdapat satu terowong bawah tanah yg digunakan pd zaman dulu untuk menghubungkan rumah ni dgn jalan raya. Terowong ni dikatakan dibina di bawah dasar sungai. 



Antara penerangan yang terdapat di dalam Kellie's Castle. Memang sgt membantu especially to the students yg nak buat kerja kursus or kajian. 


Ruang tamu di Kellie's Castle. 
Nampak mcm hall kat rumah kita kan ? Semua barangan di dalam ni sumbangan anak perempuan Mr. Kellie & Anna.

Rooftop of Kellie's Castle.
Location at 2nd floor and kat sini tempat Mr. Kellie buat parti utk kawan2 orang putih dia. Masa dulu takde club jadi rumah dia ialah pusat hiburan dorang.
Kat tingkat dua juga ada court tenis dan sebuah bilik tetamu. Tiap2 bilik ada tangga sendiri untuk turun ke bawah. 



Pandangan dari tingkat 4 Kellie's Castle.
Ni part rumah yg tak sempat siap sbb pekerja mati. Kawasan ni luasnya sampai ke pintu gerbang yg korang nampak kat belakang tu. Luas giler kan ?

My bro & mak.

Anak cucu mak :)

To those yg plan nak dtg sini boleh melalui exit Simpang Pulai and amik jalan sebelah kiri dan kemudiannya belok ke kanan. Korang selalu ke Cameroon Highland kan ? So apa kata singgah kat sini kejap. Memang best even ia sebuah old mansion dan binaan serta kawasan sekitarnya sangat terpelihara. Kayu lantai & tile zaman dulu kala tu masih jelas nyata asli.

Thanks for reading :)
#PrayForMH370

Comments

Popular Posts