Wednesday, 29 March 2017

Kenangan 💔


Hobi saya shopping (sejak bekerjaya. Dulu suka membaca & tonton tv sebab kurang mampu :p). Ini antara barangan terakhir yg saya beli dr kwn sepraktikal dulu, CheTa. CheTa skrg ni tinggal di Nottingham (sapa penah tgk ForrestGum tau la tompet tu) and in shaa Allah hujung thn ni dia dah hbs PhD. So, dia pon dah bhenti ambik order brg2 dr UK utk fokus pd study dia.

Berbalik pd shopping tadi, kat atas tu brg yg saya shopping utk last trip. Actually masa beli brg2 tu plan nak menikah dan sebab tu ada selit Beckham kat situ tapi apakan daya jodoh tiada. Jadi kenangan ajelah. Sapa bminat blh pm tepi. 

Thursday, 23 March 2017

Penyelia Asrama Part V : Termometer

Assalamualaikum :)
Lama tak story ttg kerjayaku. Well, last year ada bengkel TOT. Masa bengkel ni, kitorang didedahkan dgn satu alat utk kerjaya kitorang. Tujuanny untuk elak/ minimakan kes keracunan makanan di kalangan pelajar asrama. Almaklumlah, kes2 keracunan ni mcm musim durian jugak. Kdg sederet ada kdg takde langsung. 

Bukan semua sakit perut, muntah, beri2 blh dipanggil kes keracunan di kalangan pelajar sekolah (walau bukan kes keracunan tp masih dipandang serius). Biasanya Jabatan Kesihatan akan ambil tindakan bila 5% ke atas pelajar asrama alami simptom2 keracunan makanan. Kalau kurang tu macam 2 3 org je biasa kes salah mkn or mkn makanan luar. 

Jadi, salah satu langkah utk atasi keracunan ialah dgn memastikan bahan makanan (bahan mentah & bahan bermasak) berada dlm kualiti yg baik. Kalau air mesti dididih pd takat 100 darjah celcius. Makanan bermasak yg elok pd takat suhu 70 darjah celcius. Isi ayam dan kulitnya juga mesti dipantau dan dlm suhu yg sama. Kalau kulit 50 darjah tp isinya 10 darjah celcius, maknanya ayam tsebut tidak dimasak dgn sempurna.  Macam mana nk ukur? 

Tadaaaa termometer. Nama penuh dia tk igt la pulak tp inilah alat yg akan kitorang guna utk ukur suhu bahan mentah dan masakan. Termometer yg bulat tu utk letak di dlm freezer utk pastikan suhu tmpt penyimpanan bhn mentah spt mana suhu yg sepatutnya. Yg mcm pen tu pulak termometer utk sukat suhu bahan mentah dan bermasak. Kaedahnya buka sarung merah tu dan cucuk pd bahan makanan atau bahan mentah. Nnt akan naiklah suhunya. 

Selain dr sukat suhu bahan mentah, blh juga sukat suhu badan kalau demam hew hew hew. 

Okaylah, pic last tu merepek je. I ada 4 termometer so mmg dah asing la utk keje dan personal use. Jgn bt loklaq sgt la. Lepas dah guna, basuh, lap dan simpan dlm sarung dia semula. Easy. Btw, termometer ni blh dibeli di kedai2 yg menjual peralatan sains. Kalau yg manual mcm pen tu dlm 80 ringgit. Digital blh cecah hingga 150 ringgit. 

Thats all. Thanks for reading :)

Wednesday, 22 March 2017

#MuhammadHabiel

Someday, I'll be missing you son ❤

Wednesday, 15 March 2017

💔


Tuesday, 14 March 2017

Pingat Pertama

Hidup Rumah Biru!

Assalamualaikum reader :)
Hari ni nak dedicate entry untuk anak tunggal CZ, Muhammad Habiel. Well, undeniable CZ memang jarang up story tentang anak CZ. Sebabnya di usia mudanya (sekarang pon muda lagi)  banyak dihabiskan di dalam wad hospital. In fact sampai sekarang pon still under precaution. 2 hari sebelom hari sukan pon dah kena neb sebab demam kuat & sukar bernafas. Alhamdulillah dlm tempoh 6 bulan baru sekali neb. Compared to few years back, memang ada banyak perubahan positif. 

Okey, berbalik pada topik Pingat Pertama. Pada 9 Mac lepas, SKSL anjur sukan tahunan sekolah. Memang tak dinafikan MH memang eksaited tiap kali ada sukan ke majlis apa2 ke sebab dia teringin nak join (masuk competition) tapi tiap kali itu jugak nama dia takde dlm senarai. Dulu memang sedih jugak bg pihak anak tapi kita pon paham yg cikgu2 nak kejayaan. Buat apa ambil anak kita join kalau tak beroleh kejayaan T_T

Minggu sukan tu ada MH cakap dia lompat jauh kalah budak darjah 6 (skrg MH darjah 3). Tapi spesis mak yg tak pernah anaknya join competition ni, mana nak percaya. In fact semalam bawa MH pegi neb kot. Tapi iyakan jelah. Tak nak MH rasa kecik hati. CZ pon eksaited jugak nak tgk budak2 bersukan sebab sebelum ni tak attend apa2 program di sekolah anak sebab kerja jauh. Jadi bila ada rezeki dah pindah ni, haruslah manfaafkan sebaiknya. 

Tadaa... Inilah pingat pertama MH. Tempat kedua bagi acara Lompat Tinggi. 

Tempat pertama acara Lompat Jauh :)

Terkejut CZ bila cikgu announce nama MH utk naik podium terima pingat. Perasaan tu tak dpt digambarkan. Macam nak panggil press bgtau anak I dpt medal hahaha. Poyo giler #makberanaksatu. Once again, Happy! Mujur ambik cuti. Sekurangnya dpt naikkan semangat anak utk bt lebih baik di masa depan. 

We are proud of you abang ❤

Wednesday, 8 March 2017

John Wick 2

Mrs Jonathan wanna be

Standard kot bila dah beranak pinak, cinema ialah tempat terakhir kita tuju. Since, my ex-spouse taking turn jaga anak so I decided to watch movie. Reward myself. Bukan senang oii nak dapat 'me time'. 



Mula memang nak tgk Logan. Epik giler kot Wolverine tu. Berkepok CD di rumah. Tapi seat tgl depan2 je so I turn to watch John Wick 2. Itu pon sebab Keanu Reeves yg berlakon. Plus CZ pon lone ranger, taknak ambik tix malam2. Takot ar nak balik sorang2.


JW2 was a good film. Worth it to watch. Walau nampak sisi tua KR. Pastu bila dia fight pon nampak dia gagah buat. Tak sehebat zaman The Matrix and Matrix Reloaded tapi masih ada umph! Hahaha. Kisah tentang Jonathan yg kejanya membunuh org last2 dia nak kena bunuh. Ada nota tugas kena setel. CZ bg ❤❤❤❤. Yg lawak sadis kat sini, taktau ending JW2 ni macam mana sebab tetiba siren kebakaran bunyi. Ingatkan latihan ke sabotaj. Rupanya seat terbakar. Buat spoil je. Dah tgl 15 minit last T_T



FYI, CZ tgk movie alone. Takde dating2 pon. Tak payah nak pm tanya kabor anak. Itu untung share anak dgn ex-spouse and family in-law. Korang akan ada 'me time' dan time tu kena manfaat betoi2. Time tu je yg free nak setel segala mak nenek. Mana nak dpt gambar cantik? Trust! Ko kena percaya pd org. Minta tolong adik2 manis ambilkan. Dorang takkan songlap epong you all tu. Dorang pon ada epong jugak. Just don't forget to say thank you :)

Que nak turun dr tingkat 5 gara2 semua panic sbb siren kebakaran. 


Monday, 6 March 2017

Bila Nak Kawen? #2

Credit to Backpakerz

"Ustaz dulu tak minat jadi ustaz sebab masa sekolah dulu Ustaz paling tinggi dan besaq (tegap). Ustaz bercita-cita nak jadi polis. Ustaz pi temuduga polis, masa tu nak jadi inspektor kena ada STP. Pegawai polis tu suroh Ustaz balik sambung mengaji sebab result SPM Ustaz elok. Lepas tu Ustaz pi temuduga cikgu. Tapi masa temuduga tu depa tengok result agama Ustaz elok depa offer jadi Ustaz. Ustaz pi sambung maktab di Kolompo dan jadi Ustaz yang hangpa kenal la ni. Besa la bila mengaji, tengok kawan menikah kita rasa nak menikah. Ustaz buat solat istikarah. Malam mula tak mimpi apa. Malam ke dua solat istikarah pon tak mimpi apa. Malam ke tiga solat istikarah. Ustaz mimpi naik sampan dengan sorang pompuan. Kami kayuh punya kayuh sampai la ke satu bukit. Kami naik bukit tu buat rumah tangga hidup macam orang kawen. Esoknya Ustaz bangun tido Ustaz cari pompuan tu tapi tak jumpa. Bila mak Ustaz kata dia dah ada calon untuk Ustaz, Ustaz redha sebab Ustaz dah lama cari pompuan dalam mimpi Ustaz tu tak jumpa. Masa bersanding barulah Ustaz tengok muka isteri Ustaz dan dialah pompuan yang hadir dalam mimpi Ustaz. Jadi Ustaz nasihat buatlah solat istikarah. In shaa Allah ada petunjuk."
-mantan boss-

Itulah cerita dan pesanan akhir dari mantan boss CZ sebelum CZ meninggalkan office. Perjumpaan terakhir dengan semua AKP sebelum majlis perpisahan. Actually, CZ pon tak pasti apa motif dan kenapa cerita ini diperdengarkan. Bahkan Ustaz sendiri meminta kami merahsiakan (sekarang dah tak jadi rahsia) perkara ini kerana dia sendiri tak pernah bercerita pada orang lain. 

Jadi kalau ingin membuat pilihan. Lakukan solat istikarah. Mohon pada Allah S.W.T. Selalu kita berangan nak kayuh sampan dgn Zayn Malik tapi mana tau tgh kayuh, sampan karam. Tetiba muncul Keanu Reeves selamatkan kita dan bawa kita naik sampan dia sampai ke tebing.! Kan dah dpt jodoh yg lebih stable, tua sikit takpe janji tido malam berbantalkan duit wakakaka. 

Perkahwinan bukan untuk travel sweet2 berdua. Perkahwinan ada saat duka. Ada saat sengketa. Hanya yang sabar, kuat dan matang dalam tindakan mampu mengharunginya dengan tenang. 

Love and Life

Credit to Positive Energy

Yes. Some call me crazy. Some call me weirdo. But all I want is to see him and his sons happy & success. This call LOVE
We only strunggle in LIFE.
Respect makes LOVE & LIFE  better.

Sunday, 5 March 2017

Menyerah Itu Berjuang


Kadang kala kita mengalah. Bukan beerti kita kalah dan menyerah. Tapi kita sedar diri. Kita kurang berkemampuan untuk memikul tanggungjawab yang besar. Jadi tak salah kita beri peluang kepada orang lain yg lebih layak. Yg lebih berkemampuan untuk memikul tugas dan tanggungjawab itu. Kalau sayang, kita harus berkorban. Indah bukan jika melihat org yg kita sayang bahagia dan gembira. Bersama kita mungkin dia lebih menderita...

Menyerah itu berjuang. Berjuang melawan rasa cinta di dalam diri. Berjuang menjadi tabah melihat org tersayang membina bahagia dgn org lain. Berjuang menjadi redha dan rela supaya hati tiada dendam dan prasangka. Yakinlah bahawa setiap manusia akan diuji tapi bukan semua mampu berjaya dgn ujian. Hanya yang kuat sahaja yg mampu melalui ujian dgn tabah.

❤❤❤

Friday, 3 March 2017

Phyllodes Tumour : My Journey

Assalamualaikum. Hola readers :)

Dah lama nak story pasal benda ni tapi selalu tertangguh. Pertama sebab trauma. Keduanya sebab taktau nak mula macam mana. Those who read my previous post about breast lump maybe korang tau serba sikit sinopsis sisi gelap pengalaman kesihatanku. Ceewah :p



FYI bukan semua ketulan di payudara adalah merbahaya atau berunsur kanser. Ketulan pon ada 2 jenis. Bergerak/berubah tempat dan kekal (benign or maligant). Tapi kalau ketumbuhan tu tak dirawat sebaiknya, yg tak bahaya pon blh membahayakan. Ketulan ni berlaku bila sel dlm tubuh mati dan takde cara nak pindah keluar. Lama2 dia mereput dgn sendiri. Masa tu dia akan merembes bakteria dan jangkitan ke sel2 yg masih elok. 



Usually, Malaysian woman face cyst, Fibroadenoma dan Phyllodes Tumour (sgt rare dan jrg dihidapi) di payudara. So here, CZ nak kongsi pengalaman menjalani pembedahan untuk membuang phyllodes tumour. Diharap agar dpt dijadikan panduan bt semua di luar sana. 


Langkah #1
Lakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dgn kerap dan tertib. 
Ikut cara pemeriksaan mudah ni.
Langkah #2. 
Eh? Ada ketulan la di payudara kanan. Panik!!! Gulp. What to do? 
Pergi klinik kesihatan/ hospital dan check. Bare in your mind that preventing is better than cure. Threatment is important to maintain your healthy life. 


Tapi saya malu 🙁. Doktor kat Malaysia ni majoriti lelaki. Nanti doktor check apa ekk? 

Well, ada 2 kaedah pemeriksaan awal sekiranya anda mempunyai ketulan di payudara.

#1. Melalui sampel cecair payudara
Doc akan ambil cecair dari ketulan di payudara melalui kaedah jarum suntikan dan dianalisis menggunakan mikroskop. Doc akan bagi korang tgk sel cecair tersebut. Sel kanser akan berwarna kuning dan sel bukan kanser akan bewarna ungu violet. Case saya sel warna ungu violet. Alhamdulillah :)

#2. Menggunakan skup
Jika ketulan tersebut mampat dan tak blh ditembusi oleh jarum suntikan, doc akan guna sejenis alat dipanggil skup. Besar picagari je alat tu dan dia punya muncung mcm sudu sikit. Doc akan cucuk dlm payudara dan pluck (betoi ke pluck? Kutey isi. Nak panggil apa?) sikit isi ketulan dlm payudara tu utk dpt sampel. Pastu hantar gi makmal la kot kan. Nak tau lanjut blh read medical journal.


Refer Letter.
CZ pegi buat check up lepas 2 bulan ada ketulan di payudara. Case handle by Dr. Hardepp Kaur, KKAS.
Suspected fibroadenoma. Rujuk HSB, Alor Setar.

Langkah #3
Ikut jadual pemeriksaan pakar. Tak dinafikan, doc kat Malaysia mmg super advance super suka potong2 orang 😁😁😁. Baru check up 2x dah ajak operate. Serupa ajak pegi tgk wayang je. Tapi layankan jelah. Actually, bagi kes CZ ni special sikit. Sebabnya ketulan tu membesar dengan cepat. Dalam tempoh 6 bulan (+/- dari sedar ada ketulan hingga hari operation, ketulan tu membesar sekali ganda dari saiz awal. Kita sbg patient takkan sedar sebab kita takde aqurate measuring expertise. Doc ada measurement scale). Tapi oleh sebab CZ selalu review pasal breast lump and general medical prosedures so CZ dgn berilmunya minta buat ultrasound. 


Surat temujanji utk ultrasound. Nampak tak doctor ammend tarikh ultrasound sebab doktor dah detect something wrong with my breast lump.

Langkah #4
Ultrasound ke mamogram.
Bagi yang alert dgn breast cancer campaign, mesti selalu dgr tentang mamogram. Takkan pernah bayang ttg ultrasound untuk check payudara. Selalu org check jantina baby je dgn ultrasound. Kan kan... Okay, nak jelas kat sini, to those under 40yo or not yet manopause. Kita akan jalani pemeriksaan lanjut dgn ultrasound. Ultrasound ni utk tgk samada wujud ketulan berangkai yg mungkin wujud di sebalik ketulan major atau lain2 sel yang abnormal di dalam payudara kita. 
Mamogram biasa dibuat utk wanita berusia 40 thn ke atas yg dah monopos. Ia menggunakan alat yg lebih canggih. Agak menyakitkan sebab dia akan kepit breast kita (mcm Apit-G yg korang guna utk kepit kayu masa kelaS KH F3) dan blh mematikan sel breast yg elok. Sebab tu ia hanya diguna pakai oleh mereka yg monopos sahaja. 

Ultrasound saya meragukan. T_T
Sonographer akan buat check up kat korang based on info pada borang ultrasound korang. In fact dorang akan tanya korang tau ke tak apa itu ultrasound? Nape kena buat ultrasound? So takde la dia nak semberono tonyoh korang. Then from time to time sonographer akan bgtau korang kat sini korang pny ketulan. Saiz dia. Ada berapa ketulan yg sebenarnya. Ada lain2 ketulan ke cyst ke? Normal or abnormal. Kalau meragukan nnt ada sorang doc pakar yg standby dlm bilik ultrasound tu utk check korang. Just like my case. Bila pakar turun dan check. Dia diam. Then I guess that it something wrong some where. 

Then the journey begins here. 
Supposely today (April 6th, 2016) I go to hosp for my 3rd check up and also to review the ultrasound results. Hari tu mak I masih di Terengganu. Ziarah kakak I bersalin. Bila jumpa doc, dia review report pastu terus dia panggil pakar. Pakar turun then check my breast as well as my health. The surgeon said, I'll warded you now and tomorrow morning we're handle an operate to remove your breast lump. Aku macam ??? Hilang arah kejap. 
Dah la pegi hospital sehelai sepinggang. Mak takde. Anak di sekolah. Pastu nak operate that sound so serious. Lepas slow talk dgn doc, dorang bagi pelepasan 2 jam untuk I balik rumah packing barang dll. Tapi I mesti register wad sebelum 2pm sebab nak kena layan pakar bius dulu. 
Actually, I bernasib baik sebab I dpt turn operation cepat since ada sorang patient tu dah tarik diri. Maybe dia pegi buat di hosp swasta. Jadi OT ada kosong. Cepat la I dibedah. Kalau tidak mau panjang lagi perjalanan hidup I di hospital tu.


Bukan masuk taman tema je dpt kena tagging. 


1.30pm, 6 April
Done check in at ward 4B, HSB. Dapat bilik sorang. Macam dok hotel je. Toilet tak payah kongsi. Ada tv. Aircond. Tapi kena pakai baju hijau :P
Houseman' doc and nurses come visited me. Macam bagi welcoming greet gitew. Then followed by surgeon, anesthesiologist, intership doctors and few other people who are responsible to handle my case tomorrow morning. Pening kepala nak layan dorang. Dah la dari pagi tak makan sebab takot. Org ckp kalu nk operate kena puasa, tapi taktau kena start bila so aku kira berpuasa dari pagi tadi. Nak lelap kejap pon tak boleh. Kejap2 ada je org masuk check aku. 


Anesthesiologist dtg check saluran pernafasan. Kerongkong. Hidung. Telinga. Tekak. Gigi. Bagi kes ni, esoknya CZ akan dibius sepenuhnya. Jadi sgt penting utk mereka memastikan bahawa saluran pernafasan dan rongga mulut dlm keadaan baik. Ia lebih pada precaution andai dorang terpaksa bagi bantun oksigen dgn tiub andai bantuan oksigen secara nerb tak berjaya. Then barulah dorang bagitau I kena puasa start tgh mlm nanti. 



Doktor dtg 10 org. 6 surgeon. 1org houseman doctor. Sorang doctor yg attend case di klinik pakar pagi td. 2org lagi doktor biasa yg sdg further study surgeon (korang paham ke tak I explain nih?). Dorang dtg check ketulan tu di mana. Penting okay utk pastikan esok tak silap operate. Pastu nak tentukan method operation yg paling practical utk buang ketulan tu. Oleh sebab ketulan tu betul2 terletak di bawah areola jadi doktor akan cuba sedaya upaya mereka utk elakkan dari terbuang nipple I. Apalah erti breast tanpa nipple bukan? Hmmm... Then dorang tny ttg sejarah keluarga kalau ada yg pnh sakit kanser (basic questionaire) bla bla bla. Then dorang explain yg rarely woman ages below 35yo akan bdepan dgn breast cancer unless ada sejarah keluarga. Apa pon dorang ckp kita doakan yg baik2 saja. Thats why they took my case in priority list based on the symptom that I carried out (its similar to those who suffers with breast cancer stage 2). 



Kakak I cakap kaler hijau ni jarum paling besor. Sakit nak mampos. Esok nanti dorang masuk ubat bius kot situ ler. Jenuh nak tabah.


Lepas hbs sesi tarbiah dan soal jawab. Diteruskan dgn sesi dripping. Blood checking. Signing the documents over and over. A mountain of documents to be signed in. Dah la drip tgn kanan. Nak kena sign tgn kanan. Dgn tak makan nasi satu hari. Mak pulak malam ni baru naik bas balik Kedah. Kau rasa tabah ke tak tabah? Nasib baik doktor dan nurse baik. Dpt jugak makan nasi pukol 5.30pm. Pastu pukol 7pm, my cousin dtg melawat. Hantar nasi kandaq lagi. Pheww! Last makan pukol 9pm pastu I pon tertidur. 


No katil 28.
Houseman doctor : Wan Najmi
Nampak tak berat I masa warded? 50kg je. Skrg setahun lepas operate dekat 55kg. Kakak I ckp effect ubat bius bt kita jd gemok :(

Honestly to say, sapa ckp dok hosp blh rehat tu pemuhong kuat. Dari check in sampai tgh mlm dah lena. Pastu kena kejut lagi adalah. From time to time ada je yg dtg jenguk. Kejap doktor pelatih. Kejap pelajar perubatan. Kejap pakar dtg check up berulang kali. Pastu pakar bius. Pastu makcik cleaner. Pastu pramusaji. Nurse toksah cerita la. Selang sejam je heret mesin check blood pressure, ambik darah, bawa dokumen untuk di-sign, tanya itu ini bla bla bla... Sampaikan I pegi toilet lama sikit (walhal toilet dlm bilik je) dorang dah bising satu floor cari I ke mana. Ya ampun! Takot I lari letew.

Tapi I salute pada the whole team. Bekerja untuk berikan peluang I peroleh kesihatan yg baik tanpa kenal penat dan lelah. I notice my houseman doctor was 24hrs standby for me. Walau dia lelaki (ada nurses assist. Jangan gentar ye, bila doktor laki attend kita) memang malu la pd awalnya tapi tgk komitmen dia tu I pon ter-encourage utk buat yg terbaik utk diri sendiri. Dia kejap2 dtg tny keadaan I since dia maklum I sensorang malam tu. Mak baru je otw dr Terengganu. Adik I dtg kejap je melawat pastu ambik keta I bawa balik. Memang agak menyedihkan jugak sebab mcm takde keluarga je huhuhu.

Doaku semoga ia tidak berulang lagi. Syukur alhamdulillah dipermudahkan segalanya dan dijauhkan dari penyakit yang merbahaya.

Discharge note.
Stated next check up for biopsy (HPE) result.

Kadar bayaran yg dikenakan. Tapi CZ tak perlu bayar apa2 sebab penjawat awam. Kalau org awam pon just bayar bil katil dgn makan je.

Special gift from my exUUM roomates.
Thanks mommies!

Ops! Lupa nak story. Luka operation ni dijahit sepenuhnya lebih kurang 3 inci. Kena ulang pegi cuci di klinik terdekat. I cuci hari2 sebab nak cepat baik. Maklumlah dpt MC seminggu je. Seminggu lagi I ambik cuti tahun sebab seriau nak drive jauh. In fact lama jugak bergantung harap pd tgn kiri. 

Alhamdulillah HPE result okay :) 
Doktor sahkan ketulan tersebut bukan berunsur kanser dan dikenali sbg phyllodes tumor. Sejenis ketumbuhan yg bersifat keras/pejal, cepat membesar dan sukar dikesan diperingkat awal. Ia mungkin akan berulang dan mungkin jugak tidak berulang. 

Faktor terjadinya perkara sebegini pada breast CZ kerana 2 sebab. Pertama krn pengambilan pil perancang dlm tempoh masa yg lama (dulu I kawen & fulltime student). Keduanya krn kurang menyusu baby (I exclusively breast feed my son for less than 8 months). Jadi kemungkinan hormon badan menjadi tak stabil selepas beberapa tahun berhenti ambil pil tersebut. Some more mungkin juga ada lebihan susu yg terkumpul then lama2 ia mengumpal tisu yg rosak. Walau benda ni dah dikeluarkan dan I bebas makan dan minum apa saja. Lakukan aktiviti harian tanpa had. Traumanya masih dirasai. In fact I sgt terkesan bila tgk org share tentang penyakit kronik. 

Jadi hargailah kesihatan anda. Apa yg kita makan pada hari ini, kesannya hanya dirasai 10 tahun akan dtg. Banyakkan berdoa dan sesungguhnya Allah S.W.T. tidak akan menguji kita melainkan ia setimpal dgn tahap keimanan kita.