Tuesday, 31 December 2013

The Beauty & The Beast of 2013


My son, my nephews & my grandchildren.

Hola readers :)
Tomorrow is a new day in a new year of 2014.
Cepat benar masa berlalu dan sepanjang 2013, boleh dikatakan banyak kejayaan dikecapi oleh kami. Banyak jugak event-event besar yang berlaku & sangat terkesan dihatiku ini.
Jom kita baca antara kejadian yang telah berlaku sepanjang 2013 untuk ingatan.

***************************

Jan 2013 : Daftar Muhammad Habiel ke tadika Islam - PASTI.

Feb 2013 : Lahad Datu, Sabah was invaded.
           9 anggota keselamatan terkorban. Al-fatihah dan semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama org2 yg beriman.

27 Feb 2013 : Exam kompetensi JPA. Alhamdulillah lulus. 

31 Mac 2013 : Got a new nephew, Aisar Zharif.

14 Apr 2013 : Exam PTD dan lulus selepas percubaan ke-8. Impressive !

5 Mei 2013 : Pilihan Raya Umum ke-13. 
             The best thing is I snapped a picture with Kuza :)

Mei 2013 : David Beckham umum bersara dari arena bola sepak. 
           Tak sangka dah lama dia bermain bola since my first time seeing him played in 1997 for MU.

1 Jul 2013 : Gaji naik setangga. Alhamdulillah rezeki saya :)

Julai 2013 : Kate Middleton delivered a baby boy. Happy for them.

21 Ogos 2013 : Bas jatuh gaung di Genting Highland. 
               37 orang terkorban :(
               Al-fatihah dan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

28 Ogos 2013 : Exam Jawatan. Alhamdulillah lulus.

5 Sept 2013 : I bought my own car, name Tengku Qalif.

17 Sept 2013 : Induksi PTM. Alhamdulillah lulus jugak :)

Okt 2013 : Muhammad Habiel's graduated from kindergarten >_<

4 Nov 2013 : PRK Dun Sg Limau. 
             Takziah buat keluarga Ustaz Azizan b. Abd Razak.

30 Nov 2013 : Paul Walker died in a car crash on my father's birthday T______T. Rest In Peace my love.

5 Dis 2013 : Nelson Mandela was gone forever. 
             You are the father of anti-apartheid and the whole world is proud of your courage.

10 Dis 2013 : My 1st anniversary as Penyelia Asrama. 

30 Dis 2013 : Michael Schumacher koma selepas terjatuh semasa bermain ski.We're hoping that you're will be fine and wake up soon.

**************************

Bila buat review macam ni baru nampak yang sepanjang tahun 2013, cZ dah duduki 4 examination dan alhamdulillah lulus kesemuanya. 
After that dapat kenaikan gaji lagi walau belum cukup setahun bekerja.
Lagi-lagi dapat anak buah lelaki, Habiel berjaya dalam tahun pertama persekolahan dan dapat memiliki sebuah kereta idaman sendiri. 
Alhamdulillah.
By the way, 2013 juga mencetuskan banyak fenomena baru di Malaysia seperti Gwiyomi, takde keje shoot video post dlm YT konon macam cantik jer macam comel jer & at the same time nak inform yang dorang dah kapel seminggu :P
Pastu fenomena semua wanita di Malaysia nak bercinta selepas kahwin sebab terpengaruh drama Teduhan Kasih, Love You Mr. Arrogant, Cinta Jannah, Setia Hujung Nyawa.
And I'm eargerly can't wait to watch world cup 2014. Viva el Espanol.



Thanks for reading :)

Monday, 30 December 2013

PreLoved #1

Hola :)
Okay, saya dengan ini nak let go beberapa koleksi peribadi untuk untuk support dana bagi projek peribadi saya.
Lagipun collection ni dah tak muat lagi since berat badan saya dah naik 5kilos.
All in good condition. Kalau ada yang berminat boleh contact saya.
Semua pembelian akan dicaj RM 6.00 utk kos penghantaran.

*****
(A)
Never worn
size : L (fit S - L)
*****


(C)
Baju Kurung Moden
material : organza satin
size : XS - S
*****

(D)
Baju Vietnam (belah tepi)
Labuh : +- 90 cm 
Manik jahit so tak kan tanggal
fit S - M
*****

(E)
Baju Kebaya Moden
size : XS (fit to M)
material : Organza satin
*****

(F)
Baju Kurung
never worn
size : L
*****

(G)
never worn
fit S - M
*****

(J)
Baju Kebaya Sulam
never worn
size : L (fit M - L)
*****

(K)
Cardigan
size : S - M
colour : Green Army
*****

(L)
Top (Ruby)
size : S - L (stretchable)
suitable to wear with long singlet
colour : Black
*****

Bagi yang berminat boleh contact saya di
012 559 2953 (fast reply)
zinnizinnirah[at]gmail.com

Thanks for your support :)

Sunday, 22 December 2013

Penjagaan Bayi



Hola semua :)
Pagi tadi terbaca post di FB sorang kawan tentang masalah kesihatan anaknya. 
Seriously sedih T__T
Pandangan peribadi saya; kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sangat fragile
Mereka terdedah dgn pelbagai jangkitan kuman samada secara langsung atau pun tak langsung. 
Saya juga pernah mengalami masalah ini ekoran anak saya merupakan pesakit prolonged jaundice dan 2 tahun pertama sangat-sangat menguji kesabaran saya.
So, today saya bukan nak ajak 'sila beli produk ini' tapi saya nak kongsi cara saya detect masalah awal anak saya. 
Hope perkongsian ini boleh jadi panduan kepada mommy-to-be out there :)

Prolonged Jaundice
Berkongsi pengalaman peribadi, kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan kekal demam kuning untuk suatu tempoh masa yang panjang. Muhammad Habiel selama 40 hari. 
Faktor utamanya kerana kombinasi darah si-ibu dan si-bapa - berdarah AB/O dan dikenali sbg AB-O prolonged jaundice. Jadi alang-alang dah amik darah utk bt HIV test, apa salah survey sekali jenis darah pasangan anda. This is important supaya nanti takde lah nak tuding jari ke arah satu sama lain.
My SIL amal minum air rebusan tebu hitam semasa mengandung utk elak anak demam kuning. Tapi since tebu agak tajam utk wanita mengandung, saya kurang yakin dgn petua ini. 
Saya amik langkah 'Katakan tidak kepada warna kuning'.
Prolonged jaundice agak merbahaya dan mendedahkan bayi kpd risiko jangkitan kuman pada otak dan gangguan pada ginjal. Stay alert dan jangan skip rawatan doktor. 

After injection.
'Good boy/ girl'. -pujian sbb baby tak nangis lepas kena cucuk.
'Puan bagi makan ubat ni kalau baby demam'. - nasihat misi lepas injection dan bagi baby syrup utk spare kat rumah kot-kot baby demam.
Pengalaman saya, baby memang akan demam lepas injection sebab antibodi masih lemah.
Saya selalu amal petua tidak mandi lepas kena injection. Tak kira le budak ke mak budak ke. Kalau kena inject memang saya takkan mandi sampai la keesokkannya. 
Sebab bila termandi mesti akan terdemam.
Second, tuam tempat dicucuk dgn air panas. Selalu guna botol susu baby tu jugak pastu lapik dgn kain dan tuam. Tujuannya supaya tak naik benjol/ bengkak kat tempat kena inject tu.
Saya selalu tgk isi baby akan jadi seketul kat tempat injection
Saya buat selepas sejam or 2 jam dicucuk.
Dan yang penting makan ubat syrup yg klinik bagi tak kira le dia demam ke tak demam. Lepas balik dari cucuk mesti saya tuam dan bagi mkn ubat.
Memang misi / doktor cakap klu tak demam tak pyh mkn tp bukankah mencegah itu lebih baik dr mengubati ? 
Sbg career women saya memang prihatin ttg kesihatan anak. Kalau anak tak sihat, saya nak kerja pun tak senang. Jadi saya amik langkah selamat dengan bagi mkn ubat siap-siap. Alhamdulillah takde la esok pagi bangun dia meragam bagai nak rak.

Makan telur.
Petua ni kakak sepupu yang turunkan. Saya advice supaya bila you all dah start makanan pejal utk baby you all, sila add-in telur dlm menu dorang. Telur goreng ke telur rebus ke telur pecah dlm bubur ke. 
This is quite important to detect your kid's early stage of medicine problems
Okay. Bagi kanak-kanak yg mungkin terdedah kpd alergik,  dorang akan tunjuk effect yg terus lps makan telur. Jadi dari situ you all dah boleh detect masalah anak korang.
Ada baby yang terkesan dgn memakan kekacang/ minyak kekacang, aiskrim dll spt bengkak di bibir mulut, rashes dan gatal kulit yang teruk.
So tak salah klu cuba-cuba bg anak you all (above 6 months years old) rasa sikit2 makanan yg we all makan utk pemantauan awal. 

Saya difahamkan suntikan bagi bayi berumur 9 bulan mengandungi telur (DNA telur ke sebatian dr telur ke saya kurang pasti). Jadi kalau you all tau masalah anak you all, maybe klinik boleh tukar suntikan menggunakan komposisi sebatian lain.

Okay cukup dulu sampai sini. Nanti kalau igt lagi kita update.
Bagi mereka yang belum bergelar mak, jangan kutuk pada kawan yg sdg ditimpa ujian. Semua ibu bapa inginkan yang terbaik utk anak mereka. Setiap perlakuan dan keputusan yang kami buat, telah kami tapis dan kaji sehabis baik demi memastikan semua pihak tidak terkesan.
Saya mohon kpd mereka itu utk tampil ke hadapan, beri cadangan, sokongan dan penerangan fakta serta solution terbaik sebab kami bukannya doktor terlatih. Sekadar bertindak mengikut naluri yang sensitif.


Thanks for reading :)

Wednesday, 11 December 2013

Temuduga PTD


11.12.13
Tarikh yang cantik,
cuaca juga baik,
dipertemukan dengan barisan insan yang baik-baik juga.


A story fresh from oven :)
cZ baru je balik dari temuduga PTD fasa ke-5. Difahamkan terdapat 7 fasa temuduga kesemuanya.
Sepatutnya ditemuduga pd jam 08.00 malam nanti, tapi sebab cZ sorang calon je yg sgt teringin nak temuduga malam hari. Jadinya pihak urusetia temuduga sebelum jam 08.00 pagi dah call minta datang untuk sesi pagi atau petang. 
Nasiblah diri ini telah menyiapkan segala kelengkapan. 
After punch card, call PK HEM dan terus shoot ke pusat temuduga. 
Kredit kepada pegawai urusetia sebab banyak membantu :)
cZ ialah calon ke 1003.

----------------------------------------------------------------------------------
Okey, mari kita mula dengan persediaan ke temuduga.
Hal ini dipandang remeh oleh calon bahkan cZ sendiri pon dokumentasi tak lengkap. 
Nasib ada kawan di pejabat dan pihak urusetia membantu. Thank you everybody.
Bagi penjawat awam, pastikan dokumentasi lengkap kerana ia memang menjejaskan mood anda jika ada yang tertinggal.

  1. Salinan surat beranak & IC
  2. Salinan sijil SPM
  3. Salinan sijil STPM/ Diploma
  4. Salinan transkrip Ijazah 
  5. Salinan tawaran biasiswa (jika ada)
  6. Resume bergambar
  7. Slip gaji terkini
  8. Ringkasan Penyataan Perkhidmatan/ Lampiran D (print melalui portal SPA)
  9. Pengesahan Ketua Jabatan/ Lampiran A (print melalui portal SPA)
  10. Penyata kelulusan harta
  11. Laporan penilaian prestasi terkini (sealed in envelop)
  12. Sijil-sijil yang asal (susun ikut turutan)
Remeh bukan ?
cZ pun beranggapan apalah sgt dokumentasi ini tapi bila ada di pusat temuduga T_____T
Nasib office mate tolong sediakan Lampiran A dan faxed ke pusat temuduga. 
Jika tidak ... kepada Allah ku berserah segalanya.
Seperkara lagi tentang skema berpakaian, kena bertanda nama. Lagi bagus kalau pakai blazer dan berkasut tutup dan bertumit.

--------------------------------------------------------------------------------------

Soalan-soalan yang ditanya ... Hah memang nervous
Seriously, nervous dari saat dapat call pagi tadi lagi sampai hilang habis semua info-info yang dah memorize all this while :(
Temuduga PTD dapat disimpulkan sama spt examination PTD. 
Unexpected.
Ada 2 orang panel.
Sorang wakil dari SPA (mewakili 70% markah kita). Pandai2lah tackle panel ni ye sbb kalau dia berkenan kat kita so peluang amat luas umpama Laut China Selatan. 
Sorang lagi wakil dari PTD/ Jabatan (mewakili 30 markah). Panel sesi cZ dari Jab. Agama Islam Perak.

  1. Perkenalkan diri (in English).Ini bukan soalan tapi arahan. Bahkan panel dah la cakap Inggeris pastu siap bagitau lagi 'please introduce yourself in English'. 
  2. Apakah keistimewaan saya supaya diserap sbg PTD ?
  3. Apa tugas PTD ?
  4. Berapa bidang PTD ? 
  5. Berapa kementerian yg ada di Malaysia selepas PRU-13 ? Soalan ni cZ jawab 'Saya minta maaf, saya tidak pasti' =___=. Serius sedih tapi dari menipu baik mengaku. Jawapannya ada 24 kementerian termasuk Menteri di JPM.
  6. Kementerian mana yang anda ingin bertugas ? Kenapa ?
  7. Kem. Pengajian Tinggi Malaysia masih wujud ke ? Ia digabung dgn apa ? Membentuk kementerian apa?
  8. Apa yg anda faham dgn konsep CTI (cepat, tepat, integriti) ? Kenapa CTI penting ?
  9. Apa itu KPI (Key Performance Indicator) ? Sebutkan nama penuh dalam BI ?
  10. What is UTC ? Full name, functions, operation hours and agencies. 
  11. What is SOP ? 
Soalan-soalan ini dari panel SPA (Pengerusi). 
Soalan-soalan dari panel PTD (Jabatan) pula macam ni >>>>>


  1. Tell me what is the differences of the Tun Dr. Mahathir and Tun Abdullah foreign policy ?
  2. Tell me what is the significant and the importance role of foreign policy to a country ?
  3. In international economy, what is the approach that had been introduced by Datuk Seri Najib ? Panel bg clue tentang MIEF dan cZ elaborate ttg Islamic Financial and Banking. Soalan ni pon agak blur sbb takde dlm skop pembacaan.
  4. Apa perbezaan persekutuan dan negeri ? Bagi contoh bidang kuasa masing2 ?
  5. Ada tak PTD di negeri2 ? Soalan ni pon tak dpt jawab dgn baik :(
  6. Jawatan tertinggi PTD di negeri ialah ... ?
Lebih kurang banyak ni jelah soalan2 yang ditanya. 
Lebih kurang pon sebab dia berkait dgn jawapan kita. Kalau kita pi jawab B utk soalan A nanti pasti ada soalan C. 
Bagi soalan BI jawapan juga harus dalam BI dan begitu sebaliknya.
So far cZ bukan reti sangat Inggeris tapi tgk panel mengangguk so fahamlah tu kot.
Apa yang penting. Jujur !
Kalau tak tau just 'minta maaf' dan cakap 'saya kurang pasti'.
Kedengaran sgt kurang ilmiah tetapi untuk mengelak soalan lain yg akan jauh memesongkan akidah kita nanti, lebih baik ambil pendekatan sederhana.
Berkata-kata benar itu memang menyakitkan !
Mereka memang berpengetahuan luas nanti kelu lidah pulak kalau menipu.
Sesi berjalan selama 20 - 30 minit bagi seorang calon. 
cZ tak sedar pon masa berlalu tau2 panel cakap 'okey, terima kasih'.
Apa pun Don't provoke and be yourself.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Lastly sesi calon bertanya soalan kepada panel.
Actually panel tak expect pon ada soalan tapi utk menunjukkan minat kita pd jwtn ni so tak salah kita bertanya.
cZ memang dah prepare 2 soalan (cZ ada baca di blog calon lain utk prepare soalan sbg tanda minat mendalam kpd jawatan ini) tapi alih-alih jadi 5 soalan pulak.
Kekosongan jawatan ini ialah 100 orang seluruh Malaysia dan mereka yang berjaya akan ditawarkan Kursus Kadet PTD selama setahun di INTAN terpilih. 
PAC tidak dimasukkan ke dalam modul tetapi kurus akan melibatkan modul2 yg sedia ada spt kepolisan, latihan bomba, askar, dll.
Elaun akan diberikan selama menjalani kursus.
Bagi yang berjaya di dalam kursus ini akan berkhidmat sbg PTD gred M 41.

Selamat Berjaya kepada semua.

Thanks for reading :)

Tuesday, 10 December 2013

Wahid Anniversario

I named it Tengku Qalif :)

Hola,
Wow it's my anniversary :)
Anniversary dgn sapo eh ?
I still remember during my very first trimester as a Penyelia Asrama, almost every single day I hope that my day passed very fast; even I hope the clock will be skipped a few hours to meet the sunset.
Memang satu pengharapan yg bodoh T____________T .
In stead of that sejam pertama di pejabat saya tertidur seharian. Memang patut tidur sebab semalaman mengharungi perjalanan yang meletihkan.
Inilah pengalaman pertama posting dan memang mengujakan tetapi minta maaflah tuan pengetua saya memang mengantuk bangat +_+

Setahun yang lalu office saya tiada kemudahan internet . =__=
Setahun yang lalu saya terpaksa memakai stoking / sarung kaki .

Memang sesuatu yang pelik bagi saya bila pejabat takde kemudahan komunikasi ini (internet connection).  Bahkan bila pertama kali cZ on skype di pejabat, semua skypers seolah-olah kekejutan dan menerjah wall bertanya kabar.
Rasa macam baru turun dari angkasa lepas sbb sume org tny kabar. Terharunya =____=
Thanks sebab masih ada yang sayang :)
Sebenarnya keadaan semasa di sini tidaklah sekejam yang cZ ceritakan. 
Pengalaman di sini sangat mendamaikan. Dikelilingi oleh muka-muka suci walau ada juga yang nakal, tapi alunan zikir yg selalu berkumandang di sekolah sangat mendamaikan.
Rasa beruntung bekerja di sini sbb bila stress tak perlu jerit macam orang giler tapi dihalwa dgn alunan zikir yang owesome :)

Kawan sekerja baik, pejabat okey, pihak atasan ibarat kakak sendiri dan semuanya baik-baik belaka. 
And frankly speaking, now I love to wear socks all day long
Sejak pakai sarung kaki ni cZ rasa kebersihan kaki dan kaki itu sendiri terpelihara dari cela hahahhaha. 
Jom kita jaga kaki dan aurat :P
Lastly, esok hari baru dan tahun baru di sini. Dan esok juga kena attend interview PTD. 
cZ anggap ia sebagai hadiah anniversary.
Semoga saya berjaya dalam semua bidang yang saya ceburi. Amin !

Thanks for reading :)


Thursday, 28 November 2013

An Old Dream :)


Hola :)
I'm blog-walking today, reading others experience and thinking about my old dream.
Life is all about making mistakes and learnt from past-our-own-history. That's my philosophy. 
Day by day, I still hoping that there are an ugly little frog is waiting for my kiss to turn it into an handsome honorable Knight. 
Why a Knight and not a Prince Charming ?
I read a story not a very long years ago. I can't recall what story it is but there are a verse saying that ;

'Don't wait for your Prince Charming, because he is so lazy to leave his castle. Wait for your Knight in shining armor who will fight for you.'

Sooo sweet :)
Touching !
My obsession about my Knight continues and the latest is I name my car - Tengku Qalif - . 
Can you see the Knight's aura in my car's name ?
It is still got a Prince Charming names - Tengku - and - Qalif - make it perfect with a warrior spirit. (Suddenly Lee Byung-Hun's face is in my eyes. Korean looks is totally awesome and they are provenly a great warriors :-)
0hhhh... :) 

Okay, vamos continue with my dream.
What is my dream ?
Sound silly right ? At this age I talked about my dream. Some more it's now becoming a dream that never been true. Lets say it was an old wish.
I have a sister and she is a supplier - magazine supplier to me and the rest of her friends. She loves to read magazines and daydreaming. That's my conclusion to her obsession to be famous. 
There are a magazine called Remaja and it's still published nowadays. I love to read it and inside it there is a page called 'Diari Perantau' (if I'm not mistaken) where its addressed the experience of studying in oversea. 
My very first and inspiring reading is about a man who studying in Glasgow University, Bachelor Degree in Mechanical Engineering. Still until today, his pictures - university pictures, his room that full with his final year projects , his bicycle that he used to go to every where and his graduation pictures; he took a photo holding a scroll on his hand in front of his old and historic university building - were still remains in my mind.
At that moment, I was 14 years old. 
But Tuhan telah menentukannya. I failed in my early obstacles to build up my life and career and there is no turning back !
Sesungguhnya aku terpaksa redha T____________T
Today, I worked in a school and every year we sent students abroad especially to Middle East countries because I worked in a sekolah menengah agama. When ever I got news from my friends or relatives who go to abroad either to work or to further their studies, my heart's jumping.
Bilakah masa untuk diriku ?
My ambitious to further my studies to overseas never been deleted from my wish list. 
I hope one fine day, Allah will fulfill my prayers. 


Thanks for reading :)

Tuesday, 26 November 2013

On His Graduation Day :)



Assalamualaikum.
Ana, Muhammad Habiel bin Abdul Mutalib.
Ana berumur lima tahun.
Gambar ini diambil semasa hari graduasi ana :)
Ahsan =_=

*******************************************************
Hola,
Tik Tok Tik Tok 
Sekejap saja matahari berputar di atas paksinya.
Setahun berlalu dan seangka lagi berganjak usianya ...
Doa mama agar Muhammad Habiel berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga Muhammad Habiel menjadi anak yang soleh dan menghormati kami semua. 
Mama sayangkan Habiel sepenuh jiwa dan raga.
Terima kasih Ya Rob kerana mengurniakan aku satu-satunya zuriat :)

*********************************************************


Mereka Merdeka !
Total of student bagi PASTI At-Taqwa is 8 pupils.
Lagi 3 orang tak datang lagi time. Sikit tapi satisfied sbb Ustazah boleh bg full attention kpd semua students-nya. Terima kasih Ustazah :)



Muhammad Habiel dgn gaya seekor harimau :P



Her name is Huda. Mascot untuk PASTI .

>
>
>
>
>

eh eh mana gambar jubah konvo ???
Hehehehe ...
Memang takde sebab Muhammad Habiel baru umur 5 tahun. Umur 6 tahun baru pakai jubah T_________T
Tapi sekali lagi Habiel buat spoil. Dia menangis masa nak naik pentas. Lastly, Ustazah dia jugak yang kena naik untuk ambik hadiah.
Alasan yg dia bagi "Abang takot depa suruh abang baca surah. Abang tak reti" katanya dalam sedu sedan :(
Nak buat mcm mana anak oii dah begitu takdirnya. 
Mama redha saje.

Thanks for reading :)

Wednesday, 23 October 2013

Visit Malaysia 2014


Hola & ahlan wa sahlan :)

I'm listening to the Hot FM AM Krew  dan sangat tertarik dengan topik ; 

"Visit Malaysia 2014. Apa yang best di tempat anda ?"

My target for this entry is our local and foreign visitor since we're promoting Malaysia to the international tourist. Therefore my entry will be using the correct Malay Language in order to help the foreigner to translate my entry to their  mother tongue :)

Orite, dengan ini saya ingin berkongsi destinasi terbaik yang harus dikunjungi jika anda melawat tempat saya - 
Yan, Kedah ; The District of Tourism :)

Yan, Kedah terletak di utara Malaysia kira-kira 100km dari sempadan Malaysia - Thailand. Ia merupakan 'pitstop' di antara bandar Alor Setar & Sungai Petani dan perkhidmatan bas MARA ialah pengangkutan awam utama dominan bagi penduduk kawasan ini untuk ke bandar-bandar tersebut.

Destinasi pertama - Gunung Jerai.
Kawasan peranginan tanah tinggi (Kedah Peak) yang terkenal dengan keindahan alam sekitar, air terjun dan flora dan fauna. Dari atas gunung ini, kita boleh menikmati pemandangan sawah padi saujana mata memandang dan dapat melihat hampir keseluruhan muka bumi negeri Kedah termasuklah pulau-pulau berhampiran.
 Amazing
Terdapat perkhidmatan kereta / jeep pengangkut yang akan membawa anda naik dan turun dari gunung ini. Jika ingin memandu sendiri pun tiada halangan dan patuhi arahan keselamatan. Perkhidmatan penginapan tersedia oleh  The Regency Jerai  atau hubungi  +604-4667777 untuk tempahan. Gunung Jerai juga kawasan yang kaya dengan sejarah purba dan mitos. Memang tempat yang berbaloi untuk dikunjungi.

Destinasi kedua - Air Terjun (waterfall)
Memang sangat annoying kalau anda tidak mengunjungi kawasan air terjun di daerah ini jika menjejakkan kaki ke sini. 
Titi Hayun, Batu Hampar, Perigi dan Kampung Raga ialah kawasan air terjun dan tempat bermandi-manda yang sangat popular di sini. Kawasannya agak terpencil dan tiada perkhidmatan bas disediakan. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi di pekan Yan atau memandu sendiri. 
Kemudahan penginapan disediakan di Titi Hayun (chalet & perkhemahan) dan Kampung Raga (homestay & perkhemahan). 
Dari Titi Hayun, anda boleh menaiki anak tangga (Tangga Kenari) ke puncak Gunung Jerai. 
Jika ingin merasai pengalaman berkayak silalah ke Kampung Raga.
Awesome ?
Jom Visit Malaysia 2014 :)

Destinasi ketiga - Pantai Merdeka 
Independent Beach ?
Sebenarnya Pantai Merdeka sudah jauh dari daerah Yan tetapi ia dihubungi oleh Tanjung Dawai melalui bot dengan jarak perjalanan selama 15 minit. Tambang bot dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka ialah RM 2.00 seorang (mungkin dah naik). Perkhidmatan sewa bot untuk mengelilingi kawasan sekitar juga turut disediakan dengan anggaran RM 180 +++ bagi sebiji bot dan akan membawa anda menikmati kawasan hutan bakau dan Pulau Sayak. 
Tempoh masa kurang pasti sebab masa naik dulu tahun 2011 :)
Tanjung Dawai juga terkenal sebagai jeti nelayan. Justeru banyak medan ikan bakar dan ikan segar untuk dinikmati atau dibeli di bawa pulang. 
Ikan kering dan produk hasil laut juga sangat banyak dan rambang mata memilih. 

Destinasi keempat - Pantai Murni
Ia hanya sebuah pantai untuk ikan belacak/ tembakul (mudskipper) berenang :P
Pantai Murni sesuai untuk bersantai bawa anak-anak main buaian dan makan rojak. Tapi pemandangan di waktu senja memang yang terbaik. 
Kita juga dapat melihat deretan pulau-pulau kecil (Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsong) dari sini.
Terdapat sebuah menara peninjau di deretan kedai makan di sini untuk kemudahan orang awam melihat pemandangan.  
Selalu orang akan singgah ke Pantai Murni selepas mandi-manda di Titi Hayun sebab jarak antaranya dekat dan Pantai Murni juga menyajikan juadah-juadah istimewa penduduk setempat.

Destinasi terakhir - Tuas Ikan (fishing)
Okey. Tempat ini memang yang terbaik dan wajib untuk kaki pancing sedunia.
Ada perkhidmatan sewa bot dari Kuala Dulang dan kuala-kuala lain yang berdekatan. 
Sesiapa berminat boleh hubungi sepupu saya +6019 -5496305 (Abang Halim).
Kadar sewa bot, kurang pasti.
Boleh juga memancing di Jambatan Pulau Bunting. Boleh pergi ikut jalan Kuala Sedaka. Di sini tiada kemudahan penginapan dan pengangkutan. Jadi pandai-pandailah bawa diri :)


Makanan.
Okey. Bab makan di sini Don't Worry. Memang banyak restoran dan gerai makan yang sedap. Medan ikan bakar Tanjung Dawai dan di Gurun antara yang terbaik. Selain itu, The Pohon's Kitchen, Abi Ahmadi, Mee Rebus Ismail dan Char Kuew Teow Abang Halim di Taman Yan serta medan selera yang banyak bertaburan di serata daerah ini.
Tidak dilupa warung kuih Kak Melah di pekan Sungai Limau. Di sini banyak kuih-muih dijual setiap hari dari jam 2 petang. Antara kuih yang famous ialah tepung bungkus :)
Kalau anda datang pada musim buah-buahan lagi bagus. Dapat menikmati buah-buahan segar dari dusun seperti durian, rambutan, duku, langsat, manggis dan lain-lain.
Minuman popular air nira nipah memang bersepah di sini.
Manisan dari nira nipah juga berlambak di sepanjang jalan. 

Pengangkutan.
Kebanyakkan mat saleh (foreigner) datang ke daerah ini secara berbasikal (cycling). Romantik sangat tengok mereka yang sudah berusia datang dengan pasangan naik basikal berdua (tandem bikes). 
Travel by bus. Ada hentian bas Mara di pekan Yan dan boleh naik bas henti-henti dari stesen bas Sungai Petani atau Alor Setar. Stesen bas ekspres terdekat di pekan Guar Chempedak atau Terminal bas Shahab Perdana, Alor Setar dan Hentian Bas Ekpres Sungai Petani.
Travel by train. Stesen keretapi terdekat di pekan Gurun dan perlu naik teksi untuk ke pekan Yan. Tiada perkhidmatan bas dari Gurun ke Yan. 
Travel by aeroplane. Lapangan terbang terdekat di Kepala Batas, Alor Setar atau Bayan Lepas, Penang. Dari lapangan terbang boleh naik teksi atau naik bas henti-henti ke Yan.
Menaiki kenderaan sendiri lebih seronok sebab jarak antara satu destinasi ke destinasi yang lain berdekatan. Kalau jalan kaki memang boleh sakit urat saraf juga. Pengangkutan awam memang tiada untuk bawa terus ke destinasi. 
Teksi memang banyak tetapi agak mahal.

Penginapan.
Hotel bajet, homestay, chalet dan berkhemah tersedia. Tak perlu runsing untuk booking sebab first come first serve
Harga masih boleh dirunding. Pandai-pandailah tawar menawar ye.
Ada homestay yang sediakan perkhidmatan dobi. Jadi sediakan duit sahaja :)

Pilihan saya, hotel bajet di Bedong, Shuhada's Homestay, D'yan Chalet, Enap Desa Kampung Raga dan homestay hadapan Hospital Yan. 
Chalet di Kuala Sungai Limau juga tersedia. Tapi saya tak pernah pergi jadi kurang pasti :)

Keselamatan.
Terdapat Ibu Pejabat Polis Yan, Hospital Yan, Balai Bomba Yan, klinik-klinik swasta, farmasi dan bengkel-bengkel membaiki kenderaan.
Aspek keselamatan pun Don't Worry sebab ada Balai Polis & Balai Bomba di Guar Chempedak, klinik kerajaan dan swasta serta farmasi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pendek kata banyak pilihan jika anda berdepan dengan kesukaran.

Perkhidmatan talian telefon dan wifi juga antara yang terbaik. 
Selamat Bercuti ke Daerah Yan ; Daerah Pelancongan.
Visit Malaysia 2014.

Thanks for reading :)

Tuesday, 22 October 2013

Penyelia Asrama Part III :Program Transformasi Minda (PTM)


Hola :-)

Hari ini cZ nak continue story about kerjaya dan stage seterusnya selepas bergelar P.A sekolah. 
The next level after kita bekerja ialah examination
Bukan students je banyak exam, dah kerja lagi banyak exam. Mcm personal life kita juga, sentiasa dipenuhi oleh ujian ...
Ada dua (2) exam yang wajib diduduki sepanjang bergelar P.A. 


dan wajib menghadiri dan lulus induksi atau kini dikenali sbg 
Program Transformasi Minda (PTM).

Ketiga-tiga komponen ni wajib lulus untuk tujuan pengesahan jawatan dan harus complete dalam tempoh 3 tahun berkhidmat. 

Examination ni kita kena apply through it official website as stated above
Jadual dan tarikh serta skop examination semuanya stated there so pilihlah ikut kesesuaian masa anda.
Dua minggu sebelum tarikh exam, kena cetak tiket dan pada masa tersebut baru tau tempat exam berlangsung. 
Tiket amat penting !
Tak bawa tiket tak boleh masuk dewan peperiksaan. 
Please take note !

Now we move on to Program Transformasi Minda atau dolu2 famous sbg induksi. 
PTM pon kena apply juga masa lapor diri lagi through sekeping borang yg urusetia bagi untuk diisi. 
Then masa lapor diri di sekolah or jabatan, PT di sekolah pun akan tolong urus apply sekali lagi. Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPM akan panggil untuk PTM melalui surat rasmi mengikut Zon atau negeri bertugas masing2. 
Jadi kalau ada kekeliruan or over excited nak pergi PTM boleh refer to JPN or BPSM KPM.
Tempoh PTM ialah lima hari dan diadakan di tempat khas dan wajib tinggal di sana selama aktiviti berlangsung dengan segala-galanya ditanggung oleh KPM.

PTM Bil. 15/2013 , sesi cZ buat di Park Avenue Hotel, Sungai Petani Kedah dan menghimpunkan AKP (Anggota Kumpulan Pelaksana) Zon Utara (Perlis, Kedah, Penang & Perak Utara). Ada la dalam 100 orang dan cZ nombor ke 98 :-)

PTM melibatkan beberapa segmen dan bagi yang mengandung, anda disarankan mendapat nasihat doktor atau kontek BPSM untuk menunda sesi PTM jika kuatir akan menjejaskan kesihatan. Kalau nak join pon takde prob sbb aktiviti yg dianjurkan bukanlah ala-ala komando. Hanya taklimat dan senamrobik sahaja. Masa jelah kot yg sedikit pack.

Dan once again, last day ended with examination :P
Soalan2 exam adalah berkait dengan segmen2 yang terkandung dalam slot ceramah. Para penceramah tdiri drpd pegawai PPD, JPN dan SPRM. 
Segmen melibatkan tanggungjawab & kerjaya, perkhidmatan awam, cuti, kenaikan gaji & pangkat, kenegaraan dan penampilan diri/ tatahias.
Don't worry, its objective questions. 40 soalan jer.
 Kalau dah confuse sangat bawa dadu hehehhe.

Vamos photos review :-)


Kumpulan Tiga .


Best pic ever :)
Wanita-wanita Kump. 3 , kump cZ ler ni.
From front : K. Eriante, Faizah, Syla, cZ, Lin, K. Afeza & K. Linda.

Shah, Amsyar & Zulkifli.

Masa ni segmen Personaliti Diri (Pembentukan Kumpulan).
Owesome sgt penceramahnya dan segmen paling best !


Barisan AKP lelaki. 







Barisan penyeri suasana :)

Penghuluwati : Kak Rafidah

Fined sbb tak alert
Yg berkurung hitam itu namanya Shima, roomate sy :)

Tadaaa ...
Kump kami menang tempat ke-2 untuk Malam Kebudayaan.
Kami perform Tarian Ulek Mayang :)

Kami .

Bagi sesi PTM Bil. 15/2013 hanya melibatkan aktiviti dalaman sahaja. Fuh lega!
Senamrobik dan riadah sendirian berhad sbb kekurangan facilities
BTW mmg best dan tercapai hasrat & tujuan pelaksanaannya.
Banyak ilmu yg kami perolehi maklumlah sbg AKP baru, byk perkara yg boleh dan tak boleh dilakukan oleh penjawat awam yg kami tak tau.
So through this PTM mmg dapat banyak pencerahan. 
Salam perkenalan kepada semua dan selamat menjalankan amanah.

Thanks for reading :)