Sunday, 30 April 2017

Kampungku Kampung Acheh

Assalamualaikum readers :)


Selamat menyambut Hari Pekerja 2017. Pergi jalan mana tu? Kalau takde gi memana tu bolehlah pegi mandi manda di air terjun. Best! 


Sapa yg follow blog saya (ada ke follower? Wakakaka) mesti tau kan hometown saya iaitu Yan, Kedah memang kaya dgn tempat rekreasi dan air terjun yang superb. Antaranya kampung tok saya, Kampung Acheh. 


Okey, asal usul Kampung Acheh ni memang dr orang2 Acheh Indonesia yg dtg ke Malaya suatu ketika dulu. Majoriti penduduk di sini masih keturunan Acheh Indonesia dengan gelaran Nyak, Teuku, dan nama2 jalan di sini juga turut mengabadikan nama orang terawal datang ke sini. Antara tokoh kenamaan yg berasal dari Kampung Acheh ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan editor Majalah Mingguan Wanita iaitu Sharah binti Ibrahim. 


Walau tinggal di Kampung Acheh tak lama mana. Tapi mak I sempat belajar buat masak Acheh, pais Acheh dan peli'u.. 

Tak dinafikan masa kitorang pindah ke sini sekitar tahun 80an, majoriti orang2 Acheh hantar anak2 dorang balik Acheh or ke KL untuk belajar ke peringkat yg lebih tinggi. Yang tinggal hanya orang2 tua or generasi pertama yg dtg ke Malaya. Skrg dah generasi ke-3 onwards dan byk perubahan ketara pada Kampung Acheh. Dorang dah byk bangunkan homestay buat kemudahan orang luar since di sini ada sebuah sekolah agama terbesar di daerah ini. 


Belakang tu pondok Wan Peah hahaha. Lawak jer. Belakang tu mcm wakaf zaman dulu kala. Dulu2 my sis and my bro mesti lepak di sana siang malam sementara tunggu masa mengaji al Quran dan solat. 

Kedatangan penduduk Acheh juga bawa ajaran Islam dan inilah buktinya. Surau/madrasah ni antara monumen asal yg masih kekal berdiri kukuh sehingga kini. 

Tadaaaa... Inilah nikmat dunia. Sungai Kampung Acheh. Zaman dulu ramai org mandi sini sbb di rumah takde air paip. Lokasinya jugak strategik di bersebelahan surau jer. Lepas mandi blh solat. Tak gi solat blh g mandi hahahaha. Jahat! 

Kampung Acheh terletak di kaki Gunung Jerai. Dulu di kampung Tok tak dpt siaran radio tapi luckily rumah Tok agak ke bawah paras laut sikit so dpt la siaran TV.


Thanks for reading and do come here to experience it yourself. Absolutely you won't regret ❤

Thursday, 27 April 2017

HAC SMAN 2017

Hola :-)
Semalam, hampir 4 purnama daku bersama SMA Nahdzah, Bukit Besar. Peribahasa menyatakan "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau, lari" bhahaha. Giler tak lari. Tak takot ke? 

Alhamdulillah, kehidupan semakin dipermudahkan. Banyak yg direncanakan menjadi kenyataan. Hopefully more to come and Allah will ease everything for me, amin. 

Okey, berbalik pd SMAN. Semalam ialah antara hari besar bt warga SMAN iaitu Hari Anugerah Cemerlang. Walau staff tak terlibat secara langsung tapi kemeriahannya turut dirasai. I harap ukhuwah yg terbina di sini sama mcm yg terbina di #smahi dan kekal hingga ke akhir usia, in shaa Allah. 

New work place. Same person, same attitude.

Lost here Kak Dilla, Kak Ani and Pak Lang

Geng Burdah! 
Org ckp kalau nak kurus, kena selfie selalu 😁
Thanks for reading =)

Sunday, 23 April 2017

Bicara Dari Hati


Menikmati keindahan alam ialah antara saat2 menyenangkan di dunia ini. Kita rasa bebas. Segala yg tersimpul dilepaskan. Dan manusia bersifat baharu, pasti akan melakukan kesilapan dan mungkin mengulanginya. Jadi jangan menghukum dan terus menghukum. Belajar utk terima dan melepaskan. Belajar utk fahami bahawa setiap insan ada kehidupan masing2. Hormati hak dan masa orang lain. 
Aku cuma manusia biasa... 

Wednesday, 5 April 2017

Supplement

Assalamualaikum :)
Seiring peningkatan usia, tubuh badan akan mula kurang produktif in term of pertumbuhan sel baru dan seterusnya badan jadi letih lesu, kulit jadi kering & tak anjal, sistem penghadaman terganggu bla bla bla. Justeru itu, haruslah kita mengambil suplemen atau vitaman/makanan tambahan utk menggantikan proses semulajadi tubuh badan kita yg mybe dah weak or worse.


CZ mula ambil suplemen sejak dari kecik lagi. Mak abah dah bagi Scott Emulsion, Pharmaton. Bila dah kerja, CZ beli suplemen utk cantik bukan utk sihat (normal la kan perempuan). Then bila Allah uji dgn kesihatan, CZ jadi takot nak ambil apa2 suplemen sbb masa tu baru go through the pros and the cons of the supplement yg pernah cuba sebelum ni T_T


Okay, pengalaman CZ dari segi kesihatan. Beberapa bulan sebelum CZ sedar yg CZ ada breast lump, period jadi tak stabil which is selang seminggu red flag. Then continue with rasa sakit sendi tangan kanan dan kebas/ lenguh bahu dan tangan kanan. Keadaan ini (kebas) berlanjutan beberapa bulan selepas operation. Maybe sebab tekanan mcm terpaksa angkat benda berat cth handbag dll. Period pulak on off selama setahun sampai nanges sebab kdg tak sempat baca Yasin malam jumaat T_T.


Based on my own research and reading, I found that collagen unsuitable to those who suffering cancer. Collagen is very good in term of repairing and replacing new cells. Undeniable. Tapi takkan kita nak ganti/ produce sel kanser yg baru kan? Jadi suplemen yg berunsur kolagen mmg CZ elakkan walau testimonial wallaweyh. CZ bukan tahap kanser tapi tetap aware dgn apa yg CZ ambil sebab tak nak harmful diri sendiri. Jadi selama beberapa bulan CZ try buah durian belanda dan air rebusan durian belanda. Alhamdulillah kebas & lenguh beransur pulih (kalau buat keje berat tak dpt den nak nolong). 



Vivix, GLA, Alfalfa & Ostematrix by Shaklee



Tapi period CZ masih on offfff lama. Setelah berbulan fikir dan kumpul duit, dapatlah CZ beli Vivix Shaklee. Memang mahal tapi fikir lagi, duit boleh cari In shaa Allah Dia akan murahkan rezeki dan Dia akan berikan kesembuhan. CZ kena berusaha utk sihat spt sedia kala. Alhamdulillah selepas 2 botol consume Vivix dan 2 bulan makan GLA & Alfalfa, period normal semula dan kesihatan pon nampak semakin baik. Happy :) Solat terpelihara. Urusan dunia dipermudahkan. 



Kepada semua, hargailah kesihatan. Berhati-hati dgn apa yg kita makan, minum, suntik, implan dll. Semuanya ada kesan jangka panjang. Semoga kita dikurniakan kesihatan yg baik berpanjangan. Amin.

Sunday, 2 April 2017

Tingkatan 6

 

Hola girl yg manis dan boy yg sado :)
Anda baru lepas SPM?
Result okay tapi tak bersedia ke alam IPT. Atau result suam-suam air milo-nak tebus kegagalan SPM.
Anda nak ke sekolah yg lbh banyak menyanyi dr mengaji?
Anda lebih suka kira biji karom dari buat latihan matematik? 
Anda suka jln2 pusing sekolah dari terangguk-angguk dpn papan hitam?
Jemputlah masuk ke Tingkatan 6. Ia satu peluang dan ruang yg sgt awesome utk diterokai. Kakak manja bukan nak cite pasal pelajar tingkatan 6 takde wawasan 2020, tapi seriously pengalaman belajar di tingkatan 6 jauh menarik. Korang akan belajar dlm suasana yg santai dgn 4 atau 5 subjek je. Lepas tu layanan cikgu2 terhadap korang mmg berbeza berbanding masa korang tingkatan 5. Kalau dulu masa ting 5 cikgu A punya garang dgn korang tp percayalah bila korang masuk.ting 6, cikgu A akan layan korang bagai menatang minyak yg penuh. 

Kenapa tingkatan 6? 
Korang pnh dgr PTPTN? Kalau rasa tak nak terbeban hutang sebelum kerja, masuklah tingkatan 6. Kerajaan juga sedia baucer buku utk pelajar tingkatan 6 (sedih masa kakak manja study dulu takde benda ni), ada biasiswa lagi, yuran exam exempted (yuran IPT dlm 1.3K hingga 1.5K satu semester) blh pakai baju biasa you all-no more school uniform (tertakluk pd pindaan sekolah). 

Korang jimat setahun dua ke pengajian ijazah. Kalau sambung ke diploma ke asasi ke sijil ke, nak ke ijazah tu bertahun jugak. Maka beribu lagi PTPTN tanggung maka masa terbuang (kata nak kawen awal kan?) pastu hutang pon bertambah. Kalau masuk tingkatan 6, dlm setahun setengah (STAM less than a year) je korang dah selangka ke pengajian ijazah. 

Kurikulum tingkatan 6 juga setanding IPT. Skrg ada sistem merit kredit debit, semester, bla bla bla. Cuma tak jumpa pensyarah-jumpa cikgu tapi ilmu tetap sama. 

Satu lagi korang dah ada pakej lengkap ke ijazah sarjana muda. Apa pakejnya? MUET. MUET ni bukan tiket ke pengajian ijazah sarjana muda tapi kalau takde MUET ke tak dpt result MUET yg baik (ikot standard IPT) korang mmg tak grad degree dgn jayanya. MUET pulak host di sekolah. Kalau dr diploma ke ijazah, korang kena ambil sendiri (daftar di JPN dan JPN akan bg sekolah mn host exam nanti) tapi dgn tingkatan 6 semua teacher/sir yg urus smpai berjaya.

Jadi jangan malu jangan down untuk ke tingkatan 6. Dulu kakak manja malu, rasa tak best kena sekolah lagi walhal kawan2 semua dah di politeknik (actually kakak manja study poli dulu seminggu dua lepas tu homesick, baru reverse ke form 6). Tapi skrg kakak manja happy sebab tingkatan 6 satu tempat yg sgt bagus untuk kembangkan potensi diri. Kira macam pra peralihan dari sekolah ke IPT. Takde la nak culture shock sgt masuk IPT. Lecturer ckp bt asignment guna APA sistem, kita dah tau. Pastu blh skip subject english di IPT kalau MUET band 4 ke atas. 

Good luck adik-adik sekalian :)