Monday, 6 March 2017

Bila Nak Kawen? #2

Credit to Backpakerz

"Ustaz dulu tak minat jadi ustaz sebab masa sekolah dulu Ustaz paling tinggi dan besaq (tegap). Ustaz bercita-cita nak jadi polis. Ustaz pi temuduga polis, masa tu nak jadi inspektor kena ada STP. Pegawai polis tu suroh Ustaz balik sambung mengaji sebab result SPM Ustaz elok. Lepas tu Ustaz pi temuduga cikgu. Tapi masa temuduga tu depa tengok result agama Ustaz elok depa offer jadi Ustaz. Ustaz pi sambung maktab di Kolompo dan jadi Ustaz yang hangpa kenal la ni. Besa la bila mengaji, tengok kawan menikah kita rasa nak menikah. Ustaz buat solat istikarah. Malam mula tak mimpi apa. Malam ke dua solat istikarah pon tak mimpi apa. Malam ke tiga solat istikarah. Ustaz mimpi naik sampan dengan sorang pompuan. Kami kayuh punya kayuh sampai la ke satu bukit. Kami naik bukit tu buat rumah tangga hidup macam orang kawen. Esoknya Ustaz bangun tido Ustaz cari pompuan tu tapi tak jumpa. Bila mak Ustaz kata dia dah ada calon untuk Ustaz, Ustaz redha sebab Ustaz dah lama cari pompuan dalam mimpi Ustaz tu tak jumpa. Masa bersanding barulah Ustaz tengok muka isteri Ustaz dan dialah pompuan yang hadir dalam mimpi Ustaz. Jadi Ustaz nasihat buatlah solat istikarah. In shaa Allah ada petunjuk."
-mantan boss-

Itulah cerita dan pesanan akhir dari mantan boss CZ sebelum CZ meninggalkan office. Perjumpaan terakhir dengan semua AKP sebelum majlis perpisahan. Actually, CZ pon tak pasti apa motif dan kenapa cerita ini diperdengarkan. Bahkan Ustaz sendiri meminta kami merahsiakan (sekarang dah tak jadi rahsia) perkara ini kerana dia sendiri tak pernah bercerita pada orang lain. 

Jadi kalau ingin membuat pilihan. Lakukan solat istikarah. Mohon pada Allah S.W.T. Selalu kita berangan nak kayuh sampan dgn Zayn Malik tapi mana tau tgh kayuh, sampan karam. Tetiba muncul Keanu Reeves selamatkan kita dan bawa kita naik sampan dia sampai ke tebing.! Kan dah dpt jodoh yg lebih stable, tua sikit takpe janji tido malam berbantalkan duit wakakaka. 

Perkahwinan bukan untuk travel sweet2 berdua. Perkahwinan ada saat duka. Ada saat sengketa. Hanya yang sabar, kuat dan matang dalam tindakan mampu mengharunginya dengan tenang. 

No comments:

Post a Comment