Tuesday, 14 March 2017

Pingat Pertama

Hidup Rumah Biru!

Assalamualaikum reader :)
Hari ni nak dedicate entry untuk anak tunggal CZ, Muhammad Habiel. Well, undeniable CZ memang jarang up story tentang anak CZ. Sebabnya di usia mudanya (sekarang pon muda lagi)  banyak dihabiskan di dalam wad hospital. In fact sampai sekarang pon still under precaution. 2 hari sebelom hari sukan pon dah kena neb sebab demam kuat & sukar bernafas. Alhamdulillah dlm tempoh 6 bulan baru sekali neb. Compared to few years back, memang ada banyak perubahan positif. 

Okey, berbalik pada topik Pingat Pertama. Pada 9 Mac lepas, SKSL anjur sukan tahunan sekolah. Memang tak dinafikan MH memang eksaited tiap kali ada sukan ke majlis apa2 ke sebab dia teringin nak join (masuk competition) tapi tiap kali itu jugak nama dia takde dlm senarai. Dulu memang sedih jugak bg pihak anak tapi kita pon paham yg cikgu2 nak kejayaan. Buat apa ambil anak kita join kalau tak beroleh kejayaan T_T

Minggu sukan tu ada MH cakap dia lompat jauh kalah budak darjah 6 (skrg MH darjah 3). Tapi spesis mak yg tak pernah anaknya join competition ni, mana nak percaya. In fact semalam bawa MH pegi neb kot. Tapi iyakan jelah. Tak nak MH rasa kecik hati. CZ pon eksaited jugak nak tgk budak2 bersukan sebab sebelum ni tak attend apa2 program di sekolah anak sebab kerja jauh. Jadi bila ada rezeki dah pindah ni, haruslah manfaafkan sebaiknya. 

Tadaa... Inilah pingat pertama MH. Tempat kedua bagi acara Lompat Tinggi. 

Tempat pertama acara Lompat Jauh :)

Terkejut CZ bila cikgu announce nama MH utk naik podium terima pingat. Perasaan tu tak dpt digambarkan. Macam nak panggil press bgtau anak I dpt medal hahaha. Poyo giler #makberanaksatu. Once again, Happy! Mujur ambik cuti. Sekurangnya dpt naikkan semangat anak utk bt lebih baik di masa depan. 

We are proud of you abang ❤

No comments:

Post a Comment