Penyelia Asrama Part V : Termometer

Assalamualaikum :)
Lama tak story ttg kerjayaku. Well, last year ada bengkel TOT. Masa bengkel ni, kitorang didedahkan dgn satu alat utk kerjaya kitorang. Tujuanny untuk elak/ minimakan kes keracunan makanan di kalangan pelajar asrama. Almaklumlah, kes2 keracunan ni mcm musim durian jugak. Kdg sederet ada kdg takde langsung. 

Bukan semua sakit perut, muntah, beri2 blh dipanggil kes keracunan di kalangan pelajar sekolah (walau bukan kes keracunan tp masih dipandang serius). Biasanya Jabatan Kesihatan akan ambil tindakan bila 5% ke atas pelajar asrama alami simptom2 keracunan makanan. Kalau kurang tu macam 2 3 org je biasa kes salah mkn or mkn makanan luar. 

Jadi, salah satu langkah utk atasi keracunan ialah dgn memastikan bahan makanan (bahan mentah & bahan bermasak) berada dlm kualiti yg baik. Kalau air mesti dididih pd takat 100 darjah celcius. Makanan bermasak yg elok pd takat suhu 70 darjah celcius. Isi ayam dan kulitnya juga mesti dipantau dan dlm suhu yg sama. Kalau kulit 50 darjah tp isinya 10 darjah celcius, maknanya ayam tsebut tidak dimasak dgn sempurna.  Macam mana nk ukur? 

Tadaaaa termometer. Nama penuh dia tk igt la pulak tp inilah alat yg akan kitorang guna utk ukur suhu bahan mentah dan masakan. Termometer yg bulat tu utk letak di dlm freezer utk pastikan suhu tmpt penyimpanan bhn mentah spt mana suhu yg sepatutnya. Yg mcm pen tu pulak termometer utk sukat suhu bahan mentah dan bermasak. Kaedahnya buka sarung merah tu dan cucuk pd bahan makanan atau bahan mentah. Nnt akan naiklah suhunya. 

Selain dr sukat suhu bahan mentah, blh juga sukat suhu badan kalau demam hew hew hew. 

Okaylah, pic last tu merepek je. I ada 4 termometer so mmg dah asing la utk keje dan personal use. Jgn bt loklaq sgt la. Lepas dah guna, basuh, lap dan simpan dlm sarung dia semula. Easy. Btw, termometer ni blh dibeli di kedai2 yg menjual peralatan sains. Kalau yg manual mcm pen tu dlm 80 ringgit. Digital blh cecah hingga 150 ringgit. 

Thats all. Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts