Wednesday, 8 May 2013

Penyelia Asrama Part I : Permohonan, Temuduga & Lapor Diri

Penyelia Asrama Part I : Permohonan, Temuduga & Lapor Diri

 
 
Hello semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutama sidang graduan yang masih menganggur ;-)
Hari ini bersamaan 8 Mei 2013, Rabu dan jam menunjukkan 20minit telah melepasi 11pagi. cZ percaya ramai di luar sana tengah sibuk isi borang SPA8i since semalam tgk di FB ada kekosongan jawatan PDRM.
Teruskan usaha ye. Usaha Tangga Kejayaan & Jangan Putus Asa :)
 
Bulan Mei 2013 genaplah lima (5) bulan aku menjadi barisan pelaksana Dasar Transformasi di bawah pimpinan Najib Razak bagi penggal ke-2.
Rasa bertuah jugalah sbb sempat merasai nafas terakhir pimpinan Najib Razak sebelum parlimen Malaysia dibubarkan & akan terus bersama-sama Najib Razak mentransformasikan Malaysia terutamanya di dalam bidang pendidikan.
Di sini, cZ nak share satu (1) jawatan yang dipandang enteng oleh lepasan SPM terutama graduan.
 
cZ percaya ramai dikalangan lepasan SPM ialah penghuni asrama. Kalau tak pon korang dok asrama masa matrikulasi or persediaan ke luar negara or semasa tertonggeng2 buat asignment di universiti.
cZ sempat dok asrama yang azab sekali di dunia selama 2 tahun dan dok asrama penuh selama 3 tahun di universiti.
So today, kita citer ttg jawatan Penyelia Asrama Kementerian Pelajaran Malaysia.
cZ highlight-kan KPM sbb byk badan / agensi kerajaan yang lain ada jawatan Penyelia Asrama.
Oleh kerana cZ lantikan di bawah pentadbiran KPM so cZ kongsi pengalaman cZ sahaja.
 
 
*****************************************************
 
Permohonan
 
 
Suatu ketika dulu masa kazen-ku keje sebagai kerani sekolah, masa tu cZ kat neversti lagi. Otak ni dok pikir jugak lah, kerani sekolah ni dorang apply macam mana?
Penah tak korang terfikir spt mana di kotak pemikiranku?
Tak pernah bukan. Sebab korang sume bajet lepas SPM masuk neversti pastu keluar neversti jadi pegawai.
Bwekk :P
Auta segala. Ramai giler graduan macam aku keje takat anggota kumpulan sokongan saja.
 
Back to my story.
Kazen-ku dgn rendah hati minta cZ utk apply kerja di sekolah since cZ aktif giler apply kerja kerajaan. Bajet nak jadi pegawai lah katakan :)
cZ pon try la mohon di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
 
Actually utk yang bercadang nak jadi kerani/ Anggota Kumpulan Sokongan (AKS), cikgu or pensyarah. Korang dinasihatkan selalulah melayari laman web ini.
Masa apply utk AKS (sebab application utk lecturer melalui JobsMalaysia dan nak apply cikgu kena amik KPLI or DPLI/ degree pendidikan) kita buleh pilih sehingga 3 jawatan.
 
Before cZ menyandang jawatan sekarang ni, cZ pernah pergi interview utk Pembantu Tadbir (PT) P/O. Tapi GAGAL! Sbb nak jadi PT P/O lebih rigid dan memerlukan sijil komputer dan kemahiran yang pelbagai.
So, korang jangan pandang rendah pada kak kerani sekolah yang hanya kita kenang masa nak berhenti sekolah sbb nak sijil berhenti sekolah cepat2 dgn harapan cepat buleh apply keje or masuk neversti.
 
Okey done!
 
Pilihlah jawatan yang bersesuaian dgn kelulusan.
 
Reminder :-
 
1. Jangan megah ada degree in accounting sbb ms korang apply utk PT Kewangan (Q) misalnya , dorang (panel penemuduga SPP) tak pandang semua tu.
Unless you all ada Sijil Perdagangan/ Sijil Perakaunan dr Politeknik Malaysia, you all layak utk dpt gred gaji yg lbh baik.
If you all dgn berlagaknya tayang degree, tangga gaji still based on SPM result.
Moral of the story, jgn belagak dgn bebudak sijil Politeknik bila korang ada degree sbb sijil dorang lbh laku di pasaran dari degree korang.
 
2. Bersedia utk gaji permulaan RM 900 +++
Ini realiti di mana2 jawatan kerajaan kot. Sbb dh apply gred N-17 so of course la gaji utk kelayakan SPM.
Mana ada org nak pikir psl hutang PTPTN korang yg puluhan ribu tu utk kerajaan bagi gaji pegawai tapi buat kerja typist.
Tak nafi hampir 80% kawan2 se-batch pengambilan dgn cZ ialah graduan dan bergaji permulaan sebanyak ini.
Ada yang mohon kenaikkan masa lapor diri tapi prosedur utama Penyelia Asrama KPM Gred N-17 ialah kelulusan tertinggi yang diikhtiraf ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
 
Permohonan tuan-tuan dan puan-puan dlm SPP akan bertahan selama setahun (sm mcm apply SPA8i) dan SPP akan panggil utk sesi temuduga jika terdapat kekosongan tempat.
 
Alhamdulillah, masa utk temuduga tu tak lebih dari enam bulan dr tarikh you all memohon. Ini pengalaman cZ sendiri.
Dan yang mengkagumkan, masa cZ interview jawatan yang gagal tadi; nama cZ adalah di dalam calon simpanan untuk di temuduga bagi jawatan yang disandang sekarang.
Frankly, selepas 3tahun / 1,095 hari /26 280 jam cZ diletakkan di bangku simpanan. Finally SPP called me for an interview for this post and I'm succeed.
Bangga kan ?
 
Moral of my story is don't give up. Be confidence that rezeki di tangan Illahi dan bukan di tangan Pengarah Pendidikan Negeri or Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka hanyalah medium sahaja  :)
 
 
Temuduga
 
Like I told ya previously, SPP sebagai badan yang melantik AKS, Cikgu & Pensyarah Politeknik akan menghantar surat ke peti pos rumah anda semua mengikut kekosongan jawatan.
 
Macam jawatan gred N-17, SPP mengkehendaki you all to fill up satu kertas mengandungi tiga ke empat muka surat yang butirannya lebih kepada pengenalan diri, latar belakang pendidikan, rujukan, penyakit dan perkhidmatan terdahulu/ pengalaman kerja.
Dan diakhiri dengan menurunkan tandatangan beserta tarikh.
 
Bersama-sama borang tersebut, SPP attach juga senarai rujukan dokumen.
Which is you all wajib memenuhi dan menyediakan kesemua dokumen yang dikehendaki dan membawanya semasa sesi temuduga.
Kegagalan mematuhi arahan ini, you all hanya dapat bergaya dengan kasut Vincci & beg tangan baru yang korang beli semata-mata utk attend temuduga ni.
 
Seriously, SPP akan meletakkan seorang staff utk menyemak segala keperluan dokumen dan kedudukan sijil2 korang dalam clear folder yang korang susun cantik2 tu.
Ada markah tau untuk sijil2 yang you all attach jika ia memenuhi kehendak temuduga jawatan.
 
Apa jua sijil especially sijil konvo degree yang maha hebat cop mohornya akan slumber dikeluarkan dari clear folder you all sbb ia tak sesuai utk jawatan ini.
Pendek kata depa takmau tengok langsung or you will be rejected automatically.
Pengalaman cZ yang dah 2x interview under SPP memang beginilah caranya. Tak berubah. Dan rasa lebih secure sbb ada org semak dulu dan advice kita.
Pengalaman ni babe.
At least kita tau keperluan sebenar utk interview sesuatu post dan belajar mematuhi arahan.
Dah namanya pon gred kecik so tunjuk sijil yang kecik2 dulu sudahlah. Esok2 dah ada rezeki baru kita pakat lawan tayang degree ye :D
 
You are so lucky jika you all
  1. dahulunya di sekolah you all seorang pengawas sekolah/ asrama/ pusat sumber
  2. ada sijil komputer
  3. ada sijil perdagangan/ kewangan dari Politeknik Malaysia
Korang akan dapat markah juga untuk perkara di atas.
So bayangkan-lah dah berapa banyak markah free yang korang dah kumpul.
 
Besides that, you all wajib tau skop tugasan jawatan korang apply.
Panel akan tanya perkara ini. Kan dah bocor soalan utama.
Panel biasanya terdiri daripada seorang hingga tiga orang.
Dan biasanya orang dr SPP/ kementerian dan dorang takde maknanya nak layan lawyer burok you all.
 
Wajib juga ambil tau tentang dasar2 Malaysia terutama Dasar Wawasan 2020.
2x aku pegi interview dan 2x soalan ini keluar.
Sekali lagi soalan bocor bukan ?
 
Pastu you all kena biasakan diri dgn aspek KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis) sbb banyak soalan cepu lemas macam
  1. Apakah peranan yang akan anda mainkan jika dilantik sebagai Penyelia Asrama ?
  2. Bagaimana anda akan menangani masalah pelajar di asrama ?
  3. Apakah strategi anda untuk menjayakan Asrama 5 Bintang?
  4. Apakah program yang bakal dibangunkan untuk mengisi masa pelajar asrama dan aktiviti lain yang boleh menjana ekonomi asrama ?
Dan yang paling penting;
 
Keyakinan,
 
Jangan Menipu Fakta,
 
Penyertaan Aktif dan
 
tidak takut mengatakan -
"Maaf Tuan, Saya Tidak Tahu/ Kurang Pasti. Saya Rasa Kawan Se-Interview Mungkin Mempunyai Pandangan Yang Lebih Baik Berhubung Perkara Ini".
 
Tips Cz bagi ni mmg penting terutama bila you all ditemuduga secara bersidang/ berkumpulan.
Mmg panel akan ajukan soalan yang sama secara adil kepada semua peserta tapi ada ketika panel akan lepaskan soalan dan lihat keaktifan kita menyambut soalan tersebut.
Kalau you all yang jenis passive passengerYou all just seat, hear & go home open another URL then apply for another vacancy.
 
Sumpah panel akan either ignore kehadiran you all dalam sidang (pendek kata takkan tanya soalan pd you all lagi) or akan ambush you all kaw kaw bagi keluar ketoi berlian yang tersekat di impuls idea you all.
Dan jika mmg you all bangang sgt sampai taktau apa itu Dasar Wawasan 2020, silalah ikot ayat cinta yang disediakan.
Panel tak marah aih cuma terkilan sbb anda dipanggil temuduga.
Dalam hati depa, mesti terdetik; "sesia je tunggu nak ditemuduga dr pagi sampai petang siap ambil UnPaid Leave lagi dengan kelam kabut smlm pegi Jusco Perda semata2 nak beli kasut Vincci tapi Dasar Wawasan 2020 pon ko bengap".
 
Kertas kuning milik korang pastinya tercatit :
 
GAGAL. GAGAL TEMUDUGA. DITOLAK DARI JAWATAN.
 
 
Lapor Diri
 
Selepas sebulan or dua bulan selepas sesi temuduga berlangsung. Keputusan temuduga bulehlah korang semak di laman web SPP macam ms mula2 korang apply dulu pastu klik pada side info di sebelah kanan korang dan tengoklah hasilnya sama dak macam INI.
Tahniah la jika berjaya.
Jika gagal, its okey dear. At least you've been short listed and experience in government interview (inilah ayat yang suatu ketika dulu aku guna bila asyik gagal je interbiu gomen).
Cuba lagi okey. InshaAllah berjaya macam saya. Hehehehe
 
Pengalaman aku, proses lapor diri akan berlaku (skemanya ayat) dalam tempoh sebulan selepas keputusan interview keluar.
What I mean here is if you all dah bekerja sbg executive di syarikat konglomerat di KL nun dan berjaya dlm interview ini. Better you all call SPP dan tny soal lapor diri dan penempatan.
I'm afraid you all tak dan habiskan notis resignation korang.
Yeye je keje di syarikat konglomerat nak apply jawatan taraf SPM. Contohnya-lah kan. Mana tau.
 
Batch Penyelia Asrama yg seangkatan dgn cZ semuanya melapor diri di KPM, Putrajaya.
Masa lapor diri baru tau tempat posting.
The best part here is you all bebas utk pilih nak keje di mana/ negeri mana or kalau nk specific letak nama sekolah & alamat sekali pon buleh.
Syok kan?
Aku rasa KPM je bg kelonggaran ini dan yg paling best 90% dari pemohonan penempatan ini berjaya.
Yang gagal pon krn mmg takde kekosongan tempat di kawasan tersebut or kes2 khas spt you all superb excellence + active + adorable so SPP letak you all di negeri lain or di KPM itself or di Jabatan Pendidikan Negeri or myb lebih beruntung dpt bekerja sekolah kluster/ berasrama penuh.
Untung oooo :)
 
Alhamdulillah, cZ ditempatkan di sebuah sekolah agama di Parlimen Jerlun.
Nun jauhnya hampir 50km dr rumah tangga-ku. Tp at least cZ maintain sejak tadika, sekolah menengah, sekolah rendah, neversti dan kini kerja di negeri Kedah juga.
Happy sangat. Syukur!
 
Tapi masa batch kami lapor diri, ramai juga takde sekolah utk ditempatkan sbb jawatan Penyelia Asrama ni sangat unique.
Which is setiap tahun peruntukannya berubah biarpun banyak staff yang bersara or banyak sekolah asrama dibangunkan.
Tapi kuantiti penyelia yang dilantik bukanlah bergantung kpd kuantiti persaraan or bilangan asrama yang dibangunkan. Ia mengikut jumlah pelajar asrama/asrama itu sendiri.
 
Maksudnya di sini, jika tahun 2013 ada 10 org bersara dan bilangan penghuni asrama dikurangkan sebanyak 10%, so myb hny 3 orang penyelia baru yg akan dilantik.
Ini kerana nisbah penyelia asrama berbanding pelajar ialah 2orang penyelia bagi 150 +++ orang penghuni.
Jika banyak asrama dgn kapasiti penghuni kurang 150 orang, so penyelia yg ditempatkan hanya seorang (giler penat jaga asrama sorang diri, mujur sekolah-ku penyelia 2 orang).
Jika sebelum ini penyelia di asrama tersebut ialah 2 orang, yang sorang lagi akan di-transfer ke sekolah lain :(
Jadi penghuni asrama sangat penting bagi penyelia asrama.
Bukan hanya untuk memastikan jawatan ini tidak mati tetapi memastikan kedudukan penyelia  samada kekal di sesebuah sekolah/ asrama desa, sekolah harian, sekolah asrama penuh or di pejabat JPN.
 
Berbalik kpd geng yang tak dapat sekolah tadi.
Dorang telah ditawarkan berkhidmat di sekolah kat Sabah nun Negeri di Bawah Bayu.
Ada yang pergi dan ada yang menangis.
Bagi yang menangis dorang telah ditawarkan untuk ke jawatan lain yang sangat kritikal diperlukan pada masa itu iaitu Pembantu Makmal Sekolah (Lab Assistant).
Seriously, jangan risau sbb SPP takkan membuang anda or menidakkan kejayaan anda dalam temuduga Penyelia Asrama sebelum ini.
Bahkan ada yang dapat tempat pon minta tukar ke jawatan Lab Assistant sbb dulu gagal dlm interview tersebut. Now ada offer dia nak try dan bagi tempat penyelia di sekolah tersebut kpd kawan yg mmg betoi2 taknak tukar jawatan.
Some more, jawatan Lab Assistant lebih masyuk sbb elaun dia lebih tinggi.
 
 
**********************************************************
 
Kami semua sesungguhnya merasa bersyukur sbb berjaya.
Diharapkan kpd lepasan SPM dan graduan yang menganggur try to apply this job.
Tak salah okey kalau turun pangkat.
Honestly, 80% Penyelia Asrama KPM yang se-batch dgn cZ ialah graduan dan mmg kalau pergi exam ke meeting ke rata2 ialah rakan graduan.
Sekarang zaman orang cari kerja dan bukan kerja cari orang.
Pelan-pelan usaha okey dan teruskan berusaha.
Jangan putus asa.
 
 
Good Luck !
Thanks for reading :)

37 comments:

  1. pa kat sekolah...hahahahahah..kena ayam kat pentadbir ler.....

    ReplyDelete
  2. tq 4 info.. blh practice utk intervw esk

    ReplyDelete
  3. salam...kita sama batch la...semua yg dicerita di atas adalah BENAR belaka.. :)

    ReplyDelete
  4. Semoga selamat melaksanakan tanggungjawab..... apa2pun wpun takde sgt tugas ini related dgn pelajar tetapi ada satu klause tugas iaitu penyelia asrama membantu warden..... bukan ambil alih. sbb saya dah rasa jadi kedua2nya... susah bila semua pihak tak bekerjasama. apapun buat semua junior penyelia asrama jgn malu kita sbg graduate jd penyelia.

    ReplyDelete
  5. di mana dapat maklumat 150++ 2 orang penyelia dan ada tak senarai nisbah penyelia dan pelajar secara terperinci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually mmg takde nisbah pon tp majoriti sek yg kapasiti 150++ ada 2 org penyelia.
      mcm sek sy dr dulu mmg dh ada 2 penyelia & ada juga sek yg lbh ramai student tp penyelia seorang.

      Delete
  6. assalam.. saya bakal jd candidate untuk temuduga pnyelia asrama.. sye dh ad dgree.. mcm mne ek cre nk tlis resume? mksudnya dgree x pyh tulis ke? even kije skrg? mohon pncerahan.. trima kaseh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. saya pun..xyah guna la degree erk?

      Delete
    2. salam cz.. saya akan menghadapi intbiu dengan spp untuk gred n17 mggu depan. Saya ada degree. Boleh saya tahu bagaimana kt dapat mengelak diri dari bercerita yang kt ada degree. Kena buat resume jugak ke? junearjue@gmail.com

      Delete
  7. Bagus entry nie... by the way bila la kekosongan penyelia kt matrik nie nak penuh. Penat sgt dah nie.

    ReplyDelete
  8. slm sis nk tanye klu posting mmg d tetapkan or blh pilih sy pon br dpt P/O under spp 26/6/2014 ni lapor diri
    tq atas info nye

    ReplyDelete
  9. Salam. camne nak tulis resume tu? sy ade degree. x pyh tulis ada degree ke?

    ReplyDelete
  10. salam. kak kena ada resume ke?? saya dapat surat panggilan interview esok.. tp dalam list yang diberikan x de pun mintak resume...help...

    ReplyDelete
    Replies
    1. noorafidah.. sy interview bln9 ni.. boleh share x ape soalan2 yg telah ditanya?? terima kasih..

      Delete
  11. Sy dpt panggilan interview 6/8/14 kat Jb tp dia xde inform pun pasal resume cume kne isi borang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur fatin.. sy interview bln9 ni.. boleh share x ape soalan2 yg telah ditanya?? terima kasih..

      Delete
    2. saya masuk 5 org sekali masa tu.. more kpd pengetahuan am.. berkenaan negara dan negeri johor.. skop tugas pun ada more kpd how to solve solution.

      Delete
  12. salam..betulke penempatan SPP lebih bersifat terbuka? kita boleh pilih negeri mana kita nak?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.. tumpang comment kat sni ehh.. mesti ramai geng penyelia asrama kat sni.. saya bukan penyelia asrama.but wife memegang jawatan tu.. ada tak sesiapa nak tukar suka sama suka dengan istri saya.. sekarang ni die bertugas di sabak bernam. kalau boleh nak tukar area putrajaya dan sekitar kerana saya bertugas di putrajaya.. sekian terima kasih.. boleh hubungi saya di 012282670

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. .klu tuk calon simpanan agak2 de peluang x..risau..

      Delete
    2. inshaAllah ada. cuma myb tunggu kekosongan tu

      Delete
    3. Arap ada la kekosongan.aamin..sy pon bnyk amk tips dr calon2 trdahulu..blog sis dan mereka yg lain bnyk mmberi tips..terima kasih. .
      Risau jugk cz spp ada mletakkan expired date..intrvw spp ni pon rezeki je..apply thn 2008 strt pnggl 2013. .sbg pembantu mkmal malang nye gagal..alhamdulillah rezeki sy rupanye pd jwatan Pnyelia asrama..

      Delete
  14. Salam sis..jawatan pnyelia asrama ni klu posting macam mne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm :)
      ms batch sy dulu, kami diberi borang utk tulis tempat utk posting. so ada chance utk minta kt sekolah dekat rumah. sy tk pasti kaedah ni msh digunapakai smpai skrg or what.

      Delete
  15. Assalam..ada x pekeliling yang menyatakan nisbah penyelia asrama kepada jumlah pelajar sekolah..jika ada apa pekelilingnya ye?tqvm

    ReplyDelete
  16. Macam mana nak mohon ? Kena daftar dulu ke ?

    ReplyDelete
  17. Wahhhh bestnya....saya simpanan je...ermmm...hopefully ada la rezekinya....aminnnn

    ReplyDelete
  18. saya pun calon simpanan juga no 45 daripada 50 calon..hope ada rezeki la

    ReplyDelete
  19. Salam.. berapa lama ya tempoh antara hari lapor diri utk penempatan dan hari mula bertugas? Boleh sapa2 share? Tqvm :)

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum, saje menyelit. hehe. sy keja sbgai pembantu makmal. belum sah jwtn pun lagi huhu. best x jadi penyelia asrama ni?? rase mcm nk tukar jwtn la pulak :)

    ReplyDelete
  21. salam..sy nak tanya..saya dpt surat tawaran sbgai kerani..sy nk tnye surat tawaran tu akan dibawa sekali msa lapor diri kan..ataw kite kne anta surat terima tawaran tu dekat spp?dan mmg kena cll spp ke utk tahu tempat lapor diri kt mana?

    ReplyDelete
  22. Salam. Kerja ksong di page Spp kne isi online ke? Blh tnjuk ajar sikit.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete