ABAH

Entry kali ni aku dedicate khusus buat Allahyarham Mohd Ibrahim bin Hussain ...
Hari ini ialah hari ke-7, Abah pergi meninggalkan kami semua. Sedeh, sayu, pilu! Perasaan sukar digambarkan dengan kata2. Hanya linangan air mata bersama doa mengiringi pemergian Abah. 
Mak; sedeh tapi tk menangis! Kuatnya mak mengharungi semua ini demi kami semua. Kekuatan mak aku contohi sbb kata orang roh masih berada di rumah. SO tak elok tunjuk sedeh nnt roh tak aman. Betoi ke? Khurafat?


Pagi Khamis 16/02/2012 jam 6.00 pagi. 
Abah dimasukkan ke hospital kerana penat. Abah mmg ade healer so kami dh biasa dgn serangan semput mengejut. Jangkaan kami Abah cuma akan sedut oksigen selama 2 jam shj. Tapi doktor ckp dh kritikal. Tiub tpaksa dimasukkan ke mulut untuk pam oksigen direct ke jantung krn paru2 Abah dah rosak. Jantung Abah dah gagal bfungsi. Faktor2 kegagalan sukar dikenalpasti. Yang pasti air telah memenuhi segenap ruang di peparu Abah. Persiapan untuk membawa Abah ke HSAH dilakukan.


Tengahari Khamis 16/02/2012 jam 11.30 pagi.
Doktor panggil Mak, abg aku & aku. Doktor batalkan keputusan ke HSAH krn kondisi sgt kritikal. Minor operation will be held soon & doktor nasihatkan semua sanak-saudara dihubungi. Mak dah kol semua family members since dawn. Ini kali pertama Abah dimasukkan ke hospital. Aku bergegas ke Pokok Sena to send my son there while Mak & my brother settle kn urusan Abah.


Petang Khamis 16/02/2012 jam 2.00 petang.
Abah ditukarkan dari wad kecemasan HY ke wad biasa. Keadaan masih spt pg tadi dan darah dah mula keluar dari mulut Abah. Aku mula pk kn arwah Pak Teh yg mengalami keadaan spt ini sebelum dia meninggal. Kak Long & sepupu tdekat dah memnuhi ruang wad. Sempat tgk Abah kejap aku balik rumah siap makan tengahari & kemas2 ape yg patot. Mak dari pg tk jamah semikro air pon. 


Petang Khamis 16/02/2012 jam 5.30 petang.
Nasi lauk aku kirim utk mak tidak bsentuh langsung. Makcik2 dari K.L & Perak dh sampai. Kakak & BIL dr K.L dh penuhi ruang hospital. Jiran tetangga juga memenuhi wad. Aku stay di rumah je sbb standby kalu2 perlu apa2. 


Maghrib Khamis 16/02/2012 jam 7.30 malam
Anak Kariah Kg K10 sedekahkan yassin buat Abah. Abah sempat titis sikit bserta air zam-zam dr Mak Njang. Hanya Mak, Abg & Adik aku je yg stay di hospital. Makcik2, kakak & BIL stay d umah. Kakak aku dr Johor masih on d way. Keadaan Abah masih belum berubah. Semua sedara mara telah bertemu dgn Abah. Hanya kakak d Johor sj msh panjang pjalanan.


Pagi Jumaat 17/02/2012 jam 4.00 pagi.
Aku tak tau pukol bpe kami tido smlm. Tetiba aku tjaga trs tbangun. Tgk jam 4.00 pagi. Seakan satu ledakan bom mengejutkan kami semua. Aku kol kakak aku. Alhamdulillah dia dh slmt smpai ke HY. Sempat jumpa Abah. Aku mention kt kakak & BIL utk ke hospital cz rs tk sedap hati. Jam 4.30 pagi. Mak kol; Abah dah pergi tinggalkan kami T_____________T


Pagi Jumaat 17/02/2012 jam 8.00 pagi.
Jenazah Abah selamat di bawa balik dr HY. Bacaan yasin berkumandang memenuhi segenap sudut rumahku. Rakan taulan, sahabat handai, sanak saudara bertandang menziarahi buat kali terakhir. Mak; masih kuat, cekal & tabah!


Pagi Jumaat 17/02/2012 jam 11.00 pagi.
Jenazah Abah disemadikan di pusara. Berdekatan dgn arwah kakak & abg aku yg telah pergi dahulu dijemput Illahi. 


Malam Jumaat 17/02/2012 jam 9.00 malam.
Tahlil disempurnakan di surau; permintaan dr anak2 kariah. Aku tetap setia d rumah. Ingatan pd wasiat Abah; 
"KALAU ABAH DAH TAKDE CARI KAD PESARA ABAH. BUKA BEG YANG ABAH BAGI." 
Beg James Bond Abah aku buka & terselit fail kertas bwarna coklat tertera ...
"BILA ABAH SUDAH TIADA. BUATKAN PENCEN UNTUK ISTERI ABAH SEFIAH BINTI OTHMAN. ANAK-ANAK ABAH TOLONG URUSKAN UNTUK MAK".
Fail terlukis gambar LOVE dgn ORG TERSENYUM aku buka. Semua dokumen penting; Kad Pesara yg asal, Sijil Nikah, Salinan IC Abah telah siap tsedia. Abah telah tahu bila dia akan tinggalkan kami. Aku cuma setelkan borang + gambar mak sj. Semua ahli keluarga sayu dgn apa yg telah Abah lakukan. Abah mmg syg kn Mak!

Pemergian Abah pada hari lahir abg aku yg ke-37 sungguh meruntun jiwa. 
Sebelum Abah pergi, sempat Abah mengajarkan anak aku 3 Qul. Tak sangka itu merupakan petanda Abah akan meninggalkan kami. Abah jg sempat memaklumkan kpd Mak bahawa...
"ABAH SANGAT SAYANGKAN MAK. ABAH TAK SANGGUP NAK TINGGALKAN MAK."

Semoga Abah aman & bahagia di sana. Walau Abah dah tkde tp Mak & Adik ialah amanat yg besar utk aku. Semoga aku bjy menunaikan tanggungjawab & amanah yg telah Abah tinggalkan. 
Al-Fatihah ...



Comments

  1. meleleh air mate aku bile bace entry ko kali ni. aku tau mcm mane rase bile kite kehilangan lelaki yg paling rapat ngan kite.. cume, jangan biarkan mak berseorangan. sbb utk minggu pertama, beliau masih mampu utk bertahan, bile masuk minggu ke 2 akan mule rase sunyi + kehilangan. mak aku dulu hampir 3 bulan duk termenung. kurang tido, tekanan darah x menentu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM. Aku mmg blur dgn keadaan ni. Now pon mak aku dh mula sendirian. InsyaAllah aku akn amik cuti for a while utk teman mak aku. Thanks 4 ur experience.

      Delete
  2. i miss him so much...huhuhu...tlg la jagakan mak aku jauh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts