Merawat Jerawat di Wan's Specialist Clinic (Bahagian 3)

Assalamualaikum readers :)

**Pembaca boleh ikuti pengalaman awal rawatan ini di entri ini dan di sini :)

    Pada entri kali ini, CZ ingin highlight pengalaman selama dua bulan menjalani rawatan jerawat. Jadi marilah kita layan beberapa gambar di bawah ini buat kenang-kenangan hari-hari mendatang. Acewah heheheh.

Selama dua bulan makan accutane, jerawat semakin mengecut dan bibir semakin mengering. Jerawat masih keluar (ada) tapi semakin berkurangan dan setempat.

Minggu Aidilfitri 1441H & menstrual period.
Jerawat besar di hidung, pipi. Kawasan hotspot jerawat. Jawlines area masih ada jerawat tapi semakin susut.

Gambar selepas sebulan makan accutane. Pada masa ni, jerawat memang keluar dengan agresif. Hampir keseluruhan spot yang pernah ditumbuhi jerawat, produce jerawat.

Gambar ini diambil sebulan sebelum makan accutane. Jerawat dan parut hitam, whiteheads dan blackheads di hidung. 

    Setelah dua bulan makan accutane, CZ rasa so far so good. I am satisfied. Yippii hip hip hooray ! Accutane memang mengurangkan penghasilan minyak dalam wajah CZ dan seterusnya mengurangkan sebum serta mengecilkan pori wajah. Mungkin kerana itu, kawasan sekitar hidung terasa licin. Suka pegang hidung hahaha.

    Bila kita merawat jerawat, kita juga kena melabur untuk skincare products. Dulu-dulu CZ memiliki wajah oily-acne prone skin dan sekarang dah jadi dry-sensitive skin. Oleh sebab itu, produk penjagaan kulit sebelum ini tidak relevan untuk kegunaan semasa. Tapi bukan semua produk kita kena tukar. Bak kata doktor, as long as its not harmful to your face, its okay

    Rutin penjagaan wajah siang dan malam CZ ringkas dan menggunakan produk yang sama. Buat masa sekarang, CZ hanya fokus kepada rawatan dalaman (accutane) dan belum mulakan rawatan luaran seperti rejuran, peeling dsb kerana CZ masih mempunyai jerawat aktif. Rutin penjagaan wajah CZ seperti ini :-
  • Oil cleanser Biore (ungu) / make up wipes
  • Pencuci muka Vanicream
  • Toner Mamonde Rose Water
  • Serum Bio Essence Rose Gold Water
  • Pelembab TDF Derma Hydrating Moisturiser
  • Sunscreen Cosrx Aloe Soothing SPF50 / 3W Clinic Intensive UV SPF50
  • Sheet mask (any brand with HA & Rose water) 
  • Ubat jerawat yang klinik bekalkan atau Oxy 5
  • Acne patch Cosrx Acne Patch
    Pencuci muka dan pelembab, CZ beli di klinik sebab pencuci dan pelembab sebelum ni dah tak boleh digunakan pada wajah CZ. CZ juga pilih skincare yang berasaskan for all skin type sebab ia neutral pada wajah dan mudah diperolehi di pasaran serta mampu milik :)

    Setelah genap dua bulan makan accutane, CZ kena jalani ujian darah. Ujian darah ini untuk menguji tahap enzim di hati samada ia tinggi atau biasa saja. Accutane yang diketahui ialah sejenis ubatan yang bila dimakan ia akan meresap ke hati dan kerana itu kita tak boleh consume accutane tanpa preskripsi doktor dan juga tidak boleh dimakan berpanjangan. 

    Jerawat di wajah juga boleh diakui telah sembuh antara 50% hingga 60%. Jawlines area masih tumbuh jerawat tetapi tak sesakit dan setebal bulan pertama. Tiny bumps (mungkin jerawat kecil) di bahagian pipi dan tepi dahi (hair lines). Jerawat yang keluar juga jenis tak bermata dan doktor bagitau itu perkara normal since kelenjar minyak tidak produktif seperti dulu.

Pelembab baru. Boleh follow FB dan instagram TDF Derma

    Rawatan bagi bulan ini diteruskan lagi dengan accutane dan krim jerawat untuk tempoh sebulan. Insha-Allah, temujanji akan datang doktor akan kurangkan dos accutane tapi bergantung juga kepada tahap pertumbuhan jerawat. Kos rawatan kali ni ialah RM 332.00 dan lab test (bayar di lab) RM90.00 . 
Thanks for reading :)
#StaySafe

Comments

Popular Posts