Biopsi Breast Lumps

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers :-)

  Kepada pembaca yang ingin mengetahui perjalanan saya dibedah kerana phyllodes-tumour , sila klik link ini :-)

  Actually selepas tamat pembedahan di atas, CZ tak alami sebarang keganjilan pada payudara sehinggalah dibedah buat kali kedua penghujung tahun lalu kerana epidermist cyst di kaki. Anda boleh baca pengalaman itu di sini :-)

  Bila doktor dapati ada ketulan baru di payudara kanan CZ, maka doktor bagi tarikh untuk ujian ultrasound. Setahun menunggu untuk ujian ultrasound kerana bukan kes kecemasan. Semasa ultrasound memang jumpa dgn cysts kecil di kedua-dua payudara. Okey part ni serius dah start murung :-(

  Dua minggu selepas ultrasound, baru jumpa doktor semula untuk review hasil untrasound dan didapati 3 ketulan meragui di kedua-dua breast. Jadi doktor terus ajak buat biopsi utk mendapatkan isi ketulan di payudara. Actually tahun lepas, masa dapati ada ketulan baru memang dah diambil sampel cecair ketulan tersebut tapi ia mungkin tidak seperti mana biopsi isi dari dalam breast.

  Pistol biopsi ini digunakan untuk mendapatkan isi breast lumps. Prosedurnya tak memerlukan pesakit masuk ke wad cuma buat di dalam klinik saja. Doktor akan suntik ubat kebas setempat di breast dan toreh sikit kulit breast untuk adakan lubang supaya pistol dapat tembus ke dalam breast. Semasa doktor ambil isi breast lumps, boleh rasa doktor cucuk jarum pistol ke dalam lumps. Bukan rasa sakit tau tapi rasa yang lump tu padat. Bila kita nak cucuk kena daya yang kuat pastu doktor pon tembak dan cabut pistol. Maka keluarlah isi ketulan tersebut. Isi ketulan akan dimasukkan ke dalam botol yang direndam di dalam cecair (tak pasti ia air biasa atau air saline/ alchohol). 

Kawasan bertanda X ialah tempat abnormal breast lumps .

  Breast memang ada luka & berdarah sikit selepas prosedur biopsi dan doktor tutup luka dengan plaster. Memang balik rumah CZ tak mandi sampai petang sebab doktor pesan petang baru buka plaster luka hahahaha. Kesan luka seperti dicubit, isi merah dan tinggalkan kesan darah pada bra. Tiada apa yang perlu dirisaukan, ia normal. Esok lusa sembuhlah ia :-)

  Insha-Allah tiga minggu lagi CZ akan jumpa doktor semula untuk mengetahui hasil biopsi dan merangka fasa rawatan seterusnya. 

  Doakan semoga CZ kuat dan dikurniakan kesihatan yang baik & sembuh seperti sedia kala...

Thanks for reading :-)

Comments

Popular Posts