Kampungku Kampung Acheh

Assalamualaikum readers :)


Selamat menyambut Hari Pekerja 2017. Pergi jalan mana tu? Kalau takde gi memana tu bolehlah pegi mandi manda di air terjun. Best! 


Sapa yg follow blog saya (ada ke follower? Wakakaka) mesti tau kan hometown saya iaitu Yan, Kedah memang kaya dgn tempat rekreasi dan air terjun yang superb. Antaranya kampung tok saya, Kampung Acheh. 


Okey, asal usul Kampung Acheh ni memang dr orang2 Acheh Indonesia yg dtg ke Malaya suatu ketika dulu. Majoriti penduduk di sini masih keturunan Acheh Indonesia dengan gelaran Nyak, Teuku, dan nama2 jalan di sini juga turut mengabadikan nama orang terawal datang ke sini. Antara tokoh kenamaan yg berasal dari Kampung Acheh ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan editor Majalah Mingguan Wanita iaitu Sharah binti Ibrahim. 


Walau tinggal di Kampung Acheh tak lama mana. Tapi mak I sempat belajar buat masak Acheh, pais Acheh dan peli'u.. 

Tak dinafikan masa kitorang pindah ke sini sekitar tahun 80an, majoriti orang2 Acheh hantar anak2 dorang balik Acheh or ke KL untuk belajar ke peringkat yg lebih tinggi. Yang tinggal hanya orang2 tua or generasi pertama yg dtg ke Malaya. Skrg dah generasi ke-3 onwards dan byk perubahan ketara pada Kampung Acheh. Dorang dah byk bangunkan homestay buat kemudahan orang luar since di sini ada sebuah sekolah agama terbesar di daerah ini. 


Belakang tu pondok Wan Peah hahaha. Lawak jer. Belakang tu mcm wakaf zaman dulu kala. Dulu2 my sis and my bro mesti lepak di sana siang malam sementara tunggu masa mengaji al Quran dan solat. 

Kedatangan penduduk Acheh juga bawa ajaran Islam dan inilah buktinya. Surau/madrasah ni antara monumen asal yg masih kekal berdiri kukuh sehingga kini. 

Tadaaaa... Inilah nikmat dunia. Sungai Kampung Acheh. Zaman dulu ramai org mandi sini sbb di rumah takde air paip. Lokasinya jugak strategik di bersebelahan surau jer. Lepas mandi blh solat. Tak gi solat blh g mandi hahahaha. Jahat! 

Kampung Acheh terletak di kaki Gunung Jerai. Dulu di kampung Tok tak dpt siaran radio tapi luckily rumah Tok agak ke bawah paras laut sikit so dpt la siaran TV.


Thanks for reading and do come here to experience it yourself. Absolutely you won't regret ❤

Comments

Popular Posts