Monday, 20 February 2017

Tips Menabung #1

Menabung memang susah. Perlukan kekuatan utk bermula. Kesabaran utk menuai hasil. Istiqamah agar tabungan kekal hingga capai sasaran. Good luck!
Assalamualaikum readers.
Dewasa ini (sastera sgt bahasaku), kita terbeban dari aspek kewangan. Perbelanjaan menjadi semakin besar. Cabaran berdepan jatuh naik pasaran saham/ kewangan global. GST. Tarikan pelancongan ala backpackers. Yuran-yuran anak. Insurans. Bla bla bla bla

Tapi... Masih ada rakan dari kalangan middle-class atau low-class income yang berjaya survive. Means that dorang dpt buat semua atau hampir semua yg dinyatakan di atas tanpa rungutan.

How? Di sini kita rungkaikan pelan tabungan tahun 2017. Moga bermanfaat :)

Pelan tabungan mingguan.
Buat senarai minggu yang ada dlm tahun 2017 dan cuba menabung dgn mengikut bilangan minggu tersebut. Permulaan mmg senang sbb nilai kecil. Tapi di hujung2 tu kalau tak mampu blh minta spouse share.

Tabung Parti!
Ramai gelar ia begini sebab penabung hanya pilih not yg berkaler je utk menabung. Contohnya not Biru, Hijau, Merah, Oren, Ungu.
Mula sasaran yg kecil pon okay asalkan ikot kemampuan dan ia berterusan. 

Okay tak? Boleh kan? Ke mana perginya hasil tabungan ini? To me personally, ada hasil tabungan ni ke saya top up duit untuk mengerjakan haji. Ada saya guna untuk road tax and insurance kereta. Ada untuk keperluan persekolahan anak tahun berikutnya. Ada untuk end year holiday (tabung mingguan). Jadi takde la masalah bila kita sesak taktau nak korek duit kat mana.

Last year, saya mula dgn Tabung Parti Hijau dan berhasil kumpul RM 1600. Bergantung kepada tahap perbelanjaan anda. Kalau tak belanja langsung, susah jugak nak dapat not hijau.

Good luck and thanks for reading :)

No comments:

Post a Comment