Forty


 Alhamdulillah 🤲🏻

Terima kasih mak dan abah kerana membesarkan aku, berhutang, bergadai, berjaga siang dan malam, berusaha sehingga usaha tua membanting tenaga mencari rezeki untuk kami seisi keluarga. 

Terima kasih mak dan abah untuk semua doa-doa, sokongan tanpa belah bahagi, kepercayaan, harapan dan sporting dengan kehidupan ini.

Terima kasih Ya Allah kerana ujian kesusahan hidupan telah mendidik diri aku untuk menjadi manusia yang sentiasa beringat untuk hari susah, mendidik diri aku untuk sentiasa beringat untuk hari tua dan mendidik diri aku untuk berusaha tanpa jemu dan berserah kepada MU.

Terima kasih Ya Allah untuk perkahwinan dan anak. Tanpa kehadiran anak, mungkin aku bukan diri aku pada hari ini. Kehadiran Muhammad Habiel telah mendidik aku menjadi manusia yang tidak pernah berputus asa, menbuat aku menjadi manusia yang bertanggungjawab dan menjadikan aku seorang ibu. 

Terima kasih PTPTN bagi pinjaman pendidikan. Alhamdulillah dah selesai bayar. Tanpa PTPTN mungkin impian aku untuk menjejakkan kaki ke universiti dan bergelar graduan hanyalah satu mimpi. Ilmu yang diperolehi sangat berguna untuk kehidupan seharian walau aku bukan pegawai besar :)

Terima kasih Ya Allah kerana memilih UUM sebagai institusi pendidikan tinggi aku. Pelbagai institusi dah aku masuk, alam pekerjaan juga pernah aku cuba dan akhirnya aku terpilih ke UUM. Universiti di negeri sendiri, universiti berasrama penuh, universiti di sempadan negara, agak pedalaman tetapi tenang. Jimat belanja, syukur alhamdulillah!

Terima kasih majikan-majikan aku kerana mengambil aku bekerja walau mereka tahu aku akan bekerja di dalam serba kekurangan. 

Terima kasih Ya Allah kerana memilih aku menjadi penjawat awam. Pekerjaan idaman sejak kecil kerana manfaat di usia tua. Berkat bekerja di sektor awam, aku berjaya memberi sedikit kebahagiaan buat mak dan anakku. Semoga rezeki aku mengalir sebanyak air zam-zam, aamiin. 

Terima kasih Bank Islam kerana mewujudkan skim grandiz dan aku dapat memiliki sebuah kereta idaman. Alhamdulillah dah jadi milik aku sepenuhnya dan kereta yang masih berjasa. Ia akan sentiasa menjadi kereta kebanggaanku.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku akal fikiran yang waras dan aku dapat berfikir dengan baik, membuat keputusan dengan matang dan sentiasa berfikir untuk masa depan yang sejahtera. 

Selamat hari lahir ke empat puluh buat Zinnirah.

Semoga jalan yang aku pilih sentiasa diberkati, dirahmati, bahagia, kaya, senang dan tenang 🤲🏻. Semoga aku sihat utk aku  mencipta lebih banyak memori bersama keluarga ku yang tersayang ❤


#kitahanyamampumerancang #AllahSWTisthegreatestplanner #doasabaryakin #lifebeginsatforty #fortyyearsofmemories #fortyyearsmoretocelebrate

Comments

Popular Posts