Rawatan Jerawat Di Hospital Kerajaan #6 (Post Isotretinoin)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera readers :)


    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi setelah setahun makan isotretinoin (accutane) dan sekarang jerawat hampir tiada. Kali terakhir aku makan isotretinoin ialah pada 27 Ogos 2023 dan sekarang aku tidak dibekalkan dengan ubat oral sebaliknya aku hanya dipreskrip dengan ubat sapu tretinoin cream (sejenis retinol) untuk muka.

    Jerawat naik tak selepas off-isotretinoin

    YA, sebiji pustules nodules yang agak besar di bawah rahang kiri dan ia ambil masa 2 minggu untuk sembuh. Ada juga tanda jerawat mula kembali di beberapa kawasan di wajah dan aku cover dengan tretinoin cream di tempat tersebut dan hari-hari lain aku pakai benzac gel. 


Post isotretinoin testimonial




    Mungkin ramai akan tanya apakah kesan ubat oral isotretinoin akan menyebabkan muka parut berlubang? Jawapannya ialah TIDAK! Parut berlekuk/ berlubang ini hasil daripada dulu-dulu aku suka guna acne tweezer. Isotretinoin sebenarnya bantu kawal kelenjar minyak dan mengawal kewujudan jerawat di wajah dan pada masa yang sama ia meminimakan parut hitam di wajah. Tapiiiiii wajib guna sunscreen sekurang-kurangnya 2x sehari atau setiap 2-4 jam sekali. 

    Aku hanya pakai tretinion cream 3x seminggu. Tretinoin cream hanya dipakai pada waktu MALAM sahaja dan siangnya wajib menggunakan sunscreen. Tretinoin cream sangat sensitif dengan cahaya matahari dan ia memang tidak boleh digunakan pada siang hari dan kita wajib melindungi wajah dengan suncreen pada siang hari

    Tretinoin cream ialah sejenis vitamin A dan ia 10x lebih kuat daripada retinol yang biasa dijual di pasaran. Kegunaan tretinion cream ialah untuk boost collagen bagi memperbaiki struktur kulit, mencerahkan parut dan mengurangkan garis-garis halus. Aku bukan hanya guna tretinoin cream pada wajah tapi juga di leher serta belakang tangan. Tretinoin cream akan menyebabkan kulit kita mengelupas kerana ia memperbaharui sel kulit jadi ia tak sesuai digunakan setiap malam, kena selang-seli. Ia juga kena disapu pada kulit yang kering dan jika kulit anda terlalu kering, gunakan pelembab dan face mist selalu. Doktor juga preskrip dengan vaseline jadi hari aku tak pakai tretinoin cream, aku akan sapu vaseline pada wajah. Memang lembab je muka keesokannya :)

    Setelah beberapa bulan menggunakan tretinoin cream, aku mengakui tekstur kulit aku semakin lembut. Jika dahulu apabila aku pegang muka aku seolah berbukit dan ada biji-biji timbul di permukaan kulit. Kini, hampir 75% terasa licin dan tiada biji-biji lagi, yang terasa cuma kesan lekukan parut dan kulit juga semakin lembut. Alhamdulillah :)

    Oleh kerana parut jerawat (hitam) sukar untuk pudar sebegitu sahaja maka aku cuba skincare routine terbaharu sementara aku nak jumpa doktor semula pada hujung Disember nanti. Jadi marilah kita tengok skincare routine aku dan doakan semoga aku makin cerah dan flawless xoxo. Skincare routine ini aku dapat daripada perkongsian beberapa pakar kulit bertauliah di TikTok dan beginilah saranan yang diberikan supaya tretinoin cream dan bahan aktif yang lain memberi kesan yang maksimum pada wajah.

Do's and Dont's 

  1. Tretinoin cream di sapu pada wajah yang kering. Pastikan lap muka sehingga kering atau pastikan toner kering di wajah sebelum sapu tretinoin cream.
  2. Tretinoin cream TAK BOLEH dipakai sekali dengan asid aktif seperti Vit C, AHA, BHA, Gycolic Acid, vaseline/ face oil.
  3. Vit C + sunscreen. Hal ini kerana vit C boleh mendatangkan keradangan kepada kulit/ tidak berkesan jika terdedah terus kepada cahaya matahari. 
  4. Tretinoin cream dipakai 3-4 kali seminggu dan pada waktu MALAM sahaja.
  5. Serum Vit C boleh dipakai siang dan malam dan wajib dilindungi sunscreen di siang hari.
  6. Niacinamide boleh dipakai di dalam hampir semua rutin kecantikan kerana ia bahan aktif yang bertujuan untuk menyamakan tona kulit, mengecilkan pori dan mengurangkan garis halus. Ia boleh lock kelembapan wajah/ kulit anda.



Rutin waktu pagi/ siang (AM)
Cuci muka > toner > serum vit C > Niacinamide > pelembab > sunscreen



Rutin malam tretinoin cream (PM)
Cuci muka > toner > niacinamide > tretinoin cream > pelembab



Rutin malam santai (PM)
cuci muka > toner > serum vit C > niacinamide > tidur 

    Suka untuk aku bagitau kat hangpa semua bahawa kulit kita berevolusi setiap 28 hari. Maksudnya sel kulit kita diperbaharui setiap 28 hari jadi setiap kali anda menukar produk atau mencuba produk bahawa, anda perlu tunggu selama SEBULAN untuk mendapatkan keputusan yang optimum. 

    Rutin kecantikan terbaharu ini aku baru cuba beberapa hari yang lalu jadi aku tak boleh kongsi kesannya buat masa ini. Namun demikian, apa yang dapat aku beritahu ialah :-

  • serum Vit C berkesan di dalam tempoh 4 minggu
  • Niacinamide berkesan serta-merta
  • Tretinoin cream berkesan di dalam tempoh 4 bulan sehingga setahun
  • Sunscreen berkesan 30 minit sebelum di bawah mentari dan perlu digunapakai setiap 2-4 jam sekali
    Jadi ambil tempoh bertenang dan jangan kerap tengok muka di cermin hahahaha. Insha-Allah, semua usaha kita pasti beroleh kejayaan. Semoga kita bertemu lagi untuk update keberkesanan produk yang aku guna pakai ini. 

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts