D.I.Y. Siling Bumbung Aluminium Foil

 Assalamualaikum & salam sejahtera readers ;)


Entry kali ini khas sempena musim panas El-Nino La-Nina yang sedang melanda Malaysia dan memandangkan rumah aku memang tak pernah bersiling, bahang cuaca panas memang memeritkan. 

Hasil pembacaan, kajian & menelitian pengalaman sebilangan rakyat Malaysia yang telah mencuba kaedah memasang aluminium bubble foil di bumbung rumah masing-masing, maka aku mengorak langkah mencuba kaedah ini. 

Halangan? 

Ye, satu halangan utama untuk aku memasang aluminium bubble foil ini di bumbung bilik aku ialah bumbung bilik aku 100% metal & zink. Hasil penelitian aku, aluminium bubble foil ini perlu dipasang dengan kaedah melekatkan ia ke kerangka bumbung. Kebiasaan mereka akan stapler ke kayu bumbung dan ada seorang dua yang melekatkannya dengan gam heavy duty

Tapi bagi bilik aku yang tiada kerangka kayu & penggunaan gam adalah sangat tidak praktikal, lalu aku memilih untuk menggunakan cable tile & jaring yang digunakan untuk membuat pagar. Aku dapat ilham ini ketika aku berangan-angan untuk melapik aluminum bubble foil dengan dawai ")

Pertama sekali, aku senaraikan keperluan untuk aktiviti DIY ini.

  1. Aluminium bubble foil 
  2. Jaring (net) / chicken net/ black fencing net
  3. Stapler kertas heavy duty (30mm-60mm)
  4. Cable tile 12"
  5. Gunting
  6. Pisau
  7. Pita pengukur
  8. Marker pen
  9. Gam pelekat bumbung bocor
Langkah utama sebelum kita memasang aluminium bubble foil ialah mengenal pasti bahagian mana di bumbung yang bocor. Semua kebocoran kecil dan besar kena tampal dengan pelekat bumbung supaya bila hujan, air tidak menitik dan menakung di dalam aluminium bubble foil

Begini rupa bumbung bilik aku, solid zink dan kerangka besi.


Mula-mula kita kena ukur keluasan bumbung rumah kita. Oleh kerana bumbung rumah aku dipasang secara berjalur seperti di gambar atas, maka mudah untuk aku bajet berapa banyak aluminium bubble foil yang akan digunakan. Panjang 1 jalur bumbung bilik aku ialah 2.9m dan 1 bilik memerlukan +/- 10m. Jadi untuk bilik aku dan bilik mak aku memerlukan 20m dan aku beli aluminium bubble foil di sini. 

Manakala jaring aku beli di sini. Ia memang siap-siap berukuran 30m jadi lebihan tu aku bagi mak aku untuk buat penghadang pokok bunga :)
Tujuan penggunaan jaring ini untuk support aluminium bubble foil, aku staple aluminium bubble foil ke jaring dan ikat kedua-duanya dengan cable tile ke kerangka besi. Risau jugak kalau guna aluminium bubble foil dan ia terkoyak etc dah terbuka masa lena.. satu kerja pulak malam-malam nak menyimpan hahahaha.

Dan inilah hasilnya... Kekemasan 6/10 dan heat insulation 7/10.

Kos untuk projek DIY ini menelan belanja sebanyak RM285.12 dan aluminium bubble foil mempunyai ketahanan selama 5 tahun ke 10 tahun. Ia bergantung kepada ketebalan bubble dan installation. Ia mudah koyak jika tidak dikendalikan dengan baik tetapi ia mempunyai daya rintangan haba yang tinggi. Jadi untuk mereka yang kurang bajet macam aku, ia memang 1 pelaburan yang bijak. 

Selamat mencuba dan thanks for reading :)

Comments

Popular Posts