Merawat Jerawat di Wan's Skin Specialist Clinic (Bahagian 2)

Assalamualaikum & stay at home readers :)

  Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman ini. Perkongsian awal boleh didapati di sini :)

  Memasuki bulan kedua rawatan jerawat di klinik ini, CZ masih dirawat oleh Dr. Wan Shameen. Pelanggan memang agak ramai siang tadi, mungkin kerana semua nak cantik di hari raya hehehe.

  Berbalik kepada kesinambungan rawatan, kali ini Dr. Shameen menekankan aspek :
  • Kadar dehidrasi wajah. Tak dinafikan muka mula rasa mencengkam & bibir mengelupas. Jadi Dr. Shameen nasihatkan supaya keep hydrate, guna moisturiser yang baik as long as ia sesuai dgn kulit & tiada hydroquinon etc. 
  • Kadar kemurungan. CZ memang tertarik part ni sebab bagi CZ yang memang sedia ada jerawat. Bila jerawat naik dengan mendadak, ia bukan satu isu besar. Mungkin ada patient yang murung bila jerawat naik mendadak semasa treatment but for me, no worry.
  • Sunscreen. Mesti apply sunscreen supaya cover wajah dari sinar uv. 

  Jadi untuk counter masalah di atas, kali ni Dr. Shameen suggest CZ guna cleanser yang baru. Papulex dah tak sesuai sebab lepas ni wajah akan semakin mengering. Jadi CZ perlukan pencuci muka yang ringan & lembut. So far, 1st trial, CZ suka. Ia memang mild, masih berbuih, baunya juga biasa² je.

  Accutane masih on untuk sebulan lagi dan kali ni cuma dibekalkan krim jerawat saja. Jadi mari kita layan kesan accutane utk bulan pertama. 

Selepas 2 minggu consume accutane.
Jerawat naik tp jenis takde mata atau bahasa saintifiknya papule acne.

  Okay, seperti dakwaan Dr. Wan Shameen, masuk minggu kedua jerawat mula naik berterusan kesan drpd pengambilan accutane. Jerawat naik di tempat-tempat yang selalu berjerawat seperti di muka especially jawlines area, badan & belakang telinga serta kepala. Besar & sakit :(

Chappy lips.

  Masalah bibir merekah tak begitu ketara kpd diriku. Mungkin kerana CZ banyak minum air & amalkan memakai lipbalm sejak awal. Tapi start berpuasa memang bibir mula mengelupas tapi masih terkawal. Di dalam bulatan tu hotspot jerawat. Hilang dan muncul. Repeat!

Vanicream Gentle Facial Cleanser

Bahan-bahan di dalam pencuci muka ini.

  Inilah cleanser baharu yang Dr. Wan Shameem cadangkan. Harganya seratus ++ tapi berbaloi sebab ia botol besar 235ml. CZ tak pernah discover jenama ni tapi not bad to try, very gentle dan mild on skin. 

  Insha-Allah, next appointment akan ambil darah untuk ujian klinikal. Seperti sedia maklum accutane ubatan yg meresap ke dalam hati, jadi ujian darah penting untuk pastikan tahap ia tidak mendatangkan memudaratan kepada diri CZ. 

  Total consultation & medical/ cleanser prescription is RM322.00. Till meet again next month.

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts