Merawat Jerawat di Wan's Skin Specialist Clinic, Alor Setar

Assalamualaikum & #stayathome readers :)


Hari ini memasuki hari ke-26 #PerintahKawalanPergerakkan dilaksanakan di Malaysia kerana penularan wabak #covid19 di seluruh dunia. Tak siapa menyangka pada tahun 2020, kita di seantero dunia akan menghadapi suatu zaman pandemik yang biasa kita lihat hanya di tv/ layar perak. 



Olek kerana #PKP fasa ke-3 akan diteruskan untuk tempoh 2 minggu lagi. Jadi CZ mengambil kesempatan ini untuk menjalani rawatan jerawat secara klinikal di Klinik Pakar Kulit Wan (Wan's Skin Specialist Clinic).



Kenapa?

Kerana hasil pembacaan mendapati rawatan jerawat secara klinikal/ oral mungkin akan membuatkan jerawat produce dgn banyak. Jadi time berkurung ni memamg bagus untuk kita cover muka kita daripada tontonan umum haha.
   
Barisan dermatologist di Klinik Pakar Kulit Wan.
Klinik ini merupakan klinik kulit keturunan dan dapat good rating daripada pelanggan. Jadi memang recommended untuk sesiapa yang hadapi masalah kulit.

Alright, Klinik Pakar Kulit Wan unfamiliar kpd CZ. Tapi hasil review daripada seorang tweet-handle menyebabkan CZ mencuba ke sini. CZ juga follow klinik ni di IG @wanskinspecialist.

Appointment pertama hari ini dikendalikan oleh Dr. Wan Shameen Afira. Customer boleh walk-in atau via appointment. Tapi oleh sebab kita tgh #PKP, jadi CZ lock appointment dulu. Doktor bagi surat appointment melalui whatsapp utk rujukan pihak berkuasa jika ditahan di roadblock. Doktor cantik dan lemah lembut orangnya walau dalam pakaian PPE. Memang jelas dan telus penerangannya tentang jerawat, penghasilan & perawatan. Do's & Dont's. Superb!
  • Doktor preskrip accutane, antibiotik dan krim jerawat.
  • Doktor bagitau jerawat biasanya akan naik di tempat sama sbb kelenjar minyak yg sama produce minyak. Jadi ubat & antibiotik utk control penghasilan minyak.
  • Bila consume accutane, patient tak boleh mengandung & sekurang 3 bulan selepas selesai treatment. Ia bukan ubat hormon tp ia Vit A pd dos yg tinggi.
  • Kesan accutane spt kulit muka dan bibir akan mengering. So kena selalu pakai lipbalm dan pelembab wajah.
  • Elak berjemur krn ubatan yg diberi utk rawat dalaman & jerawat juga mungkin akan naik dgn byk. Jadi bila byk jerawat produced, ia blh sebabkan parut jerawat hitam. Fasa on antibiotik ialah fasa rawatan dalaman. Ubatan tak blh bagi kulit putih/ pudar parut. Jadi seeloknya kurangkan aktiviti luar.
  • Doktor tak bagi apa2 cleanser dan dia just suggest teruskan guna papulex (cleanser yg guna skrg). Jika terlalu kulit terlalu kering, doc suggest Cz kpd mild cleanser spt cetaphil. 
  • Last but not least, keep your hand/ fingers away from your face!

See you then next month. 

Oh yaa..kos untuk ubat dan konsultasi pada hari ini ialah MYR264.00.

Pelanggan boleh bayar tunai atau menggunakan kad kredit/debit dan Maybank QRPay.

Sepanjang consume accutane, kita TAK BOLEH DERMA DARAH kerana accutane ubatan yg meresap ke hati. Jadi ia boleh beri kesan kpd tubuh badan dan darah kita. Oleh demikian, perempuan yg mengandung dan menyusukan bayi tidak boleh consume accutane :)

Accutane.
30 biji untuk kegunaan 30 hari.

Antibiotik & ubat kulit untuk kegunaan seminggu.
Sehari 2x.

Krim jerawat.
Sapu pada tempat yg ada jerawat je pd malam hari.

Lipbalm untuk elak crack lips.
Kena mula sapu dari hari ni supaya rekahan tak teruk sangat kan? Huhuhu

Okey, demikianlah perkongsian pada malam ini. Kita tunggu perkembangan seterusnya. Semoga ada sinar kecantikan di hujung sana :)

Thanks for reading :)
Have a good day everyone.
Stay safe. Stay home.
Break the chain. We can do this!

Comments

Popular Posts