Tuesday, 18 February 2014

Memilih Bahasa Asing


Hola :)
Tetiba terpanggil untuk share tentang bahasa & kemahiran berbahasa. Chupp! Chupp! Penting ke semua ni ? Agak penting jugak la kan. Sapa yg pernah or tgh amik bahasa ke3 mesti cakap "Ya". Kat Malaysia ni, especially sistem pendidikan di Malaysia juga memberikan peluang dan encourage warga Malaysia belajar bahasa ketiga selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahkan masa zaman2 sekolah dulu pun kaum Cina, India, Kadazan, Sikh, Bidayuh, Iban, Siam dll diberi peluang untuk mengambil peperiksaan bahasa ibunda masing2 di dalam peperiksaan awam negara (UPSR, PMR, SPM & STPM) mahupun di peringkat IPTA/IPTS. cZ juga suatu ketika dulu berpengalaman mempelajari bahasa asing di IPTA krn tuntutan memenuhi jam kredit dan pernah terlibat di dalam program khas semasa peringkat menengah bawah. Tapi masa tu cZ tak cukup ilmu dan lack of exposure pasal bahasa2 asing ni. Janji jadual tak clash dgn class lain & senang lulus exam. Apa kaitan bahasa dgn pekerjaan langsung tak amik port. Sekarang baru rasa menyesal :( So vamos check it out bahasa2 asing yang sesuai untuk keperluan anda.

Bahasa Mandarin, Jepun & Korea

Bahasa2 ni kalau korang belajar memang tak rugi. Majoriti syarikat di Malaysia dimiliki oleh masyarakat cina atau pelabur dari negara matahari terbit. Jadi ia akan jadi nilai tambah pada diri korang andai korang mahir berkomunikasi dalam bahasa ini. Lagipun since dari tadika lagi korang boleh belajar or anak korang boleh belajar bahasa Mandarin. Bahasa Jepun pun dah mula diajar sejak sekolah menengah terutama di MRSM dan SBP sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke negara tersebut. Bahkan kedudukan geografi kita yang berdekatan, so memang ia membantu korang banyak sangat kalau korang expert dalam bahasa2 asing kategori ni. Nak nak skrg ni lambakan filem & drama Korea, band K-Pop, J-Pop, Shila Amzah stay kat China lagi so memang seluruh Malaysia memandang ke timur je selaras dgn Dasar Pandang Ke Timur. Style tulisan pon nak hampir sama, fesyen pon boleh lah colour block, pastu awek2 Korea yg tak mandi sebulan tapi maintain cun so mmg terbaik lah kalau korang nak try bahasa category ni. Beside belajar bahasa you all juga dapat belajar budaya yang sama unik dengan bahasanya. Market value bagi bahasa2 ni memang sangat tinggi di sini dan rantau Asia.

Bahasa Arab, Sepanyol & Perancis.

Bahasa kategori ni mempunyai penutur teramai di dunia. Bahasa Arab semua org Islam guna untuk berdoa dan membaca al-Quran. Maybe maksud je kurang mahir. Bahasa Sepanyol merupakan bahasa kebangsaan di 22 buah negara di dunia dengan mempunyai 2 billion orang penutur. Ramai tu. Pendek kata mana2 kawasan korang boleh jumpa Rosalinda & Maria Mercedes :) Manakala bahasa Perancis dituturkan di kebanyakan negara di Afrika, Indo-China (Vietnam, Laos), Timor Leste serta negara2 yang pernah dijajah oleh Perancis. Secara asasnya, kaedah pembelajaran ketiga-3 bahasa ni sama. Jadi kalau korang mempelajari bahasa Arab, korang akan jadi mudah untuk faham Bahasa Sepanyol sebab ia menggunakan kaedah kata ganti nama yang sama dan perubahan kata berdasarkan sistem past tense dan present tense yang sama. Kalau bahasa Arab guna hua, humma, hum, hya, humma, hunna. Bahasa Sepanyol ada esta, estais, estas, estoy. Penggunaan bahasa ni di Malaysia agak moderate. Maybe bahasa Arab yang banyak pon sebab ramai pelajar belajar di sekolah agama tetapi bahasa Sepanyol dan bahasa Perancis di Malaysia agak kurang menyerlah. Yelah Shakira pon menyanyi lagu English fluent. Kalau dia nyanyi lagu Spanish maybe ramai yg die hard belajar Spanish. Tetapi jika anda dapat menguasai bahasa ini anda boleh terkenal seperti Mahadzir Lokman :)

Bahasa Jerman, Russia, Sweden, Switzerland etc

Yang ni jenis2 bahasa ilmu. Bagi korang yg plan nk study abroad macam kat  negara Jerman, Russia, Sweden, Switzerland so you all kena belajar bahasa2 ini. Sebab budaya di negara mereka yang sangat self-esteem. Mereka sangat cintakan bahasa dorang dan tidak sesekali terpengaruh dengan budaya barat (British/USA) dengan mengagungkan bahasa Inggeris. Jika korang ke sana dan bercakap dalam BI memang dorang bolayan dan melayan you all mcm dorang bodoh BI walhal dorang faham cuma dorang tak nak sematkan di hati yang BI tu bagus. Bak kata pepatah melayu “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”. Jadi dah korang dok Russia kena la cakap bahasa Russia takkan nak cakap loghat kedah pulak.

Bahasa Tagalog (Filipina)

Bahasa ni selalu bakal2 peguam amik as their 3rd language. Dorang pilih bahasa Tagalog sebab ia senang dipelajari dan patah2 katanya juga sama seperti BM cuma maksudnya berbeza. Jadi senang untuk difahami dan mudah dipelajari. Kehidupan sebagai pelajar memang memerlukan sesuatu yang mudah dan senang. Tak gitu che Senah? Tapi market value agak low sebab ia hanya ditutur di Filipina dan menyenangkan kita semasa menonton cerita Be Careful With My Heart or semasa mengunjungi Philipine market di Sabah :) Tapi cZ rasa tak lama lagi maybe bahasa ni akan glamor sbb kita ada Mark Adam. Dia memang mencuri hati kita semua.

Well, apa pun bahasa yang korang pelajari, yang penting harus digunakan secara berterusan dan learn with your heart. Kalau you all belajar pastu tak amal ibarat pokok tidak berbuah. Ceh! Bukan apa, nanti lama2 tak communicate, you all akan lupa banyak kosa kata, nahu, preposition, dll bahkan azul is blue pon you all tak ingat. Aswad or ammar is black ? Dan jangan pulak dah tau bahasa tersebut jarang digunakan di Malaysia or sektor pekerjaan you all terus you all reject. Apa yang penting ilmu. Peluang belajar bahasa asing bukan untuk lulus exam or tuntutan kerjaya tetapi juga sebagai satu keperluan menghadapi GST era globalisasi masa kini yang mengkehendaki setiap manusia lain daripada manusia yang lain. Kalau korang takde bakat menyanyi so ada bakat komunikasi. Boleh buat duit tu. 

Thanks for reading :)

No comments:

Post a Comment