Monday, 5 August 2013

Ramadhan 1434 H


Hola. 
Salam Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
It's August and time passed damn fast and next month i'm will be one year old. 
Ramadhan ini kali kedua berpuasa tanpa abah di sisi. 
Sayu dan sedih.
Sebagai tanda kasih, mak buat "rumah" untuk abah. 
Nanti senang anak2 nak jengok abah, kata mak T___T.
Sambutan Aidilfitri kali ini juga nampak meriah walau abah tiada di sisi.
Tiada yang lebih indah bila kami dapat menjalani kehidupan yang jauh lebih baik walaupun abah telah tiada. 
Alhamdulillah.
Terima kasih abah di atas segala doa-doa sepanjang hayat abah yang mengharapkan kami hidup senang dan tenang, berjaya dalam kerjaya dan kehidupan kami :-)


Aidilfitri kali ini juga menjadi Aidilfitri pertama buat my niece, Zarith Falina Leong yang beraya di perantauan. 
Semoga Falina tabah menjalani kehidupan di Riyadh dan semoga berjaya di dalam kerjaya. And good luck in-advance to her hubby, Ainuddin yang akan berangkat ke Switzerland on 4th Syawal. Semoga korang berdua berjaya dalam kerjaya masing2.

Cinta antara benua la lepas ni :P

Buat pertama kalinya, Aidilfitri 1434H akan dapat diraikan bersama anakanda tersayang. For the passed 4 years, 1 Syawal tangan ini tidak pernah bersalam dengan anakanda tercinta so this time inshaAllah, we could make it :-)
Tapi yang lucunya, semalam baru je amik Habiel dari rumah di sana. Tup tup orang sebok pasang langsir dia plak pegi packing baju. Walhal baru 2 jam balik dari sana.
Oh anak, tak best sangat ke beraya dengan Mama ?
But I am happy because i know he don't understand what is the meaning of raya. 
Di sana lebih meriah sebab ramai sedara mara but this time kami beraya berlima je. Sepupu yang jauh semua tak balik. 

We choose pink purple for this Syawal. 
Memang rasa awkward dan over dari kabinet dapur, cat dinding sampai ke baju raya semuanya pink purple
Hope takde la mangkuk yang akan tegur nanti. 

Di kesempatan ini juga cZ nak ucapkan 
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"
 kepada semua Muslim yang meraikannya terutama sanak-saudara dan rakan2 di mana jua anda berada. 
Macam mana agaknya Aidilfitri di Sweden ?

Thanks for reading :)

No comments:

Post a Comment