Indah Hanya Pada Rambut 'Mop'



Wow. Scooter. Hello Kitty theme. Jambu !

Topi keledar jenama ARC ditanggalkan. 

Rambut 'mop' !

Penggunaan sabun Dettol sebagai shampoo dapat mengekalkan struktur dan keaslian rambut 'mop'.

Alangkah indah jika hari-hari mata disapa pemandangan indah seperti pagi ini. Manusia yang memilik rambut 'mop' sememangnya beraura dan selalu memenangi tempat pertama Pertandingan Mencuri Pandangan & Hati Orang Sekeliling :-)
Fakta ini menyebabkan Azura Zainal dan Bo Amir Iqram famous. 
Dan mengakibatkan statistik jualan penapis air Bio Aura meningkat kerana manusia tidak berambut 'mop' ingin memiliki satu aura yang sama hebat sepertimana pemilik rambut 'mop'.
Mungkin kerana ini ramai gadis Melayu terjatuh hati pandang pertama dengan jejaka keturunan Afrika ?

Hi, saya Jeyni. Position Cekgu :-)

Bilik Cekgu.

Sila Ketuk Sebelum Masuk !
(Ini arahan bukan sekadar hiasan).

Kak Sue. (sambil shake hand)

Nama kami Zila. (hanya ada seorang Zila)

Fizu.

Perkenalan ringkas.
Lima Cekgu satu organisasi. Nampak hebat. 

Kat luar sana semua editor and graphic designer. Jejaka berambut 'mop' tu Kak Sue dah chop. Jangan kacau okey.

Sapa cepat dia dapat. (Niat di dalam hati)

Error in connection. Check your Internet connection. Restart any router, modem, or other network devices you may be using.

Hari pertama yang sengal. 

Okey. (senyuman kejahatan)
Jom Fizu bawa Jeyni berkenalan dengan graphic designer di luar sambil kita minta tolong dorang fix this out. 

Fendi tak datang keje la pulak. (kecewa)

Termenung di jendela sambil berdiri memeluk tubuh.
Otak mula memikirkan nasib diri yang suwey pada hari ini.

Tok. Tok. Tok.

Empat pasang mata memandang tanpa berkedip selama 20 saat setiap seorang. Jejaka berambut 'mop' mengambil alih tempat duduk di mejaku yang sedia kosong. 

Sunyi.

Pintu dikuak. Haruman Dashing Bold sudah tidak dihidu. 
Jejaka berambut 'mop' sememangnya beraura positif, excellent, talented dan expert in all major tough disciplines. 

Open Internet Explorer.
Daftar akaun Tagged. Kak Sue cakap dia takde akaun Facebook.
A bunch of thanks for your research Kak Sue. 
Dating online selama 2 tahun dengan jejaka berambut 'mop'. 
Terima kasih teknologi dan pencipta Tagged.

Organisasi ditutup terpaksa ditutup kerana bankrupt pada 31 Mei.
Bukan hanya rambut 'mop'nya hilang dari pandangan, malah akaun Tagged dia juga sudah 6 bulan offline. T___________T


Tagged Message. (1)
011 - 234567890
asap

**Blushing**

Hi. (i'm text him)

Sorry, sekarang saya kerja Posmen. Tak penah online dah.

Okey.

Enam bulan seterusnya, dating on-phone.
Suatu masa ...

Riena, malam ni datang rumah I. Takde orang.

Riena, malam ni datang rumah I. Takde orang. (resend mesej kepada sender)

Ops. Sorry silap hantar. Macam mana boleh tersalah hantar kat You ? (sambil telan liur)

Lima minit kemudian.

You, jangan bagitau kat orang lain okey. 

Okey. (senyum tapi kelat)

Dua minggu kemudian.

Hai Jeyni. Happy nampak.

Kak Sue, dia tak seindah yang kita semua bayangkan. (sedih)

Sapa ? Jejaka berambut 'mop' ke ?

Hmm. Kak Sue jaga diri ye. I Love You. (T____T)

Kenapa Jeyni ?

p/s : Things do not always happen as a man would expect .

Comments

Popular Posts