Luahan Perasaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Orang selalu cakap, jangan cerita kesusahan kita dan bila kita berkongsi kebahagiaan kita juga orang tidak suka...
Jadi apa yang perlu dikongsikan?
Atau semuanya harus dipendam sendirian?
Sedangkan kesusahan mahupun kebahagiaan, itu semua asam garam kehidupan.
Ujian yang datang menguji keimanan, menguatkan ketakwaan dan meningkatkan usaha.
Kebahagiaan pula mengajar erti bersyukur dan menghargai setiap satu yang dimiliki, mengingati diri supaya lebih kuat berusaha serta meyakini bahawa semua milik Allah S.W.T. dan ia hanya satu pinjaman...
Hari ini, impian aku sejak tahun 2009 akhirnya menjadi kenyataan.
Apatah lagi kita masih di tahun baru dan ia tiada dalam rencana ku pada tahun ini.
Dulu, aku pernah meminta.
Aku juga pernah mencuba tetapi berulang kali tidak berjaya dan akhirnya aku tutup cerita keinginanku yang satu ini untuk aku fokus kepada sesuatu yang lebih realistik dan praktikal...
KUN FA YA KUN
Takdir dan rezeki Allah S.W.T. akhirnya menjayakan keinginanku.
Alhamdulillah...
Benarlah kata-kata, Allah S.W.T. memberi apa yang kita perlukan dan ia tepat pada masanya.
Terima kasih juga kepada mak dan abah kerana memberikan pendidikan yang terbaik.
Aku selalu teringat pesan abah, harta segunung kalau asyik ditarah pasti akan habis. Tapi jika berilmu dan beramal, kita mampu mencipta harta sendiri...
Nikmat paling indah bila kita ada ilmu dan kita juga berharta. Harta yang ada sedikit sebanyak dapat mengembangkan sedekah, insha-Allah.
Semoga ini menjadi permulaan yang baik buat aku dan anakku ❣️
Comments
Post a Comment