Rawatan Jerawat Di Hosp Kerajaan #5 (On-going Isotretinoin)

Assalamualaikum & salam sejahtera readers :)

Okey setelah 2 bulan makan oratane dan CZ boleh katakan ia pengalaman yang indah. Mungkin sebelum ini CZ pernah on oral isotretinoin (tapi separuh jalan huhuhu) maka kemunculan jerawat besar-besar, bernanah yang terlalu banyak dalam satu masa tidak berlaku. Sebaliknya jerawat sedia ada semakin kecut, kadang rasa gatal di bahagian rahang & leher yang berjerawat. Jerawat masih aktif tapi terkawal. 

Macam biasa selepas 2 bulan consume isotretinoin dan kita kena ambil ujian darah untuk periksa darah kita samada ubatan yang dibekalkan beri kesan negatif kepada tubuh badan kita atau ia tiada sebarang masalah kepada tubuh badan kita. Alhamdulillah, keputusan ujian darah baik dan doktor teruskan rawatan isotretinoin untuk 2 bulan akan datang. CZ boleh katakan ada progress 45% dari sebelum ini dan doktor juga bersetuju. Tapi jerawat-jerawat aktif masih ada dan doktor tambah dos ubat. Doktor juga pesan untuk selalu apply vaseline sebab dos secara harian akan menyebabkan kulit semakin kering. Doktor juga pesan JANGAN GUNA SEBARANG MINYAK PADA WAJAH UNTUK COMBAT KEKERINGAN SEBALIKNYA GUNA PELEMBAB YANG RINGAN BERUNSUR KRIM/ CECAIR SEBAB MINYAK AKAN BUAT PORI-PORI TERSUMBAT & PRODUCE MORE ACNE :)

Hasil selepas 2 bulan consume isotretinoin.
Jerawat surut banyak dah, hidung pon licin, dagu & dahi pon dah tak kasar.



Keadaan jerawat di rahang dan masih ada tapi berkurangan, banyak tinggal bekas-bekas jerawat.

Sebelah kanan muka.
Masih ada jerawat aktif yang tunggu masa nak keluar. CZ memang banyak postule dan memang 2 minggu la baru kecut. Stress tak payah cerita laaaaa :(


Sebelah kiri muka.

Kat atas tu sikit sebanyak perubahan pada wajah hasil 2 bulan consume isotretinoin. Bagi CZ memang ada perubahan besar dan masih banyak lagi yang perlu dilalui. CZ harap ada perubahan yang lebih baik dalam tempoh 2 bulan mendatang. 

Bibir kering memang berlaku, kulit pun turut kering terutama di bahagian tepi hidung. Jadi CZ beli pelembab wajah yang ada ceramide untuk lock moist. Cuci muka hanya 2x sehari dan guna toner yang ada effect melembab.
Rutin wajah AM PM sama je, 
    cuci-toner-pelembab-sunscreen (siang) / benzac (malam)

Bagi 2 bulan mendatang, ubat-ubatan masih sama macam sebelum ini cuma doktor bagi dos lebih sikit, iaitu isotretinoin diambil setiap hari berbanding dua bulan lepas selang sehari.

Isotretinoin 10mg dan diambil pada hari Ahad-Khamis


Isotertinoin 20mg dan diambil Jumaat-Sabtu


Pill Box !
Ada 6 kotak jadi mudah nak pastikan takde silap makan ubat huhu.


Bekalan vaseline ni boleh tahan setahun hahaha.

Okey, rasa itu saja perkongsian untuk kali ini. Sejujurnya CZ sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital kerajaan dari segi konsultansi doktor-jururawat dan ubatan yang diterima. Jadi sesiapa yang ada masalah kulit dan kurang berkemampuan, seeloknya kembali ke hospital kerajaan. Tempoh menunggu juga tak lama, in case ada kuota pun masih dibekalkan dengan ubatan lain untuk bantu kita tangani masalah yang kita hadapi. Usah buang duit untuk pakai/makan produk kecantikan yang berunsur sementara. 

Wajah kebahagiaan hahahah
Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts