Lipoma (?)

Assalammualaikum. 


 Akak pon tak tau dari sudut mana akak nak mula cerita tapi akak suspect akak ada lipoma (?) di betis kanan. Ia dah wujud sejak dari sekolah lagi dan sejak setahun ni keadaannya semakin membesar dan merisaukan. Apatah lagi ia di betis, jadi bila pakai seluar nampak bonjol. Sangat tak comey hahaha. Jadi akak tabahkan hati dan rujuk kepada pakar untuk tindakan lanjut (buang/bedah). 


 Fasa pertama haruslah dapatkan nasihat perubatan daripada doktor di klinik/hospital dan kes ini kemudiannya akan dirujuk ke pakar perubatan di hospital besar. Akak pilih Hospital Sultamah Bahiyah, Alor Setar. Kalau korang nak ke hospital swasta pon takde masalah, tak perlu tempoh menunggu jika dibandingkan dgn hospital kerajaan. 


Okay ini ialah surat rujukan utk buat x-ray. Tujuan buat x-ray ialah utk mengenal pasti bahawa ketulan tersebut ialah lipoma sbb bila x-ray, ia tiada kelainan pada struktur tulang kita dan ia juga bertujuan utk melihat samada ia bersambung dgn tulang atau sendirian.

Okay ini hasil x-ray. Filem x-ray ada dalam sampul koko tu dan ia perlu dibawa kembali ke klinik dan ke pakar utk penelitian lanjut.

Ini ialah surat rujukan drpd klinik kesihatan ke hospital besar. Jadi kita kena dapatkan temujanji dgn pakar dulu dan klinik pakar mana yg akan dirujuk. Oleh kerana ia kes pembedahan maka ia dirujuk ke klinik SOPD (surgical out patient dept).

Okay di SOPD, kes akak dikendalikan oleh Dr. Norhafizah. FYI, sebelum ni akan pernah ada kes di SOPD iaitu phyllodes tumor jadi data akak mmg dah siap ada di SOPD. Oleh krn lipoma (?) akak terletak di betis, Dr. Norhafizah rujuk kes akak ke klinik pakar ortopedik (tulang). Kaki dan tulang berpisah tiada. Jadi akak kena ke klinik orto dan dpt temujanji terbaharu.

 Hari temujanji di klinik ortopedik berjalan lancar dan kes akak diambil oleh Dr. Ramayeswaran dan beberapa pakar lain turut melihat keadaan lipoma  (?) akak tu. Hasilnya akak dikehendaki menjalani ujian MRI utk mengetahui kedudukan sebenar lipoma (?). Adakah ia lipoma (?) atau sebaliknya. Adakah ia mengenai saraf atau mana² bahagian lain di kulit atau sel kaki? Nervous? Semestinya lahhhh....


Okay, ini ialah surat rujukan utk buat MRI. Kat situ ada tertulis apa yg perlu dilakukan oleh pesakit dan larangan ke atas pesakit. Bagi kes akak, MRI akan dilakukan di bahagian lutut ke bawah.


 Bagi pesakit yang bakal menjalani MRI, anda boleh membaca catatan akak berhubung MRI di link ini :)

 Okay, setelah semua proses selesai. Pihak hospital akan tetapkan tarikh untuk pembedahan tersebut bergantung kepada kekosongan kerana kes akak bukan dalam kategori merbahaya yang memerlukan pembedahan segera. 

 Laporan pembedahan lipoma (?) boleh anda semua baca di entri Lipoma (?) Part 2. 

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts