Perbaharui Cukai Jalan & Insuran Kereta Atas Talian

Assalamualaikum semua. 


Alhamdulillah, berkat bekerja dengan kerajaan dapatlah akak beli sebuah kereta bernama TQ. Bila ada kereta mestilah kena perbaharui cukai jalan. 


Insuran kenderaan korang WAJIB diperbaharui secara tahunan. Begitu juga dengan cukai jalan, cuma cukai jalan ni hampa boleh pilih nak perbaharui untuk 6 bulan ke 12 bulan. Tapi elok perbaharui setahun sekali. Senang kerja kan? 



Jadi seiring kesibukan sehari-harian, tahun ni akak pilih untuk perbaharui cukai jalan secara atas talian jer. Pertama sekali hampa kena buka laman web MYEG gerbang E-Kerajaan anda. Haa tudia sekali moto dia akak bagitau. 



Laman web ni ialah portal atas talian bagi rakyat buat transaksi dengan beberapa agensi kerajaan. Jadi tak perlu hampa buang masa ambil nombor dan tunggu lepas tu bila lambat hampa marah pegawai frontline sebab buat kerja lem****. Jadi sekarang hampa cuma duduk depan PC dan hampa kena ada perbankan internet. MYEG juga ada sediakan e-pembayaran yang mana hampa kena transfer duit ke aplikasi depa. Mudah bukan?



Bila buka laman web dan keluar paparan muka depan mcm ni. Korang perlu klik pada bulatan kuning tu utk cipta akaun MYEG hampa.


Hampa isi maklumat yang diperlukan dan hantar. Sila pastikan alamat emel betul sebab jap lagi hampa kena sahkan emel sebelum boleh log masuk.


Samada hampa nak log masuk daripada pautan dlm emel hampa atau hampa boleh log masuk di medan akak bulat kuning tu atau hampa boleh log masuk terus ke auto renewal insurans. Log masuk ikut pada ID dan kata laluan yg hampa daftarkan tadi. Kalau lupa blh klik lupa ID/katalaluan.


MYEG ni dia banyak fungsi. Kalau hampa nak semak saman trafik, hampa pilih PDRM. Tapi skrg kita nak perbaharui insuran dan cukai jalan, maka kita klik pada JPJ.


Lepas tu akan keluar macam ni. Kalau hampa nak semak mata kejara hampa sambil² tu kan, boleh lah. Lepas tu hampa klik pada bulatan merah tu utk buat insurans dulu. Nak buat roadtax kena hidupkan insuran dulu ye!


Kemudian hampa akan dibawa ke laman web ini dan hampa klik je Get Started utk dapatkan perbandingan harga insuran kereta.

Kemudian hampa bolehlah dapatkan sebut harga insuran mana yg hampa nak utk kereta hampa. Sebut harga ni semua percuma dan dlm talian. Tak perlu tunggu lama, terus dapat tau harga. Kalau hampa setuju boleh terus byr dan dpt CN on the time. Jimat dan mudah bukan?
Lepas tu hampa pi balik ke laman ni dan pilih perbaharui cukai jalan. Kalau hampa tak pilih ni mmg cukai jalan hampa takdak sapa akan tolong renew kan. Paham ke dak ni?

Lepas tu hampa isi keterangan road tax hampa. Isi selengkapnya terutama alamat kat mana hampa nak depa hantar road tax hampa.

Bahagian ni yg akak maksudkan. Kalau hampa dok KL, hampa boleh pi ambik sendiri roadtax hampa kt MYEG BU dan boleh jugak depa hantar kat hampa. Tapi alamat tu pastikan hampa sendiri yg akan terima sbb penerimaan road tax nnt memerlukan IC hampa sbg pengesahan. Kalau hampa boh alamat rumah tp hampa dok di pejabat hmmm lu pikir la sendiri hahahaha

Okey kat bahagian bawah pendaftaran roadtax tu dh siap2 mentioned bayaran dan tempoh masa roadtax akan dapat kt tgn hampa. Jadi hampa blh rancang elok² supaya blh dpt roadtax on time.

Adatlah bila benda beli secara online, kita mesti nak semak barang dah sampai ke pending ke hilang ke kan? Sehari ke dua hari lepas hampa setel buat roadtax tu, hampa pi balik ke laman web myeg pastu hampa klik kat bulatan biru yg akak highlight tu utk semak roadtax hampa dok mana dah.

Lepas tu akan keluar paparan ni dan hampa log masuk guna ID dan kata laluan myeg yg hampa daftarkan sebelum ni. 

Lepas tu hampa pilih ROAD TAX sbb kita nk tgk roadtax hampa dok mana dah. Nanti hampa akan diminta utk masukkan no plat kereta dan no IC hampa utk semak status. 

Tadaaaaa!
Maklumat roadtax hampa dah tersedia.
Pending tu maksudnya masih otw dan runner akan call hampa utk pastikan hampa ada di tempat penghantaran sbb nnt dia nak bukti IC hampa sbg pengesahan penerimaan.
Maklumat nama, alamat penghantaran, no tel, no plat kenderaan dan no IC hampa akan tertera pd butir carian ini. Jadi mmg trusted sgt :)


Begini rupa bungkusan roadtax hampa bila runner hantar. Ia dibalut mcm kita beli barang online jugak jadi kalau hujan ke salji ke mmg roadtax ni selamat. Pada bungkusan pon dah tertera nama, alamat, no tel, no IC, no plat kenderaan dan tarikh roadtax hampa tamat. 


Bab renew roadtax atau lesen, akak memang akan buat awal seminggu atau sebulan daripada tarikh akhir. Benda boleh buat awal, pasai pa hampa nak buat lambat² hahahaha. 



Akak harap hampa semua dapat info yang bermanfaat dan dapat berjimat masa, tenaga. Biasanya benda penting macam ni kita kdg susah nak buat sebab kita pon bekerja. Nak bahagi masa urus benda ni masa kita tgh bekerja, mmg agak mencabar. Jadi ayuhlah kita manfaatkan kemudahan yg ada. 


Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts