Muka breakout? Jom cuba cara saya 🙂


Apa khabar hari anda? Semoga indah belaka

Assalamualaikum, selamat malam (masa type entry ni dah tgh malam hehehe :p )


Okay, berbalik kpd tajuk asal. So tonight I wanna share my skincare regime. Bagi yg kenal CZ atau yg pernah baca blog CZ, korang mesti pernah baca entry ini. Ia pengalaman CZ masa mula2 CZ ada kesedaran utk tampil cantik mata memandang. Hew hew hew. CZ dlm kategori jerawat suka dekat jadi mmg susah nak cantik berseri-seri. Kalau cecantik tu pon krn canggihnya aplikasi telefon pintar masa kini hahaha! 


This is me without make up and no filter. You may close up and see my open pores, rashes, pimple

Topik utama yg CZ nak kongsi malam ni ialah double cleansing. Actually lama dah dok usyar pasal perkara ni tapi tak berapa paham kaedahnya sehinggalah CZ dpt pendedahan telus drpd seorang pakar kulit. 


Sedikit info ttg DC dan sesuai utk semua jenis kulit muka. DC blh buat sehari sekali atau 2x, terpulang pd diri msg2 dan aktiviti wajah seharian. Dah nama pon double jadinya kena ada dua jenis pencuci muka lah.. Jap lagi CZ huraikan. 

Make up remover
Ia digunakan utk cuci make up/ foundation yg kita letak di wajah kita. Terdapat pelbagai jenis penanggal make up di drug stores tapi CZ pilih yg ni sbb masa nak beli tgk yg ni tgh on sales haha. Garnier ada keluarkan 2 jenis make up remover dan ini mmg utk kulit berjerawat. 

Cleansing Oil
Ini ialah agen DC. Fyi, DC perlukan sejenis cleanser yg oil based atau seangkatan. Kita hanya pump kat palm kita dan apply on muka keseluruhan smpai ke leher pon blh. Then baru basahkan tgn dgn air dan gosok2 pd wajah. Kita blh nmpk la segala make up dan foundation tu fade away bersama myk yg kita letak kt muka tadi. Walau acne + oil = ⛔⛔⛔ tapi utk DC its a must! Oily cleanser ni takkan buat muka kita breakout. Ada byk lagi jenama oily cleanser tp yg ni antara yg mampu pakai huhuhu.

Barisan pencuci muka utk kulit jerawat CZ
Okey, lepas guna oily cleanser dan cuci bersih. Kita kena teruskan dgn mild cleanser ikut kesesuaian kulit wajah masing2. Bagi yg acne prone skin mcm CZ, cleanser spt di gambar mmg highly recommended. CZ mmg guna dan sgt syukur Alhamdulillah. Semua ni blh dibeli di drug stores, farmasi atau pasaraya. Kira mudah didapati, mampu pakai dan tahan lama.  

Exfoliater/scrub/peeling
Sesekali atau spesifiknya 2/3 kali seminggu kena scrub wajah utk buang sel kulit mati. Sel kulit mati yg tak terbuang tu blh jugak clog pores dan bentuk whiteheads/blackheads pastu terhasillah jerawat. Tak perlu belanja mahal or beli scrub yg mahal, janji tujuan sampai. CZ guna
yg ni sbb ditaja oleh BR1M :p

Toner
Apa tujuan toner? Kenapa ia selalu ditekankan oleh expertise? Toner ni yg CZ faham ia utk tutup pori lepas cuci wajah. Lepas tu ia utk buang kotoran yg masih ada pd wajah selepas dicuci dgn pembersih wajah. Jadi pori tertutup, kurang black/white heads so kuranglah jerawat. In shaa Allah. Sekali lagi, pilihlah toner yg sesuai. Basically, acne prone skin sesuai toner berasaskan tea tree, no fragrance. Sebelum ni CZ pernah guna toner jenama Eskinol, Simple, T3.   

Pelembab wajah
Masa terbaik utk pakai pelembab wajah ialah dlm tempoh 2 minit selepas cuci wajah/ tonering. Masa tu mmg lembapan akan lock into skin.
Kenapa pelembab wajib? Wajah dah la oily tambah pakai pelembab lagi minyak bergenanglah 😖. Actually, pelembab wajah penting sbb ia lock kelembapan wajah kita. Perasan tak kdg lepas cuci muka kita rasa wah segarnya, muka soft, kering (tak berminyak), heavennn.. Tapi lepas sejam tudiaaaa.
Bila wajah kita kurang lembapan, secara automatik kelenjar di wajah aktif produce minyak pd wajah utk combat kekeringan. Oleh sbb tu kdg wajah kita 2/3 x lebih berminyak dr biasa. Jadi gunalah pelembab yg sesuai, water based (oily/acne skin), tiada pewangi. Jadi takde la wajah kita over oily/ over dry. 

Ubat jerawat
Dah nama pon entry breakout, haruslah cerita pasal ubat-ubatan jerawat. Antara yg terbaik pernah saya guna ialah Tea Tree oil, Oxy 5/10, T3 gel, Dalacin-T dan Tidact gel. Semua ni blh beli direct counter tapi selalu sold out dan yg pasti kena sabar. Ubat berjadual mcm ni kena guna 6-8 minggu (bagi jerawat teruk) utk dpt hasil yg berkesan. Oleh sbb tu CZ akan tulis tarikh guna pd botol/tiub. Jadi blh pantau. 

Rawatan parut jerawat.
Part ni paling stress. Dah takde jerawat tapi tinggal parut pulak hurmmm.. Actually byk produk rawatan parut tapi antara yg tak berminyak dan mesra wajah CZ ialah mederma, magic jelly, annisue. Nak rawat parut pon lambat so banyakkan bersabar krn sabar separuh drpd iman :)

Ubat ruam
Haaa sapa ada baby? Product ni best utk rawat ruam bayi. CZ guna utk rawat ruam wajah. Kena goncang dulu lepas tu ambik kapas tekap2 pd rashes. In shaa Allah kurang la sikit bintil2 pd wajah/ badan. 
Selain drpd tips penjagaan wajah di atas, bila muka breakout kita kena jaga makan, jaga masa tido dan kebersihan pakaian/tempat tidur/persekitaran. Minum green tea juga bagus utk rawatan dalaman. Ada sesetengah org bila wajah tgh breakout, dorang kena elakkan product tenusu/kekacangan dan makanan bergoreng. Jadi awasi diet seharian anda. 

Bagi yang kerjaya di bawah terik mentari, haruslah guna sunscreen/ sunblock. Tujuan utk lindungi wajah drpd sunburn. Direct sunlight kpd wajah berjerawat sgt lah tak bagus. Dah la muka breakout, kena matahari lagi mmg masak jerawat hampa haha. 

Tips memilih sunblock.

Antara product sunblock yg bagus utk acne prone skin.

Kulit berjerawat perlukan product yg berasaskan AHA dan BHA yg tinggi. Jadi bila nak beli product pilih yg berasaskan air, kaya dgn BHA/AHA, tea tree, asid salyclic, tanpa pewangi. 

Air kosong baik utk wajah/badan.
Nak cantik, nak kurus, nak sihat kena minum air kosong ikut kuantiti keperluan badan masing2. Pengambilan gula/garam/minyak yg berlebihan juga buat wajah breakout. Jadi kena combat dgn air kosong utk detox kata org. Plus utk pastikan tahap kelembapan wajah/badan kekal, tak dehidrasi. 
Sekian untuk malam ini. Semoga bermanfaat. Kalau banyak duit boleh lah dpt rawatan drpd pakar kulit yg bertauliah. Skrg famous rawatan carbon/chemical peel utk rawat parut jerawat dan dpt kan kulit seperti telur di hujung tanduk hehe.. Selain itu, kita boleh guna laser pd wajah kita. Pilih la mana yg sesuai dgn bajet masing2 dan pastikan dpt rawatan dari doctor bertauliah, graduan universiti terkemuka bukannya graduan u-tiub. 

Thank you for reading :)

Comments

  1. Terima kasih sharing, siap dengan penerangan pasal masalah jerawat lagi. Saya pun jenis kulit mudah jerawat juga. Bab skincare, pemakanan, tidur dan air tu memang kena jaga betul2 kan :)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat menarik dan memberi banyak info.. Terima kasih :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts