Selamat Hari Lahir Sayang!

9 years with ❤

11 Julai 2017.
Hari ini genap 9 tahun kami bersama. Nama anak saya Muhammad Habiel dan nama ini diberikan oleh arwah abah saya sempena kelahiran anak saya pada 8 Rejab 1429H. MH dilahirkan pada hari Jumaat jam +/- 3.40 ptg seberat 2.45 kg. Sejak hari pertama saya tau saya mengandung, saya berharap sgt saya beroleh anak lelaki, bertangan kidal, berlesung pipit, putih mcm ayah dia, dan saya nak lahirkan anak saya pada hari Jumaat krn ia hari yg barakah. Alhamdulillah hampir semua keinginan saya dimakbulkan kecuali tangan kidal :)

Jujur saya katakan bahawa saya tak pernah berangan akan ada anak sebelum tamat pengajian ijazah walaupun usia perkahwinan kami sudah mencecah 3 tahun. Bahkan saya dan ex-spouse mmg merancang keluarga dan kami wat lex wat peace je bila disoal ttg zuriat. Pernah juga timbul rasa takot sbb terlalu lama merancang keluarga. Ada kawan ckp lama sgt makan ubat nnt boleh effect tak dpt anak langsung. 

Pertama kali saya tau saya memgandung pada malam hari raya Aidiladha 1428H. Tgh busy bt persiapan nak raya, time tu saya vomit yg maha dahsyat. Ingatkan keracunan makanan rupanya doctor bagitau saya mengandung. Perasaan masa tu bercampur baur. Happy, sad, suspend, nervous, eager, love bla bla bla. Tambahan pulak masa saya mengandung tu saya di semester akhir pengajian. Ketika itu usia kandungan saya sudah mencecah 2 bulan. Oleh kerana saya tiada alahan (saya hanya alah 2 hari sahaja dan pada masa tu baru saya tau saya mengandung) jadi selama 2 bulan pertama kandungan saya, saya masih amalkan pil pencegah kehamilan. MasyaAllah, mmg kuat kandungan saya dan hebatnya kuasa Allah S.W.T.  Alhamdulillah anak saya dilahirkan normal dan tiada sebarang kecacatan fizikal mahupun mental. 

Tapi...
Tapi anak saya ada AB-O prolonged jaundice atau lebih sinonim dgn penyakit kuning dikalangan bayi baru lahir. Apa AB-O prolonged jaundice? Kuning jenis ni terjadi dlm satu tempoh masa yg lama dr bayi normal dan ia berlaku dikalangan bayi yg mana ibu bapanya dlm kumpulan darah AB dan O. Macam kes anak saya, saya berdarah AB dan bekas suami berdarah O. Jadi mmg lamaaaaaaaa kuningnya sampai usia 40 hari msh kuning yg tinggi. Usia 50 hari kena buat scan ultrasound pundi kencing utk pastikan ginjal anak saya berfungsi dgn baik. Oleh kerana anak saya ada AB-O prolonged jaundice, dia agak fragile dan senang terkena jangkitan, demam on off, alergi kpd asap dan ais krim. Perkara ni berlarutan selama 4 tahun dan selama 4 tahun jugak hospital umpama rumah kedua kami. Pernah sekali tu dia discharged pagi, malamnya warded semula T_T

MH juga kuat tantrums mcm anak hampa. Tapi saya ada sorang jiran namanya Kak Kiah. Kak Kiah ni ada anak 8 org. Jadi dia selalu nasihat saya berbunyi begini "biasalah budak2. Esok dia pi sekolah dia cerdik sikit hilang la perangai dia tu. Anak2 kak Kiah pon macam tu laaa". Dan mmg pengalaman dia tu berguna utk saya. Bila MH dah bersekolah, saya nampak perkembangan positif dlm diri MH dan tahun ke tahun MH semakin well behave, mudah diurus dan lebih memahami. Perkara yg paling disenangi ttg MH ni, dia takde drama air mata bab bangun pagi ke sekolah. MH sgt mudah bangun utk mandi dan bsiap ke sekolah. Maybe dia takde kawan di rumah jadi dia suka ke sekolah sbb ramai kawan. Maybe...

Setelah bertahun MH lahir. Ada yg cakap "seronoknya anak dah besar" "mak masih muda bergaya, anak pon tak pernah ada masalah. Kami ni keja ulang alik klinik je minggu ni. Pakai tudung pon main sarung ke". MH jugak jatuh, bengkak, luka berdarah mcm anak hampa. MH memang byk tido bangun di hospital tapi dia aktif. Oleh sebab itu, doktor tak berapa risau dgn tahap kuning MH. Pada usia dua tahun, MH cucuk telinga sendiri dgn cotton buds yg dia jumpa. Hbs berdarah telinga pastu kena follow up dgn pakar telinga sbb doc suspects MH mungkin akan pekak. Alhamdulillah, semasa terapi dia tunjukkan feedback yg positif dan sampai skrg ni takde tunjuk tanda nak pekak. Buat2 pekak tu mmg selalu haha. Then masa umor 2 tahun jugak dia hampir tertelan penutup botol air mineral. Then masa umur 3 tahun, pegi rumah Nenek Sham pastu tak semena-mena di pegi langgar zink. Sampai tersagat (korang paham ke sagat? Sagat tu hurmmm..mokcik pon tak reti nak explain haha). Apa lagi terus rushing ke hospital cuci luka dan balut kaki sebab isi betis dah habis smpai ke tulang. Pastu macam2 la aktiviti sampingan lain yg buat jantung mak rasa terhenti huhu

Begitulah serba sedikit pengalaman membesarkan MH sensorang dgn dibantu ahli keluarga. Actually bukan mudah tapi zmn dulu takde canggih mcm skrg. Setiap saat blh up di media sosial. Boleh scroll segala tips and tricks utk baby to infant to todler to children. Dulu byk bgantung pd petua org tua2 pastu nasihat dr pakar. So sapa2 nak petua blh PM tepi. Cara nak anak ada lesung pipit pon I boleh bagi bhahaha. 

And its not easy to raise a child as a single parent. I need to play the both roles as a mother and a father at one time. Do laundry and chores and cook at home and work alone to earn money. All alone staying in the hospital to give the best treatment for my son. Mmg miserable sgt life masa tu. Hati kena kental dan sgt bersyukur krn dikurniakan kesihatan yg baik dan diberikan kemudahan, berjumpa dgn org yg baik2 yg selalu hulur bantuan. Kdg mkn kdg tk sempat mandi. Pastu anak terpekik-pekik bikin malu depan org ramai. All those super embarrasing moments were now are the most sweetest moments ever that I miss day and night. 

Happy 9th anniversary ZinniraHabiel.
❤❤❤

Comments

Popular Posts