Perancangan Kewangan


Hola, 
Semenjak harga ikan kembung melambung naik bebaru ini, cZ dapati ramai rakyat Malaysia baik yang duduk di Gua Musang atau yang tinggal di Manchester United terkesan dengan perkara ini. Dan bebaru ni jugak masa CNY celebration that day cZ sempat pegi melawat kawan lama. Dan pokok utama yang kami sembang tentang duit, duit, duit dan macam mana saya kaya :P


"Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan"

Bahkan di dalam agama Islam juga menekankan tentang kepentingan perancangan kewangan dan kesan bebanan hutang bagi mereka yang telah meninggal dunia. Tambahan dengan era globalisasi, pluralisme, kapitalisme dan segala macam terms lagi, duit mengalir ibarat bullet trains
Okay berbalik kepada story kawan saya tadi, dia mula berdepan dengan masalah kewangan selepas berkahwin T___T. Tambahan pula dengan hubungan PJJ - Melaka - Penang - Melaka, anak, hutang pinjaman peribadi, keinginan untuk beli semua barang yang iklan di TV, radio, newspaper, dll buat dia stress dan sampai sekarang dia masih fighting to get out of this shit :(

Melihatkan situasi dia yang kronik saya rasa bertanggungjawab untuk guide sebilangan besar masyarakat Malaysia yang boros, suka berhutang/ buat pinjaman mudah, dan mereka yang baru menceburi sektor pekerjaan. Ini berdasarkan pengalaman saya tiada side income langsung. cZ tak pernah buat MLM, online blogshop ke, jual barang Hai-O ke, jual double stemcells ke, terbit journal, tulis cerpen/novel, menjahit baju ke, semua tak pernah. Saya hanya bergantung pada satu gaji saja, yakni kerja saya sekarang. Dan kerja pertama saya dulu pon gajinya kurang RM 1k but i'm survive. Jadi bukan alasan gaji kecik atau buat satu kerja menyebabkan anda dilanda hutang or duit tak cukup/ cepat habis. Tapi I figure out that cara penggunaan duit yang korang amalkan tu yang salah dan lead you all to the wrong path. 

Habiel                      10%
Saving                     10%
Emergency              10%
Fun/miscellaneous   5 %
Expenses                65%
TOTAL                   100%

Ini kaedah yang saya guna sejak 5 tahun lepas, since saya mula berkecimpung di dalam sektor pekerjaan. Bukan mudah tau nak manage duit. You all out there patut bersyukur sebab hari pertama you all bekerja dan hari pertama you all dapat gaji you all still bujang either available or not available. cZ ketika itu sudah bertanggungan seorang anak dan soal kewangan harus diagihkan dengan saksama. Until today, cZ masih belum merasai istilah joli katak masa gaji pertama or berseronok dengan tunggakan gaji yang menimbun :(

Portion yang cZ bagi di atas ni memang sesuai untuk semua rakyat Malaysia. cZ spend 10% setiap bulan untuk Habiel (putera cZ) untuk beli susu, pampers, botol susu, barang sekolah, bantal busuk baru, kasut, barangan sekolah dll ikut kesesuaian semasa Habiel. Memang Habiel dapat nafkah lain tapi yang tu cZ put aside untuk saving dia & belanja untuk special day macam besday dia ke, raya ke, jalan2 or persediaan ke sekolah. Bagi korang yang takde anak, boleh guna 10% ni utk wedding preparation, down payment kereta, down payment rumah/ rumah sewa, belanja raya or special day, untuk haji/umrah, beli gajet ke semua tu perlu belanja yang besar dan harus menabung dari awal. 

Then, 10% a month for saving is oblige! Ini untuk bright future. Jangan ingat bf/gf yang superb je boleh brighter your future, saving yang ciput ni boleh bagi pulangan yang lumayan jugak. Simpanlah sehari seringgit pon its okay sebab tak cukup seringgit korang dok la bertapa kat tol tu kalau palang tol akan terangkat untuk korang. Simpanan ni korang boleh simpan sendiri -transfer from one account to another ke, masuk fixed account ke, buat loan ASB dgn RHB pastu 5 tahun lagi dapat RM10k, saving melalui insurance, Tabung Haji, tabung ayam dan macam2 tabung lagi la. Jangan simpan di rumah sebab simpanan jenis ni tak dijamin oleh kerajaan Malaysia :) Apa tujuan simpanan ni ? Kadang ada manusia yang tanya diri sendiri. Simpanan ni untuk bantu kita bila perlu duit untuk tambung kos perubatan di masa tua, bayar bil universiti anak, wang ad-hoc bila isteri bersalin anak kembar (double expenses), nak tambah cawangan baru (for business purposes or non-business purposes), beli kereta/rumah baru dll. Semua memerlukan modal tambahan. Jadi menabung lah dari sekarang.

Untuk kecemasan wajib juga simpan 10%. Ikot korang la kalau rasa diri seorang yang cemerkap kena la saving banyak sikit. Tapi orang yang jenis careful, jangan berlagak dengan tak menyimpan. Sebab ramai org yang cemerkap di Malaysia yang akan buat hidup korang lebih parah dari mereka. Simpanan kecemasan ni lebih penting dari simpanan2 lain. Cuba bayangkan anda meninggal dunia di usia 35tahun dan mempunyai seorang isteri/suami dan dua anak kecil. Sudahlah urusan jenazah anda mencecah RM2K, isteri maybe tak bekerja, anak baru bersekolah or masih kecil. Mereka memerlukan modal untuk meneruskan kehidupan dan dari mana datangnya capital kalau bukan dari simpanan ini. Harus diingat ye kalau korang kata korang kaya insurans, EPT berkepok, korang keje pegawai kerajaan jadi bab kecemasan ditanggung beres. FYI, standard procedure utk proses kewangan memakan masa 3 bulan sebelum isteri/suami/ anak anda mendapat manfaat kewangan tersebut. Tiga bulan tu lama 0000... Bukan nanti nak tunggu kereta eksiden or anak sakit je perlukan duit kecemasan, renewal roadtax & insurance kenderaan pon perlukan sum amount yang besar. Jadi ia memang membantu. Simpanan ni harus kekal berterusan dan fix setiap bulan. Kalau boleh jangan usik juga kalau tak digunakan sepanjang tahun. Biar dia beranak subur :)

cZ memang tekankan sikit untuk saving for fun & miscellaneous ni sebab selalu berlaku perkara2 yang tak dirancang di dalam kehidupan. Nak-nak pulak tetiba dapat surat pergi kursus or lawatan kat Pulau Langkawi sebelum hari gaji. Dah la masa tu tinggal duit cukup2 je. Time ni lah nak kena korek tabung. Lagipun duit ni memang tujuannya untuk diguna tapi cZ pecahkan dari expenses supaya korang semua nampak. Okay, kalau korang jenis suka berjalan, makan2, join family gathering ke apa saja lah. Gunalah duit ni. Duit ni lebih kepada belanja2 yang bukan rutin macam belanja untuk farewell party, beli hadiah besday kawan, celebrate besday anak, sedara datang rumah then bawa dorang keluar makan seafood, kena attend majlis pengkebumian sedara di Pahang, pembelian alat make up, weekend holiday ke, etc. Kalau bulan tersebut tak guna so boleh extend ke bulan berikutnya. 

Lastly, cZ provide 65% a month for expenses. Yang ni merangkumi keseluruhan perbelanjaan sebulan yang rutin macam shopping barang di Tesco, bayar installment kereta, rokok, bil utiliti, topup, bayar Aeon Credit, kad kredit, duit kutu, duit Vit-C, PTPTN, yuran sekolah anak, duit belanja anak, makan, minyak kereta, topup T&G, dll. cZ tak bayar rumah sewa sebab dok serumah dengan mak tapi jangan ingat cZ abai you all yang kena bayar sewa rumah sebab cZ dah gantikan dengan expenses minyak kereta kerana jarak rumah ke sekolah 100km. 

Jadi siapa kata satu gaji akan buat kita mati ? So far alhamdulillah, dari pergi kerja jalan kaki sampai berkereta kami tetap boleh menikmati kehidupan yang sempurna. Boleh ber-weekend trip, boleh beraya dengan pakaian baru, boleh beli make up MAC, 3D2N ke JB dll lagi. Tak perlu gaji RM3k baru nak plan duit but plan from nothing because it will give you to something :)
Bagi yang dah berkahwin especially perempuan, korang lagi la kena buat plan. Memang husband tanggung segala tetapi gaji you all tak semestinya untuk korang sorang je. Dan cuba cut cost bagi perkara yang tak perlu macam try potong rambut di kedai nyonya, tanam sayur hidroponik, masak sendiri & bawa bekal ke office/school anak2, parkir di free-parking & jalan kaki ke office (jauh tapi exercise), dll.



Andai kata setelah membuat seperti mana dicadangkan di atas, tetapi masih belum berhasil maka tengok diri anda. Audit semula keberkatan pekerjaan anda dan amalkan doa di atas. InshaAllah you all akan berjaya. 

Thanks for reading :)

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat kepada web-owner. Mari kita semua merancang kewangan kita sebelum persaraan supaya boleh membantu untuk kesenangan kehidupan selepas bersara nanti. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & menguruskan investors di semua negeri terutamanya PENANG, KUALA LUMPUR & JOHOR BAHRU. Juga travel ke negeri-negeri lain bergantung kepada lokasi pelabur.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust sama ada investment KWSP atau pun investment TUNAI, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381 / +6012-776 0219
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    “ Personal Opinions: (i) Best Investment Period = 10 Years , (ii) Minimum Return on Recommended Funds = 11% per year. [Proven Track Record available & can be given upon request] ”

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts