Pendidikan Awal Kanak-kanak


Hola :)
Selaras dengan NKRA -Meningkatkan Keberhasilan Pelajar-, pendidikan awal kanak-kanak perlulah dititikberatkan oleh setiap ibu bapa & penjaga. Justeru itu, pemilihan pusat asuhan atau tadika yang sesuai dengan usia dan perkembangan anak-anak perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa & penjaga. Disamping itu, ia dapat memberikan nilai tambah kepada kanak-kanak supaya mereka mempunyai kadar literasi dan numerasi yang tinggi sebelum memulakan sesi persekolahan wajib (tahun 1) di sekolah rendah. Jadi kat sini cZ nak berkongsi pusat bimbingan awal kanak-kanak buat semua young parent out there.

1. PASTI (Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam)

Basically semua ibu bapa & penjaga yang sangat inginkan anak-anak mendalami ajaran Islam tapi terkial-kial untuk mula mengajar anak-anak tentang Islamic education. cZ sangat menyarankan ibu bapa & penjaga untuk menghantar anak-anak anda ke sini. Di sini pelajar seawal usia 4 tahun (ada sesetengah PASTI mengambil pelajar dari usia 2 tahun) sudah didedahkan serta diajar asas-asas fardhu ain, Iqra' dan pelajaran akademik (BM, BI, B. Arab, Math, Seni, Al-Quran As Sunnah, Komputer etc). Maklumlah kadang kala susah untuk kita sbg parent untuk mengajar or mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar anak2 tentang asas2 agama Islam, jadi bila dah hantar ke sini sekurangnya ia membantu kita untuk lebih memahamkan anak-anak kita & balik rumah boleh buat praktikal :) Tenaga pengajarnya terlatih walau mereka bukan lulusan universiti. Kaedah hafazan & hafalan yang digunakan sangat berkesan dan banyak doa-doa serta zikir yang diajar. Seriously, I learnt a few doa & zikir dari anak I. Kat sini juga pelajar akan menduduki peperiksaan 2x setahun, periksa pertengahan tahun & periksa akhir tahun. Akhir tahun ada majlis graduasi & ada satu majlis/ jawatankuasa yang akan pantau environtment PASTI dan tenaga pengajarnya. Dorang akan buat lawatan secara berkala sebanyak 3 or 4 kali dalam setahun. So pendidikan anak-anak anda memang terjamin walau banyak pihak memandang rendah pada PASTI. Yuran yang dikenakan juga berpatutan & disediakan buku teks, buku latihan, pakaian seragam & pakaian sukan. Cuma makan saja kena sediakan sendiri sebab waktu belajar dari 8 – 12 sj (bagi PASTI yang beroperasi 8-4 ada sedia makan).

2. Tadika Cina

Era globalisasi masa kini menyebabkan ibu bapa menghantar anak2 ke tadika cina bagi memberikan nilai tambah kepada anak-anak iaitu kebolehan berkomunikasi bahasa ketiga (Bahasa Mandarin). Terdapat dua jenis tadika cina iaitu tadika swasta dan pra sekolah di Sek. Jen. Keb. Cina. Basically ia sama macam tadika-tadika lain tapi kelebihan daripada aspek bahasa kerana penekanan berbahasa Mandarin. Kanak-kanak juga diharuskan berkomunikasi dan mengikuti kelas tambahan serta ujian berperingkat bahasa Mandarin untuk menilai tahap kefasihan & kefahaman mereka di dalam bahasa tersebut sebelum mereka mengikuti pengajian sepenuhnya di dalam bahasa Mandarin. Yelah kalau tak faham bahasa Mandarin macam mana nak baca & belajar dalam bahasa Mandarin kan ?. Of course akan ketinggalan nanti. Jika mengikuti kelas pra sekolah, anak-anak you all akan tetap mengikuti pengajian Islam seperti pelajar sekolah kebangsaan yang lain so don't worry. Bagi ibu bapa yang bercadang menghantar anak-anak ke sekolah cina pada tahun 1, disarankan untuk menghantar anak-anak mengikuti tadika cina sekurangnya setahun atau mengikuti kelas-kelas tambahan yang dikendalikan oleh guru-guru SKJC di kawasan anda kerana mereka akan menilai kadar LINUS anak anda sebelum melayakkan mereka ke tahun 1 di SJKC or else anak anda akan ke kelas peralihan terdahulu.

3. Tadika/ taska kemas
Tadika paling famous di malaysia. Ia dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan guru-gurunya terlatih dengan sekurang-kurangnya memiliki diploma pendidikan awal kanak-kanak dari institusi pendidikan. Okay, sejak beberapa tahun lepas, KEMAS telah memperkenalkan taska buat kanak-kanak berumur 2-4 tahun dan tadika bagi 4-6 tahun. Taska dibuka dari jam 8 pg – 4.30 ptg manakala tadika jam 8-12.30 tgh. Makanan, pakaian & alatan P&P disediakan. Sebab tu ia famous di malaysia. Parent tak perlu bangun awal untuk sediakan bekal kpd anak2 dan makanan yang disediakan juga berkhasiat dan sesuai untuk peringkat umur anak-anak anda. Selalunya ia sold out dan perlu mendaftar awal. Ia menyediakan pembelajaran mengikut silibus dan program pendidikan kebangsaan. Kanak-kanak tadika juga aktif dgn aktiviti kemasyarakat dan kawasan parlimen setempat. Mereka selalu menyertai aktiviti luar seperti pertandingan bercerita, koir, hari kebangsaan & sambutan hari kebesaran setempat, pertandingan mewarna. Pendek kata apa sahaja aktiviti yang melibatkan Jabatan Kemajuan Masyarakat, student tadika kemas wajib involve. Jadi memang sesuai bagi anak-anak yang aktif atau ibu bapa yg inginkan penglibatan menyeluruh terawal anak2 anda sebelum memasuki era persekolahan sebenar.

4. Pra sekolah
Ia merupakan satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberikan satu tahap pengenalan kepada kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun tentang suasana persekolah sebenar. Mereka yang memasuki pra sekolah akan belajar di mana-mana sekolah kebangsaan/ SJKC atau SJKT di seluruh malaysia. Tenaga pengajar terdiri dari cikgu-cikgu dgn dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Terdapat juga pra sekolah untuk kanak-kanak istimewa/ masalah pembelajaran yang mana mereka mungkin ditempatkan di asrama dgn dijaga oleh PPM. Masa persekolahan bermula jam 7.45 – 12.30 tgh dgn diberikan 2x makan, sekali breakfast dan rehat tgh mengikut menu yang bersesuaian dgn pelajar. Setiap pra sekolah disediakan dgn taman permainan dan pelajar diberi peluang 3x seminggu bermain di taman ini. Pembelajaran iqra' diajar untuk persediakan kelas KAFA selain pembelajaran wajib yang lain. Peperiksaan juga diadakan mengikut kurikulum peperiksaan sebenar. Bagi yang mendaftar di pra sekolah, mereka akan terus diserap ke sekolah tersebut di tahun 1. Save masa kan? Save juga minda dari berfikir bila nak daftar tahun 1 & nak daftar di sekolah mana. Okay terdapat juga keadaan di mana pihak sekolah menawarkan pelajar berumur 6 tahun yang lahir pada bulan Januari untuk terus ke tahun 1 jika kadar LINUS mereka tinggi. Jimat setahun lagi kan ? Pengambilan pelajar pra sekolah ditumpukan kepada pelajar dari golongan berpendapatan rendah/ sederhana.

5. Pra sekolah permata / tadika permata

Tadika permata dikendalikan oleh KEMAS dan ada juga KPM (pra sekolah permata). Ia memberikan tumpuan kepada kanak-kanak dari umur 3 tahun. Kanak-kanak ini akan masuk awal ke tadika/ pra sekolah permata kerana mereka diajar pelbagai seni, kebudayaan dan P&P biasa mengikut kecenderungan kanak-kanak tersebut dan umur dorang. Ia merupakan inisiatif yang bagus untuk penialai awal tahap kebolehan anak-anak supaya bakat dan potensi mereka dpt disalurkan dan dikembangkan dgn sebetulnya. Selepas tamat belajar di sini mereka boleh terus belajar di sekolah seni atau sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Hari ini setiap parlimen sudah disediakan tadika/ pra sekolah permata. Keutamaan diberikan bagi pendapatan bulana RM2.5k ke bawah, kanak2 mesti bijak mengikuti setiap arahan (belajar secara permainan) dan mempunyai kecenderungan & kadar LINUS yang tinggi. Mungkin juga mereka akan melalui temuduga ringkas kerana tempat terhad dan pengambilannya betul2 strict untuk kanak-kanak yang bijak pandai & berbakat. Keperluan P&P, makanan & pakaian disediakan dengan tenaga pengajar kelas A.

Semua tadika/ pra sekolah akan membuka permohonan seawal bulan Jun – November setiap tahun. First come first serve. Jadi please alert dan mark on your calendar supaya korang tak terlepas peluang ini. Bagi tadika KEMAS, borang permohonan boleh download dari laman web dan submit di mana-mana tadika kemas. Bagi pra sekolah /PASTI / tadika cina, kena p amik borang di sekolah/ pusat asuhan.
Yuran tadika ada 2 jenis iaitu yuran tahunan dan yuran bulanan.
Setiap permohonan haruslah disertakan dgn
  1. gambar anak anda (size passport)
  2. salinan sijil beranak
  3. salinan IC parent
  4. salinan slip gaji parent
  5. bawa surat beranak ori semasa hari pendaftaran
Bulan 12 blh check jawapan status pendaftaran anak korang di tadika/pra sekolah tersebut. Tak pun dorang call/ hntr surat. Parent juga kena terlibat aktif dgn mesyuarat atau aktiviti yang dianjurkan. Semua tadika/pra sekolah ada rombongan tahunan, majlis graduasi, jamuan akhir tahun, jamuan hari lahir, jamuan hari raya dsb. Pendek kata serba serbi lengkap. So rebutlah peluang untuk kebaikan anak2 anda. Kalau yang menangis sbb terlalu awal ke sekolah, that's normal

Good luck everybody & thanks for reading :)

Comments

Popular Posts