Jalan Kaki Ke Puncak Gunung Jerai, Kedah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera readers:)

    Gunung Jerai merupakan mercu tanda bagi daerah Yan dan ia setinggi 1,171m dari paras laut atau 12km perjalanan menggunakan jalan raya. Gunung Jerai mudah diakses kerana ia terletak di :-

  1. jalan utama Alor Setar-Sungai Petani
  2. +/- 7km daripada exit Gurun, Lebuhraya PLUS
  3. +/- 3km daripada Stesen Keretapi Gurun
    Puncak Gunung Jerai memiliki tempat penginapan iaitu The Jerai Hill Resort, cafe milik hotel dan juga kafeteria luar, Muzium Perhutanan Kedah, aktiviti team building, ladang strawberry, aktiviti reakreasi udara seperti parasailing, pelantar gelas kaca dan selain itu Gunung Jerai terkenal dengan Telaga Tok Sheikh serta jajaran air terjun. 

    Aktiviti paling famous ialah hiking di Gunung Jerai tetapi pelawat memerlukan permit daripada renjer hutan kerana Gunung Jerai merupakan kawasan hutan simpan dan anda TIDAK DIBENARKAN memasukinya sesuka hati. 

    Pelawat boleh ke puncak Gunung Jerai menggunakan kenderaan sendiri (basikal/ motorsikal/ kereta) dan terdapat perkhidmatan van sewa di kaki Gunung Jerai. Perkhidmatan van sewa ini akan membawa anda naik dan turun Gunung Jerai dengan kadar bayaran RM10.00/ seorang atau RM90.00 bagi sebiji van. Aku memilih untuk berjalan kaki ke puncak Gunung Jerai dan turun dengan van.

    Seperti yang diketahui perjalanan dari kaki Gunung Jerai ke puncak Gunung Jerai ialah 12km sehala dan jika anda memilih untuk meneruskan perjalanan ke Telaga Tok Sheikh, anda akan melalui 15km perjalanan sehala. Anda juga harus faham bahawa ia merupakan kawasan pergunungan mendatar (tiada pendakian bertangga) dan anda akan berjalan dalam keadaan mendaki. Maka kudrat yang digunakan tidak sama seperti anda berjalan di jalan raya biasa. Tekanan akan lebih terasa selepas anda melewati kilometer ke-6 sehingga puncak. Jalan juga berliku-liku setiap 2km. 

    Oleh demikian, anda memerlukan persediaan fizikal yang mantap dan mental yang kuat. Ohh ya, van sewa tidak boleh berhenti mengambil anda di pertengahan jalan dan jika anda tidak mampu berjalan, mungkin kenderaan persendirian yang melewati kawasan tersebut sahaja yang anda boleh harapkan untuk membawa anda ke puncak. Selain itu, Gunung Jerai mempunyai taburan monyet yang banyak dan hampir di setiap wakaf yang disediakan merupakan rumah mereka :(  Jadi berhati-hati dan jaga barang peribadi/ makanan anda.

    Tips untuk berjalan di Gunung Jerai pastinya :-

  1. Sarapan tinggi protein 
  2. Kasut yang ringan dan menyokong kaki anda kerana anda akan berjalan jauh dan mendaki sepanjang perjalanan.
  3. Memakai compression socks supaya kaki anda tidak mudah cramp.
  4. Membawa air minuman secukupnya dan minuman tenaga.
  5. Membawa makanan tambahan contoh protein bar/ pisang untuk menggantikan tenaga yang hilang.
  6. Hiking stick/ kayu kerana anda memerlukannya untuk keselamatan daripada monyet dan untuk menyokong perjalanan anda apabila memasuki zon pendakian aras tinggi (8km ke atas).
Aku start track jalan dari sini... actually puncak Gunung Jerai ialah 12.3km dari daratan. Perjalanan aku bermula pada jam 7.45 pagi 

Makluman bahawa Gunung Jerai ialah hutan simpan kekal.
Jangan sesekali berangan nak memceroboh yea,,,


3km pertama kaki Gunung Jerai masih lagi kawasan penempatan dan anda akan melewati beberapa rumah penduduk kampung... Ini merupakan binaan terakhir sebelum anda melalui jalan raya tanpa penempatan, makanan dan air (juga bilik air hehehe). Jadi rancang perjalanan sebaiknya :)


Jalan raya sepanjang ke Gunung Jerai berturap 2 lane dan selesa. Cuma di beberapa tempat sepanjang perjalanan ada kerja-kerja membaik pulih cerun dan anda perlu memberi laluan untuk kenderaan selisih. Overall perjalanan sangat baik. 

Setiap selekoh ada cermin ini untuk memudahkan kedua-dua kenderaan pergi-balik melihat antara satu sama lain dan jangan lupa bunyi hon sebagai peringatan.


Briskwalk di jalan mendatar atau berbukit, aku memang amalkan untuk berehat minum air setiap 3km atau setiap 30 minit ke 45 minit. Mana yang lebih awal bertujuan untuk memastikan aku kekal hidrat dan memastikan oksigen dapat dibekalkan mencukupi di dalam darah-mengelakan pengsan.  

Memasuki km ke-5, aku makan pisang sambil berjalan dan sejujurnya aku memang bawa bekal pisang je 2 biji sebab aku ingat alaahhhh 12km je huhuhuhu

Entah tengok macam lawa je view belakang ni...

5km menuju puncak, kaki aku dah mula letih. Kebetulan jumpa kayu dan aku guna sebagai alat untuk menyokong langkah... Tak sangka selepas itu aku mula jumpa kawanan monyet tapi alhamdulillah monyet semua buat hal sendiri.

Letih tapi hati mula gembira sebab dah mula nampak pemandangan cantik.


Begini rupa sebenar perjalanan aku...
Tadi masa 5km ke puncak, aku berjalan di bawah dan sekarang aku dah di atas.
Aku mula merasai angin sejuk puncak Gunung Jerai :)

Alhamdulillah....
Aku ingat dah sampai di puncak, rupanya 1/4 perjalanan lagi xoxo

Ramai orang berjalan ke puncak Gunung Jerai dari sini.
Ada tempat parkir disediakan di sini dan hangpa mungkin boleh cuba kerana kurang sikit penat dan lebih sejuk.

Destinasi yang ingin ditujui...

3km menuju puncak terdapat Muzium Perhutanan Kedah tapi masa aku berjalan, muzium tutup sebab cuti hujung minggu.

Sebelah muzium ada kedai kopi ini dan boleh hangpa cuba kopi kampung.

Serious talk, masuk zon ini, setiap 200m aku singgah berehat. Aku rasa macam nak tahan kenderaan persendirian utk tumpang naik sampai atas sebab i am damn exhausted :(
Tapi...kereta-kereta yg lalu semua bagi semangat dan angkat tangan 👍🏻👍🏻👍🏻

Alhamdulillah... Aku dah mula nampak kemeriahan Gunung Jerai. Kenderaan semakin berasak, motor, kereta, van semakin rancak!

Puncak Gunung Jerai!
Okey kat sini ada 1 pondok pelawat yang mana setiap pengunjung yang akan ke Jerai Hill Resort akan dikenakan caj RM2 seorang.
Kat belakang aku ialah jalan ke Telaga Tok Sheikh.
Sebelah kanan aku ialah food court yang viral dgn maggie hot plate.
Dan sebelah kiri aku ialah jalan masuk ke tempat tumpuan orang ramai, Jerai Hill Resort.


Rekod perjalanan aku dan aku mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai ke sini.

Aku tak pergi kat sini sebab kaki aku minta tenaga hahaha


Aktiviti yang ditawarkan oleh resort.

Semua kat cafe ni sedap dan harga standard hotel 4⭐
Ada 1 lagi cafe tapi kaki aku takde tenaga dah nak meronda huhu

Pemandangan yang mahal dan jika cuaca lebih baik boleh nampak sampai Langkawi

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama... Terima kasih Ya Allah di atas kudrat yang telah Engkau kurniakan buat aku ❤️

Sekian perkongsian untuk kali ini. 
Selamat datang ke negeri Kedah Darul Aman.

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts