Memilih Bahasa Asing
Tetiba terpanggil untuk share tentang bahasa & kemahiran berbahasa. Chupp! Chupp! Penting ke semua ni ? Agak penting jugak la kan. Sapa yg pernah or tgh amik bahasa ke3 mesti cakap "Ya". Kat Malaysia ni, especially sistem pendidikan di Malaysia juga memberikan peluang dan encourage warga Malaysia belajar bahasa ketiga selain Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahkan masa zaman2 sekolah dulu pun kaum
Cina, India, Kadazan, Sikh, Bidayuh, Iban, Siam dll diberi peluang untuk mengambil peperiksaan
bahasa ibunda masing2 di dalam peperiksaan awam negara (UPSR, PMR,
SPM & STPM) mahupun di peringkat IPTA/IPTS. cZ juga suatu ketika dulu
berpengalaman mempelajari bahasa asing di IPTA krn tuntutan memenuhi jam
kredit dan pernah terlibat di dalam program khas semasa
peringkat menengah bawah. Tapi masa tu cZ tak cukup ilmu dan lack of exposure pasal bahasa2 asing ni. Janji jadual tak clash dgn class lain & senang lulus exam. Apa kaitan bahasa dgn pekerjaan langsung tak amik port. Sekarang baru rasa menyesal :( So vamos check it out bahasa2 asing
yang sesuai untuk keperluan anda.
Bahasa Mandarin, Jepun & Korea
Bahasa2 ni kalau korang belajar
memang tak rugi. Majoriti syarikat di Malaysia dimiliki oleh
masyarakat cina atau pelabur dari negara matahari terbit. Jadi ia
akan jadi nilai tambah pada diri korang andai korang mahir
berkomunikasi dalam bahasa ini. Lagipun since dari tadika lagi korang
boleh belajar or anak korang boleh belajar bahasa Mandarin. Bahasa
Jepun pun dah mula diajar sejak sekolah menengah terutama di MRSM dan
SBP sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke negara
tersebut. Bahkan kedudukan geografi kita yang berdekatan, so memang
ia membantu korang banyak sangat kalau korang expert dalam bahasa2
asing kategori ni. Nak nak skrg ni lambakan filem & drama Korea, band K-Pop, J-Pop, Shila Amzah stay kat China lagi so memang seluruh Malaysia memandang ke timur je selaras dgn Dasar Pandang Ke Timur. Style tulisan pon nak hampir sama, fesyen pon boleh lah colour block, pastu awek2 Korea yg tak mandi sebulan tapi maintain cun so mmg terbaik lah kalau korang nak try bahasa category ni. Beside belajar bahasa you all juga dapat belajar
budaya yang sama unik dengan bahasanya. Market value bagi bahasa2 ni memang sangat tinggi di sini dan rantau Asia.
Bahasa Arab, Sepanyol & Perancis.
Bahasa kategori ni mempunyai penutur
teramai di dunia. Bahasa Arab semua org Islam guna untuk berdoa dan membaca al-Quran. Maybe maksud je kurang
mahir. Bahasa Sepanyol merupakan bahasa kebangsaan di 22 buah negara
di dunia dengan mempunyai 2 billion orang penutur. Ramai tu. Pendek kata mana2 kawasan korang boleh jumpa Rosalinda & Maria Mercedes :) Manakala bahasa
Perancis dituturkan di kebanyakan negara di Afrika, Indo-China
(Vietnam, Laos), Timor Leste serta negara2 yang pernah dijajah oleh
Perancis. Secara asasnya, kaedah pembelajaran ketiga-3 bahasa ni
sama. Jadi kalau korang mempelajari bahasa Arab, korang akan jadi
mudah untuk faham Bahasa Sepanyol sebab ia menggunakan kaedah kata
ganti nama yang sama dan perubahan kata berdasarkan sistem past tense
dan present tense yang sama. Kalau bahasa Arab guna hua, humma, hum, hya, humma, hunna. Bahasa Sepanyol ada esta, estais, estas, estoy. Penggunaan bahasa ni di Malaysia agak moderate. Maybe bahasa Arab yang banyak pon sebab ramai pelajar belajar di sekolah agama tetapi bahasa Sepanyol dan bahasa Perancis di Malaysia agak kurang menyerlah. Yelah Shakira pon menyanyi lagu English fluent. Kalau dia nyanyi lagu Spanish maybe ramai yg die hard belajar Spanish. Tetapi jika anda dapat menguasai
bahasa ini anda boleh terkenal seperti Mahadzir Lokman :)
Bahasa Jerman, Russia, Sweden,
Switzerland etc
Yang ni jenis2 bahasa ilmu. Bagi korang yg plan nk study abroad macam kat negara Jerman, Russia, Sweden,
Switzerland so you all kena belajar bahasa2 ini. Sebab budaya di
negara mereka yang sangat self-esteem. Mereka sangat cintakan bahasa
dorang dan tidak sesekali terpengaruh dengan budaya barat
(British/USA) dengan mengagungkan bahasa Inggeris. Jika korang ke
sana dan bercakap dalam BI memang dorang bolayan dan melayan you all
mcm dorang bodoh BI walhal dorang faham cuma dorang tak nak sematkan
di hati yang BI tu bagus. Bak kata pepatah melayu “di mana bumi
dipijak di situ langit dijunjung”. Jadi dah korang dok Russia kena
la cakap bahasa Russia takkan nak cakap loghat kedah pulak.
Bahasa Tagalog (Filipina)
Bahasa ni selalu bakal2 peguam amik as their 3rd language. Dorang pilih bahasa Tagalog sebab ia
senang dipelajari dan patah2 katanya juga sama seperti BM cuma
maksudnya berbeza. Jadi senang untuk difahami dan mudah dipelajari.
Kehidupan sebagai pelajar memang memerlukan sesuatu yang mudah dan
senang. Tak gitu che Senah? Tapi market value agak low sebab ia hanya
ditutur di Filipina dan menyenangkan kita semasa menonton cerita Be Careful With My Heart or semasa mengunjungi Philipine market di Sabah :) Tapi cZ rasa tak lama lagi maybe bahasa ni akan glamor sbb kita ada Mark Adam. Dia memang mencuri hati kita semua.
Thanks for reading :)
Comments
Post a Comment