Rawatan Jerawat Di Hospital Kerajaan #1 (Doxycycline)

 Assalamualaikum & salam sejahtera readers :)

Selepas pembedahan ceasarean, muka CZ break out teruk. Jerawat naik besar-besar, bernanah dan sakit. Tambahan bila dekat period :(

Sebenarnya sebelum ini CZ telah jalani rawatan jerawat di klinik swasta. Boleh baca kisahnya di sini, sini, sini dan sini. Ia satu rawatan jerawat yang berjaya dan both doktor & CZ sangat berpuas hati dengan hasilnya. Namun demikian, selepas pembedahan ceasarean, muka CZ terus break out dan hari ke hari ia semakin teruk dan sukar diubati dengan ubat jerawat biasa (topical). 

Jika dilihat berdepan tak nampak ketara jerawat di wajah. Cuma ada sebutir dua di dahi, pipi, dagu. Bekas-bekas jerawat hitam dan parut berlekuk memang nampak ketara. Tapiiiiiiii

Jerawat di rahang yang sangat teruk

Close up.
Serius sakit giler area situ dan jerawat tak pulih walau guna acne cleanser & topical acne treatment.

Kiri & kanan muka.
Jerawat memang naik mendadak di kawasan rahang, telinga & anak rambut.


Oleh kerana fasa PKP3.0 dan larangan rentas daerah jadi CZ tak dapat pergi ke klinik kulit jadi CZ ambil keputusan untuk dapat rawatan di hospital kerajaan pula. Lagipun jimat sikit belanja tambahan sekarang ekonomi tak menentu, barang semua mahal jadi kita cuba rawatan percuma ;)


Sementara menunggu temujanji di pakar kulit Hospital Yan (HY), inilah produk yg CZ guna utk mengurangkan jerawat di wajah.
Seriously, Neutrogena Oil-Free Acne Wash sangat membantu. Tapi 2 minggu baru nampak kesan slow but steadily :)

***********************************************

Hari pertama rawatan pada 22 Ogos 2021 dan seorang doktor perempuan attend case. Setelah berbincang & cerita latar belakang penyakit semasa & sejarah rawatan acne sebelum ini, doktor juga lihat wajah, kulit kepala & belakang badan. Maka doktor buat keputusan untuk beri antibiotik dulu sebab doktor bagitau acne di wajah CZ sudah beransur kurang, lebih banyak scar

Ubat-ubatan bagi tempoh sebulan.

Okay, consultation pertama membawa kepada preskrepsi ubat-ubatan berikut :-

  1. Antibiotik doxycycline
  2. Ascobic acid a.k.a Vit C
  3. Shampu selenium sulfide 2.5%
  4. Pelembab wajah
  5. Tretinon cream 0.5% (malam)
  6. Benzac AC 0.5% (siang)

Ubat-ubatan ini ada yg perlu makan tiap-tiap hari, sehari 1x, sehari 3x, malam sahaja, siang sahaja, pakai bila perlu dan shampu seminggu 1x je. Oleh sebab itu, kalian TAK BOLEH sesuka hati beli atau dapat di pasaran haram. Wajib melalui pegawai perubatan bertauliah dan consume mengikut keperluan diri! 

Antibiotik.
Ini merupakan pillar rawatan bulan ini dan ia memang antibiotik yg kuat utk mematikan bakteria & lain-lain partikel yg menyebabkan jangkitan kulit serta keradangan.
Baca ARAHAN & DON'T(s) yang dimaklumkan supaya keberkesanan ubat ini optimum.

Akhir sekali, tawakal & doa.
Insha-Allah pasti berjaya ;)

Sekian, jumpa lagi bulan depan. Ops lupa bagitau kos rawatan sebab ia percuma ❤️.

Thanks for reading ;)


Comments

Popular Posts