Merawat Jerawat Di Wan's Specialist Clinic (Chemical Peeling)
Assalamualaikum readers & stay safe :))
Okey, hari ini nak sambung cerita rawatan jerawat fasa ke-4. Actually CZ dah hampir 2 bulan skip rawatan sebab kekangan masa. Almaklumlah kita semua dah mula bekerja semenjak PKPB ditambah dengan pembukaan sekolah, maka masa untuk berjimba-jimba semakin berkurangan hahaha.
Frankly speaking, masa jumpa Dr. Shameen hari Khamis lepas, CZ terkejut dengan reaksi Dr. Shameen hari tu. Beliau seakan tak menyangka bahawa 2 bulan CZ tak makan accutane dan jerawat tak naik dengan ekstrim (masih ada cuma +/- 10 biji).
Jika diikutkan perancangan awal masa mula² buat rawaran, Dr. Shameen cadangkan untuk makan accutane selama 6 bulan. 3 bulan pertama makan accutane hari-hari dan 3 bulan kemudiannya makan selang seli (kurangkan dos). Tapi since jerawat dah sikit dan tinggal parut banyak makanya Dr. Shameen cadang untuk stop accutane dan teruskan rawatan parut iaitu chemical peeling.
Chemical peeling ni mudah faham ialah extra-basic treatment untuk kulit selain daripada guna skincare. Ia guna chemical yang baik utk kulit contoh salicylic, glycolic etc. Biasanya beauty enthusiast memang galak kita untuk apply acid di wajah untuk exfoliate the dead skin cells like Pix* Glow Tonic, Some*ymi Miracle Toner dsb. Nama pon peeling jadi fungsinya utk mengelupas/ buang sel kulit mati. Bahan² kimia ini membantu memperbaharui sel kulit, menghilangkan garis² halus (wrinkle), menghilangkan parut, bintik hitam, menjadikan kulit wajah lebih lembut dan tona lebih sekata. Tapi ia tak mengelupas wajah macam produk lain, ia bertindak secara slow & steady. Tak nampak tapi boleh rasa..haa gitew. Tapi untuk parut dalam dan berlubang tak dapat diselesaikan dengan kaedah ini :((
Okey, setelah 3 bulan makan accutane, kulit wajah CZ telah berubah daripada super oily to normal tapi agak kering. Melalui imbasan wajah, nurse (nurse terlatih akan buat treatment chemical peeling) akan decide berapa unit chemical utk diguna pakai, which area should be taken care properly. Imbasan wajah juga untuk kita buat perbandingan untuk next visit, either I got a better improvement or the treatment just wasting my money hahahaha.
Imbasan wajah selain daripada boleh tau kondisi wajah normal ke berminyak. Ia juga akan terangkan secara terperinci tahap hydration wajah, kedutan, kita ada apply sunscreen ke tak, pori terbuka sangat atau normal. CZ di skala hydration is good but open pores, deep scar so kulit memang agak kasar. Itu penyebab wajah tak seiring dengan usia.
Chemical peeling seeloknya dilakukan 3 ke 5 sesi ikut kepada keadaan kulit wajah kita. Tapi satu sesi pon CZ dah teruja habis. Almaklumlah CZ tak pernah ke spa atau salon kecantikan. Siap pakej terlelap kejap sementara tunggu masker kering hahahaha.. Seronok rupanya chemical peeling.
Oh lupa nak cerita, chemical peeling akan buat muka kita rasa gatal merenyam bak kata orang Kedah. Chemical compound tu akan meresap ke dalam kulit jadi memang kulit re-act spontaneous. Kalau ada jerawat aktif memang pedih² manja. Satu sesi chemical peeling akan dibuat 2x apply chemical, setiap 1x akan dicuci muka pastu lastly masker. Masa diperlukan +/- 1 jam.
Akhir sekali, harga prosedur chemical peeling di Klinik Kulit Wan ialah +/- RM 280 untuk satu sesi. Tapi hari tu ada promosi jadi total kos untuk treament kali ini dan krim jerawat ialah RM182.00
Sebelum undur diri, CZ nak pesan GUNA SUNSCREEN SETIAP HARI DAN PAKAI SEMULA SETIAP 4 JAM. Suncreen penting untuk jaga wajah kita dari tabir suria. Selepas buat apa² rawatan wajah memang wajib pakai sunscreen untuk lindungi wajah sebab kulit tengah nak develop sel baru dan ia perlukan perlindungan daripada UV rays. Sekian xoxo.
Thanks for reading :)
Comments
Post a Comment