Dermoid Cyst
Assalamualaikum readers dan salam PKP(B/P) 2.0
Sekali lagi kita kembali ke sesi kongsi-kongsi pengalaman di hospital. Selalu kita tengok orang posting di socmed tentang peringatan bila umur menjengah 35 tahun ke 40 tahun, kita mula dihujani ujian demi ujian dan salah satunya ialah ujian kesihatan.
Okey, sejarah fibroid CZ bermula bila CZ disyaki mengalami penyakit batu karang. Hasil scan buah pinggang utk melihat keadaan batu karang menjumpai uterine fibroid di rahim CZ dan ketika itu saiznya kelihatan agak besar.
Scan awal semasa check-up batu karang. Boleh nampak kedudukan fibroid berhampiran pundi kencing (bladder). |
Kenapa CZ tak sedar CZ ada fibroid?
Firstly, CZ sedar perubahan di bahagian perut CZ. Perut agak buncit berbanding tahun² sebelum ini tapi CZ beranggapan keadaan tersebut kerana CZ mengalami petambahan berat badan, berisi (chubby) jadi tak mustahil perut mesti akan buncit sebab lemak² terkumpul.
Secondly, kitaran haid yang normal. Wanita biasa haid selama +/- 7 hari dan di antara setiap 28-30 hari sekali. CZ akui memang ada gangguan menses setiap tahun tapi bukan setiap bulan atau selang bulan. Sejak didiagnos dgn phyllodes tumor, CZ memang pantau menses circle melalui apps period tracker di smartphone. Aliran haid CZ juga normal dan warnanya juga normal. Usually CZ akan salin menstrual pad 3-5 kali sehari dan CZ tidak pernah alami tumpah darah semasa haid dan jarang² alami senggugut. Jadi mari kita lihat rekod menses CZ >>>>
Kitaran haid tahun 2020 ada 2x abnormal circle. |
Jadi CZ tak pernah expect ada something wrong somewhere within my belly (uterus etc). Walaupun CZ kerap kencing sebab CZ memang minum air kosong byk +/- 2L sehari utk hydration. Jadi logik utk sering ulang alik ke toilet utk kencing walhal ketika itu fibroid mungkin sudah membesar dan menekan pundi kencing.
Bila berjumpa dgn Dr. Harun bin Hussin dan beliau menyarankan utk buat CT Scan (TAP) bagi mendapat gambaran sebenar kedudukan dan tumbesaran fibroid tersebut.
Hasil CT Scan (TAP) mendapati terdapat mixed solid, cystic & soft tissue component di sebelah kanan peranakan CZ berukuran 7.4cm X 11.4cm X 12.0cm dan satu cyst kecil di sebelah kiri. Rahim juga besar drpd kebiasaannya.
Oleh kerana CZ pernah jalani pembedahan membuang benign phyllodes tumour di payudara, jadi Dr. Nurhayati Alias (doktor pakar yg bertugas pd hari laporan CT Scan dikeluarkan) menyarankan pembedahan dilakukan segera di HSAH.
Surat kemasukan ke wad dan dinyatakan penempatan di wad bersalin, tarikh kemasukan, sebab kemasukan dan kaedah pembedahan yg akan dilakukan. |
Arahan dan panduan kemasukan ke wad. |
Oleh kerana kita masih berdepan dengan pandemik #COVID19 maka semua pesakit yang bakal menjalani pembedahan wajib menjalani ujian Covid-19. Ujian ini dilakukan di HSAH 5 hari sebelum kemasukan ke wad. Alhamdulillah, CZ negatif Covid-19.
Prosedur sebelum pembedahan pada kali ini agak kompleks dan CZ perlu melakukan pelbagai ujian sebelum ke dewan bedah. CZ mendaftar masuk ke wad pada jam 8.30 pagi, 23 Februari 2021 dan bermulalah ujian demi ujian. Ia mungkin berkait dengan faktor usia yang sudah meningkat, sejarah kesihatan & perubatan sebelum ini dan juga kes (pembedahan) yang bakal dilalui.
Pada sebelah malamnya, semua pesakit yang bakal menjalani pembedahan akan dipaksa berak. Ubat berak (julap) dimasukan ke dalam bontot dan sepantas kilat terus ulang-alik tandas. Tapi takde la cirit-birit macam ubat oral cuma ia melancarkan proses pembuangan najis. Tujuannya untuk membersihkan usus maklumlah pembedahan melibatkan bahagian perut maka kita taktau sepanjang pembedahan apa akan berlaku kan kan kan...dan bermulalah berpuasa :))
Pada awalnya, pembedahan ini akan dibuat melalui kaedah Laparoscopic namun demikian ia ditukarkan kepada open surgery secara cesarean. Hal ini kerana texture dermoid cyst tersebut yang keras (solid) dan besar. Agak mustahil untuk ia dikeluarkan melalui kaedah laparoskopik. Setelah beberapa kali delay, maka jam 4 petang CZ dibawa ke dewan bedah. Pembedahan ini diketuai oleh Dr. Faridah dan pembedahan selesai jam 7.30 malam. Prosedur pembedahan ini melibatkan bius penuh dan juga epidural morphine. Sambil tolak stretcher ke dewan bedah, pakar bius sekali lagi menerangkan prosedur tambahan epidural morphine, yang mana ia harus dilakukan kerana pembedahan ini menyakitkan. Bagi mengurangkan kesan kesakitan selepas pembedahan, maka prosedur ini perlu dilaksanakan. So far so good. Alhamdulillah ♡
Prosedur pembedahan ini melibatkan proses membuang solid right dermoid cyst yang bersaiz 12cmX11cm yg terletak di sebelah kanan, fibroid bersaiz 3cmX4cm di sebelah kanan dan cyst bersaiz 3cmX4cm di sebelah kiri. Selain itu, kilang telur (ovari) di sebelah kanan juga turut dibuang kerana telur yg dihasilkan di sebelah kanan sistem peranakan ialah telur yang sudah tiada kualiti. Namun demikian, CZ masih berpeluang beranak, datang bulan dan menjalani kehidupan seperti wanita normal yang lain kerana kilang telur di sebelah kiri masih ada dan rahim tidak diganggu. Alhamdulillah beberapa hari selepas pembedahan, CZ datang bulan seperti biasa :))
Bahagian yang dibuang ialah yang ditanda 0 . Jadi boleh nampak masih ada sebelah ovari lagi dan kedudukan rahim. |
Bagi mana² pembedahan yang melibatkan epidural, pesakit dilarang bangun/ bergerak selama 6 jam selepas pembedahan. Jam 2 pagi, slowly and steady CZ bangun untuk makan dan minum. Alhamdulillah, memang tak sakit langsung pada luka cesarean cuma agak tegang pada abdomen. Mungkin CZ perlu press abdomen untuk bangun, duduk dan tidur semula tapi overall max tahap kesakitan pada skala 2/10. Kesan pembedahan cuma apabila CZ bangun/duduk, penglihatan kabur dan kepala agak berat tapi tiada rasa pitam, pening dsb. Slowly kesan ini hilang selepas 10 - 12 jam selepas pembedahan. CZ juga ada maklumkan kepada doktor yang round ward dan doktor maklumkan ia perkara normal :) Selain itu, pembedahan ini juga buat CZ jadi lalok, asyik mengantuk je, memang ketiduran seharian selepas pembedahan dan gatal² badan yang minor.
Selepas 24 jam dibedah, plaster luka cesarean belum dibuka. Jadi CZ mandi dengan lap² badan guna air panas shower dan gatal² badan beransur hilang. Plaster luka dibuka pada hari ke-2 pembedahan. Pakar bius datang untuk buat pemeriksaan untuk CZ tiada masalah pergerakan dan beberapa ujian fizikal seperti angkat kaki dilakukan. Selepas itu, CZ mandi seperti biasa menggunakan air sejuk dan tidak mengenakan sabun pada luka. Bahagian luka ditekap dengan tuala kering supaya ia kering selepas mandi dan dianginkan semasa baring. Petangnya keluar wad dan sambung berpantang di rumah. MC selama sebulan fuhh! Dan doktor hanya preskrip antibiotik dan ubat tahan sakit selama untuk dihabiskan selama seminggu.
Do's & Dont's
Sediakan moi/ bubur nasi.
Oleh kerana pembedahan cesarean, banyak perkara yang perlu diambil berat terutamanya digestion and hydration. Seeloknya makanan pertama selepas pembedahan ialah makanan yg lembut dan mudah dihadam. Ia penting untuk memastikan perut kita nyaman, tidak berangin, proses membuang air besar lancar dsb. Maklumlah luka dalam & luar jadi perlukan pemakanan yang baik dan bernutrisi serta mudah hadam.
Jangan angkat benda berat.
Samada bersalin atau dibedah, pesakit sebaiknya berehat dan kurangkan aktiviti lasak/ berat. Melalui pembacaan, disarankan pesakit tidak mengangkat berat melebihi berat bayi baru lahir iaitu +/-3.5kg. Luka pembedahan melibatkan 3 lapisan perut, abdomen dalam badan dan mungkin juga organ disekeliling spt saluran kencing, pundi kencing, rahim dsb. Oleh demikian, bila kita angkat benda berat, kita beri beban kpd abdomen dalaman seterusnya menyebabkan luka lambat pulih atau juga menambah kelukaan kpd tempat luka. Jadi kalau nak bawa botol air, cawan air, pinggan makan dsb tiada masalah. Jangan sampai tak bergerak langsung nanti jadi masalah lain pulak.
Mandi dengan air sejuk.
Pesakit boleh mandi spt biasa tapi elak sabun tempat luka, mandi dengan air sejuk dan guna shower/ getah paip dan elak guna cebok. Sabun terlalu awal di tempat luka dibimbangi akan menyebabkan jangkitan kuman dan gam tertanggal awal sebelum luka betul² baik. Selain, penggunaan cebok air menyebabkan pesakit akan lebih banyak tunduk utk mencebok air. Perkara ini perlu dielakkan utk mengurangkan tekanan abdomen dalaman.
Jangan tunduk ke bawah.
Selepas ceasarean, aktiviti tunduk atau kutip barang jatuh sebaiknya dielakkan atau minta bantuan orang. Tunduk akan memberikan tekanan kepada abdomen dan luka. Perut kita berjahit 3 lapisan jadi kita taktau bila kita tunduk-bangun mungkin ada bahagian yg bertambah luka. Jadi jika perlu kutip barang, kena turun dengan berhemah. Tapi minta jelah tolong orang sekeliling. Bila lagi nak manja² kan? bhahaha
Makan makanan berkhasiat.
Pesakit boleh makan apa sahaja makanan yang boleh dimakan seperti ikan, ayam, susu, telur, sayur, buah-buahan dsb jika tiada alahan, luka tidak bernanah atau sakit di kawasan pembedahan. Namun demikian seeloknya makan makanan yang mudah dihadam, tinggi serat (untuk penghadaman), kaya dengan Vit C (untuk sembuh luka) dan bernutrisi agar proses penyembuhan cepat.
Sebelum keluar wad, doktor ada sampaikan pesanan supaya CZ bawa anak CZ untuk buat fully medical check-up apabila dia berusia 25 tahun. Menurut doktor, seandainya kita diuji dengan apa² penyakit pada suatu usia ditolak 10 jadinya pada usia tersebut anak kita perlu jalani pemeriksaan lanjut.
Contoh;
35 tahun - 10 = 25 tahun
Pengiraan ini juga boleh diguna pakai kepada diri kita sendiri seandainya ibu bapa kita pernah alami penyakit berbahaya dan kita juga boleh buat pemeriksaan kesihatan di LPPKN.
***************************
Hasil HPE ialah benign teratoma maknanya sejenis tumor yang tidak bahaya. Alhamdulillah :))
Thanks for reading 😉
Comments
Post a Comment