Bertam Water Park

Assalamualaikum readers !

Musim panas di utara Malaysia telah tiba pada pertengahan Februari sampai Mac dan panas-panas memang yang syoknya kalau dapat main ayaq 🤤. Kebetulan masih dalam minggu akhir cuti sekolah maka aku dan anak aku ke Bertam Water Park.

Actually, anak aku dah pernah ke sini dengan bapa dia dan memang dia ada request untuk ke sini lagi sebab banyak mainan yang dia tak dapat main masa 1st time ke sini. Jadi ayuh kita layan aktiviti di sini. 

Pertama sekali bila nak ke taman tema air, wajib ada waterproof phone case. Tujuannya untuk kita rakam moment indah kita dalam air dan mengelakkan telefon kita rosak semasa penggunaan di dalam air. Oleh kerana ini merupakan aktiviti tidak dirancang, maka waterproof phone case kedai Mr DIY menjadi pilihan kami. 

Model waterproof phone case yang kami beli ialah jenis ziplock gulung dan button lock.
Harga patern ni ialah RM11.00-RM16.00
Dalam taman tema ada jual tapi aku risau jika ia kurang function bila dah masuk air nanti. Jadi kita beli siap-siap.

Aku test dulu kat rumah & dalam aku letak casing phone kosong yang anak aku punya.
Aku rendam selama 3 jam dan alhamdulillah memang terbukti waterproof.

Secondly, bila buat aktiviti luar samada dalam air atau di lapangan anda wajib memakai sunscreen yang berkapasiti ultra violet tinggi seperti sports sunscreen. Pastu wajib juga re-apply sunscreen setiap 20-30 minit sebab masuk dalam air dan hilang sunscreen. Muka aku dah macam udang bakar sebab aku tak pakai sunscreen. Dok ingat okey la.. sat je lagipun mandi je kan hahaha. Padan muka! Semoga muka aku cepat sembuh dari kemerah-merahan pedih-pedih dan hilang belang dengan cepat. Aamiin.

Konsep Bertam Water Park ialah arabian jadi memang persekitarannya sangat cantik sampai ke toilet pun lawaaaa. Anda boleh pakai cantik-cantik dan bergambar di dalam kawasan taman air sebab memang semua port cantik. Memukau mata.

Parkir di water park ini melalui TNG card dan debit/credit card. Caj parkir ialah RM6.00 sekali parking. Jika bukan musim promosi dan tiada sewaan tempat, insha-Allah parkir mencukupi dan ada pengawal keselamatan yang akan memandu arah anda untuk park kenderaan anda jika kawasan yang disediakan tidak mencukupi. Janji anda park kenderaan di kawasan yang telah disediakan, jika di luar kawasan ini maka anda bertanggungjawab sendiri. okey?

Kini, Bertam Water Park ada sesi mandi-mandi pada waktu siang dan malam selain ada penginapan (bertaraf 5 bintang). Bagi yang berhasrat untuk mandi lewat petang (pukul 4 petang sampai 10 malam), anda kena beli tiket siang dan malam walau siang nya anda hanya duduk dalam air beberapa jam sahaja. Waktu operasi sesi siang ialah 10 pagi sehingga 5 petang dan malamnya dari jam 6 petang sehingga 10 malam.

Harga tiket masuk ke Bertam Water Park masa aku ke sini ialah RM50.00 bagi seorang (dewasa). Anak aku dah 15 tahun jadi harga tiket dewasa. Mak aku, warga emas jadi harga tiket nya ialah RM35.00. Frankly speaking, aku lupa yang 1 Mac ada kenaikan cukai kepada 8% maka aku dah kena bayar cukai extra. Kalau aku beli pada 29 Feb masih murah 5 ringgit. Haishhhhh! Aku beli tiket melalui lawan web Bertam Resorts Water Park dan dapat discount 40% sempena musim panas di utara Malaysia. Anda boleh screen shot laman web selepas tamat sesi pembelian kerana qr code tidak diemel ke emel kita. Pihak water park hanya emel nombor tiket sahaja tapi masih diterima pakai di kaunter (cuma leceh sebab nanti receptionist kena key-in pulak). Harga tiket untuk walk-in ialah RM84.00 bagi seorang (dewasa) dan RM58.00 bagi warga emas. Anda juga boleh beli tiket untuk setahun dan pastinya ia lebih menjimatkan cuma berapa kerap anda akan ke sana dalam setahun ?

Sistem bayaran di sini semuanya melalui kad bank (cashless) daripada parkir, pembelian tiket, sewaan pakaian/locker dan pembelian makanan/merchandise. Jadi bawa tunai untuk kecemasan saja, selebihnya simpan dalam kad bank dan swept je. Anda boleh top-up duit dalam kad bank anda di kaunter pendaftaran in case baki akaun anda tidak mencukupi.

Garis panduan semasa berada di sini.
Life guard di sini sangat SOP ye dan jika anda tak mematuhi arahan, anda memang dihalang dari menggunakan kemudahan di sini. Jadi sila patuhi arahan.
Pakaian kat sini sekurang-kurangnya kain jenis jersey dan tiada zip. Pakaian renang ada disediakan di sini dengan sewaan RM12.00 - RM14.00sepasang. 

Ini peta kawasan taman tema ini (boleh zoom-in).
Ada banyak kawasan/ kolam mandi untuk kanak-kanak, dewasa, keluarga. Memang ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Kadar sewaan bagi perkhidmatan yang disediakan.
Pelampung sewa RM20.00 / unit.
Life jacket disediakan percuma.
Pelampung untuk mainan disediakan bagi setiap mainan secara percuma.

Contoh locker dan sistem yang disediakan.
Locker memang agak kecil dan hanya muat untuk dokumen berharga sahaja dan terdapat banyak bumbung/ kerusi riadah disediakan (percuma) di setiap kolam dan memang selamat jika anda ingin meninggalkan pakaian anda.
kalau bawa pakaian/tudung siap diseterika juga tiada masalah sebab bumbung kanopi ada besi boleh sangkut hanger.

Arahan penggunaan locker.

Standard SOP taman tema ialah beg akan diperiksa untuk memastikan anda tidak membawa makanan dari luar, bahan senjata/ barang merbahaya dan sebagainya. Aku beli jajan nugget, french fries, tuna puff, muffin dan iced coffee semasa di sini. Bagi aku harga yang ditawarkan berpatutan seperti anda makan dan minum di restoren makanan segera/ kafe hipster. Makanan berat seperti nasi, sizzling, mee, minuman dan sebagainya juga dijual di dalam taman tema ini. Jadi makanannya sangat pelbagai cuma rasanya aku tak tahu sebab aku tak makan makanan berat di sini. Bertam Mart juga ada di dalam ini yang menjual makanan ringan seperti roti, kekacang, pad, air botol/ tin, keropok, coklat. Kedai cenderamata dan barangan juga disediakan. Anda boleh beli fridge magnet, pakaian, pakaian renang, payung, selipar dan sebagainya. Harga reasonable cuma pakaian renang bagi aku agak mahal. Aku beli fridge magnet RM10.00/ unit sebagai kenangan.

Keseluruhannya memang berbaloi untuk datang ke sini sebab tua muda boleh enjoy dengan semua permainan dan makanan. Memang ia sesuai untuk bersantai dengan keluarga, jiran dan rakan-rakan. 

A memory of Bertam Water Park


Balik mandi kami singgah makan di Paddy's Cafe, Kepala Batas.
Jaraknya 7km dari taman tema air.

Pas makan kenyang kami singgah pulak ke Kg. Agong, Penaga.

Maka tamat sudah sehari di Bertam - Kepala Batas dan semoga murah rezeki untuk destinasi seterusnya dan semoga anakku juga gembira.

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts