CT Scan (TAP)

Assalamualaikum readers dan salam PKPP :))

 Hari ni CZ nak berkongsi pengalaman menjalani prosedur CT Scan (TAP - thorax, abdoment & pelvics). Tujuan imbasan ini dibuat kerana CZ didiagnos mempunyai fibroid di rahim. 

 Kisahnya bermula pada awal Disember 2020, CZ alami sakit pinggang kronik dan disyaki sakit batu karang. CZ buat x-ray di HY tapi tak nampak batu karang atau cebisannya tapi sakit tetap tak lega sepenuhnya. Jadi CZ ambil keputusan untuk buat scan di klinik swasta berdekatan dan semasa pemeriksaan doktor dapati batu karang dah clear tapi...doktor tengok ada fibroid. Jadi doktor buat surat rujukan ke hospital besar untuk rawatan pakar. 

Surat rujukan klinik swasta utk pakar O&G HSB.

 Oleh kerana hospital terdekat, Hospital Yan (HY) ada klinik lawatan pakar, maka Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) cadangkan supaya rawatan dilakukan di HY saja. Jimat masa dan kos. 

 Pada 17/12/2020, CZ berjumpa dengan pakar O&G HSAH di HY iaitu Dr. Harun bin Hussin. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat fibrod (solid & watery) bersaiz 9cm x 5cm. Oleh krn CZ ada pengalaman Phyllodes tumour, maka doktor cadang untuk lakukan ujian CT Scan dgn kadar segera.

Surat rujukan CT Scan dan dilakukan di Hosp Sultan Abdul Halim (HSAH)

 Prosedur MRI dan CT Scan seakan sama dan memerlukan penggunaan Media kontras supaya imej sel-sel di dalam badan dpt nampak dgn jelas di dalam komputer. Jadi jika ada sel-sel yang abnormal, senang utk dikenalpasti :))

Sedikit informasi tentang CT Scan dan suntikan media kontras.

 Sebelum kita ke seterusnya, CZ nak kongsi sedikit info tentang CT Scan yang ada di HSAH. Di jabatan radiologi HSAH, Sungai Petani ada 1- bilik CT Scan. Alat CT Scan di HSAH ialah jenis mesin Siemens scope 32 slices, antara yang tercanggih pada masa kini dan digunakan sejak tahun 2017.

Bilik CT Scan, HSAH

Komponen utama CT Scan.
Gantry berfungsi untuk scan anggota badan kita dan ia berbentuk gelung spt roda yg akan berputar dgn pantas sepanjang proses scanning.
Kita akan baring di atas meja pemeriksaan dan meja tersebut akan sorong-tarik kita sepanjang scanning.


Persediaan sebelum CT Scan
  1. Tidak memakai peralatan logam/ jam tangan/ pendakap gigi/ barangan emas/ perak dsb
  2. Puasa (8 hingga 12 jam sebelum prosedur mengikut nasihat pegawai perubatan).
  3. Waxing / shave alat sulit sbb misi akan masukkan air ke dalam dubur sebelum kita di-CT Scan (TAP).
  4. Tidak memakai lotion / alat mekap.
  5. Kencing dan berak sebab nanti kena minum dye dan kena masuk air di dubur so memang buat perut rasa tak sedap.
  6. Hadir awal kerana pesakit perlukan masa untuk buat port (jarum suntikan) media kontras dan minum dye.
  7. Bawa beg besar untuk isi baju dll kerana sesetengah bilik CT Scan tiada loker simpanan barangan.

 Prosedur CT Scan

Pesakit dikehendaki menyalin pakaian dan menanggalkan pakaian dalam. Sebarang alatan besi/ logam tidak dibenarkan dipakai semasa proses CT Scan.


Pesakit perlu minum dye sebanyak 400ml hingga 600ml.
Dye
berbau & rasa sarsi. Just nice rasanya, tak manis dan tak tawar sangat. 
Fungsinya utk menghasilkan warna di dlm organ badan kita spt usus, buah pinggang dsb supaya imej abnormal yg dirakam dpt dibezakan dgn sel/organ yg normal :)

Pesakit kemudiannya akan dibuat port dan disuntik dgn media kontras.
Media kontras yg digunakan kini ialah gadolinium dan bukannya iodin.

 Bagi pesakit yang menghidapi asma/ lelah dan alahan ubatan atau makanan, anda akan disuntik dengan steroid terlebih dahulu sebelum meneruskan prosedur CT Scan. Ia bertujuan mengurangkan keradangan yang akan berlaku kerana penggunaan media kontras.

 Langkah seterusnya ialah pesakit akan dipanggil masuk ke bilik CT Scan mengikut giliran. Tempoh seseorang di-scan bergantung kpd bahagian anggota badan yg ingin disiasat. Biasanya CT Scan kepala (brain) mengambil masa yg lebih cepat dan prosedur yg minima. CT scan (thorax) yg CZ lakukan mengambil masa +/- 30 minit. 

 Mula² pesakit akan diminta berbaring di atas meja pemeriksaan secara mengiring untuk memasukkan air (+/- 200ml) ke dalam dubur/ rektum. Air yang dimasukkan ke dalam dubur/ rektum akan buat pesakit rasa tak selesa, rasa nak buang air besar. Memang kita ada perasaan nak buang air besar sampai tak boleh tahan tapi ia cuma perasaan kita jer sebab ia tindakan refleks bila sesuatu dimasukan ke dlm dubur. Tapi bila saluran air dikeluarkan dan kita mula selesa dgn posisi berbaring, perasaan nak membuang akan hilang. Air yang dimasukkan tak rasa apa² cuma perut kita rasa sejuk.

 Kemudian pesakit boleh berbaring seperti biasa dan relax. Badan pesakit akan diikat dengan strap (rujuk gambar komponen CT Scan) dan kedua-dua tangan diangkat ke kepala. Radiologist akan menerangkan bahawa air akan disalurkan ke tangan melalui port di tangan dan pesakit tidak boleh bergerak sepanjang prosedur. Arahan lisan akan kedengaran melalui pembesar suara dari masa ke semasa dan pesakit hendaklah mengikut arahan tersebut sebaiknya atau proses CT Scan gagal dan perlu diulang semula :((

 Sepanjang prosedur CT Scan (thorax), port yang dipasang tadi digunakan utk salurkan air secara berkala (beberapa kali) sepanjang proses scanning. Air tersebut akan menyebabkan pesakit merasa berbahang panas dan terkejut sikit sebab ia ditembak masuk ke saluran darah (mungkin agak menyakitkan bagi pesakit yang sensitif). Bagi CZ, tahap kepanasan umpama pijar cili dan boleh rasa hingga ke telinga tapi ia tidak berpanjangan.

 Suasana di dalam bilik CT Scan sangat sejuk ditambah dgn pesakit perlu minum dye dan kemasukan air ke dalam dubur/ rektum, perkara ini mula mengganggu konsentrasi CZ semasa prosedur CT Scan. CZ menggigil dan memang ada pergerakan otot tetapi anggota badan tiada pergerakan besar. Bila badan berusaha control shaking, nafas jadi sukar dikawal. Jadi nafas pendek dan sukar ditahan (ada sesi pesakit diminta utk tarik nafas dan tahan nafas beberapa ketika). Ketika ini CZ mula hilang confident dgn proses CT Scan apatah lagi  abdomen sedang di-scan ditengah-tengah gelung. Klimaks CT Scan telah bermula dan diri sendiri sedang bergelut utk mengawal perasaan dan badan yg menggigil kesejukan. Ia satu pengalaman yg sangat mencabar mental dan fizikal! 

 Sejujurnya, CZ merasakan proses CT Scan (thorax) sangat² mencabar berbanding proses MRI. CZ harapkan imej yang dihasilkan menepati kehendak pakar perubatan. 

 Bagi pesakit yg tiada alahan/asma atau masalah usus, prosedur CT Scan tidak akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yg teruk. Pesakit boleh memandu/ melakukan aktiviti harian sejurus selepas prosedur. 

Kesan luka port media kontras selepas beberapa jam.
Saluran darah tersebut memang terasa sakit sikit utk beberapa hari dan CZ biarkan jer..alhamdulillah semuanya baik² saja :))

 Selesai buat CT Scan, CZ dpt panggilan drpd MH yg mak CZ iaitu Tok Piah ditimpa buah nyoq. CZ terus shoot balik rumah dan tgk Tok Piah kena 4 jahitan di mulut :((

Thanks for reading :))
The end.

Comments

Popular Posts