Temuduga PTD
11.12.13
Tarikh yang cantik,
cuaca juga baik,
dipertemukan dengan barisan insan yang baik-baik juga.
A story fresh from oven :)
cZ baru je balik dari temuduga PTD fasa ke-5. Difahamkan terdapat 7 fasa temuduga kesemuanya.
Sepatutnya ditemuduga pd jam 08.00 malam nanti, tapi sebab cZ sorang calon je yg sgt teringin nak temuduga malam hari. Jadinya pihak urusetia temuduga sebelum jam 08.00 pagi dah call minta datang untuk sesi pagi atau petang.
Nasiblah diri ini telah menyiapkan segala kelengkapan.
After punch card, call PK HEM dan terus shoot ke pusat temuduga.
Kredit kepada pegawai urusetia sebab banyak membantu :)
cZ ialah calon ke 1003.
----------------------------------------------------------------------------------
Okey, mari kita mula dengan persediaan ke temuduga.
Hal ini dipandang remeh oleh calon bahkan cZ sendiri pon dokumentasi tak lengkap.
Nasib ada kawan di pejabat dan pihak urusetia membantu. Thank you everybody.
Bagi penjawat awam, pastikan dokumentasi lengkap kerana ia memang menjejaskan mood anda jika ada yang tertinggal.
- Salinan surat beranak & IC
- Salinan sijil SPM
- Salinan sijil STPM/ Diploma
- Salinan transkrip Ijazah
- Salinan tawaran biasiswa (jika ada)
- Resume bergambar
- Slip gaji terkini
- Ringkasan Penyataan Perkhidmatan/ Lampiran D (print melalui portal SPA)
- Pengesahan Ketua Jabatan/ Lampiran A (print melalui portal SPA)
- Penyata kelulusan harta
- Laporan penilaian prestasi terkini (sealed in envelop)
- Sijil-sijil yang asal (susun ikut turutan)
Remeh bukan ?
cZ pun beranggapan apalah sgt dokumentasi ini tapi bila ada di pusat temuduga T_____T
Nasib office mate tolong sediakan Lampiran A dan faxed ke pusat temuduga.
Jika tidak ... kepada Allah ku berserah segalanya.
Seperkara lagi tentang skema berpakaian, kena bertanda nama. Lagi bagus kalau pakai blazer dan berkasut tutup dan bertumit.
--------------------------------------------------------------------------------------
Soalan-soalan yang ditanya ... Hah memang nervous.
Seriously, nervous dari saat dapat call pagi tadi lagi sampai hilang habis semua info-info yang dah memorize all this while :(
Temuduga PTD dapat disimpulkan sama spt examination PTD.
Unexpected.
Ada 2 orang panel.
Sorang wakil dari SPA (mewakili 70% markah kita). Pandai2lah tackle panel ni ye sbb kalau dia berkenan kat kita so peluang amat luas umpama Laut China Selatan.
Sorang lagi wakil dari PTD/ Jabatan (mewakili 30 markah). Panel sesi cZ dari Jab. Agama Islam Perak.
- Perkenalkan diri (in English).Ini bukan soalan tapi arahan. Bahkan panel dah la cakap Inggeris pastu siap bagitau lagi 'please introduce yourself in English'.
- Apakah keistimewaan saya supaya diserap sbg PTD ?
- Apa tugas PTD ?
- Berapa bidang PTD ?
- Berapa kementerian yg ada di Malaysia selepas PRU-13 ? Soalan ni cZ jawab 'Saya minta maaf, saya tidak pasti' =___=. Serius sedih tapi dari menipu baik mengaku. Jawapannya ada 24 kementerian termasuk Menteri di JPM.
- Kementerian mana yang anda ingin bertugas ? Kenapa ?
- Kem. Pengajian Tinggi Malaysia masih wujud ke ? Ia digabung dgn apa ? Membentuk kementerian apa?
- Apa yg anda faham dgn konsep CTI (cepat, tepat, integriti) ? Kenapa CTI penting ?
- Apa itu KPI (Key Performance Indicator) ? Sebutkan nama penuh dalam BI ?
- What is UTC ? Full name, functions, operation hours and agencies.
- What is SOP ?
Soalan-soalan ini dari panel SPA (Pengerusi).
Soalan-soalan dari panel PTD (Jabatan) pula macam ni >>>>>
Soalan-soalan dari panel PTD (Jabatan) pula macam ni >>>>>
- Tell me what is the differences of the Tun Dr. Mahathir and Tun Abdullah foreign policy ?
- Tell me what is the significant and the importance role of foreign policy to a country ?
- In international economy, what is the approach that had been introduced by Datuk Seri Najib ? Panel bg clue tentang MIEF dan cZ elaborate ttg Islamic Financial and Banking. Soalan ni pon agak blur sbb takde dlm skop pembacaan.
- Apa perbezaan persekutuan dan negeri ? Bagi contoh bidang kuasa masing2 ?
- Ada tak PTD di negeri2 ? Soalan ni pon tak dpt jawab dgn baik :(
- Jawatan tertinggi PTD di negeri ialah ... ?
Lebih kurang banyak ni jelah soalan2 yang ditanya.
Lebih kurang pon sebab dia berkait dgn jawapan kita. Kalau kita pi jawab B utk soalan A nanti pasti ada soalan C.
Bagi soalan BI jawapan juga harus dalam BI dan begitu sebaliknya.
So far cZ bukan reti sangat Inggeris tapi tgk panel mengangguk so fahamlah tu kot.
Apa yang penting. Jujur !
Kalau tak tau just 'minta maaf' dan cakap 'saya kurang pasti'.
Kedengaran sgt kurang ilmiah tetapi untuk mengelak soalan lain yg akan jauh memesongkan akidah kita nanti, lebih baik ambil pendekatan sederhana.
Berkata-kata benar itu memang menyakitkan !
Mereka memang berpengetahuan luas nanti kelu lidah pulak kalau menipu.
Sesi berjalan selama 20 - 30 minit bagi seorang calon.
cZ tak sedar pon masa berlalu tau2 panel cakap 'okey, terima kasih'.
Apa pun Don't provoke and be yourself.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Lastly sesi calon bertanya soalan kepada panel.
Actually panel tak expect pon ada soalan tapi utk menunjukkan minat kita pd jwtn ni so tak salah kita bertanya.
cZ memang dah prepare 2 soalan (cZ ada baca di blog calon lain utk prepare soalan sbg tanda minat mendalam kpd jawatan ini) tapi alih-alih jadi 5 soalan pulak.
Kekosongan jawatan ini ialah 100 orang seluruh Malaysia dan mereka yang berjaya akan ditawarkan Kursus Kadet PTD selama setahun di INTAN terpilih.
PAC tidak dimasukkan ke dalam modul tetapi kurus akan melibatkan modul2 yg sedia ada spt kepolisan, latihan bomba, askar, dll.
Elaun akan diberikan selama menjalani kursus.
Bagi yang berjaya di dalam kursus ini akan berkhidmat sbg PTD gred M 41.
Selamat Berjaya kepada semua.
Thanks for reading :)
Good info dear..wish u best of luck!
ReplyDeletesy 20hb ni interview..kalau tak keberatan, bole share tak sapa nama panel yg interview tu?kot2 org yg sama..
ReplyDeletePanel SPA (Pengerusi) boleh tgk pd surat temuduga yg tertulis
DeletePengerusi : En. A bin B
Panel Jabatan berubah2. Ms masuk bilik mmg ada kad tertulis Pengerusi dan Jabatan so alert la dgn panel anda.
Good Luck :)
Salam awak lulus tak temuduga itu? Dina pun pergi interview ptd dalam bulan 8 kot.Alhamdullillah lulus.sekarang cuma tunggu surat panggilan jer.
ReplyDeleteInsyaAllah awak akan berjaya menjadi seorang PTD kalau itu yang awak kerjakan.Saya akan update blog PTD ni setelah saya masuk DPA nanti. Sebabnya saya kena experience dulu kursusnya baru boleh luah dalam blog.
ReplyDeleteI wish you all the best. InshaAllah so far tak pernah give up. nice to meet you. Chaiyok :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian cik tentang temuduga PTD. Kami di Laman Kerjaya mengumpul contoh-contoh soalan PTD ini untuk dijadikan sebagai satu koleksi di blog kami.
ReplyDeleteMohon keizinan cik untuk kami publish artikel ya.
Klik untuk baca terus post tersebut
Thanx for the info..cuma saya ada 1 soalan..interview kali ni semua dalam satu hari..esei, ujian fizikal dan temuduga..saya tak pasti dalam pemakaian utk satu hari tu..sama ada formal (utk esei) - baju sukan (utk fizikal) - formal (utk temuduga) atau ada etika pemakaian yg lain? Boleh bantu saya?
ReplyDeleteUntuk soalan di atas, saya ada email pada pihak SPA
ReplyDeleteMereka beritahu pakai pakaian formal saja.
kerana ujian fizikal bukan ujian kecergasan.
Ujian fizikal mereka akan ukur BMI kita.berat dan tinggi.
Sorry esok baru sy ditemuduga. Saya ditemuduga atas kapasiti apa pon saya kurang pasti sbb sy tak seat for on9 examination yg dibuat oleh SPA november lepas. Takde stated pon dlm IV letter ttg ujian fizikal & essay test. BTW good luck to you :)
Delete