Penjagaan Bayi
Pagi tadi terbaca post di FB sorang kawan tentang masalah kesihatan anaknya.
Seriously sedih T__T
Pandangan peribadi saya; kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sangat fragile.
Mereka terdedah dgn pelbagai jangkitan kuman samada secara langsung atau pun tak langsung.
Saya juga pernah mengalami masalah ini ekoran anak saya merupakan pesakit prolonged jaundice dan 2 tahun pertama sangat-sangat menguji kesabaran saya.
So, today saya bukan nak ajak 'sila beli produk ini' tapi saya nak kongsi cara saya detect masalah awal anak saya.
Hope perkongsian ini boleh jadi panduan kepada mommy-to-be out there :)
Prolonged Jaundice
Berkongsi pengalaman peribadi, kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan kekal demam kuning untuk suatu tempoh masa yang panjang. Muhammad Habiel selama 40 hari.
Faktor utamanya kerana kombinasi darah si-ibu dan si-bapa - berdarah AB/O dan dikenali sbg AB-O prolonged jaundice. Jadi alang-alang dah amik darah utk bt HIV test, apa salah survey sekali jenis darah pasangan anda. This is important supaya nanti takde lah nak tuding jari ke arah satu sama lain.
My SIL amal minum air rebusan tebu hitam semasa mengandung utk elak anak demam kuning. Tapi since tebu agak tajam utk wanita mengandung, saya kurang yakin dgn petua ini.
Saya amik langkah 'Katakan tidak kepada warna kuning'.
Prolonged jaundice agak merbahaya dan mendedahkan bayi kpd risiko jangkitan kuman pada otak dan gangguan pada ginjal. Stay alert dan jangan skip rawatan doktor.
After injection.
'Good boy/ girl'. -pujian sbb baby tak nangis lepas kena cucuk.
'Puan bagi makan ubat ni kalau baby demam'. - nasihat misi lepas injection dan bagi baby syrup utk spare kat rumah kot-kot baby demam.
Pengalaman saya, baby memang akan demam lepas injection sebab antibodi masih lemah.
Saya selalu amal petua tidak mandi lepas kena injection. Tak kira le budak ke mak budak ke. Kalau kena inject memang saya takkan mandi sampai la keesokkannya.
Sebab bila termandi mesti akan terdemam.
Second, tuam tempat dicucuk dgn air panas. Selalu guna botol susu baby tu jugak pastu lapik dgn kain dan tuam. Tujuannya supaya tak naik benjol/ bengkak kat tempat kena inject tu.
Saya selalu tgk isi baby akan jadi seketul kat tempat injection.
Saya buat selepas sejam or 2 jam dicucuk.
Dan yang penting makan ubat syrup yg klinik bagi tak kira le dia demam ke tak demam. Lepas balik dari cucuk mesti saya tuam dan bagi mkn ubat.
Memang misi / doktor cakap klu tak demam tak pyh mkn tp bukankah mencegah itu lebih baik dr mengubati ?
Sbg career women saya memang prihatin ttg kesihatan anak. Kalau anak tak sihat, saya nak kerja pun tak senang. Jadi saya amik langkah selamat dengan bagi mkn ubat siap-siap. Alhamdulillah takde la esok pagi bangun dia meragam bagai nak rak.
Makan telur.
Petua ni kakak sepupu yang turunkan. Saya advice supaya bila you all dah start makanan pejal utk baby you all, sila add-in telur dlm menu dorang. Telur goreng ke telur rebus ke telur pecah dlm bubur ke.
This is quite important to detect your kid's early stage of medicine problems.
Okay. Bagi kanak-kanak yg mungkin terdedah kpd alergik, dorang akan tunjuk effect yg terus lps makan telur. Jadi dari situ you all dah boleh detect masalah anak korang.
Ada baby yang terkesan dgn memakan kekacang/ minyak kekacang, aiskrim dll spt bengkak di bibir mulut, rashes dan gatal kulit yang teruk.
So tak salah klu cuba-cuba bg anak you all (above 6 months years old) rasa sikit2 makanan yg we all makan utk pemantauan awal.
Saya difahamkan suntikan bagi bayi berumur 9 bulan mengandungi telur (DNA telur ke sebatian dr telur ke saya kurang pasti). Jadi kalau you all tau masalah anak you all, maybe klinik boleh tukar suntikan menggunakan komposisi sebatian lain.
Okay cukup dulu sampai sini. Nanti kalau igt lagi kita update.
Bagi mereka yang belum bergelar mak, jangan kutuk pada kawan yg sdg ditimpa ujian. Semua ibu bapa inginkan yang terbaik utk anak mereka. Setiap perlakuan dan keputusan yang kami buat, telah kami tapis dan kaji sehabis baik demi memastikan semua pihak tidak terkesan.
Saya mohon kpd mereka itu utk tampil ke hadapan, beri cadangan, sokongan dan penerangan fakta serta solution terbaik sebab kami bukannya doktor terlatih. Sekadar bertindak mengikut naluri yang sensitif.
Thanks for reading :)
Comments
Post a Comment