Rawatan Jerawat Di Hospital Kerajaan #7 : Minyak Ikan
Assalamualaikum dan salam sejahtera readers :)
Genap setahun aku berhenti isotretinoin (accutane), aku kembali dipreskripsi dengan isotretinoin kerana jerawat mulai naik di beberapa tempat yang pernah ada jerawat dan hotspot paling teruk ialah di kawasan rahang :(
Jerawat yang naik kali ini tidak banyak, kurang 10 biji dalam sebulan tetapi ia jenis nodules dan pustules. Jadi ia mengambil masa yang lamaaaaaa untuk sembuh sebab ia sejenis jerawat yang tiada mata, besar, radang yang dalam dan kadang kala sakit :( Paling sedih di bahagian rahang dan bawah dagu, penuh keliling!
Dan jerawat mulai naik secara konsisten sejak Julai 2024 dan aku tidak pasti faktor utama jerawat ini kembali. Aku mengakui apabila aku menggunakan krim tretinoin, kulit muka mengering dan mengelupas. Mungkin skincare routine dan skin barriers aku agak lemah dan menyebabkan kulit aku menjadi sensitif dan mengakibatkan jerawat kembali.
1. Jerawat di batang hidung 2. Jerawat dekat lubang hidung 3. Jerawat di bawah bibir |
Jerawat di tepi dahi kiri :( |
Jerawat di atas dahi kanan :( |
Jerawat di rahang kiri :( |
Jerawat di rahang kanan :( |
Dan jerawat ini semakin hari semakin
meriah sehingga aku mengambil tindakan menukar cleanser. Tapi
malangnya cleanser baru membuatkan jerawat keluar dengan lebih
banyak (aku fikir ia purging tapi rupanya memang cleanser tak sesuai
dengan aku. Purging amende sampai 2 bulan kan??)
Bahkan majoriti pakar kulit menyaran pengambilan minyak ikan
bersama-sama isotretinoin. Antara faktor saranan ini ialah:
- Pengambilan isotretinoin akan
mengeringkan kulit terutama bibir, sekitar hidung dan sebahagian besar
kulit termasuk tangan dan kuku. Jadi minyak ikan dapat membantu
membekalkan kelembapan kulit jika diambil secara konsisten.
- Pengambilan isotretinoin dan
kolesterol berkait rapat. Seseorang yang secara genetik atau seseorang
yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi, apabila mengambil isotretinoin boleh
menyebabkan peningkatan kadar kolesterol di dalam badan. Justeru, minyak
ikan ialah sejenis supplement yang baik untuk jantung,
otak dan hati. Pengambilan minyak ikan secara konsisten semasa anda
mengambil isotretinoin akan dapat mengurangkan risiko
kolesterol tinggi.
- Minyak
ikan sememangnya sejenis supplement yang mudah menyerap
dan ia sangat baik untuk jantung, hati dan otak. Jadi jika diambil secara
berterusan, ia akan membantu menyihatkan jantung kita. Bila jantung sihat,
hati bersih, otak cerdas, insha-Allah kulit akan bebas jerawat :)
Okey, kita lihat pada keterangan pada
label minyak ikan ini dinyatakan minyak ikan mengandung 1.5g omega-3 iaitu
540mg EPA dan 360mg DHA.
Bagi 1 biji minyak ikan ialah 1500mg.
Jadi (540mg EPA + 360mg DHA) ÷ 1500mg = +/-540mg
Jadi kandungan omega-3 minyak ikan ialah 54% atau separuh daripada kandungan minyak ikan dan ia sudah memadai untuk kita mendapat manfaat omega-3 yang diperlukan oleh badan/kulit kita untuk sehari.
Jika anda membeli minyak ikan yang kandungan omega-3 ialah 30% ke bawah, anda mungkin perlu mengambil minyak ikan ini 2-3 kali sehari. Hal ini kerana kandungan nutrient di dalam minyak ikan tersebut sedikit dan tidak dapat menampung keperluan harian badan/ kulit kita. Oleh demikian, BACA LABEL PRODUK sebelum membeli dan jangan mudah membuat perbandingan harga (mahal dan murah) produk tersebut kerana kita memerlukan minyak ikan yang tinggi DHA EPA. Semakin bagus EPA DHA minyak ikan tersebut, semakin mahal harganya.
Oleh demikian, minyak ikan jenis ini hanya perlu diambil 1
biji sehari kerana ia mempunyai nutrisi mencukupi untuk badan/kulit berbanding
minyak ikan jenama sama/jenama lain yang mana kandungan DHA dan EPA nya kurang.
Jadi untuk membeli minyak ikan, rujuk pada kandungan EPA DHA dan bukannya
isipadu 1 kapsul minyak ikan.
Anda juga perlu membaca arahan penggunaannya kerana setiap minyak ikan/ jenama berbeza mengandungi nutrisi berbeza. Mungkin ada yang perlu diambil 3 biji sehari untuk kesan yang optimum. Minyak ikan juga sebaiknya diambil bersama makanan atau sejurus selepas makan samada pagi atau malam.
Sekian serba sedikit maklumat tentang minyak ikan untuk membantu kulit seterusnya menghilangkan jerawat dan merawat kolesterol tinggi. Aku harap dengan bantuan isotretinoin circle ke-2 dan minyak ikan ini akan membersihkan wajah aku dari jerawat dan menghilangkan terus jerawat dari hidup aku. Aamiin.
Bak kata Nia Ramadhani; "bila ada duit, invest pada
muka (kulit). Jangan beli baju baru sebab bila muka (kulit) cantik, pakai baju murah pun akan nampak lawa ❣️".
Comments
Post a Comment