Hotel Langkasuka, Langkawi
Assalamualaikum dan salam sejahtera readers :)
Alhamdulillah, janji Allah S.W.T. itu benar bahawa setiap satu ujian (kesusahan) dan pastinya Dia akan menggantikan ia dengan satu kesenangan (kebahagiaan).
Aku sudah beberapa kali ke Langkawi tapi baru 2x menginap di hotel sebab sebelum pandemik Covid-19, kita boleh mengunjungi Langkawi secara balik hari. Pergi feri awal pagi dan balik ke tanah besar menggunakan feri lewat petang. Kini operasi feri Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis hanya beroperasi secara terhad dengan kapasiti feri yang lebih besar. Oleh demikian agak sukar untuk pelawat mengunjungi Langkawi secara balik hari kerana masa yang tidak mencukupi.
Kunjungan aku ke Langkawi pada kali ini atas faktor kerja dan aku sangat tertarik untuk berkongsi tentang hotel ini, Hotel Langkasuka. Oh ya, sebelum terlupa...anda boleh membeli tiket feri ke Langkawi melalui laman web cuti-cuti Langkawi selain daripada walk-in di kaunter.
Hotel Langkasuka antara hotel terawal di Langkawi dan sangat popular sekitar tahun 1990-an hingga tahun 2000 sebelum homestay dan hotel-hotel bajet mula dibina di Langkawi. Hotel ini lebih menarik kerana ia berkongsi bangunan dengan Langkawi Parade Megamall, iaitu sebuah pasaraya. Jadi jika anda ingin membeli barangan, coklat (agak mahal sikit), memerlukan tunai (mesin ATM Maybank) dan lain-lain keperluan peribadi, ia sangat mudah dan all in one place. Tambahan pula jarak hotel-jeti cuma 10 minit sahaja serta kedudukannya di tepi jalan utama juga memudahkan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa/ grab car.
Grab car kami ke hotel.. Sangat mewah yea sebab Langkawi ialah pulau bebas cukai dan tambang grab car dari jeti ke hotel ialah RM8.30 |
Kaunter receptionist dan di sebelah kiri ada pintu kaca menghubungkan hotel-pasaraya |
Terima kasih kpd pengurusan asrama SMAN bagi hadiah beg troli dan warna beg ini sangat mudah untuk aku. Senang untuk pick up luggage, dari jauh dah nampak beg haha. |
Senarai kemudahan yang terdapat hotel ini dan aku stay di bilik superior room, tingkat 6. |
Bilik aku dan partner. Harga sangat mampu milik (agoda). Katil memang besar boleh muat 2 org untuk 1 katil jadi bilik ini memang sesuai untuk couple dan keluarga. |
Lawa ehh nombor bilik aku! |
Bilik air ada hand soap, bidet, sinki (air panas & sejuk) dan hair dryer. |
Shower section comes with showel gel and shampoo. Hangpa cuma bawa set berus-ubat gigi dan pencuci muka sebab gel mandian dan shampoo sedap guna, tak mengeringkan kulit dan rambut. |
Kalau tak sedar diri lagi, aku taktau nak kata apa.. Cermin diri siap dengan lighting on point lagi haaa |
TV pelbagai channel. Kerusi dan meja bekerja juga ada. Ada sofa juga di sisi. Memang cosy room to stay. |
Tempat beradu ❤️ Setiap katil ada 2 bantal. Bantal extra ada lagi dalam almari. |
Suasana tidur di malam hari. Romantiknyaaaaaaa 🥰 |
Benda penting zaman sekarang ialah plug. Soket siap dengan international type plug dan ada usb type. Jadi sangat mudah untuk pelancong antarabangsa mahupun tempatan untuk caj gadget masing-masing. |
Cafe hotel ini ialah Lemon Grass Cafe dan dan aku makan di sini sepanjang kursus berlangsung. Menu-menu utama sangat sedap dan pelbagai. Kalau tak kenyang, boleh order room service. |
Tadaaa view dari cafe.. Serius makan sedap pastu dapat pulak pemandangan jalan raya. |
Kopi 🤌🏻 |
LUNCH & DINNER Malay food with rojak, ice kacang (ABC), sup sayur, buah-buahan, kek pisang & agar-agar/pudding, minuman sejuk. |
TEA TIME Popia, cucur bawang & kuih lopis. SUPPER : bubur kacang. |
BREAKFAST Nasi lemak/ bihun goreng/ spageti Carbonara & red beans/ sandwich/ roti bakar/ pudding/ kentang bakar/ buah-buahan/ kuih pau |
Muka kebahagiaan muahhaaaahaa |
Comments
Post a Comment