Berapa Kali Aku Gagal Sebelum Aku Berkhidmat Di Sektor Awam?

 Assalamualaikum & salam sejahtera readers :)


    Rentetan daripada perkongsian aku di Tik Tok tentang memasuki perkhidmatan awam melalui SPP, maka aku terpanggil untuk berkongsi kisah kegagalan aku di dalam temuduga memasuki perkhidmatan awam.

    Pertama sekali, suka untuk aku berkongsi bahawa aku memang bercita-cita untuk berkhidmat di sektor awam sejak aku kecil kerana arwah tok wan (sebelah abah) dan arwah abah aku ialah penjawat awam. Walaupun kehidupan kami ketika itu tidak senang tetapi aku tengok arwah abah tidak perlu membanting tulang di usia emas untuk membesarkan kami. Setiap bulan abah masih menerima gaji (pencen) dan arwah tok menerima pencen terbitan arwah tok wan. Jadi kelebihan berpencen dan ia menjadi dana persaraan terbaik menyebabkan aku begitu berazam untuk memasuki perkhidmatan awam. Selain itu, seseorang penjawat awam berpencen mendapat faedah persaraan yang lain iaitu perkhidmatan kesihatan percuma di klinik dan hospital kerajaan bagi beliau dan pasangan serta anak-anak di bawah umur 18 tahun.

    Kali pertama aku menyertai perkhidmatan awam ialah ketika berusia 18 tahun melalui perajurit muda TUDM dan aku gagal di dalam ujian induksi seminggu sebelum latihan perajurit berlangsung. Ia memberikan aku seribu satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan daripada sesi ujian fizikal, temuduga, assessment dan apa itu pekhidmatan awam.

    Jadi, marilah kita layan sesi peperiksaan, assessment dan temuduga yang telah aku hadiri sebelum aku menjawat jawatan sekarang. Time frame between 2009 to 2012 and its about 5 years of trial but worth it. 


💔peperiksaan PTD M41  👎gagal 14x

💔peperiksaan KLPI  👎gagal 3x

💔assessment gred 41  👎gagal 2x

💔temuduga PTD M41  👎gagal 2x

💔temuduga E41  👎gagal 1x

💔temuduga N41  👎gagal 4x

💔temuduga N19  👎gagal 3x

💔temuduga gred 29  👎gagal 3x

💔ujian fizikal  👎gagal 3x

 

    Pernah satu masa, tiap-tiap minggu aku ke KL sebab aku menghadiri sesi peperiksaan dan temuduga sektor awam iaitu di MIDA, di FELDA, di LGM, di UM dan di MITI. Lain-lain peperiksaan dan temuduga hanya berlangsung di Kedah dan Pulau Pinang sahaja kerana peperiksaan/ asessment dan temuduga di bawah SPA akan dilangsungkan di region masing-masing. Tetapi jika mohon jawatan melalui iklan langsung agensi itu sendiri, peperiksaan dan temuduga akan dilaksanakan di pejabat pusat agensi tersebut.

    Sekarang, sesi ujian PSEE melalui SPA dan aku cuma pernah berjaya sekali dan selebihnya masih mencari rentak hahahahaha

    Aku tidak pernah berputus asa dan sentiasa meyakini bahawa rezeki milik Allah S.W.T. Dulu masa aku bekerja di sektor swasta, aku tetap mencuba nasib di sektor awam dan tak pernah terlepas untuk memohon. Zaman dulu, permohonan jawatan kosong kena pos borang dan dokumen-dokumen disahkan. Betapa gigihnya aku ketika itu. 

    Hari ini, aku bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada aku. Walau jawatan ini kecil dan tidak setanding dengan ijazah yang aku miliki, tetapi cita-cita aku tercapai dan aku berbangga dengan pekerjaan aku. Di sinilah aku bermula daripada seorang penjawat awam biasa yang tiada pengetahuan dan sikit-sikit aku upgrade skill dan aplikasi ilmu yang telah aku pelajari di dalam pekerjaan aku. 


Selamat maju jaya aku ucapkan buat semua yang masih mencuba. Jangan berputus asa dan terus mencuba sehingga berjaya. Jika aku boleh, anda pasti boleh.

Thanks for reading :)

Comments

Popular Posts